Showing posts with label Australia. Show all posts
Showing posts with label Australia. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

Jalan-jalan ke Sydney Australia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pos kali ini saya akan sharekan mengenai travelog saya ke sydney beberapa tahun lalu...cerita basi...tapi nak share jugak. Disebabkan saya tiada jodoh dengan "Sydney" semua foto yang saya ambil disana telah hilang kerana laptop saya rosak dan tidak dapat retrieved semua foto tersebut...Sayangkan, tapi Alhamdulilah masih ada memori tersimpan di minda...Oleh itu semua foto adalah ehsan Google.

Anda boleh ke sydney menggunakan qantas, malaysia airlines, air asia n Singapore airlines. Penerbangan mungkin mengambil masa 9-10 jam dari klia. saya tak pasti kerana saya bertolak dari Melbourne iaitu 12jam mnggunakan bas atau 3jam menggunakan pesawat jet star.

Kami berlima dan rancangan ke Sydney dibuat tiba2...jadi kami merancang itenerary mengikut carian di google..dan tiket serta accomodation dibooked terlebih awal. Kami menaiki bus ke sydney dari melbourne yang diambil di spencer station seawal 7pagi...dan setelah stop 3 r&r kami selamat tiba di sydney...lalu kami mengambil train ke motel/backpackers di kingcross street. Sepanjang mencari jalan ke motel tersebut kami berjumpa byk bouncer yg menjaga pintu2 bar dan banyak perempuan cantik disekelling jalan...jeng-jeng-jeng barulah kami tahu bahawa kawasan tersebut ialah mcm "jalan taib" di kl tuh..tetapi lebih selamat dan terkawal..dan yang paling untung tempat ini,  ada restoran dibuka sampai lewat malam..kebiasaannya 5ptg sudah tutup ditempat lain...

So selepas check in di bilik 6 orang sebilik iaitu Backpackers di Kingcross Street..kami terus ke restoran india yang terletak berhampiran motel...motel ini bersih dan agak sempit...tapi berbaloi sebab murah dan ada breakfast yang boleh tahan lah..sebab semua layan diri...disediakan alat memasak dan barang mentah seperti roti, keju, susu dan dll...(sarapan mat salleh..).
Sepanjang 5hari di Sydney kami banyak menggunakan train untuk bergerak selain daripada berjalan kaki untuk jarak jauh....kami juga menggunakan khidmat travel tour untuk ke Sydeny Olympic Park, Blue Mountain, Tooronga zoo, menaiki bot persiaran menerusi laut di Sydney. dan ianya amat berbaloi kerana tour guide amat friendly dan tempat ini adalah tempat yang wajib dilawati jika ke Sydney...

Semasa perjalanan ke Blue Mountain dan kami menikmati makan tengahri dengan makanan yang kami masak di pantry motel...

Dan ada sekali kami ke restoren kasturi untuk merasa masakan melayu di restoren milik melayu Malaysia..sedap dan ada ramai malaysian termasuknpegawai kerajaan yang dalam rangka lawatan kerja ..dan mereka memberi kami maggi kerana esok mereka sudab mau pulang ke tanah air..rezeki...banyak...sampaikan kami buatngame teka bilangan megi yang dapatm.huhuhu....saya tercorot teka..naaib baik x kene basuh toilet...kami x keluar waktu malam dan hanya habiskan masa dibilik bermain indoor game seperti main teka teki n dll..masa untuk berehat selepas exercise jalan kaki teruk2...

Selain itu kami juga jalan jalan disekitar Sydney opera house dan darling harbour ..cantik dan bersih...
selain itu kami juga menikmati makanan lauy aegar di reatoran sudney fish market...memang segar dan harganyer boleh tahan mahal juga...anda boleh tengok macam2 jenis ikan segar dijual dan besar2...
kami juga berkesempatan berjalan kaki menyusuri Sydbey bridge..dan pulang menaiki train sebab keletihan....dan kami juga sempat ke pantai Manly ...sayang x smepat ke bondi beach yang mashsyur itu...dan kami menaiki feri untuk ke pantai tersebut...cantik dan bersih pantainya..kami ke sana musim sejuk so x der yang berjemur..fuh nasib baik kan..

