Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semakin lama, makin banyak menda dan perkhidmatan naik harga atau dengan kata lain di Malaysia semua naik, darah naik...cuma gaji statik ataupun berkurangan.
Ya Allah beri kami rezeki yang Halal, mencukupi dan tidak sampai kami meminta-minta dan berhutang.
Banyak rungutan di sana sini kedengaran mengenai pendapatan yang kecil, duduk di bandar besar, perbelanjaan tinggi jadi hidup menjadi perit. Hidup di kampung juga terkesan kerana semua barang mahal...pendapatan tak seberapa...saya paham..kerana saya juga orang kampung....
kedai runcit banyak tutup kerana untung tak seberapa..gst sana-sini, pasaraya besar menguasai pasaran...orang berlumba-lumba ke pasaraya besar...konon bersih, senang nak parking dan sebagainya.
Mungkin kita tahu apa puncanya...dan apa yang perlu dibuat ialah membuat perubahan kepada perbelanjaan harian kita dan famili kita.
Lakukan perancangan kewangan dan janga lupa untuk selalu berdoa kepada Maha Pemberi Rezeki, Allah Taala...sentiasa kerana tiada doa yang sia-sia.
Cerita 1:
Semasa saya menjaga arwah bonda di Hospital KBharu HPRZII, di sebelah katil arwah bonda saya (di wad 8 ketika itu), ada seorang wanita tua yang uzur dan sakit tenat, dan terpaksa dimasukkan darah bagi meneruskan hayatnya. Dan setiap malam, menantunya seorang perempuan berumur hujung 30an menjaga beliau setiap hari. Jadi waktu senggang, saya akan bercakap-cakap dengan menantunya itu..dan menantunya berkata pada saya "saya menantu aja...anak-anak yang lain semua sibuk..saya keje tapi sebab menjaga mak mertua saya tak kerja lah dalam seminggu dua ni...2. Saya pun bertanya lagi akak kerja apa...beliau menjawab "Akak kerja cucuk sate...dan pendapatan tak seberapa hanya RM2 untuk 100 cucuk sate"...saya yang mendengar pendapatan beliau sebanyak RM2..terus tersentak, sedih dan teringat-ingat sampai sekarang...Ya Allah, di sudut dunia sekeliling kita ada yang sanggup keras dan diperas untuk bekerja demi sesuap nasi..kerja kuat hanya dapat RM2...sedangkan 100 cucuk sate, tokey sate jual RM80 hingga RM90...
Wahai majikan, fahamilah pekerjamu dan jangan peras usaha pekerja mu..mereka juga manusia biasa...nak makan dan nak bagi makan anak dan keluarga masing-masing makan. Besarnya nilai RM2 pada yang memerlukan. Peritnya kehidupan.
Cerita 2
Cerita kedua juga berlaku di hospital HPRZII, kerana saya menjaga mak saya selama 11hari di hospital, pelbagai cerita dan observation boleh dibuat...
Setiap petang bermula jam 7 petang hingga 11 malam..saya selalu perhatikan seorang makcik cleaner hospital sangat tekun membersihkan lantai dan mengambil sampah untuk dibuang di wad 8 tersebut. Beliau kelihatan berusia dan sentiasa memakai mask muka..so saya tak berkesempatan melihat muka dia..dan ada waktu senggang di luar bilik/ jauh dr katil mak saya, saya akan berbual2 dengan beliau..beliau seorang ibu yang sudah berusia..tinggal di Tumpat dan setiap hari anak beliau akan hantar beliau ke hospital dan jemput balik di waktu malam menaiki motorsikal...gaji tak seberapa, tapi ini sahaja peluang kerja yang ada...sedihkan mendengar cerita beliau..kerana masih bekerja di usia senja huhuhu..dan saya ada memberi sedikit sedekah pada beliau..kerana saya ingat pesan prof Muhaya...memberi lah walau sedikit..dan memang mak saya sangat pemurah orangnya..dan saya memberi tanpa pengetahuan mak saya ketika itu...tapi terkantoi sebb makcik tersebut sempat bercerita saya memberi beliau sesuatu pada arwah mak saya semasa beliau datang sapu sampah (sebab mak saya suka sangat anak-anak beliau memberi, saya tak mahu mak saya tahu..huhuhu)...
Cerita 3
Saya ada mengenali seorang penjawat awam..dan beliau seorang yang aktif dalam pelbagai arena sukan atau kata lain sport maniac.
Beliau ada mengadu, yang tidak mampu mendaftar gym kerana yuran pendaftaran RM650...sedih plak saya mendengarnya..walaupun saya tidak pernah mendaftar any gym..tapi saya memahami..dan kemudian beliau nak beli seluar panjang untuk berenang,...tapi katanya harga mahal...huhuhu
Sebagai penyelesaian jogging sajalah jalan murah dan tak perlukan modal.
Tapi jogging takut nyamuk plak..huhuhu
Teringat masa sekolah menengah, saya dan kawan baik saya CT..kami selalu berkongsi seluar sukan...ketika ada latihan sukan disekolah..kalau hari ini saya pakai esok dia plak yang pakai...orang selalu sangkakan kami twin sebab muka macam sama dan selalu macam belangkas..dan disebabkan faktor itu juga kami tak aktif sukan...atau aktiviti sukan..jadi AJK hadiah sukan ajalah...hahhaha...
Saya akan selalu kenang kenangan manis di sekolah dulu.
Saya pernah susah,
Zia ANis
~Zia Anis~ “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.” Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
Showing posts with label Ceritaku. Show all posts
Showing posts with label Ceritaku. Show all posts
Friday, December 11, 2015
Wednesday, August 26, 2015
Kisah Pencuri Kain Kapan dan Orang Alim
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Beberapa hari lepas saya sempat mendengar rancangan Pesona Dzahra yang tazkirahnya di sampaikan oleh Ustaz Abdullah Amin. Sangat berkesan dihati saya tazkirah tersebut...Jadi saya akan tulis kisahnya disini....Semoga bermanfaat...
Kisah Pencuri Kain Kapan dan Orang Alim
Kisah Benar,
Di zaman dahulu, ada orang yang sanggup menjadikan pekerjaan mencuri kain kapan sebagai perkerjaan. Dan ianya di panggil "nabbas". Mereka bukan mencuri kain kapan di masjid atau di kedai kain tetapi di dalam kubur dan dijual kepada orang memerlukannya...Pelik tapi benar...
Dan tersebutlah kisah seorang lelaki X yang terkenal sebagai nabbas di sebuah kampung. Di suatu hari si X ini berjalan jalan dikampung tersebut..dan seorang alim telah terserempak dengannya dan orang alim itu berhenti dan bercakap sesuatu dengan si X....si alim tersebut berpesan kepada Si X agar tidak mencuri kain kapannya setelah beliau meninggal dunia kelak dan beliau membayar sejumlah wang sebagai ganti kepada si X...RM160 contohnya...dan si X kata beliau berjanji tidak akan mencuri dan sedia mengambil wang tersebut dan akan berpegang pada janjinya.
Ditakdirkan tuhan, si alim tersebut meninggal dunia tidak lama kemudian. Dan si X ini terfikir-fikir patutkah aku menggali kubur dan mencuri kain kapannya...Setelah berfikir panjang, pada suatu malam dan seorang diri, beliau menggali kubur si alim tersebut..dan beliau dapati kuburnya sangat dalam..lalu beliau menggantung tali panjang keatas sebatang pokok agar beliau boleh masuk kedalam dan keluar dari kubur dengan senang...Dan beliau terus masuk ke dalam kubur...dan kuburnya sangat dalam..dan tibalah ke dasarnya...beliau nampak si alam macam keadaan orang yang sedang menari sekejap kiri dan sekejap ke kanan....lalu si X bertanyakan kenapa kamu kelihatan seperti menari..dan si alim berkata "oh kamu si nabbas....kamu datang juga yer...sebenarnya aku ke kiri dan ke kanan kerana mengelak daripada dipatuk seekor ular sejak aku di kuburkan pagi tadi hingga ke malam ini...ular itu tidak henti2 ingin mematuk aku...." semasa berkata kata kepada si X ular tersebut tidak kelihatan...
Dan si alim berkata, "aku hendak dipatuk ular kerana suatu ketika lalu, aku dijemput kenduri di rumah seorang balu yang kematian suaminya. Maka aku dijamu dengan daging, dan sedikit daging terlekat di gigi ku..jadi aku mencari cari apa yang boleh digunakan untuk mencungkil daging tersebut daripada gigi ku..lalu aku patahkan serpihan dinding rumah perempuan balu tersebut dan tidak meminta izinya...".
