Showing posts with label Spain. Show all posts
Showing posts with label Spain. Show all posts

Wednesday, April 22, 2015

Tips Mengembara (Paris dan Barcelona)

Tips Mengembara (Paris dan Barcelona)

Saya mendapat beberapa soalan daripada pembaca yang ingin meneroka Spain, Paris dan London...untuk perkongsian bersama saya tuliskan disini jawapan bagi persoalan mereka..Harap jawapan ini membantu Rina, Art dan pembaca lain juga.

A) Persoalan daripada Rina

Sy akan ke europe hujung bulan april ni.. boleh kongsikan sikit tips perjalanan x? Psl penyeluk saku tu mmg berlambak sgt ke.. sy pulak pegi ikut travel agency. takot pulak rse nk kluar kan duit ble shopping nnt.

Tips:
Pelancong dari Malaysia memang menjadi sasaran penyelok saku dan pencopet, kenapa? kerana kebanyakkan pelancong malaysia menggunakan perkhidmatan train...dan biasanya berjalan berdua...even dalam grup tapi masih berdua-dua---dan pelancong dari Malaysia juga suka shopping dan spend money kat tempat2 shopping terkenal. Dan kawan saya pernah terkena, diorang tanya "Malaysian, Malaysian?" Jadi sebagai langkah keselamatan jom lihat tips dibawah ini:

1.Jangan gunakan beg belakang ataupun backpack semasa bersiar2 di Paris dan Barcelona. Kerana anda tidak sedar ada seseorang akan membuka bahagian zip anda..sebab diorang sangat profesional....tidak sedar...dan ada kes parah, mereka  merenggut begpck sesorg yang saya kenal dan sempat mengambil phone..sebab disangkakan wallet kerana phone tersebut bercasing pink.
Gunakan beg silang, dan kalau boleh simpan pasport dan dokumen penting di tempat berasingan contoh kocek berzip pada jaket dll...


                                                        No backpack

                                          Gunakan beg silang hadapan

2.Selalulah membawa botol air dan seblum keluar hotel isi air putih dahulu sebabnya air mineral boleh mencecah Euro5 sebotol 500ml (anggaran RM20...).

3. Gunakan plastik besar untuk mengisi barang shopping anda selepas anda bershopping sakan..kerana ada mata mata yang memandang kemungkinan ada rezeki mereka di dalam beg kertas barangan mahal anda...
Ini salah satu option untuk mengisi paperbag LOngchamp, Prada, LV anda...sebabnya anda menggunakan train..memang train sentiasa sesak...penuh dnegan manusia dan pelancong asing lain.

4) Untuk mendapatkan makanan halal..anda boleh lah ke kawasan restoran-restoran yang terletak berdekatan dengan Notre Dame...sebab kat situ banyak pilihan restoran halal seperti restoran Turki, Thai, India dan lain-lain. Harga standard Paris...

5) Dan untuk mendapatkan souvenir murah2 bolehlah membelinya dengan penggerai yang menjual di gerai gerai kecil di sepanjang sungai menuju ke Notre Dame..harganya murah dan berbaloi.

 B) Lg 1 nk tnya camne nk pegi hard rock cafe paris dan london..

Hard rock cafe Paris
DariEifel Tower, menaiki train mengambil masa 29 minit ke Hard Rock Cafe Paris...

Eiffel Tower
-Champ de Mars, 5 Avenue Anatole France, 75007 Paris, France


WalkWalk
About 11 min , 800 m



Iéna


Subway9towards Mairie de Montreuil
11 min (8 stops)
Stop at: Richelieu - Drouot

WalkWalk
About 3 min , 150 m

Then you will reach: Hard Rock Cafe Paris

14 Boulevard Montmartre, 75009 Paris, France

_______________________________________________________________________________

Hard rock cafe London

Bermula dari Marble Arch station jalan kaki..landmark dekat dengan Lim Kok WIng University.

Head east on Marble Arch toward Great Cumberland Pl
46 ft
Slight right onto Oxford St
108 ft
Slight right onto Park Ln
0.7 mi
Turn left to stay on Park Ln
79 ft
At the roundabout, take the 3rd exit onto Old Park Ln
-Destination will be on the right


___________________________________________________________________________________


Barcelona

Sekarang masa untuk menjawab soalan daripada Mr Art:
Nak tanya banyak sikit ni:
1. HOHO bus kat sana kita boleh tukar2 bus ke, ... maksud saya kita turun bus lain tapi naik semula bus lain ( next bus). Biasanya bas ni berhenti sekejap2, takut ada tempat kita nak lepak lama.....