Itulah serba sedikit cerita tentang jalan-jalan ke Sydney. Bagi pendapat saya kerajaan Australia memang pandai mempromosikan kawasan dan tempat-tempat menarik meraka sehingga ramai pelancong seluruh pelusuk dunia datang melawat. Moga kerajaan Malaysia juga boleh buat sebegitu "Malaysia Boleh".

3 Sisters @ Blue Mountain

Cable car...

Semua cermin...ada berani?

Feri yang kami naiki ke Manly Beach

Manly Beach

Sydney Olympic Park



Itu jambatan yang kami lalui berjalan kaki hujung ke hujung...

Kami juga menaiki bot untuk kembali ke Darling Harbour...



Sydney Fish Market

*Kalau nak beli souvenirs beli di Paddys Market...murah dan berbaloi...


Cheers,
Zia Anis

Monday, November 19, 2012

Jalan-jalan ke Melbourne, Australia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selepas mendapat sambutan hangat mengenai pos saya "Jalan-jalan ke Gold Coast" kali ini saya akan kongsikan mengenai Jalan-jalan ke Melbourne, Australia pula. Harap pos kali ini akan memberikan panduan kepada perjalanan dan percutian anda. Saya berharap tujuan saya bukan ingin menunjuk-nunjuk tetapi sekadar perkongsian yang akan memberikan manfaat.

Untuk pengetahuan semua saya belajar dan tinggal di Melbourne selama 2 tahun sahaja..tetapi Alhamdulilah pengalaman dan pahit manis boleh menginspirasikan saya menulis travelog mengenai bandar ini.

Air Asia X telah melancarkan penerbangannya terus ke Melbourne, Australia beberapa tahun lalu. Malahan MAS Airlines sudah lama melebarkan sayap penerbangannya ke bandar ini. Melbourne adalah ibukota kepada negeri Victoria iaitu sebuah negeri di Australia. Penerbangan mengambil masa selama 7jam ++ ataupun hampir 8jam...kebiasaannya saya akan ambil flight jam 12.00am dan sampai di Tullamarine Airport 7jam pagi esok. Untuk yang menggunakan Air Asia saya nasihatkan anda menempah makanan siap-siap semasa book tiket untuk mengalas perut sebelum tiba di negara Mat Salleh Oz ini...Sebelum ke sini disarankan menukar duit ke AUD kerana kadar tukaran rugi jika dibuat setelah tiba disini...

Tiba di Airport
Di Tullamarine Airport pemeriksaan kastam dan imegresennya adalah amat ketat..sehinggakan ada anjing yang akan datang menghampiri anda dan beg2 anda...scary untuk pertama kali...Pemeriksaan juga dilakukan keatas barang barang yang dibawa oleh anda...meskipun anda dari penerbangan domestik..inikan pula dari negara luar...ini adalah untuk memastikan tiada bakteria atau virus dari luar yang akan merosakan tanaman dan haiwan di Australia ini..jadi sebagai langkah keselamatan sentiasa "declare" apa yang anda bawa...
Dinasihatkan bahawa anda adalah dilarang sama sekali membawa barangan berasaskan tenusu, daging ataupun haiwan-haiwan lain...keropok ikan In Sha Allah lepas...saya dah cuba..hehhee

Dari Tullamarine Airport anda boleh menaiki bas terus ke Melbourne City ataupun menaiki teksi...Disebabkan saya tinggal di Bundoora saya naik teksi sahaja ke rumah sewa saya...
Teksi yang dipilih perlulah mengambil kira beg dan berapa penumpang..mereka begitu teliti dengan muatan teksi mereka...dan bayaran teksi dibayar langsung kepada driver bukan pada ejen.

