Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Friday, November 20, 2015

Solat sunat Tasbih

.
Solat sunat Tasbih...

amat disyorkan dibuat, at least seumur sekali dalam hidup.

Semoga bermanfaat.

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
.
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.
.
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
.
.

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih

.
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).
Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.
.

Caranya;

.
1.  Niat Solat Sunat Tasbih:
a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
 .
b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-‘a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
 .
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
        1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
        2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
        3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
        4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
.
.
3.  Bacaan Tasbihnya ialah:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
.
Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.
.
.
4.  Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.
.
.
5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
      • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
      • Rukuk – 10 kali tasbih
      • Iktidal – 10 kali tasbih
      • Sujud pertama – 10 kali tasbih
      • Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
      • Sujud kedua – 10 kali tasbih
      • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.
.
.
6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.
.
.
7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.
.
.
8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.
.
.
9. Membaca doa solat tasbih;

Thursday, November 19, 2015

Fadhilat Dan Khasiat Doa Akasyah

 Fadhilat Dan Khasiat Doa Akasyah

1)     Dapat Menghafal Al Quran

‘Doa Akasyah’ hendaklah dibaca dengan penuh ikhlas kepada Allah SWT sebelum membaca Al-Quran.
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku, “Wahai Abu Bakar, janganlah kamu tinggal membaca doa Akasyah ini, sebab membaca doa ini bererti akan memperoleh kesejahteraan dan anugerah dari Allah SWT serta dapat menghafal Al Quran dan Kitab.”
Sayyidina Usman Ibnu Affan ra. Pernah berkata, “Sesungguhnya aku dapat menghafal Al Quran dengan berkah doa Akasyah ini.”

Sesiapa yang ingin menghafalkan Al-Quran, maka tulisan doa ini dengan ambar dan minyak kasturi serta minyak za’faran ditukis dalam mangkuk putih yang diisi dengan air, kemudian airnya diminum selama tujuh hari, InsyaAllah akan lekas dapat diingat.
.
.

2)   Dimudahkan Rezeki

Sesiapa yang membaca doa ini setiap hari, sebulan sekali, setahun sekali atau seumur hidup sekali, maka Allah SWT merintahkan tujuh puluh ribu malaikat dari langit membawa kebajikan, serta dimudahkan rezekinya dan memperoleh rahmat.
.
.

3)    Memperolehi Kekuatan Luar Biasa

Sayyidina Ali ibnu Abu Talib ra. pernah berkata, “Aku telah memiliki kekuatan dan keberanian yang luar biasa disebabkan berkahnya Doa Akasyah ini.”
.
.

4)   Diampuni Allah SWT Segala Dosa.

Membaca dengan benar-benar ikhlas hati kerana Allah SWT secara istiqomah, InsyaAllah diberi ampunan dan dihapuskan segala dosa.
Sesiapa yang membaca doa ini sehari sekali atau seumur hidup sekali jika tidak dapat membaca, maka tulisannya saja diletakkan di dalam rumah, Allah akan memberikan ampunan atas dosa-dosanya.
.
.

5)   Mendapat Ganjaran Pahala

Pada hari kiamat Allah SWT akan memberikan pahala yang besar.
Hasan Basri r.a. berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Bahawasanya seseorang itu tidak akan memperolehi pahala yang berlimpah-limpah seperti pahala orang yang membaca Doa Akasyah ini.”
Sayyidina Umar Bin Khatab berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Wahai Umar bacalah doa ini, kerana membaca doa ini akan memperoleh pahala yang sangat besar, tujuh puluh ribu malaikat berbuat kebajikan kerana membaca doa ini, satu Malaikat mempunyai mulut, tujuh puluh dan mempunyai kepala tujuh puluh. Tiap satu memuji kepada Allah SWT dan semua itu diberikan kepada orang yang mahu membaca doa ini, Allah memberi rahmat kepadanya.”
.
.

6)   Ditinggikan Darjat

Dalam hidupnya sentiasa membaca doa tersebut, nescaya Allah SWT mengangkat darajatnya di dunia dan akhirat. Apabila bangkit dari kubur, wajahnya seperti bulan purnama… banyaknya malaikat berada disekelilingnya yang semuanya membawa bendera dari cahaya terus menuju ke syurga bersama-sama orang yang membaca doa Akasyah. Orang yang berada di padang mahsyar merasa kagum dan tercengang hairan kerana dihormati oleh para malaikat dan orang soleh.
.
.

7)    Mimpi Berjumpa Nabi

Sesiapa yang ingin berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam mimpi, maka mandilah sebersih2nya pada malam Jumaat dengan memakai wangian kemudian melakukan solat dua rakaat kemudian setelah selesai solat membaca doa ini lima kali dengan penuh ihklas, maka InsyaAllah memperoleh anugrah berjumpa dengan Rasulullah dalam mimpi.
.
.