Setelah mendengar cerita si alim tersebut, si X menjadi serba salah, insaf dan sedih..bayangkan si alim begini yang kuat beribadah di siksa dikubur disebabkan dosa sekecil lidi pencungkil gigi..sedang dia sentiasa mencuri dan lalai beribadah....
Lalu si X terus cepat cepat keluar dari kubur dan berjanji dengan si alim untuk minta halal dengan perempuan balu tersebut tentang pencungkil gigi tersebut..setelah keluar dari kubur, beliau lihat jenazah si alim tadi berbaring di liang lahad...sebenarnya si X telah dibukakan hijab untuk melihat di alam kubur...
Beliau bergegas menggambus kubur tersebut dan pulang meminta halal pada perempuan balu tersebut, dan ianya dihalalkan. Sejak itu, si X sudah bertaubat nasuha dan menjadi seorang alim ulamak tersohor di waktu tersebut.
Moral of story: Bayangkan setiap yang baik Allah akan balas baik..dan setiap yang jahat Allah akan balas walaupun sekecil zarah...
JOm jadikan rezeki kita halal, berkat dan sentiasa menjaga apa yang kita gunakan adalah hak kita..dan menjaga hak orang lain..Kerja adalah amanah...
Dan sentiasa lah berdoa agar kita mati dalam keadaan baik dan tidak berhutang. Moga ALlah lapangkan rezeki kita agar tidak terjebak dengan hutang dan riba. Ameen.
Cheers,

Thursday, February 5, 2015
Kuih Kelantan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kalau duk diperantauan, makanan lah yang paling dirindui. Jom tengok makanan dan kuih kelantan yang sedap dan sangat menarik untuk dicuba oleh masyarakat negeri lain dan juga boleh belajar cara nak memasaknya...
1) Jala Mas-bahan utama telur kuning dan air gula.
2. Buah tanjong- bahan utama telur kuning dan air gula.
3. SIra Labu..sangat popular musim kenduri..kira macam desert lah ni.
4. Serabe -dimakan bersama kuah santan manis
5. Pulut dakap- dimakan dengan air nise
6. Cik mek molek- bahan utama keledek dan berisi gula didalamnya..bila siap digoreng gula mencair..so makan ada rasa air gula...
7. KUih topi-makanan kegemaran arwah nenek saya...kuih ni je dia makan...kuih lain..x sangat
8. Tepung bukus...berisi kelapa manisan di buat dua lubang...
9. KUih badak...kegemaran saya..
12. Pulut sekayo-sangat sedap dan lemak
13. Tepong boko-ada versi tepung dan versi ubi kayu
Cheers,
ZA
*FOTO ihsan blogger dan google. Terima kasih

10. KUih nekbat- dimasak bersama air gula
11. Sira pisang-makanan di waktu petang
12. Pulut sekayo-sangat sedap dan lemak
13. Tepong boko-ada versi tepung dan versi ubi kayu
Cheers,
ZA
*FOTO ihsan blogger dan google. Terima kasih
Thursday, March 27, 2014
Tempat Makan Best Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pos kali ini saya akan berkongsi mengenai tempat makan best di Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur. Ini adalah berdasarkan penilaian saya sendiri...tanpa dipengaruhi sesiapa...semuanya saya try, cuba, test...dulu..dan baru rekemen pada rakan, taulan dan saudara.
Oklah kita mulakan di Shah Alam dahulu.
1) Restoran Ani Sup Utara Seksyen 7 atau di Plaza Alam Sentral
Saya suka sangat makan nasi sup..set...iaitu yang dihidangkan nasi putih, beserta sup pilihan anda samaada sup ayam, sup tulang, sup daging, sup perut dan lain-lain. dan juga kombinasi timun yang dihiris, sebelah telur asin, dan cukup sambal cili yang sangat terbaik..hanya di Ani Sup sahaja ada sambal macam ni..memang unik dan nampak authentic...Harga juga amat berpatutan..nak cepat bolehlah kesana..kerana servis cepat dan nak bungkus pon boleh.
2) Restoran Ayam Kampung Seksyen 7
Restoran ni memang dekat jer ngan rumah saya...selalu sangat pergi, rasanya pekedai dan pekerja pun dah kenal saya..hehhe. Ayah saya pon suka makan kat sini. Pagi kebanyakkan menu adalah menu sarapan Kelantan..daripada nasi berlauk dan juga nasi kerabu biru. Dan tengahari banyak menu Kelantan dan signature menu adalah ayam kampung goreng. Ianya rangup dan fresh. Disini juga ada berbagai ikan bakar, ayam bakar, ayam percik, dan juga sambal cili, sambal belacan dan juga budu serta ulam-ulaman segar. Harga juga berpatutan tapi standard harga KL...Shah Alam.
3) Restoran Zai Seksyen 7
Nasi ayam Zai memang sedap..Hanya RM4.50 sepinggan/sebungkus. Selain itu ada juga menu lain...
4) D One Steak Seksyen 7
Untuk makanan barat, ini adalah restoran kegemaran saya..jike teringin pukul 10 malam pon saya pi lagi....Harga agak berbaloi dan sedap.
5) Khulafa Bistro Seksyen 7
Roti canai sedap..teh ais terbaik....Servis cepat dan kedai bersih.
6) Restoran Nasi Arab Seksyen 7 (Depan Unisel @ di Giant Seksyen 7)
Nasi Arab sedap dan harga berpatutan..kena makan waktu sangat lapar..baru terasa nikmat....
7) Restoran Putera Ayu
Ini restoran yang pernah dikunjungi JJCM TV3....Jus mangga memang terbaik...Menu tomyam atau Thai..sedap....tapi amat berbaloi ambil set...sebab lebih murah dan jimat. Terletak di Jalan ke Padang Jawa dekat Alam Avenue.
8) Restoran Ikan Bakar Seksyen 6
Ikan bakar fresh..sambal sedap...dan sos juga amat sedap. Time lunch memang penuh terutama students.
9) Restoran TTDI Jaya Shah Alam
Menu memang banyak...beratus-ratus menu makan tengahari..termasuk bubur..Memang rambang mata nak pilih yang mana satu. .Sedap..tapi harga standard... Landmark berdekatan pusat servis kereta Honda TTDI Jaya.
10) Restoran Hatini Seksyen 10 Shah Alam
Menu kelantan pure...Harga standard...
11) Restoran Soto Seksyen 8
Sotonya sangat sedap...bergedil pon sedap. JJCM recommended.
12) Pak Li Kopitiam
The only kopitiam yang saya suka...terutamanya set roti bakar..memang sangat sedap dan juga nasi lemaknya memang power. Tu sebab sentiasa penuh kopitiam ini..memang tak menang tangan..Oh ya pemiliknya cina. Harga standard...kalau seorang dalam RM10++ oklah kan.
Nasi Lemak Rendang dan Ipoh Iced Coffee Pak Li
13. Restoran Temerloh, Seksyen 15 Shah Alam
IKan patin paling menawan...RM10sekeping..nak tempah pon boleh...bulan 12 haritu abang ipar saya tempah 40 keping ikan patin tempoyak...untuk tahlil di surau....Landmark dekat Public Bank Seksyen 15.
14. ABC Fradoo
ABC paling sedap dan memang berbaloi harganya...ada klasik dan ber ice cream. Terletak di medan makan seksyen 2, Shah Alam.
Credit: misscha-cecite.blogspot.com
15. Nasi Lemak Ceria @ Restoran Ceria
Terletak di sekyen 2/3 Shah ALam...landmarknya dekat wisma Mais...hidangan nasi lemak, cakoi nya memang sedap dan terbaik....terutama sambal bilisnya. Harga standard dan boleh dikira berbaloi juga.
16. Mee ketam dan mee bandung seksyen 7
Dua kedai yang berbeza tetapi bersebelahan. Kalau teringin mee ketam bolehlah singgah di restoran mereka ini yang terletak berdekatan dengan unisel. Mee ketam yang sangat sedap...dan kuah pekat...dan ada aksesori seekor ketam. Harga standard...servis ok.
17. Rojak Pasembor sekyen 9.
Ini adalah rojak yang paling sedap pernah saya rasa dan keasliannya masih terserlah. Harga RM3.50 sebungkus..kuah pekat dan secukup rasa. Terletak dikawasan letak kereta di Seksyen 9 , shah alam..iaitu di kawasan restoran cili merah....(jika tidak silap). Mereka menjual di atas van dan diletakkan beberapa kerusi...ada juga air batu cendol.