Hotel
Di Melbourne City anda boleh memilih atau menempah untuk tinggal di Hotel, Apartmen ataupun Malaysian Hall jika ada kekosongan. Semua tempahan perlulah dibuat lebih awal..dan dibayar melalui kad kredit...Try guna booking.com. Saya tiada pengalaman tinggal di hotel di Melbourne...tetapi ada saudara saya yang pernah tinggal di apartment berdekatan Spencer Street.

Makanan Halal
Jika ke luar negara, perkara pertama yang difikirkan dan dicari ialah makanan halal...Yang pasti air paip boleh terus diminum....dan di Melbourne tiada masalah mencari makanan halal...Dan makanan yang saya selalu makan ialah di Restoran Nando's...ianya sedap dan affordable. Selain itu terdapat restoran Indonesia seperti Nelayan dan Esteller yang memang kena dengan selera Melayu..Selain itu terdapat restoran mamak iaitu Bismi dan restoran thai... Semua ini terletak di Melbourne city..hanya perlu berjalan untuk mendapatkan makanan ini..selain itu anda boleh membeli seafood di Victoria Market.

Kenderaan Awam
Kenderaan Awam yang paling banyak digunakan di kota ini ialah tram dan bas... Manakala untuk ke tempat yang jauh dari bandar train adalah menjadi pilihan. Bagi saya, saya memilih tram..walaupun lambat sebab banyak stop..tapi memang depan rumah aja stesennya...tak payah jalan jauh2 jika mahu ke stop...Anda boleh membeli tiket tram dan bas di dalam bas ataupun di stesen minyak dan kedai buku yang berdekatan. Dan pastikan anda sentiasa membeli tiket kerana akan ada pemeriksa tiket yang "preman" yang akan memeriksa tiket anda secara mengejut....awas...Tetapi jika anda bercuti di sekitar bandar Melbourne, anda boleh berjalan kaki sahaja...huhuhuhu

Tempat-tempat yang perlu dilawati
Ini adalah part yang menarik..sebab di bandar ini anda boleh pergi ke banyak tempat samaada tempat shopping ataupun see view. Diantara tempat yang menarik ialah
-Victoria Market (seperti pasar besar yang menjual pelbagai barangan. ada souvenir murah dan Spanish donut (churros ) yang enak
- DFO Direct Factory Outlet (-menjadi tempat wajib dikunjungi..harganya murah berbanding harga di outlet biasa...di Spencer Street atau near to Airport)
-Dockland (menikmati pemandangan tepi pelabuhan..sambil menikmati ais krim yang enak)
-Melbourne Museum
-Melbourne Zoo
-Melbourne Library dan Parliament (bergambar dari luar)
-Botanical Garden
- Port Melbourne (Pelabuhan yang cantik)
-St Kilda Beach (pantai yang ada jeti ke tengah laut)
-Philip Island. boleh tengok live pengiun
-The Great Ocean Road


                                                                        St. Kilda Beach
Dockland



                          View dari Bundoora...nampak tak Melbourne city....
                                   Yang tengah itu rumah sewa saya....di Bundoora
                                                                         Carlton Garden


Melbourne city...


Itu sahaja untuk kali ini...In Sha Allah akan ada part 2...Nantikan...

Cheers,
Zia Anis



Monday, February 13, 2012

Jalan-jalan ke Gold Coast Australia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pos kali saya akan bawa anda terbang ke Australia iaitu Gold Coast. Kini ada penerbangan direct to Gold Coast from LCCT by air asia x. Tempah awal tiket, dapat tambang murah. Gold coast adalah sebuah pantai peranginan yang tersohor di Australia. Saya ke sana bulan Dec beberapa tahun lalu, jadi saya akan kongsikan gambar lama tersebut yer (Saya tak punya kamera ketika itu, walaupun kamera cap ayam…heheheh). Untuk accomodation, anda boleh menempah melalui internet terlebih dahulu, sebab takut penuh. Harga hotel plak macam-macam ada daripada yang mahal kepada backpackers. Saya ke sana bertujuh iaitu kawan saya dan familinya seramai 5 orang. Dan kami memilih kondo 3bilik “The Wave” di Surfers Paradise untuk menginap. Kondo ini terletak di tingkat 10 kalau x silap. Pemandangan menarik dan ada balkoni dilengkapi dining table 8 seats. So kami buat western dinner menu di balkoni.
Setelah sampai di airport G.C yang kecik ajer tuh, kami terus ambil Toyota Estima yang ditempah terlebih dahulu melalui internet jugak menuju hotel.