8)   Diiringi Malaikat

Syeikh Sya’ban r.a. berkata, Aku mendengar dari sabda Rasulullah SAW. “Sesiapa yang berdoa dengan doa ini, jika ia meninggal dunia, maka akan sentiasa mendapat anugerah dari Allah SWT tujuh puluh ribu malaikat yang menghantar jenazahnya ke qubur yang setiap satu Malaikat alam nur / cahaya.” Malaikat berkata: “Jangan engkau takut, sesungguhnya Allah SWT telah memberikan anugerah kepada engkau nanti hari kiamat dan membuka pintu syurga untukmu.” Allah SWT pun berfirman: “Wahai Fulan sesungguhnya Daku malu menyiksa engkau kerana telah mengamalkan membaca doa ini.”
.
.

9)   Wajah Berseri Di Hari Kiamat

Sesiapa membaca doa ini setiap hari tiga kali, nanti pada hari kiamat wajahnya akan seperti bulan purnama tarikh 14 dan masuk syurga tanpa kira-kira kerana berkat doa ini.
.
.
.

Lain-Lain Khasiat Dan Kelebihan Doa Akasyah

.
Banyak sekali kebaikan dalam ‘Doa Akasyah’ ini, berikutteradapat beberapa faedah lagi yang boleh kita ikhtiarkan:
1.  Jika ada anak, isteri, pembantu atau yang lain, lari dari rumah dan lama tidak pulang maka lakukanlah solat dua rakaat dengan hati yang ikhlas tiga kerana Allah, sesudah membaca Al-Fatihah bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali, sesudah salam membaca doa ini, InsyaAllah orang yang diingati tersebut akan cepat pulang.
2.  Sesiapa yang tidak mahu kekurangan rezeki bacalah doa ini, InsyaAllah, tidak kekurangan rezeki.
3. Sesiapa mempunyai tanggungan hutang dan ingin lekas dapat membayarnya dengan membaca doa ini, InsyaAllah lekas dapat membayarnya.
4.  Sesiapa yang membaca doa ini, pada setiap malam, Allah SWT akan selalu melindunginya dari bahaya kebakaran.
5.  Jika akan bermusafir atau pergi berlayar, maka bacalah doa ini sewaktu akan pergi dan belayar, InsyaAllah akan selama dari mara-bahaya.
6.  Jika ada orang yang sakit gila kerana godaan syaitan atau sakit panas dan di bacakan doa alasah ini InsyaAllah lekas sembuh.
7.  Doa ini apabila diamalkan setiap hari dan malam hari dengan hati ikhlas, maka ia tidak akan sakit kecuali sakit yang menyebabkan ia meninggal dunia.
.
.
Akasyah r.a. adalah sahabat Nabi SAW yang memiliki kumpulan doa-doa yang dikenali dengan Doa Akasyah. Bait demi bait dalam doa ini penuh makna dan menyentuh hati. Mengagungkan Nama dan Sifat Allah SWT yang mulia serta memohon keampunan kepada Allah Ta’ala di atas segala dosa yang telah kita lakukan sama ada yang kita sedari mahupun yang tidak kita sedari.
Petikan dari Buku bertajuk;
“Terjemah Majmu’ Syarif” (Jalan kemuliaan menuju kebahagiaan dunia & akhirat).
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
credit to:https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/09/03/fadhilat-dan-khasiat-doa-akasyah/

Cheers
Zia ANis

Doa Akasyah

Jom Amalkan Doa Akasyah

Semoga Allah makbulkan doa kita semua. Saya mendapat tahu mengenai doa ini melalui Ustazah Nor Bahyah...dalam rancangan semanis kurma.


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
Ya Allah! Semoga Dikau rahmati junjungan kami nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga serta para sahabatnya.
Dengan nama Allah yang Maha Menyinari di atas segala cahaya. Segala puji hanya bagi Allah yang Maha Pencipta segala Nur dan yang menurunkan kitab Taurat di atas gunung Thur, Sinai. Segala puji hanya bagi Allah yang kekayaanNya terbentang luas. Segala Keperkasaan dan KebesaranNya amat benar dengan KemasyhuranNya.
PemberianNya yang senang dan susah, tetap di syukuri. Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, menciptakan gelap dan terang. Pada akhirnya orang-orang yang derhaka akan diadili dengan setimpalnya.