18. Laksa Kedah/Penang Seksyen 7
Mereka menjual menggunakan van. Laksanya sedap dan kuahnya pekat..rasa ikan. Harga berbaloi...boleh bungkus atau makan cepat-cepat di kerusi yang disediakan. Landmarknya ialah berdekatan bangunan Worldwide Holding seksyen 7 Shah Alam.
19. Air batu cendol Mamak Seksyen 18, Shah Alam.
Sebelum ini mamak ini menjual di atas motor 3 tayar..sekarang sudah punya gerai sendiri berhampiran CIMB Seksyen 18, Shah Alam. air batu cendol sangat sedap dan lemak santannya memang terasa. Harga berbaloi.
Ketika pulang beraya di Malaysia last julai, saya diperkenalkan oleh abang saya dengan nasi Kak Wok JJ yang terletak di TTDI Jaya Shah ALam dan ianya tidak jauh dari Masjid Al-Iltisam. Nasi ni memang sedap, sambal sedap..ayam goreng dipotong kecil2 dan digoreng rangup. pendek kata semua sedap...dan lagi satu Teh Ais nya sangat power.
Klang
1) Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan
Memang terbaik...sejak 17 tahun lalu, memang saya selalu ke sini untuk open table famili reunion..menu memang tidak berubah sejak dulu rasanya..sedap...Anda boleh pilih makanan laut yang suka..ditimbang dan dipilih cara nak masak...masak tom yam, tiga rasa, sweet sour dan lain-lain. Manakala sayur atau side dish kena order semasa anda di meja..servis cepat harga standard.
Kuala Lumpur
1) Restoran Rozita Pantai Dalam
Terbaik..sedap dan fresh....Menu makanan adalah pelbagai tetapi lebih kepada menu Kelantan. Malahan kalau yang teringin nak makan tapai goreng kat sini ada jual..rasa macam tape goreng di Kelantan. Landmarknya ialah berdekatan stesen Komuter Pantai Dalam...
2) Ayam Bakar 5 Bintang Kg. Kerinchi
Sedap dan harga berbaloi..RM19 Seekor ayam..Ayamnya dibakar segar. Memang sangat 5 bintang....
Oklah..itu sahaja.
Cheers,
Zia Anis
*tak pandai makan di restoran mewah....tapi suka tengok rancangan memasak di AFC dan you tube.
Pos kali ini saya akan berkongsi mengenai tempat makan best di Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur. Ini adalah berdasarkan penilaian saya sendiri...tanpa dipengaruhi sesiapa...semuanya saya try, cuba, test...dulu..dan baru rekemen pada rakan, taulan dan saudara.
Oklah kita mulakan di Shah Alam dahulu.
1) Restoran Ani Sup Utara Seksyen 7 atau di Plaza Alam Sentral
Saya suka sangat makan nasi sup..set...iaitu yang dihidangkan nasi putih, beserta sup pilihan anda samaada sup ayam, sup tulang, sup daging, sup perut dan lain-lain. dan juga kombinasi timun yang dihiris, sebelah telur asin, dan cukup sambal cili yang sangat terbaik..hanya di Ani Sup sahaja ada sambal macam ni..memang unik dan nampak authentic...Harga juga amat berpatutan..nak cepat bolehlah kesana..kerana servis cepat dan nak bungkus pon boleh.
Set nasi sup_image google
2) Restoran Ayam Kampung Seksyen 7
Restoran ni memang dekat jer ngan rumah saya...selalu sangat pergi, rasanya pekedai dan pekerja pun dah kenal saya..hehhe. Ayah saya pon suka makan kat sini. Pagi kebanyakkan menu adalah menu sarapan Kelantan..daripada nasi berlauk dan juga nasi kerabu biru. Dan tengahari banyak menu Kelantan dan signature menu adalah ayam kampung goreng. Ianya rangup dan fresh. Disini juga ada berbagai ikan bakar, ayam bakar, ayam percik, dan juga sambal cili, sambal belacan dan juga budu serta ulam-ulaman segar. Harga juga berpatutan tapi standard harga KL...Shah Alam.
3) Restoran Zai Seksyen 7
Nasi ayam Zai memang sedap..Hanya RM4.50 sepinggan/sebungkus. Selain itu ada juga menu lain...
4) D One Steak Seksyen 7
Untuk makanan barat, ini adalah restoran kegemaran saya..jike teringin pukul 10 malam pon saya pi lagi....Harga agak berbaloi dan sedap.
Terima kasih tuan punya foto ya...
5) Khulafa Bistro Seksyen 7
Roti canai sedap..teh ais terbaik....Servis cepat dan kedai bersih.
6) Restoran Nasi Arab Seksyen 7 (Depan Unisel @ di Giant Seksyen 7)
Nasi Arab sedap dan harga berpatutan..kena makan waktu sangat lapar..baru terasa nikmat....
7) Restoran Putera Ayu
Ini restoran yang pernah dikunjungi JJCM TV3....Jus mangga memang terbaik...Menu tomyam atau Thai..sedap....tapi amat berbaloi ambil set...sebab lebih murah dan jimat. Terletak di Jalan ke Padang Jawa dekat Alam Avenue.
8) Restoran Ikan Bakar Seksyen 6
Ikan bakar fresh..sambal sedap...dan sos juga amat sedap. Time lunch memang penuh terutama students.
9) Restoran TTDI Jaya Shah Alam
Menu memang banyak...beratus-ratus menu makan tengahari..termasuk bubur..Memang rambang mata nak pilih yang mana satu. .Sedap..tapi harga standard... Landmark berdekatan pusat servis kereta Honda TTDI Jaya.
10) Restoran Hatini Seksyen 10 Shah Alam
Menu kelantan pure...Harga standard...
11) Restoran Soto Seksyen 8
Sotonya sangat sedap...bergedil pon sedap. JJCM recommended.
12) Pak Li Kopitiam
The only kopitiam yang saya suka...terutamanya set roti bakar..memang sangat sedap dan juga nasi lemaknya memang power. Tu sebab sentiasa penuh kopitiam ini..memang tak menang tangan..Oh ya pemiliknya cina. Harga standard...kalau seorang dalam RM10++ oklah kan.
Nasi Lemak Rendang dan Ipoh Iced Coffee Pak Li
13. Restoran Temerloh, Seksyen 15 Shah Alam
IKan patin paling menawan...RM10sekeping..nak tempah pon boleh...bulan 12 haritu abang ipar saya tempah 40 keping ikan patin tempoyak...untuk tahlil di surau....Landmark dekat Public Bank Seksyen 15.
14. ABC Fradoo
ABC paling sedap dan memang berbaloi harganya...ada klasik dan ber ice cream. Terletak di medan makan seksyen 2, Shah Alam.
Credit: misscha-cecite.blogspot.com
15. Nasi Lemak Ceria @ Restoran Ceria
Terletak di sekyen 2/3 Shah ALam...landmarknya dekat wisma Mais...hidangan nasi lemak, cakoi nya memang sedap dan terbaik....terutama sambal bilisnya. Harga standard dan boleh dikira berbaloi juga.
16. Mee ketam dan mee bandung seksyen 7
Dua kedai yang berbeza tetapi bersebelahan. Kalau teringin mee ketam bolehlah singgah di restoran mereka ini yang terletak berdekatan dengan unisel. Mee ketam yang sangat sedap...dan kuah pekat...dan ada aksesori seekor ketam. Harga standard...servis ok.
image google-terima kasih tuan blog
17. Rojak Pasembor sekyen 9.
Ini adalah rojak yang paling sedap pernah saya rasa dan keasliannya masih terserlah. Harga RM3.50 sebungkus..kuah pekat dan secukup rasa. Terletak dikawasan letak kereta di Seksyen 9 , shah alam..iaitu di kawasan restoran cili merah....(jika tidak silap). Mereka menjual di atas van dan diletakkan beberapa kerusi...ada juga air batu cendol.
image google-terima kasih tuan blog
18. Laksa Kedah/Penang Seksyen 7
Mereka menjual menggunakan van. Laksanya sedap dan kuahnya pekat..rasa ikan. Harga berbaloi...boleh bungkus atau makan cepat-cepat di kerusi yang disediakan. Landmarknya ialah berdekatan bangunan Worldwide Holding seksyen 7 Shah Alam.
image google-terima kasih tuan blog
19. Air batu cendol Mamak Seksyen 18, Shah Alam.
Sebelum ini mamak ini menjual di atas motor 3 tayar..sekarang sudah punya gerai sendiri berhampiran CIMB Seksyen 18, Shah Alam. air batu cendol sangat sedap dan lemak santannya memang terasa. Harga berbaloi.
image google-terima kasih tuan blog
20. UpdateKetika pulang beraya di Malaysia last julai, saya diperkenalkan oleh abang saya dengan nasi Kak Wok JJ yang terletak di TTDI Jaya Shah ALam dan ianya tidak jauh dari Masjid Al-Iltisam. Nasi ni memang sedap, sambal sedap..ayam goreng dipotong kecil2 dan digoreng rangup. pendek kata semua sedap...dan lagi satu Teh Ais nya sangat power.