Jawapan:
Di kotaraya ini semuanya cantik...terutamanya di musim summer.
1. Anda boleh menaiki bus HOHO dan boleh berhenti di stop yang disediakan dan boleh lihat distesen jadual next bus...jadi boleh rancang berapa lama boleh stay di sesuatu stop. Setiap syarikat HOHO mempunyai stop yang berlainan, jadi sila pastikan anda sentiasa di stop yang betul, biasanya diwarnakan merah, biru dan sebagainya agar tidak mengelirukan pelancong...dan anda kena tunjukan tiket setiap kali naik bus dan tidak dibenarkan naik bus company lain.




2. Castle yg ada cable car kat puncak bukit tu apa nama ye? macam menarik... dan macam nak pegi jugak

Jawapan: Anda boleh menaiki bus HOHO  ke stop Montjuic...kat sini ada beberapa muzium dan tempat menarik...di stesen ini anda harus membeli tiket samaada sehala atau return menggunakan cable car..kami ambil sehala..so boleh jalan kaki balik which is good...






3. Paeella dan Churros mmg kita boleh makan tanpa was was ke kat situ atau kena pilih restoran?

Jawapan:

untuk paella boleh tanya samaada mereka letakkan alkohol atau tidak...dan churros ada satu restoran glamor...sudah lupa nama restorannya...


Ingat tak kat area mana restoran Mr JO dari pakistan yg halal, sedap dan murah tu?

Jawapan:


  ni lah restoran abang Joe...iaitu di kawasan persisir pantai..berhampiran pelabuhan...bukak sehingga lewat malam...

                Menu dan harganya...sangat menggiurkan...bukan?

4. Kat area La Rambas tu banyakkan kedai souveniour?

Untuk beli souvenir beli di Montjuic sebab ada foreigner aka pak itam jual..murah dalam 1Euro sebuah fridge magnet...

Dan Di La Ramblas ramai orang..so hati hati...

Cheers,
Zia Anis

Pssst: Untuk yang ingin melancong ke Paris dan Vienna, Austria jom tonton filem Indonesia Cahaya di Langit Eropa...penuh dengan sejarah perkembangan islam  yang tidak pernah kita ambil tahu...selamat menonton.

Wednesday, April 17, 2013

Tuesday, April 16, 2013

Jalan-jalan ke Malaga Sepanyol (Spain)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah habis pasal Barcelona, sekarang saya sambung mengenai Malaga Spain..kenapa Malaga? Malaga telah dipilih oleh ahli grup trip kami memandangkan harga tiketnya murah dan ada flight terus pulang ke Jerman melalui airport  Leipzig..jauhnya dari my place...dalam 7jam...

30/3/2013
Kami menaiki flight dari Aeroport di Barcelona jam 6.00 pagi dan flight juga penuh..ramainya nak pergi tempat nih...dan setelah 2 jam lebih tibalah di Airport Malaga jam 8.++ kemudian kami menaiki bas ke apartmen yang disewa..dan sampai stesen bas..mulalah menapak mencari apatment ni..rupanya jauh juga ke dalam..dan dideretan bangunan dan terpaksa berjalan hampir sejam ...dengan beg berat...huhuh..dalam hati kenapalah aku datang sini..macam tak best jer...dan tibalah di aparment tersebut Carmen tuan punya apartmen suda menunggu dan memberikan kami kunci dan dapor lengkap makanan untuk masak2 ala-ala mat salleh...dan beliau tinggalkan henpon utk memudahkan menghubungi beliau anytime..bagus kan..org spain memang baik...

Setelah berehat mandi dan tidor sekejap sebab malamnya tak tidor kan..so kami keluar di tengahari sabtu dan makan kebab di sebuah restoran istanbul...sedaplah jugak...dan berjalanlah kami ke deretan kedai Malaga..rupanya rumah kami ini dekat aja dengan shopping street yang famous di Malaga,...dan hari ini sabtu so esok kedai tutup..so harinilah nak shopping..dan nampaknya trip kami berbaloi sebab Malaga memang tempat shopping...terutama pakaian...murah dan Made in Italy..apalagi kami serbu BUtik Elisa..borong sakan sebab murah harga jaket hanya e35...baju dress e15...wah sungguh best.dan design pon lawa...kemudian kami berjalan-jalan ke street ni..dan ramai pelancong...semua menikmati summer dan menikmati ais krim..kopi..dan dll...enjoy the summer weather lah kan..

kemudian kami ke atas bukit..dan dari bukit ini dapat lihat Malaga lautan biru..serta stadium orang main lembu...apa ek dia panggil oh Matador..ala yang guna kain pink (bukan merah yer)...kami tak pi tgk pon..sebab suntuk..dan disini juga terkenal dengan tarian Flamingo..ala ala pusing kain...gitu..