Kaf Ha Ya ‘Ain Shad Ha Mim ‘Ain Sin Qaf. Hanya kepadaMu kami menyembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan. Wahai yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus. Allah Tuhan kami yang Maha Belas Kasihan kepada hambaNya, Dialah Maha Pemberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya kerana Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Mulia.
Wahai yang Maha Mencukupi segala sesuatu, cukupkanlah segala yang kami perlukan dan hindarkanlah segala yang mencelakakan kami. Di tangan kekuasaanMu terletak segala yang baik,  bahwasanya Dikaulah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah! Wahai yang Maha banyak Pemberiannya, Wahai yang Maha Kekal Perhubungannya. Wahai yang Maha Elok perbuatannya, Wahai yang Maha Pemberi rezeki kepada hambaNya dalam segala hal. Wahai yang Maha tiada bandingan, segala ciptaanNya tanpa contoh yang KeabadianNya yang tiada binasa/berubah sedikitpun. Selamatkanlah kami dari segala bahaya kekufuran dan kesesatan atas hak yang terkandung dalam kalimat ‘La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.


Ya Allah! Sekiranya keimanku dimasuki syak-wasangka atau keraguan terhadapMu sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Seandainya keislamanku bercampur kekufuran tanpa daku ketahui sebabnya atau memang daku ketahui sebabnya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Jika di dalam ketauhidanku dimasuki rasa bimbang dan ragu terhadapMu sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.


Ya Allah! Jika ada rasa sombong, takabur, riya’ dan sum’ah / menonjolkan diri dan kekurangan di dalam amal perbuatanku bagi Dikau masuk ke dalam hatiku sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah! Seandainya sifat dusta, pengumpat, mengadu domba dan pembohong berlaku melalui mulutku, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah! Sekiranya di dalam hatiku terlintas  rasa was-was, sedang daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu…

dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah! Seandainya rasa menyerupakan dan lalai masuk ke dalam ma’rifatku kepadaMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah! Seandainya rasa nifak, dosa-dosa besar dan kecil masuk ke dalam hatiku, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah! Sekiranya apa yang Engkau taqdirkan 
kepadaku, lalu daku tidak bergembira atau tidak menerimakannya, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah! Kenikmatan-kenikmatan yang telah Dikau berikan kepadaku, lalu daku salah gunakan, derhaka kepadamu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah! Kenikmatan-kenikmatan yang telah Dikau kuasakan kepadaku, lalu daku tidak bersyukur kepadaMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah!…
Hal-hal yang telah Dikau takdirkan kepadaku, lalu daku tidak bergembira atau tidak dapat menerimanya, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Kebaikan-kebaikan yang telah Dikau anugerahkan kepadaku dan daku tidak memujiMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah! Berfikir dalam kekuasaanMu yang Dikau ciptakan terhadapku, lalu aku menutup mata, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 
Ya Allah! Jika perbuatan-perbuatan yang daku lakukan sepanjang umurku, tidak Dikau redhai sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Jika daku memperingkaskan amalanku dengan mengharapkan pahala dariMu tanpa daku ketahui atau daku sengaja berbuat demikian, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Jika daku bergantung kepada selain Dikau di dalam menghadapi segala kepayahan, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Jika…
dalam saat genting daku menyandarkan pertolongan kepada sesama manusia tetapi bukan kepadaMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Setiap kebaikan yang daku rasakan kerana kurniaanMu tetapi daku melihatnya bukan dariMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Jika kakiku tergelincir menyimpang daripada jalan lurus (Sirat) kerana memohon kepada selain daripadaMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Wahai Yang Maha Hidup,…