Image google..terima kasih tuan blog.
Klang
1) Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan
Memang terbaik...sejak 17 tahun lalu, memang saya selalu ke sini untuk open table famili reunion..menu memang tidak berubah sejak dulu rasanya..sedap...Anda boleh pilih makanan laut yang suka..ditimbang dan dipilih cara nak masak...masak tom yam, tiga rasa, sweet sour dan lain-lain. Manakala sayur atau side dish kena order semasa anda di meja..servis cepat harga standard.
Kuala Lumpur
1) Restoran Rozita Pantai Dalam
Terbaik..sedap dan fresh....Menu makanan adalah pelbagai tetapi lebih kepada menu Kelantan. Malahan kalau yang teringin nak makan tapai goreng kat sini ada jual..rasa macam tape goreng di Kelantan. Landmarknya ialah berdekatan stesen Komuter Pantai Dalam...
2) Ayam Bakar 5 Bintang Kg. Kerinchi
Sedap dan harga berbaloi..RM19 Seekor ayam..Ayamnya dibakar segar. Memang sangat 5 bintang....
image google-terima kasih tuan blog
Oklah..itu sahaja.
Cheers,
Zia Anis
*tak pandai makan di restoran mewah....tapi suka tengok rancangan memasak di AFC dan you tube.
Friday, January 24, 2014
Pemergian yang Dirindui Selamanya
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dan jam 7.30 malam saya tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Kota BHaru dan anak anak saudara dan abang saya sudah menunggu..dan dalam perjalanan abang saya menceritakan detik terakhir beliau..yang mana bonda mendapat "cardiac and pulmonary arrest" pada malam 13.dis. dan paginya dibawa ke HKB...dan semasa dalam perjalanan masih boleh bercakap seperti biasa cuma agak letih...
8.30malam 15.dis saya tiba di rumah dan kelihatan ramai sudah hadir untuk upacara tahlil dan sanak saudara dan jiran tetangga semua ada....
Keesokan harinya saya ke kubur dan membacakan surah yassin dan doa tahlil...hanya doa kiriman ikhlas untuk mu wahai bonda dapat ku kirimkan...
Dan selepas 26 hari di Malaysia..saya kembali ke Jerman...namun ingatan dan suara bonda masih terngiang di ingatan..sesungguhnya Pemergianmu akan dirindui selamanya...(Saat menulis ini..air mata mengalir....betapa pengorbanan tiada dapat ku balas)..Semoga kita bertemu di syurga ...Ameen.
Al-Fatihah untuk Bonda.
Yang Merindu,
ZIa ANis
Hari ini genap 40 hari bonda tercinta telah pergi menghadap Yang Ilahi....terasa berat dan lelah dengan pemergian beliau yang secara mengejut dan tanpa pesan. Tapi saya redha kerana suatu masa nanti saya, anda semua juga akan dijemput untuk pulang tanpa kita tahu tarikh, masa dan tempatnya...
Tanggal 14. Disember 2014, bonda telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Unit Kecemasan Hospital Kota Bharu, yang ditemani abang dan kakak ipar saya dan beberapa doktor lain. Ketika itu masih terngiang ngiang di ingatan, di telinga dan otak, jam 4.00 pagi waktu London (saya berada di rumah teman di Oxford University) kakak saya menelefon dan memberitahu yang bonda di masukkan ke unit kecemasan HKB...dan seminit kemudian beliau telefon lagi dan memberitahu mak sudah tiada...saya yang dalam keadaan itu tidak dapat memproses dan menghadam perkataan-perkataan tersebut, lalu bertanya kenapa????pastu lagu mana???? Sebenarnya hati tidak dapat menerima keadaan dan berita tersebut....lalu saya buka jendela bilik untuk menghirup udara segar pagi dan memujuk hati menerima berita tersebut. Dan kemudian saya mengejutkan kawan saya K.ida dan Dekmah..dan memberitahu hal tersebut kepada mereka....Dan kepada Bariyah juga...dan mereka bersama-sama membantu saya membeli tiket kapal terbang hari sama ke kota Bharu...dan ada satu penerbangan jam 3.00 petang menaiki Qatar AIrlines dan hanya tiba keesokkan harinya jam 7.30 malam di Kota Bharu..dan saya memberitahu mereka jangan tunggu saya..selesaikanlah urusan pengebumiannya....
Dan jam 7.30 malam saya tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Kota BHaru dan anak anak saudara dan abang saya sudah menunggu..dan dalam perjalanan abang saya menceritakan detik terakhir beliau..yang mana bonda mendapat "cardiac and pulmonary arrest" pada malam 13.dis. dan paginya dibawa ke HKB...dan semasa dalam perjalanan masih boleh bercakap seperti biasa cuma agak letih...
8.30malam 15.dis saya tiba di rumah dan kelihatan ramai sudah hadir untuk upacara tahlil dan sanak saudara dan jiran tetangga semua ada....
Keesokan harinya saya ke kubur dan membacakan surah yassin dan doa tahlil...hanya doa kiriman ikhlas untuk mu wahai bonda dapat ku kirimkan...
Dan selepas 26 hari di Malaysia..saya kembali ke Jerman...namun ingatan dan suara bonda masih terngiang di ingatan..sesungguhnya Pemergianmu akan dirindui selamanya...(Saat menulis ini..air mata mengalir....betapa pengorbanan tiada dapat ku balas)..Semoga kita bertemu di syurga ...Ameen.
Al-Fatihah untuk Bonda.
Yang Merindu,
ZIa ANis
Tuesday, January 21, 2014
2nd Year in PhD Journey
Assalamualaikum and Hai,
JUst to inform all the readers that I'm now on my 2nd year on PhD Journey. PLease pray for me, please, please....
Ya Allah please make ease my journey and grant me with many ideas and knowledge..AMeen.
How times flies so fast...and now a few of my friends just finished their studies and work contract here (in Germany) and will go back for good very soon...and some already back....
How sad i am..but I need to finish my study...no matter what...LIllah hi Taala...

Monday, December 9, 2013
Banjir Oh Banjir
Assalamualaikum.
Sudah lebih dua minggu tidak menulis sesuatu di blog ini. terasa amat cepat masa berlalu. dan dalam beberapa hari sahaja lagi tahun 2013 akan melabuhkan tirainya dan bakal tibalah 2014.
Dan jika tiba musim cuti sekolah akhir tahun maka akan berlakulah musim tengkujoh di pantai timur. dan kali ini saya akan kongsikan mengenai banjir di kelantan khususnya kerana ini catatan peribadi saya kerana dibesarkan dikelantan. di kelantan rasanya semua rakyat telah sedia maklum bahawa bila lewat november hingga awal januari musim bah akan tiba, dan ianya berlaku saban tahun...sudah menjadi kebiasaan dan bagaikan pesta air.
Rumahku Banjir
Begitu juga dengan rumah saya..sentiasa dilanda banjir...dan rumah saya antara yang terawal kena bah sebab rumah rendah dan bila hujan lebat air dari tempat tinggi akan masuk melalui parit dari.depan rumah..
dan banjir paling besar yang mengakibatkan kami berpindah ialah semasa saya darjah satu kot..tahun 1990. itupun sebab arahan atok saya yang kata kami kena berpindah sebab air sudah naik hingga ke dada di dpn rumah..dan kami pindah ke surau hanya jarak 20m sahaja dari rumah..dan hanya semalam saya di sana...dan masa kecik saya suka banjir sebab boleh main air dan mandi air bah sesuka hati dan dapat berenang di atas tar aka jalan raya dengan senang hati. dan petanda banjir akab tiba bila air sungai kelantan melimpah dan melebihi jambatan sungai kemubu. dan dibelakang rumah saya sahaja sungai kelantannya..dan bila tiba musim banjir air sungai melimpah hingga masuk ke kawasan kampung dan airnya amat besar serta deras alirannya. dan dikampung saya ini terdapat jambatan kemubu yang menjadi sempadan daerah kota bharu dan machang..dan setiap kali air sungai melimpah...jambatan ini akan dipenuhi air kerana ianya jambatan rendah..dan macam pesta lah orang ramai mahu melihat banjir di jambatan tersebut.