Bandar Malaga

Kubu 

Dataran Malaga

Bandar Malaga...hijau cantik

Stadium Matador 


Images-credit to Miss Il**


Dan bila menjelang malam..kami menikmati makan malam seafood...da tambahan lamm..daripada kedai kebab bersebelahan... dan di Malaga..banyak kedai seafood..dankami singgah kedai yang paling ramai orang...apalagi makan dengan kenyang....udang, sotong, ikan bilis paling saya suka..digoreng garing dengan tepong dan dimakan dengan lemon...huh sedap sangat...alhamdulilah...dalam sepinggan euro 7...berbaloi kan...

kemudian berjalan lah pulang kami..singgah plak di kedai nachos..taco bell ke apa...lupa plak...then malam tu balik rumah masak spegeti tuna..untuk makan breakfast esoknya..

31/3/2013
Pagi pagi dah bersiap untuk tour Malaga...dan kami berlari catch bus hop on hop off Malaga sebab ianya setiap sejam kot..so kena cepat..lepas beli tiket untuk sehari..dalam 17 euro..murah daripada diBarcelona..maka naiklah kami bus yang best nih..dan mestilah dok atas kan..angin sepoi bahasa...kami round satu Malaga..taklah besar sangat..bandarnya kecil sahaja...dan kami ke puncak Bukit..nak naik banyak rumah mewah di kaki hingga atas bukit...dan semuanya berwarna-warni..cantik dan bersih..dan tibalah kami di puncak bukit dan ada istana lama aka kubu lama...nak masuk bayar 60sen..murah kan...(rege students)...dan kat sini ada restoran dan toilet free...kat sini pemandangan cantik nampak laut membiru...setelah 2 jam disini kami naik bas dan kembali ke bandar Malaga dan naik plak bas kecik dan hanya kami berlima aja..so enjoy the ride round bandar Malaga guna route lain plak..then after that kami ke pantai Malagueta dan menikmati makan tengahari dan minum petang di Venus restoran tepi pantai dan dapat layanan best dari tuan kedai..peramah dan masakan pon sedap..lama gak kami dikedai tersebut kerana hujan dan wifi free...
kemudian kami berjalan ke Dock Malagueta dan banyak kedai buka even hari ahad...apalagi sambung windows shopping...hehhehehe...dan pemandangan kat sini lawa..bersih dan ramai manusia...semua dok enjoy the sun and enjoy the food...

dan disebelah petang makan aiskrim..pastu lapar lagi..smbung makan seafood lagi..hehhehehe....memang tak nak lepaskan peluang..sebab esok dah nak balik ke Jerman...we will miss Spain..

1/4/2014
April Fool..no lah..kami book 2 teksi dan terus ke airport jam 5 pagi...dalam 20 minit sampai airport dan terus check-in ...dan selamat tiba di Leipzig Airport jam 8.30 lebih..pilot rempit 15 minit awal sampai..dan paling best Leipzig bersalji...sedangkan kami berpanas di SPain..see we skip the snow hehhehe......
dan kami bertolak ke GÖttingen..tidor sana semalam dan esoknya saya pulang ke kampung Saarbrucken ku ini..

Kesimpulannya:
Malaga is nice for Food and SHopping..murah dan berkualiti...

Selamat melancong dan menikmati keindahan ciptaan ILahi yang tiada tandingannya..
Nantikan part "Foodography in Spain"...

CHeers,
ZIa Anis

Monday, April 15, 2013

Jalan-jalan ke Barcelona, Sepanyol

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos kali ini saya akan berkongsi pengalaman saya bercuti ke sebuah negara di Europe. Saya amat berharap pos ini dapat membantu anda pembaca membuat persediaan sebelum ke luar negara, kerana setiap kali ingin travel saya akan search and blogwalking untuk mengutip sebanyak mana maklumat dan tips daripada blog orang lain sebelum look and see sendiri kan. Anda macamana?

Alhamdulilah pada cuti Easter yang lalu saya telah diberikan kesempatan Allah untuk menjejakkan kaki ke Bumi Andalusia iaitu Sepanyol atau dikenali juga sebagai Spain, Espana ataupun Spanien dalam bahasa Jerman.