Maha Mengurus, Maha Mengasihi, Maha Mengurnia, Maha Pemurah, Maha Menguasai, tiada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau dari segala sifat kekurangan dan cela. daku adalah orang yang menzalimi diri sendiri, sebab itu daku memohon dikabulkan segala permintaan kami dan mohon diselamatkan dari segala kesusahan; Demikian juga tatkala Nabi Zakaria berdoa; “Tuhanku! Janganlah biarkan aku hidup sendirian tanpa keturunan.”
Ya Allah! Dengan hak kalimat ‘La Ilaha Illallah’ dan kemuliaannya, dengan hak ‘Kursi Allah’ dan keluasannya, hak ‘Arasy’ kerajaan Allah dengan segala keagungannya, dengan hak kalam dan segala ilmu dan hikmah kebijaksanaan yang berjalan tanpa hentinya, dengan hak ‘Luh Mahfuz’ dan pengawasan para penjaganya ,
Dengan hak ‘Mizan’ (neraca timbangan) dengan dua matanya, dengan hak ‘Siratul Mustaqim’ dan kelembutannya, dengan hak Malaikat Jibril dan kejujurannya, dengan hak Malaikat Mikail dan belas kasihannya, dengan hak Malaikat Israfil…
.
dan tiupan semboyannya, dengan hak Malaikat Izrail dan pengambilannya, dengan hak Malaikat Ridwan dan syurganya;
Dengan hak Nabi Adam dan terpilihnya, dengan hak Nabi Syith dan kenabiannya, dengan hak Nabi Nuh dan bahteranya, dengan hak Nabi Ibrahim terpilih sebagai khalilullah, dengan hak Nabi Ishak dan keagamaannya, dengan hak Nabi Ismail dan korbannya, dengan hak Nabi Ya’akub dan kedukaanya, dengan hak Nabi Yusuf dan terasingnya, dengan hak Nabi Harun dan kehormatannya, dengan hak Nabi Hud dan kewibawaannya, dengan hak Nabi Saleh dan untanya, dengan hak Nabi Lut dan pemikirannya, dengan hak Nabi Yunus dan dakwahnya, dengan hak Nabi Danial dan kekeramatannya, dengan hak Nabi Zakaria dan kesuciannya, dengan hak Nabi Isa dan kehidupan kerohaniannya…
dan dengan hak Nabi Muhammad SAW yang terpilih menjadi kekasihNya dan syafaat utamanya.
Ya Allah! Wahai yang Maha Hidup, Maha Berdiri Sendiri, Tiada Tuhan selain Dikau, Maha Suci Dikau: Sesungguhnya kami ini termasuk orang-orang yang zalim (menganiaya diri). Maka kami memohon Dikau mengabulkan doa kami,, menghapuskan segala dosa kami serta selamatkan kami dari kesusahan dan juga kesusahan orang-orang yang beriman. Tiada Tuhan selain Allah, Allah jua kusembah, hanya kepadaMu aku bertawakkal. Dia lah Tuhan yang menguasai ‘Arasy yang Agung. Allah yang mencukupkan segala keperluan. Dia sebaik-baik Pelindung, semulia-mulia Penolong. Tiada daya dan kekuatan melainkan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Ya Tuhan kami! Berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka. Semoga Allah sentiasa mencurahkan rahmatNya ke atas makhluk Nya yang paling mulia, cahaya ‘ArasyNya’ penghulu kami, nabi kami dan pemberi syafaat kepada kami iaitu Nabi Muhammad SAW, seluruh keluarganya
dan para sekalian sahabatnya. Dengan rahmatMu wahai yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Amin, semoga Dikau mengabulkan wahai Tuhan Sekalian alam.


Cheers,
Zia ANis
*tiada doa yang sia-sia Yakinlah

credit to: https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/09/04/doa-akasyah/

Wednesday, December 3, 2014

Doa Fitnah Dajjal

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jom amalkan doa ini, semoga kita terselamat dunia dan akhirat.


Untuk penerangan lanjut, sila tonton or dengar di

http://www.youtube.com/watch?v=obVlmrz_j-8

Cheers,
ZA

Tuesday, November 25, 2014

Doa Harian

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

JOm amalkan doa ni:



Semoga bermanfaat.

Cheers,
Zia Anis

Sunday, June 29, 2014

Doa Jodoh

Assalamualaikum,
Sempena kedatangan Ramadhan,mohonlah doa agar kita semua yang belum bertemu jodoh akan bertemu jodoh..kerana bulan ini doa akan diterima InsyaAllah.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah

 “Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

    Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

    Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah. Amin 



Cheers,
Zia ANis

Monday, May 26, 2014

Doa Keselamatan Dari Abu Darda’

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

 Doa Keselamatan Dari Abu Darda’


Doa mengelak dan menghindar dari kebakaran yang biasa diwiridkan oleh Abi Darda’ adalah:

Doa Hindar Kecelakaan dan Kebakaran
.
.

Kelebihan & Khasiat Doa Abu Darda’


Khasiat doa ini adalah ia mampu mengelakkan kecelakaan terutama kebakaran yang datang tanpa disangka kepada kita sama ada siang atau malam. Bacalah doa ini setiap kali selesai solat Subuh dan solat Maghrib. Apabila dibacakan selepas solat Subuh, Insya’Allah akan diselamatkan dari kecelakaan sehingga tiba Maghrib dan jika dibaca selepas solat Maghrib Insya’Allah diselamatkan sehingga waktu Subuh keesokan harinya.

Menurut riwayat dari Thalaq bin Habib dan dari riwayat at-Tabaraniy dalam Kitab al-Du’a dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa seseorang sahabat pernah menemui dan memberitahu Abu Darda` r.a bahawa kebakaran sedang berlaku pada kawasan rumahnya dengan berkata, “Wahai Abu Ad-Darda’, rumahmu terbakar!”

Mendengar berita itu, dengan penuh yakin Abu Darda menafikannya. Kemudian datang lagi seorang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah orang yang ketiga tetapi tetap dinafikannya.