Ini baru banjir biasa...
Keputusan PMR.
Masih ingat saya dan kawan baik saya iaitu siti pernah mengharungi jambatan kemubu yang penuh air bajir untuk ke sekolah menengah kebangsaan pangkal kalong dengan menaiki satria yang dipandu abang saya....demi mendapatkan keputusan pmr 1998. dan alhmdulilah saya berjaya dengan keputusan cemerlang....orang kata berbaloi arung boh....
Peristiwa cemas banjir
semasa saya berumur 8 tahun kot...ayah saya pergi menebang buluh hendak buat rakit di belakang kebun saya. dan tiba tiba buluh yang ditebang runcing tertusuk ke kaki ayah saya.
.dan jiran datang dan membawa beliau ke klinik di kok lanas...alhmdulilah selamat..dan berehat dirumah..dan bila habis isyak jemaah surau datang bertandang menjenguk ayah saya sambil mengharung air setakat paha.....
Banjir dan rezeki banjir
bila tiba musim banjir maka orang kampung akan sibuk makan makanan banjir iaitu yang berbentuk ubi..dan tidak ketinggalan arwah nenek saya yang saya panggil mok akan menanam pelbgai tanaman ubi sebelum tiba boh dan dituai musim banjir antaranya ubi kayu, ubi keling, ubi badak, ubi keladi dan ubi itik. dan masih saya ingat menemani mok pergi gali ubi kayu di dalam air boh sebab cucu dan cicit di kota bharu nak datang bertandang..sayangnya mok pada cucu cicit di kota bharu tersebut..harap begitu juga sayangnya cicit pada mok...dan brrpenat lelah lah saya dan mok menggali ubi kayu tersebut. biasanya ubi kayu direbus dan dimakan bersama kelapa parut masin..dan air kopi cap badak...wallah sedap sangat..i miss that moments...dan selain itu mok jugak ada wat gulai lemak ubi badak putih..ya allah sangat sedap serta kuih tradisional berasaskan ubi...
Selain itu bila tiba musim banjir di pasar ikan diserata kelantan akan banyak dijual ikan jeruk atau dipanggil juga ikan budu. Ianya adalah ikan selayang atau kembung yang diperam beberapa hari bersama garam. Dan untuk memasaknya hanya dibasuh dan digoreng, bila hampir masak masukkan sebiji telur dan dibalikkan agar telur dan ikan masak..dan sedia dihidang bersama hirisan cili dan perahan limau nipis..masyaallah nikmat..ini pon masakan kegemaran mok...dan tok ayah...
Ubi keling
Image google dari blogspot terima kasih...
Ubi Itik
Ubi keladi
*Terima kasih tuan punya blog...
Ikan jeruk dan telur...enak sangat...(Image google..terima kasih ya)
Kenangan Banjir
sungguh indah musim banjir sebab masa ni lah saya dan rakan baik saya merangkap sepupu saya mr. j selalu bermain air..bersama rakan lain dan adik beradik beliau..dan masa tu mana ada takut lintah pacat semua...semua redah ajer...kadang kadang masuk parit carik ikan dan berkubang dalam air...biasanya bila dah kol 6 abah mr.j akan suruh balik..sebb lokasi bermain ialah di kawasan rumahnya..dulu masa bebudak rasa x puas main...rasa malam pon nak main..and ada rumah macam rumah panjang leh menjenguk jiran disebelah rumah...now masa berlalu..dan kini semuanya kenangan..dah besar panjang semua dan membawa haluan memasing..dan bekerluarga...indah saat kanak kanak kan....terutama di musim bah....duduk dalam gelap pasang pelita main bayang bayang dan bercerita...sebab black out...
oklah itulah catatan kisah silam...
Alfatihah untuk arwah mok, tok ayah, mok bidah dan che pok wel...semoga ditempatkan bersama dengan orang soleh dan solehah..aminn...
Cheers,
Zia Anis
*Hujan emas di negeri orang lebih baik hujan bah dinegara sendiri..hehhehe
Thursday, November 14, 2013
Pahit Manis Perjuangan Menjadi seorang Pelajar
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tajuk Pahit Manis Perjuangan Menjadi seorang Pelajar telah saya pilih untuk perkongsian kali ini kerana saya sekarang seorang bergelar pelajar sejak setahun yang lalu dan akan terus menjadi pelajar bagi 2 hingga 3 tahun lagi...semoga Allah memudahkan usaha pencarian ilmu saya ini. Sesungguhnya perjuangan demi sebuah Phd amat mencabar bagi saya...
Ternyata kejayaan mengharungi cabaran semasa Master di Australia 5 tahun lalu masih tidak cukup mematangkan dan memantapkan saya menghadapi Phd yang lebih besar dan cukup kuat cabarannya...Semasa di Australia menyiapkan tugasan @ assignment sudah cukup memenatkan kerana setiap tugasan perlu di check di Turnitin Software untuk mengesahkan ianya hasil 100% dari kita bukan di copy and paste dari internet sahaja...dan setiap tugasan berkumpulan pula perlu namakan ahli kumpulan di cover hadapan assignnment agar mudah dikesan plagiarism atau tidak..itu belum lagi 6 jam di lab semasa coursework dan exam 6 jam untuk satu paper...3 jam satu sesi...
Hanya Allah yang tahu dan hanya Allah tempat mengadu.
Perkara utama yang menyebabkan cabaran datang ialah mengenai saya masih belum cukup ilmu didada terutama perkara asas...dan di sini saya membuat research 100% menggunakan komputer dan programming language..dan saya amat lemah dalam programing language....Dan saya juga perlu memahirkan diri dalam mathematics dan statistics. Dan setiap benda yang saya buat memakan masa...waa..bayangkan seperti siput yang akan menyeberang sebuah padang bola sepak seluas standard olimpik...terlalu lelah dan jauh lagi dari penghujung garisannya. Bayangkan untuk membuat hanya sebuah graf heatmap saya rasa mahu terduduk kerana susahnya...kerana segalanya memerlukan saya membuatnya secara programing language...dan 2 minggu masih belum siap...
Dan saya juga ada menghubungi teman lain yang sama berjuang dalam Phd..tetapi saya dapat bayangkan perjuangan mereka lebih mudah dan mereka lebih terkehadapan daripada saya...itupun setelah berkongsi cerita dan kisah kejayaan mereka setahun yang lalu. Saya bukan menyesal tapi terasa bebanan yang kuat..sehingga kadangkala terasa tidak cukup kuat menghadapi dugaan dan cabarannya. Itu jalan yang saya pilih..kehadiran saya di bumi Jerman ini adalah untuk menuntut ilmu..itu yang saya fikir sebelum kesini dan tidak pernah terfikir akan mengharungi dugaan seberat ini...sedih..tapi bak kata orang "sendiri mahu ingat" @ "padan muka"....
Ya Allah padaMu aku berserah.
Dan saya berkongsi rasa dengan kawan Indonesia saya yang menuntut di departmen lain tapi beliau sering ke lab saya...dan harini saya dan dia menyimpulkan bahawa perjuangan mesti diteruskan kerana walau susah sekalipun seperti menajamkan parang walau sedikit lama lama akan tajam..tapi jika mengambil keputusan berhenti umpama meletakkan parang ke leher......
Dan keep moving....
Cheers,
Zia Anis
*pembaca budiman doakan temanmu ini ya...terima kasih.
Tuesday, March 19, 2013
Makcik setem german-kelantan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya akan berkongsi kisah benar mengenai Makcik setem german-kelantan. Kisahnya bermula apabila saya di airport kota bharu "banyak" bulan yang lepas.... saya dan famili saya datang ke airport sebab nak hantar saya balik ke shah alam. so haritu flight saya jam 8.30malam menaiki firefly. Dan semasa urusan check.in ternampaklah seorang makcik kelate dan suami yang macam mat salleh. tinggi orangnya.