Percutian saya bermula pada 26 March 2013 iaitu saya bertolak ke rumah kawan iaitu Su di Göttingen iaitu yang mengambil masa 5 jam menaiki train dengan 1 kali transit iaitu di Fankfurt Am Main. Setelah bermalam di rumah kawan tersebut, kami memulakan perjalanan...

27/3/2013

Perjalanan saya bermula apabila bangun jam 3 pagi, bersiap dan tepat jam 4 teksi tiba dan kami ke stesen keretapi Gottingen dan solat subuh disana sebelum menaiki train ke Hanover jam 5.05 pagi. Saya dan 4 lagi kawan bertemu cukup 5 orang di dalam train ke bremen.

Tiba di Bremen Airport, dan check in 2 luggage n beratur untuk securiti yg byk prosedur iaitu kene bukak but dan hand luggage kene kurang 10kg dan kene saiz yg betul2 ikut saiz diorg...punyalah saya berdoa agar lepas kerana handluggage saya nampak gemuk dan besar....alhamdulilah lepas...then kami menaiki pesawat ryan air ke Girona barcelona yang memakan masa 2 jam lebih.Flight memang penuh...

Tiba di Girona, kami beratur membeli tiket sehala ke bandar Barcelona. Dan kami pun naiklah bas ke Barcelona yang mengambil masa almost 1 jam. Tiba di terminal bas, kami membeli tiket T-10 iaitu tiket yang boleh digunakan untuk menaiki bas dan metro (underground train) sebanyak 10 kali..harganya 9.++ euro. Kemudian kami mencari cari jalan ke apartment 3 bilik yang disewa...lepas naik bas dan train..tibalah di aparment, pekerja apartment sudah menunggu...kemudian beliau menerangkan mengenai apartmen tersebut dan cara nak guna semua brgan dalam rumah, beliau beredar setelah deposit dan bayaran apartmen selesai...
kemudian kami berehat, mandi dan solat...lepas maghrib...bermula lah kami berjalan kaki di seluruh bandar barcelona mencari restoran halal...akhirnya jumpa dengan restoran pakistan..makan kebab...oklah harganya walaupun harga makanan di Jerman lebih murah berbanding di Spain...kemudian kami balik apartmen dan rest...tomorrow the real journey begin...

Apartmen kami..

Pemandangan dari apartmen kami..


28/3/2013
Selepas sarapan maggi dan telur goreng masak separuh... aka telor goyang....kami keluar rumah menuju ke Familia Sagrada iaitu sebuah gereja yang dipenuhi unsur arcitecture yang mengagumkan dan sentiasa dibina hingga sekarang dan selamanya (never ending construction)....sebab tempat ini kene pi awal jika tak beratur nak masuk punyalah panjang...sampai 1 km. so kami yang terawal...pukul 9 gate dibuka...dan kami sentiasa gunakan student cards..sebab nak dapat rege students...so lepas membayar tiket kami menaiki menara ke tingkat 9 kot...tapi tinggi sangat menggunakan lif..dan ambik gmbar dan turun guna tangga...awas tangga dia memang gayat, sempit, kecil dan pening kepala sebab bentuk squirl....huhu pemandangan dari sini memang cantik..boleh nampak barcelona...

kemudian kami membeli tiket hop on hop off berharga 34 euro untuk 2 hari..tapi bg saya 1 hari pon memadai jika anda jenis yang tak ambil masa lama utk setiap tempat....sehari euro26...dan kami ke Casa Mila...tapi beratur panjang..kemudian kami ke Casa Battlo...beratur x panjang sangat..so masukler sini..oklah jugak...tapi yang tak suka muzium sgt macam saya a  bit boring...hehhehe...
Casa Mila

Casa Battlo


dan disini terdapat deretan butik mewah seperti LV, Jimmy Choo..Burberry, dan dll...kami tak masuk pon..lihat dari luar..sebba tak berniat nak shopping pon...

Kemudian kami naik lagi bus tersebut round satu barcelona city...Lunch kami ialah subway vege....kemudian kami berjalan-jalan sekitar sity sehinggalah ke petang...dan singgah beli souvenir iaitu fridge magnet 2.5 euro sebiji...any saiz...petang kami pulang ke rumah solat jamak, dan malam keluar semula mencari makanan dinner. Kami mencari dinner yang berkaitan spain..mestilah paeella...

dan restoran ni memang superb...layanan best, harga murah, makanan sedap dan Mr. JO dari Pakistan ramah melayan kami...alhamdulilah dapat juga merasa paella dan seafood segar sebab di Jerman tak ada yang segar..semua frozen...