Diriwayatkan dari Thalaq bin Habib, Abu Darda’ menjawab, “Rumahku tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan itu. Kerana kudengar dari Rasulullah ﷺ, “Sesiapa yang membaca kalimah (doa) di pagi hari, maka ia tidak akan ditimpa musibah hingga petang. Dan sesiapa membacanya di petang hari, maka ia tidak akan tertimpa musibah hingga pagi.”

Dalam riwayat at-Tabaraniy pula, Abu Darda r.a telah menjelaskan bahawa dia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya.”

Kemudian datanglah orang yang ke empat memberitahu bahawa apabila api yang marak itu menghampiri rumah Abu Darda’, ia telah terpadam dengan sendirinya. Dan selepas mereka tiba di sana, ternyata di kawasan itu memang terjadi kebakaran, tetapi rumah Abu Darda’ terselamat.
.
.

Yakin


Yakinilah doa di atas sangat bermanafat untuk kita semua dan dapatlah kiranya diwiridkan doa ini pada waktu pagi dan petang, Insya’Allah keluarga kita boleh dihindar daripada musibah kebakaran yang tidak kita inginkan. Semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah سبحانه وتعالى dan hanya dengan izinNya sahajalah yang dapat menghindarkan segala musibah daripada menimpa kita.
 .
Dari Abu Musa al-Asy’ari ra, katanya: “Ada rumah yang terbakar di Madinah mengenai keluarga dalam rumah itu di waktu malam. Setelah Rasulullah ﷺ diberitahu akan hal ehwal mereka yang rumahnya terbakar tadi, lalu Baginda ﷺ bersabda:“Sesungguhnya api itu adalah musuh kamu semua, maka dari itu jika kamu semua hendak tidur, padamkanlah api itu dahulu.” (Muttafaq ‘alaih)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Kredit kepada: http://shafiqolbu.wordpress.com
*semoga kita dapat print doa tersebut....dan hafal anak beranak kita..untuk keselamatan tempat tinggal kita semua..

Cheers,
Zia ANis
.

Thursday, May 8, 2014

Ya ALlah Perkenan Doa Kami, Oh Allah Please granted our Dua.

Assalamualaikum and Hi,

THis entry i will let the picture tell the story.





Cheers,
Zia ANis

Thursday, February 13, 2014

Dua of the Day

Assalamualaikum and Hi,

Here is the dua from Ustazah NOrhafizah Musa.




THumb ups.

Cheers,
Zia ANis

Wednesday, January 29, 2014

Doa Di Hari Lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini hari kelahiran saya...maka terimalah sebuah Doa Di Hari Lahir

Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya, 
sebaik-baik amal pada penutupannya, 
sebaik-baik hari-hari kami adalah ketika/saat bertemu denganMu. Aku memohon kepadaMu agar…
Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia, 
sebaik-baik tempat tinggal kami, luaskanlah liang lahat kami, 
dan rahmatilah ketika/saat kami menjadi rendah pada waktu menghadapMu ketika/saat hisab, 
tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath, 
selamatkanlah kami dari kesusahan hari kiamat, 
putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam. 

Aku memohon kepadaMu kenikmatan yang tak terputus-putus, 
mata yang sejuk yang tidak terputus-putus, 
aku memohon kepadaMu untuk dapat melihat wajahMu, 
dan kerinduan bertemu denganMu. 
Aku memohon agar Engkau mensucikan kerusakan hati kami dengan taubat, dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepadaMu, 
dan memberi kami pemberian yang besar yang dapat memasukkan kami ke dalam surga, tempat yang aman.. 
Ya Allah, kepadaMu aku beribadah dan untukMu kami sholat dan sujud. KepadaMu kami menuju dan bersegera. 
Kami mohon rahmatMu dan takut akan azabMu, sesungguhnya azabMu menimpa orang-orang kafir. 
Ya Allah aku memohon perlindungan kepadaMu, kami meminta ampun dariMu, memujiMu dengan kebaikan, tidak kufur kepadaMu, 
tunduk kepadaMu dan mencabut siapa yang kufur kepadaMu...
Amin.

Kredit kepada:http://mujahidareryl.wordpress.com

Cheers,
Zia ANis

Wednesday, January 15, 2014

Amalan Anak-anak Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia

Amalan Anak-anak Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia

السَّلاَمُ عَلَيْكُم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibu bapa adalah orang yang paling berjasa kepada anak-anaknya. Bermula daripada kesusahan ibunya mengandung selama 9 bulan 9 hari. Kesusahan melahirkan anak-anak dan menyusukan dan membesarkan mereka.