Semasa masuk ke dalam pesawat saya dapat seat sebelah mak cik yang saya lihatbbersama suami mat salleh tadi. bila flight dah take off saya.pun mulalah bersembang dgn mak cik ini. saya tanya "mok cik.ko dengan suami mat salleh tadi?". Makcik tu jawab "yo lah". dan bermulalah sesi bertaaruf saya da makcik tadi. dia memberitahu suaminya orang german. beliau bertemu jodoh sesama suaminya datang ke.kota bharu dan terjumpa berkenan dan terus kahwin.dengan beliau dan sebelum itu suaminya memeluk islam. selepas itu beliau mengikut suaminya ke jerman iaitu disebuah penempatan di utara jerman. dan beliau dikurniakan 2 orang anak.iaitu seorang lelaki dan.seorang perempuan. Mereka tinggal disana hampir 10 tahun. Namun, mereka suami isteri ambil keputusan untuk settle down di kelantan. so saya tanya best ke.dok jerman, apa jawab mak cik tadi biasa aja. kalau musim sejuk nak keluar sejam bersiap 2jam sebab nak pakaikan anak anak berlapis lapis pakaian. dan saya tanya lagi mesti anak.makcik lawa-lawa. tahu apa makcik tu cakap "Come lah skit dari.mokcik". hahhahahahha. kelakar betul makcik ni. sebab makcik ni muka atau perwatakan tipikal kelantan. so rezeki dan.jodoh dia.kahwin mat salleh. dan saya tanya lagi nak pimana? dia kata nak.pi rumah anak.lelaki nya di subang sebab esok hari.ahad ada jaulan.setem lama di amcorp mall. amcorp mall memang terkenal dengan antik.mark setiap ahad.
Jadi.makcik tadi memberitahu yang dia sudah berulang alik kl kelantan setiap sabtu dan kembali ahad malam ke kelantan sejak bertahun lalu dengan niat menjual setem kepada penggenmar tegar setem. dan ada pelanggan tetap terutama cina.yang membeli sampai rm1000 lebih untuk koleksi setemnya. dan suami mat sallehnya itu juga menjadikan menjual setem pendapatan utama yang dijual di ebay yang diperolehi.dari.jerman.
ooooo,
dan patutlah semasa di sini saya telah berkesematan ke sebuah pasar antik iaitu homburg antikmark yang ada menjual pelbagai barang antik dan secondhand dan ada juga setem lama. dan di ebay german juga setem dijual pakai kilo.

image google...
dan begitulah kisah makcik setem dan setibanya di subang skypark.kami berpisah.
moral of the story:
- jika.rajin usaha pekerjaan apa pun InsyaAllah membuahkan hasil. see jual setem pun boleh sara hidup dari naik bus skrg naik flight. hehehe
-jodoh tak.kenal jauh dekat atau pada rupa. kun fayakun
- last but not least rajin usaha tangga kejayaan

*my sister amazed dengar citer makcik setem.
ok cheers,
zia anis
zia anis
Friday, March 8, 2013
Peristiwa di “Car Wash”
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya akan bercerita mengenai peristiwa yang berlaku pada saya di sebuah “car wash” beberapa kita yang lalu. Kebiasaannya setiap 2 minggu saya akan ke “car wash” untuk mencuci dan vakum kereta saya…dan biasanya juga saya jarang suruh mereka vakum bonet sebab bonet saya banyak barang dan tak terlalu kotor. Jadi vakum di bahagian dalam sahaja. Dan di kawasan saya tinggal ini ada beberapa car wash yang selalu saya kunjungi termasuklah sebuah car wash ini…saya akan ke sana selepas waktu pejabat dan selalunya bertemankan anak saudara atau ayah saya..dan pada hari kejadian saya keseorangan. Car wash ini terletak di dalam bangunan rumah kedai..jadi kene pandai control nak masuk car wash ini melalui pintu belakang kedai sebab sempit …dan setelah bagitau saya tak nak vakum bonet pada seorang pekerja yang saya agak baru kerana sebelum ini saya tak pernah lihat beliau di situ, pun kata “okay”.
Dan kereta saya pun mulalah dibasuh..saya duduk di atas sofa yang disediakan sambil baca majalah yang disediakan…dan kedengaran lagu dari channel astro…berkumandang dengan hebatnya di car wash itu..kebiasaannya tidak begitu…
Dan selepas kereta saya siap dibasuh, pekerja tersebut drive kereta saya ke depan untuk divakum…kemudian sebuah kereta kancil masuk untuk dibasuh juga..dan tuannya ialah sepasang lelaki dan wanita..dan kemudian beredar ke restoran berdekatan sementara menunggu kereta siap di basuh…jadi dalam kedai tersebut ada 3 buah kereta iaitu kereta pakcik..orang first datang, kereta saya dan kancil tersebut. Setelah siap membasuh kereta kancil tersebut, pekerja terbabit drive kancil untuk ke depan divakum….tiba-tiba boom bunyi kuat kedengaran dalam kedai tersebut..rupanya pekerja yang drive kancil tersebut telah melanggar belakang kereta saya yang sedang divakum…saya yang ketika itu sedang membelek majalah…bangun dan kaget dan dalam hati saya…pasrah “kereta aku mesti penyek atau kemek teruk kat bahagian belakang nih”…dalam hati saya dapat bayangkan kepenyekan dek kuatnya bunyi dentuman tadi…
Dengan serta merta pakcik kereta first dan pekerja2 lain membantu menolak kereta kancil tersebut ke belakang kerana sudah mencium dan melekat pada kereta saya…aduh luluh hati melihatnya…tapi alhamdulilah kereta saya tiada apa-apa yang penyek atau kemek..Cuma kereta kancil tersebut yang sedikit kemek..pekerja yang drive kereta terbabit Nampak pucat dan tidak mengatakan maaf pada saya…alasan beliau licin tu yang tak sempat control..katakan kereta saya tak ada mahu ke jalan besar terus kot kancil tersebut. Dan kemudian tokey kedai datang dari kedai sebelah dan dengan selamba tidak minta maaf pada saya….langsung..dan saya ke kaunter untuk bayar upah basuh kereta…Pun tak ada diskaun atau kata-kata maaf…saya terus beredar setelah check kereta saya “ok”.
Dan sejak dari hari itu saya sudah serik nak basuh kereta saya di kedai tersebut..ingat nak tolong melayu…wahai businessman melayu tolong berakhlak mulia boleh? Baru bisnes maju…betul tak? bagi saya walaupun kami “lady driver” jangan layan 2nd class…wahai lelaki hormatlah wanita…dan nasihat saya pada pemandu wanita di luar sana, nak pi basuh kereta pilih car wash yang luas dan selesa, sentiasa berteman dan selalu berhati-hati…We never know what will happen.
p/s : I love my car…sayang plak nak jual kan..kereta pertama katakan…
Cheers,
Zia Anis
Thursday, February 14, 2013
Perempuan Lalai Bercinta???
Assalamualaikum,
Ini adalah artikel copy and paste daripada Kereta Mayat yang saya edit mengikut kesesuaian bahasa...
Moral: Suara tu aurat, Laki bini berpapa-mama boleh pahala, pakwe makwe berpapa-mama mendapat bala!
Ini adalah artikel copy and paste daripada Kereta Mayat yang saya edit mengikut kesesuaian bahasa...
( “Orang bercinta sebelum kahwin akan banyak membuat perkara "tidak betul", terutamanya orang perempuan”)
Pepatah di atas apabila aku renung dan kaji, ternyata ada banyak kebenarannya, apatah lagi pepatah itu dipetik dari blogger terkenal iaitu Hamka keretamayat selaku pengarang buku Permata Yang Hilang versi sopan, eh?, adakah aku baru sahaja memetik pepatah aku sendiri?, kebenaran apakah ini? Sungguh perasan popular, adohai..
Sambung balik: Orang bercinta sebelum kahwin akan banyak membuat perkara sia-sia, terutamanya orang perempuan. Aku setuju dengan statement ini, korang pulak bagaimana? Masih tak percaya bahawa cinta membuatkan manusia lalai terutama orang perempuan?
Baik, Cuba korang semak senarai x matang yang dibuat oleh orang bercinta sebelum kahwin dibawah:
1. Memegang Tangan Kekasih.
Orang perempuan bila bercinta, suka sangat Pakwe pimpin tangan, konon romantiklah tu, sikit sikit nak berpimpin, nak melitas jalan berpimpin, nak naik tangga berpimpin, nak lompat longkang berpimpin, eeee, geli aku sebab korang tu belum kahwin lagi, adalah lebih baik korang tolong pimpin babi melintas di jalan raya dari pimpin kekasih sebelum kahwin sebab walaupun babi haram, tak dosa pimpin si babi melintas jalan, mungkin boleh dapat pahala, tapi tolong awek melintas jalan, silap haribulan kena langgar lori, terus masuk neraka berpimpin tangan dengan firaun, Adohai..