Di gc ini banyak tempat yang boleh dilawati seperti Dreamworld, Sea World, White Water, Movieworld, surfer paradise untuk surfing, direct factory outlet dan dll. Untuk makanan halal pula, Nando`s halal ada di GC ni. Kedai halal butcher pun ada, so sempatlah saya pergi mendapatkan ayam, sosej dan daging halal untuk makan pagi dan dinner. Sepanjang duk di gc ni kami skip lunch coz nak spend byk masa diluar, lagipun makan kat luar kos memang tinggi. Yang mampu hanyalah nando's ajer. Saya memang frequent customer kt Nando's, sedap dan murah ler skit. Kitorang akan masak for breakfast and dinner. Masak ala western dan sometime masakan melayu.
Hari pertama kitaorang semua ke Seaworld, kat sini we enjoyed tgk persembahan dolphin, beruang kutub dan seal . Kami juga menaiki wheel yg mcm eye on malaysia tu, dan dpt tengok pantai dan laut di sekitar Seaworld. Sehari habis kat situ. Aktiviti malam adalah bersembang dan tengok tv ajer. Hari kedua kami ke Movieworld. Disini ada byk kedai dan bangunan ilham drpd movie dan kartun seperti Shrek, Superman, Tweety dan dll. Kami sempat naik ride rollercoaster superman yang tahap maksimum laju. Kami juga sempat naik ride batman. Pada waktu tghari plak ada parade iaitu perarakan watak-watak kartun dan superhero spt Batman, Shrek, Princess Fiona, Superman dan Looney. Masa ni seronok ambik gambar diorang. Hari ketiga kami habiskan masa ke Dreamworld yang banyak ride dan haiwan buas spt harimau dan dll. Kat sini ada byk water ride yang best dan kedai cenderahati. Sy ada beli t shirt koala, fridge magnets dan foto lucu naik ride. Diorang akan snap foto kita naik ride, then bila dah turun ride kita ke kwsn kedai dan pilih gambar kita. Hari ke4, kami ke wet n wild, main air dan naik ride yang teramatlah best. Kitorang jer berpakaian menutup aurat, tapi mat salleh ok ajer, cooool. Untuk dapat save banyak for the tickets masuk theme park kenalah beli tickect combo: 3 sekali.  Hari ke-5 kami berangkat ke Brisbane untuk bercuti selama sehari di sana.

So u guys yang nak kesana ini sedikit tips:
- Booked tiket awal ke GC melalui air asia X,ataupun MAS ke Sydney dan Sydney GC by bus    or      domestic flight.
      2.       -  Booked hotel/accomodation, kereta/van awal melalui internet
      3.        - Bawa perencah segera spt brahim, alif dan dll
      4.        - Bawa wang secukupnya kerana money changer di Aussie mahal
      5.       - Dapatkan daging halal di halal butcher
      6.       - Masak sendiri dan elakkan makan di luar sebab nak save bajet kan.
      
-

So enjoy the photos.
Melbourne to GC by Virginblue
Our Apartment "The Wave"
Living Room
Dapur
Our bilik air
Scenery from our balcony
Seaworld Entrance
Polar Bear
Seal Show
Sekarang kita ke Mowie World Plak...
Inilah rollercoster yang saya naik tuh..fuh takutnyer...
The Parade

Shrek House
Harry Potter House
Whitewater...
 DreamWorld...banyak water ride

Cheers,
Zia Anis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...