Bagi anak-anak jasa dan pengorbanan ibu bapa sangat besar nilainya. Mereka dengan penuh rasa tanggungjawab membesar, mendidik dan memelihara anaknya hingga menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara. Seorang anak yang diasuh dan dididik dengan nilai agama, hendaklah memberi penghormatan dan kasih sayang sewajarnya kepada mereka.

Kita hendaklah menunjukkan rasa terima kasih dengan sentiasa berbuat baik dan tidak melanggar segala perintahnya, menjaga perasaannya jangan sampai terluka serta menjaganya ketika mereka dalam tua atau uzur.

Sememangnya, kedudukan atau darjat ibu bapa di sisi Allah sangat mulia dan tinggi sekali, sehingga menjadi sebagai ukuran penentu bagi keredaan dan kemurkaan Allah. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pula terletak pada kemurkaan ibu bapanya." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Hakim).

Berdasarkan maksud hadis di atas, seharusnya sebagai insan yang memiliki kesempurnaan akal, kita berusaha untuk mencapai keredaan ibu bapa. Namun dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini, kenyataannya masih ramai yang belum insaf dan tidak prihatin terhadap keterangan hadis di atas. Mereka dengan rasa tanpa segan silu, melakukan penderhakaan terhadap ibu bapa yang banyak berjasa.

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap yang hidup anak mati , mati tetap datang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur apabila saatnya sampai maka dia akan dijemput oleh Allah SWT untuk bertemu dengan-Nya di alam barzakh. Apabila ibu atau bapa kita sudah meninggal dunia atau kedua-duanya sudah kembali kerahmatullah, sebagai anak apakah hadiah dan bantuan terbaik yang dapat kita berikan tanda kita kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa kita? , dan sebagai tanda penghargaan kita sebagai seorang anak yang soleh atau solehah?

 Terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim bahawa seorang sahabat bertanya Nabi SAW mengenai apakah jasa yang boleh dilakukan oleh anak kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.?

"Setiap kali Rasulullah SAW mengadakan majlis iaitu tempat baginda mengajar umatnya, ia sentiasa di penuhi oleh orang ramai. Pada suatu hari ketika baginda sedang duduk di sekeliling oleh para sahabat, datanglah seorang lelaki yang bernama Usaid bin Malik bin Rabiah menghadapnya. Dia adalah seorang pahlawan Islam yang sangat berani.

Setiap kali Nabi SAW mengadakan majlis itu, Usaid sentiasa menghadirinya. Dia merasakan segala nasihat-nasihat tentang agama dan ilmu itu sangat penting baginya. Ketika mereka sedang asyik mendengar syarahan dari baginda, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salmah. Sebaik sahaja dia masuk kemajlis itu dengan hormat dia pun bertanya kepada Rasulullah SAW :

“Ya Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya meskipun mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup saya telah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya. Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia.”

Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud :

“Ya…dapat, sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibu bapa kamu.”

Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam seketika tetapi di wajah masing-masing terbayang kegembiraan. Lelaki yang bertanya tadi masih tidak faham akan jawapan yang di berikan oleh Rasulullah SAW, lantas dia meminta baginda menerangkan sekali lagi.

Rasulullah SAW  tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda yang bermaksud “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :

1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.

2. Ilmu yang di menfaatkan dan

3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

Setelah Rasulullah SAW berkata begitu barulah lelaki itu faham dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nabi SAW kerana telah memberi sesuatu yang besar menfaatnya kepada yang hidup maupun yang telah mati.”

(Hadis Riwayat Luqman Hakim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu :

1. Sembahyangkan untuk mereka.

2. Mohon keampunan untuk mereka.

3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.

4. Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan

5. Muliakanlah teman-teman mereka.

6. Doakan kepada mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk  kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)

Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.

1. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.

2. Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.

3. Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.
Sedekah bacaan al-Quran menurut majoriti ulama ahli sunah waljamaah sampai kepada simati :

Abu al-Lajlaj Abu Khalid (seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Quran di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.

Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)

Di dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk: “Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan: “Al-Syafie dan para sahabat (ulamak Syafi’iyyah) mengatakan: “Disunatkan membaca disisi kubur sesuatu daripada ayat al-Quran. Mereka mengatakan: Jika mereka mengkhatamkan al-Quran kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.” (al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah: Beirut, 1996, hlm. 142 )

Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata: “Aku bertanya kepada al-Syafi’ie tentang bacaan al-Quran di kubur. Lalu beliau menjawab: “Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya: “Orang Ansar apabila berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka selalu mengunjungi kuburnya untuk membaca al-Quran di sisinya.”