Moral: Tengok Laki bini berjalan berpimpin tangan, nampak bijak dan romantik, tengok pakwe makwe berpimpin tangan, nampak seperti pegang babi!
2. Bagi Gambar Tak Tutup Aurat Kepada Kekasih
Jaga aurat dah bagus, tapi bila bercinta, boleh pulak awek bodoh kongsi gambar tak tutup aurat kat Pakwe, maka pakwe bodoh pun share gambar awek bodoh tak tutup aurat di Facebook, lepas tu pakat pakat ‘like’ dan ‘share’? Hampeh!
Ada pulak kongsi gambar separuh bogel, bila putus, terus jadi hamba kekasih sebab takut kena ugut gambar di sebarkan, sedih sungguh!
3. Membazir Duit Dan Masa Layan Kekasih.
Maksiat bagi orang paling lemah iman, mencegah dengan hati, tapi si pakwe makwe ni siap laburkan duit dan gembira dengan maksiat sebelum kahwin. Rugi sungguh hidup korang, mana pergi iman? Malas nak tulis panjang panjang, sendiri mau fikir!
Moral: Belanja bini, dapat pahala sedekah, belanja awek? Lebih baik belanja mak korang makan sedap sedap, adohai..
4. Merajuk Rajuk Dengan Kekasih
Aku paling angin orang belum berkahwin tapi dah merajuk rajuk macam dah kahwin, tak matang langung, orang perempuan ler ni!
Moral: Pujuk bini itu tanda matang, pujuk awek itu tanda bangang!
*siap ada lagu melayu yg mengada-ngada...pleaselah.
*siap ada lagu melayu yg mengada-ngada...pleaselah.
5. Panggil Kekasih Dengan PAPA-MAMA
Belum kahwin dah berpapa-mama, meriahnya hidup.., serius korang nampak bodoh dan tak matang.
Moral: Suara tu aurat, Laki bini berpapa-mama boleh pahala, pakwe makwe berpapa-mama mendapat bala!
*budak perempuan berumur 14tahun berpapa mama di wall FB...oh sedih!
6. Tengok Wayang Bersama Kekasih.
Kerana pakwe makwe tengok wayanglah yang membuatkan aku di tuduh berdosa oleh ketua usrah sebab menonton wayang filem yang aku minat arahan Quentin Tarantino's di pawagam, celaka sungguh, apahal pulak korang buat maksiat dalam panggung wayang?, aku dapat dosa? Habis tu jika korang buat maksiat dalam LRT, aku berdosalah naik LRT, hampeh!
7. Membeli Hadiah Kepada Kekasih
Apa punya bangang, jika ada duit, tak payah beli hadiah untuk kekasih, membazir jer, simpanlah duit tu untuk kahwin.., adohai..
Moral: Kepada bini, jika Laki tiba tiba tak beli hadiah dalam tempoh yang lama, mungkin itu petanda Laki nak kahwin lagi satu. Woha!
8. Bergaduh Dengan Ibu Bapa Kekasih.
Belum kahwin dah bergaduh dengan bakal bapak mertua?, jahil sungguh! Malas nak ulas.
Moral: Laki bini bila bergaduh, boleh lari rumah mak mertua, pakwe makwe? Lari bunuh dirilah nampaknya, bangang!
9. Derhaka Pada Orang Tua
Ramai betul orang perempuan yang lebih mendengar kata kata Pakwe dari mak bapak, listen listen listen! Ikan jerung pun ada masalah, tapi mereka tak derhaka pada mak bapak mereka!
Moral: Bini wajib taat suami, mak bapaknya dah terlepas tanggung jawab selepas anak perempuan mereka berkahwin, simple.
10. Lari Dari Rumah
Apa kejadah belum kahwin dan lari ikut pakwe? Bila putus dengan pakwe nak balik beraya di mana? Cubalah pakai otak sikit, orang perempuan ler ni, otak singkat!
Moral: Lepas kahwin, jika bergaduh dengan laki, boleh guna ayat: “Hantarkan saya ke rumah orang tua saya”-Woha!
11. Cacah Muka Dengan Tatoo Nama Kekasih
Inilah perbuatan pakwe makwe paling bangang dalam sejarah peradaban manusia, Bodoh sungguh!
Moral: Tak payah nak bertatoo bagai, Jika dah kahwin, nama laki bini mungkin terukir dipintu suhrga, amin..
12. Berzina.
Mana rotan aku nak sebat 100 sebatan tiap sorang.
Moral: Pakwe makwe berzina Syatan tepuk tangan. Laki bini "bersama", syaitan menangis.
-Drama melayu yang terbaharu, memaparkan keasyikan/keseronokan cinta lepas terlanjur...huhuhu..tolonglah bangsaku bangkitlah!
-Drama melayu yang terbaharu, memaparkan keasyikan/keseronokan cinta lepas terlanjur...huhuhu..tolonglah bangsaku bangkitlah!
13. Mengandung Anak Zina
Best ke belum kahwin dah mengandung?
Moral: Mengandung lepas kahwin, adalah nikmat yang besar bagi perempuan. Jika kamu mahu mengerti.
14. Buang Anak Dalam Tong Sampah
Argghhh, malas aku nak ulas lagi akan betapa singkatnya akal tindakan orang yang bercinta sebelum kahwin, mereka memilih sedap sekejap, tapi seksa berpanjangan, itu belum cerita nasib dalam kubur dan dalam neraka, hampeh!
Mari sini semua adik adik sekalian, sebelum kahwin tak payah nak bercinta, buang masa jer.., kerja buang masa semua tu. Ketahuilah, cinta memerlukan tenaga dan pengorbanan, sedangkan tenaga dan pengorbanan sebelum berumah tangga adalah sia-sia, buang current jerr, dan akan menjejaskan prestasi otak. Mulalah exam tak lulus sebab angau bercinta. Hampeh!
Cuba tengok, abang keretamayat yang tak pernah ada awek waktu belajar. Bukan sebab beliau tak hensem (walaupun memang tak hensem) tapi waktu muda beliau habiskan masa mengembara. Membaca dan belajar sebanyak mungkin.
Bagaimana abang keretamayat boleh bertahan hidup waktu remaja tanpa cinta? Sebab abang keretamayat sudah ada gadis impian yang mempunyai seratus syarat, seperti muka cantik jelita macam artis yahudi, lokasi tahi lalat di tempat sekian sekian.., tinggi sekian sekian, lebar senyuman sekian sekian, yang mana selagi tak jumpa gadis macam ni, abang keretamayat tak akan bercinta, maka sibuklah abang keretamayat dengan belajar falsafah kehidupan, belajar ilmu dunia dan akhirat tanpa menoleh pada mana mana gadis sebab mereka tidak termasuk dalam 100 syarat wanita impian..
Tapi sebaik habis belajar, sebaik masuk alam pekerjaan, terus abang keretamayat buang 95 syarat wanita impian, lalu tinggal lah lima syarat sahaja, dan terus mengorat dengan niat berkahwin, lepas mengorat, tak lama lepas tu kahwin. (cerita detail kisah abang keretamayat mengorat dan berkahwin boleh rujuk buku Permata yang hilang kini dijumpai- pergh, sempat promote tu, hihihi)
Jadi waktu bujang, cuba habiskan masa membuat perkara yang tak boleh kongsi dengan bini, contohnya mengembara panjat gunung, pergi ke negara miskin macam india, duduk berjam jam membaca sejarah dunia di perpustakaan awam, memancing ikan sorang sorang dalam hutan, menonton 100 filem terbaik dunia yang bercorak berat, berdakwah masuk hutan jumpa orang asli, membaca kitab tafsir Al quran di masjid berjam jam, bergaul dengan ustaz ulamak dan sebagainya.., tempat peranginan seperti cameron higland, genting higland, unversal stadio, disneyland, pulau peranginan dan lain lain tempat romantik, tunggu lepas kahwin baru pergi dengan bini.
Ok, Lepas kahwin, barulah gunakan tenaga dan pengorbanan untuk bercinta dengan pasangan masing masing, nak bersetubuh puas puas, lepas kahwin, nak melancong puas puas, lepas kahwin,..