29/3/2013
Kami keluar awal pagi untuk menaiki bas hop on hop off sebab ada beberapa tempat belum di cover..naik bas ni tersangatlah enjoy especially dok atas...angin sepoi bahasa..sambil jalan, sambil tengok orang dan shoot photo. Dan pagi tersebut kami ke kabel car di puncak bukit untuk melihat keindahan bandar Barcelona...selepas membeli tiket dan beratur kami naik cable car sehala berharga Euro7. Masyaallah sangat cantik pemandangan dari cable car..dan seoronok sampai tak nak turun...best naik cable car nih..lagipun ianya sekejap sangat tak puas...kemudian kami mendaki bukit ke castle di puncak bukit..nak masuk castle...free...so apalagi...bila dah berjalan mesti letih..terus kami menikmati makan tengahari di sebuah restoran di dalam castle tersebut yang berharga Euro 12 seorang termasuk sejenis lauk or paella, sejenis minuman dan dessert yang sedap..alhamdulilah...Dan disini akan ditemui peniaga "haram" dari bangladesh yang menjual fridge magnet murah..so beli dengan depa ya..hahhaha

kemudian kami menaiki roof top istana tersebut..wah pemnadangan memang menakjubkan kerana ianya berlatar belakang laut membiru..so apalagi ambik gambar lompat dan lompat..sampai habis bateri kamera..dah ler charger tak bawak..alhamdulilah kamera phone ada..plus charger pon ada..kemudian kami berjalan turun bukit menaiki bas...dan kali ini kami hanya menikmati pemandangan daripada bas...melihat pantai dan perlabuhan sekitar Barcelona..kemudian kami singgah hampir sejam lebih di Camp D Nou iaitu stadium untuk perlawanan bola sepak FCBarcelona..peminat bola sepak dari serata dunia datang ke sini untuk menonton, melawat mahupun membeli cenderamata official FCB. Dan jangan terkejut harga merchandise di sini agak murah dan berpatutan berbanding FCB Official di bandar Barcelona..so beli kat sini yer....dan kat sini ada jejaka Indonesia tegor..maybe dia ingat kami indonesia...hahhaha....sbb bertudung kan...ramai sungguh orang kat sini....kemudian kami naik semula bas hop on hop off dan berjalan kembali sebelum pulang ke rumah untuk solat jamak dan berehat...

oh..sebelum pulang kami mencari-cari kedai yang famous di Barcelona dengan Churros atau spanish Donut..saya memang suka donut ini sebab rangup, dan tak seperti normal donut sejak di Australia dulu..famous jugak di Victoria Market...dan sampai nak give up..sebab banyak deretan kedai dan akhirnya jumpa...orang punyalah ramai sampai kene tunggu turn nak minum kopi dan churros di situ..so kami bungkus sahaja..harganya euro1.60 untuk 5 keping churros...sedap..maybe lebih sedap di makan di kedai  kot...

Pada sebelah malam kami  tidak keluar lagi..dan hanya menikmati churros dan fruits sahaja sebagai dinner sebab malam ni pepagi jam 3.oo nak naik bas ke Aeroport untuk ke Malaga plak...so tamatlah sudah cerita tentang Barcelona...Sebagai kesimpulannya:
 Barcelona memang best..orang-orangnya ramah, tidak muka stress..dan lebih santai....
 -Makanan di Barcelona..memang sedap, enak dan segar..harga? ok sangat...untuk yang dah tak jumpa seafood segar lama mcam kami kan..
-Sediakan wang secukupnya dan simpan di tempat yang paling selamat di badan..sebab Barcelona juga terkenal sebagai tempat pickpocket yang cekap di dunia..berhati-hati..
-Dan kesemua bangunan di Barcelona ada identiti sendiri iaitu berbalkoni..bersih dan tidak dibenarkan menjemur kain..hanya pokok bunga dibenarkan di balkoni...
-Disini juga ramai pekerja asing..tidak seperti di Jerman..jarang jumpa orang asing..ada tapi tak banyak..








Apa yang boleh saya katakan...Spain memang best......5 Bintang...*****
Sampai sini sahaja...

Cheers,
ZiA Anis

*En. Ham, saya tidak sempat ke Arch de Triumf...hehhe....
Update: Saya memang suka Barcelona especially in summer..sebb best, cantik, bersih, orangnya baik2 dan makanan best...(seafood and Paella). 

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...