4. Selesaikan semua hutang-hutang mereka samaada hutang sesama manusia atau hutang dengan Allah SWT. Jika hutang sesama manusia tidak diselesaikan roh mereka akan tergantung di antara langit dan bumi. Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya (jika ada). fidyah kerana meninggalkan puasa. Jika ibu bapa mempunyai hutang dengan bank seperti rumah, kereta dan lain-lain pinjaman tersebut melalui cara riba maka tukarkanlah pinjaman tersebut kepada cara muamalah  Islam dan tukar hak milik kepada anak-anak, kerana berat dosanya yang ditanggung oleh ibu bapa di alam barzakh.

5. Jika ibu bapa belum menunaikan haji maka kita boleh upahkan haji untuk mereka (niatkan upah haji untuk mereka).

6. Beramal dengan amalan Islam. Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup aurat,  bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.

Amalkanlah ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala ilmu yang bermanfaat. Banyakkan sedekah jariah dan niatkan untuk ibu bapa maka ibu bapa kalian akan mendapat pahala sedekah jariah.

Sahabat yang dikasihi,
Teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Apabila kita selesai solat fardu atau ketika berada diwaktu-waktu akhir malam , waktu mustajab doa maka berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa kita yang telah meninggal dunia :

Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil.

Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.

Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.

Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.

Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.

Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.

Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.

Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.

Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.

Bagi ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang api neraka.

Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka.

Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.

Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.

Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.

Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan,

Yaitu, para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.

Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

Walhamdulillahi Rabbil `Aalamin.  Amin

Kredit : https://www.facebook.com/notes/indah-nya-ayat-ayat-al-quran/amalan-anak-anak-untuk-ibu-bapa-yang-sudah-meninggal-dunia/295383053812042

Al Fatihah to my Beloved Bonda (1951-14.Dis.2013)



Cheers,
Zia ANis

Monday, November 4, 2013

Doa Penerang Hati

Assalamualaikum and Hi,
This is for you, before start our day, lets recite dua:
 
 Doa Supaya diterangkan hati

Rumi : Robbisyrohlii Sodrii . Wayasirlii Amrii. Wahlul Ukdatammillisaanii. Yafkohuu Koulii. 
Maksudnya :
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku"
(Surah Taha : 25,26,27,28)
 

 


Cheers,
Zia ANis

Thursday, September 12, 2013

Zikir Untuk Mencukupkan Apa yang ada

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah zikir untuk mengcukupkan apa yang ada contohnya kita memasak masakan makan malam untuk sekeluarga kemudian datang tetamu sekeluarga...dan kita bimbang tak cukup..jadi baca doa semasa menghidang makanan tersebut:

Laisa Laha Min Dunillahi kashifah

(Tiada baginya selain Allah yang maha melindungi) berulang kali...~~ rasa tenang stenangnya...~~

http://www.youtube.com/watch?v=UXkbAt0Rr_A


Cheers,
Zia Anis

Doa Jodoh (Berdoa dengan Yakin)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini saya akan kongsikan doa untuk mendapat jodoh. Semoga kita semua diberikan jodoh yang terbaik...dan tetaplah yakin pada ketentuan ALLAH.

Print dan tampal di tempat senang lihat dan hafal...semoga bermanfaat

1. Surah At Taubah ayat 129...



2. Surah Al Qasas Ayat 24



Rabbiy Inniy limaa anzalta ilayya min khairin faqir
(Wahai Tuhan, sungguh aku sangat faqir atas pemberian anugerah Mu)


Doa ini adalah daripada surah al-qasas ayat 24. Ia merupakan doa Nabi Musa as, kemudian Nabi Musa as didatangi calon isterinya dan sekaligus mendapat pekerjaan. Doa ini disarankan oleh Habib Munzir (www.majelisrasulullah.org) seperti yang diajarkan oleh gurunya. 

Doa ini dibaca untuk mendapatkan jodoh dan rezeki. Boleh dibaca bila-bila masa, tanpa batasan  jumlah dan tanpa batasan waktu. Dibaca sebanyak-banyaknya, semoga mendapat rezeki yang melimpah dan jodoh yang baik.

3. Surah Anbiya Ayat 89


 “Ya Tuhanku janganlah engkau biarkan aku hidup seorang diri dan engkaulah pewaris yang paling baik.” (QS.Al-Anbiya:89)


Cheers,
Zia Anis

Friday, January 11, 2013

Tips Jodoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tips ini saya dapat melalui Tanyalah Ustazah oleh Ustazah Laila yang mengatakan beliau umur hampir 30tahun baru bertemu jodoh;

1) Yakin, yakin dan yakin sungguh-sungguh Allah akan bagi jodoh untuk kita..
2) Doa banyak-banyak
    Surah Anbiya ayat 89
    Surah AlFurqan ayat 74
3) Usaha (Doa adalah salah satu usaha)
4) dan jadi baik...