Tak payah abang keretamayat tulis panjang panjang bab lepas kahwin sebab tindakan laki bini lepas kahwin nampak bijak dan matang berbanding perbuatan pakwe makwe yang belum kahwin yang nampak x matang!
Terima kasih kereta mayat.
Cheers,
Zia Anis
Wednesday, February 13, 2013
Ada apa pada nama?
Assalamualaikum,
Ada apa pada nama? Semua orang
dilahirkan di dunia ini ada nama sebenar, nama timangan dan nama manja.
Sampaikan ada orang yang ada 4 hingga 5 nama sekaligus. Dan kadangkala jika
namanya berpangkal dengan nama famili, dahulukala guna telefon rumah “Nak cakap
dengan Nik boleh?”…jawab “Nik yang mana satu ek, dalam rumah ni ada 7 Nik”…Dan
di kebanyakan tempat dan negeri ada yang menggunakan pangkal nama famili
seperti nama Nik, Wan, Che, Tuan, Syed, Syarifah, Meor dan tak terkecuali yang
bermula dengan Tengku, Engku dan lain-lain. Masih teringat cikgu Sains saya
dahulu pernah beritahu suaminya berkenan padanya kerana nama beliau iaitu
“Balkis”…cantik bukan. Dan nama saya juga
tidak terkecuali dalam golongan nama yang jarang didengar dan sukar disebut.
Dan masa sekolah rendah jika guru memanggil nama setiap orang dalam kelas dan
sampai suatu ketika beliau tergagap atau lambat menyebutnya, saya akan segera
bangun dan rakan sekelas akan menyebut ramai-ramai nama saya sebagai bantuan
kepada guru tersebut. Dan semasa saya mula mendaftarkan diri di Jerman ada
seorang pensyarah jabatan ini menanyakan saya adakah nama panggilan saya itu
nama sebenar saya atau hanya nama yang direka semata…
Dan semua orang juga ada sejarah kenapa nama
tersebut diberikan/dinamakan kepadanya. Contohnya seorang ibu yang semasa
mengandun suka melihat cerita jepun lalu diberikan nama anaknya “Ishida”…(kisah
benar)… Ada juga yang menukar nama panggilan disebabkan tiada keserasian yang menyebabkan bayi
tersebut menangis tanpa henti dan sebagainya, contohnya Roziah kepada Ayu (juga
kisah benar). Kadangkala ada bapa yang menggunakan kuasa veto menamakan anak
tersebut. Tapi ada juga yang menimbangkan idea isteri, ibubapa (atuk nenek)
bayi tersebut sebelum nama didaftarakan di JPN (itu yang jadi 3 atau 4
perkataan tuh…).
Dan di Negara Eropah dan barat
lain banyak jenama antarabangsa yang terkenal dan mewah menggunakan nama
pengasas jenama tersebut seperti Calvin Klein, Loius Vutton, Christian
Laboutin, Vera Wang, Ford dan banyak lagi. Tidak kurang juga pengasas tempatan
yang tersohor di peringkat antarabangsa iaitu Dato’ Jimmy Choo, Zang Toi dan di
arena tempatan seperti Rizalman Ibrahim, Hatta Dolmat, Melinda Looi, Nurita
Harith, Rizman Ruzaini, Ramly dan banyak lagi. Agak-agaklah jika guna nama kita pada
sebarang produk, boleh laku tak??? Hehhehehhe….
Gambar sekadar hiasan. Ehsan Google.
Fungsi nama bukan sekadar
pengenalan kepada siapa kita, tapi kadangkala ia menggambarkan akhlak, tempat
asal, bangsa dan agama kita. Oleh sebab itu, islam menganjurkan memberikan nama
yang baik-baik dan indah serta mempunyai maksud yang baik juga. Terdapat 99
nama Allah (sertakan Abdul)…serta nama nabi, para sahabat dan nama insan mulia
lain yang boleh dinamakan pada anak-anak kita. Walaubagaimanapun tidak
semestinya dalam bahasa arab sahaja, boleh juga gunakan nama bahasa melayu
seperti Bunga, Wangi, Budiman (ada ke?) yang mempunyai maksud menarik. Tetapi
kadangkala minda orang kita akan gelak
atau sinis terhadap nama sebegini…Mari tukar “setting” minda kita..nama indah
tidak seharusnya dalam bahasa arab…
Dan nama yang diberikan sudah
cantik oleh ibubapa, tapi disingkatkan pula seperti Farhan menjadi Paan, Adam
Mukhriz (Adam & Hawa…hehhe) jadi Am, Khadijah jadi Deja dan lain-lain lagi.
Tapi pada pengamatan saya orang arab tidak menggunakan nama singkatan contohnya
rakan-rakan seperjuangan saya yang suka nama mereka dipanggil dengan penuh
seperti “Ahmad, Muhamad, Maryam, Zainab”…
Oleh itu rancanglah nama anak
anda dengan sebaik mungkin agar akhlaknya sebaik namanya. Dengan nama orang
jatuh cinta…
Cheers,
Zia Anis.
Tingkap Kereta Kena Pecah!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada hari Jumaat yang lalu, pagi-pagi dah masuk mesej dalam Wassupdaripada my sister dan berbunyi begini " Tingkap kereta myvi aku kena pecah semalam"....Ya, kejadian berlaku di malam hari dan kereta tersebut dipark betul-betul depan rumah...sebab rumah teres, 2 buah parking kat dalam pagar dan satu lagi kena park diluar...(kereta saya pun menyibuk parking kat rumah my sister jugak)....dan kejadian tidak disedari sesiapa..dan barang yang hilang ialah 4 pasang kain pasang belum berjahit dan puluhan hanger yang baru dibeli...serta beg mekap yang ada bedak dan lipstik sahaja..alhamdulilah, semoga kejadian tersebut menjadi pengajaran. Takut juga ya, dengar pasal kejadian tersebut. Jadi lebih baik mencegah dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan...

Berikut adalah sebahagian panduan yang boleh diamalkan:
| 1. | Memastikan kunci penghidup kenderaan tidak di tinggalkan. |
| 2. | Memastikan penggera kenderaan berfungsi dengan baik. |
| 3. | Mengunci stereng dan memastikan tingkap di tutup dengan rapat sebelum meninggalkan kereta. |
| 4. | Ambil semua barang berharga termasuk telefon bimbit dan laptop atau apa sahaja yang berharga walaupun berniat ingin simpan di bonet... |
| 5. | Penggunaan alat keselamatan mudah seperti pengunci stereng yang senang di lihat yang membantu menghalang kecurian. Beli yang padat dan kukuh. |
| 6. | Memasang kunci tambahan untuk stereng,gera,roda dan klac lebih baik. |
| 7. | Sentiasa letak kereta di tempat mudah di lihat dan pada waktu malam hendaklah di letak ditempat yang terang atau berlampu. |
| 8. | Berhati-hati semasa mengahantar kereta untuk di selenggara agar kunci tidak di tiru. |
| 9. | Jangan serahkan kunci kepada ‘jockey’ kereta. |
| 10. | Lebih baik mengukir nombor pendaftaran di cermin kenderaan seperti yang hadir bersama pakej tinted...kan ada letak no plat kenderaan kan... 11. Jangan pulang atau memandu kenderaan di waktu malam serta mengisi minyak pada waktu...ataupun mengeluarkan wang di atm pada waktu malam..if tak terdesak esok sahaja...dan kalau boleh ada internet banking..lebih selamat dan mudah. 12. Letak alarm kereta bersama dengan anda di waktu malam...iaitu bersebelahan katil...atau lebih tepat diatas bed table anda... 13. Sentiasa ingat nombor waris terdekat anda..dan jangan hanya simpan di handphone..mana tahu telefon anda tiada bateri..atau hilang..so letakkan nombor dalam buku no. telefon macam orang dulu-dulu. 14. Dan sentiasa berdoa diberikan keselamatan dan jangan lupa baca doa penggerak dan doa berkenderaan sebelum menggunakan kenderaan anda.
Beginilah keadaan kereta kene pecah!...
Cheeers, Zia Anis |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati
Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog. Sepertimana tajuk di...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Jom lihat senarai Tempat Menarik yang perlu dilawati di Jerman. Untuk rakyat Malaysia yang memegang ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Selepas mendapat sambutan hangat mengenai pos saya "Jalan-jalan ke Gold Coast" kali ini say...

.jpg)