Good Luck!

Cheers,
Zia Anis

Wednesday, December 5, 2012

Tips/petua cantik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah Tips/petua cantik yang saya ambil daripada Dirimu memang cantik:
http://www.youtube.com/watch?v=oC2mpfqXZ0Q

Tips barat:
Cari titik stress pada badan iaitu:

1) atas kepala, bila tekan rasa sakit
2) kiri dan kanan mata
3) bawah mata
4) tengah diantara lubang hidung
5) bawah kedua ketiak..dekat tali bra

tekan..sambil berkata pada diri sendiri
"Saya menerima diri saya seadanya dan saya gembira". Baca atau niat setulus hati, bukan sekadar di mulut...

Tips mengikut cara islam:
Setiap malam atau setiap pagi
Peluk diri sendiri dengan penuh perasaan dan Baca atau niat setulus hati, bukan sekadar di mulut

" Aku redha sungguh dengan pemberianMu, aku sayang diriku ini dan aku maafkan segala kesilapanku dan Engkau Maha Memaafkanku".

Ingatlah sesiapa yang pandang kecantikan ikut pandangan manusia tidak pernah rasa puas...

Hiasi wajah dengan zikir dan sentiasi fikir...

Cheers,
Zia Anis

Tuesday, July 24, 2012

Doa Pembuka Dua Belas Pintu

Assalamualaikum,

Seperti kebanyakkan kita tahu, bulan Ramadhan adalah bulan yang afdal untuk berdoa kerana telah ada hadis yang menyatakan doa orang berpuasa adalah mustajab. Banyakkan berdoa semoga kita beroleh ketenangan, ketakwaan dan termasuk dalam kalangan orang yang beriman.

Pos kali saya akan kongsikan doa yang "hits" di web page DMFK (Dato'Mohd  Fadzilah Kamsah) iaitu Doa  Pembuka Dua Belas Pintu.

   Cheers,
   Zia Anis


Wednesday, July 4, 2012

Nisfu Syaaban



Assalamualaikum and Hi,

Sempena bulan syaaban ini, apakata kita soroti apa itu makna nisfu syaaban. Ingat tak pendekar bujang lapok...ada Ahmad Nisfu....itu ahmad nisfu ini nisfu syaaban. 
Dan kepada sesiapa yang ada buku yassin dan doa-doa amalan, ada terdapat doa nisfu syaaban. Mari sama-sama berdoa untuk kesejahteraan diri, keluarga dan rakan taulan, jiran tetangga. Sesungguhnya kita akan bersama dengan orang yang kita sayang di syurga kelak, jadi pilihlah orang yang baik akhlak dan mulia peribadi, tinggi ibadahnya untuk disayangi, agar kita bertemu semula dengannya di Syurga nanti.InsyaAllah.

Jom hayati artikel yang saya ambil daripada  http://r38life.blogspot.com . Semoga bermanfaat.
Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita. 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”



Nisfu Syaaban

Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.
  • Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
  • Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
  • Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.

Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:
“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)

Cheers,
Zia Anis

Monday, June 4, 2012

Ku pohon kemaafan, please forgive me.

Assalamualaikum dan hai,
Pernah dengar tak Dato Dr Fadzilah Kamsah selalu kata untuk bahagia kita kena selalu memaafkan orang sebelum tidur setiap malam." Petua bahagia dan membahagiakan ialah maafkan semua orang" Prof. Dr. Muhaya Mohamad.

Ya Allah aku pohon padamu setulus hati, ampunkan dosa-dosaku,sesungguhnya dosa terlalu banyak seperti buih-buih di lautanMu. TAk tertanggung untuk ku pikul dosa itu. JEsteru itu saya pohon pada pembaca, kawan-kawan,saudara mara, sepupu sepapat, guru dan pensyarah, jiran tetangga dan sesiapa yang telah saya kenali, ampunkan segala kesilapan, kesalahan, kesombongan, kemarahan dan segala yang buruk.daripada saya mahupun famili saya. Sesungguhnya saya.mahu bahagia.

Terkesan dengan ceramah dato dr fadzilah menyebabkan saya sebak mengenang segala dosa, sesungguh ALlah mengetahui segala kata kata, niat dan dendam jahat yang kita ucapan, fikirkan di hati.dan di fikiran kerana Allah maha mengetahui yang tersirat dan tersurat.

Saya juga turut terkesan dengan ceramah yang saya tonton di youtube oleh Saudari Wardina, beliau memberikan biji sawi kepada semua peserta ceramahnya sebgai analogi 'sebesar zarah' keburukan dan kebaikan akan dibalas dan diberikan ganjaran dosa atau pahala olehNya.
Please forgive me dear.

Cheers,
Zia Anis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...