Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya akan bercerita mengenai peristiwa yang berlaku pada saya di sebuah “car wash” beberapa kita yang lalu. Kebiasaannya setiap 2 minggu saya akan ke “car wash” untuk mencuci dan vakum kereta saya…dan biasanya juga saya jarang suruh mereka vakum bonet sebab bonet saya banyak barang dan tak terlalu kotor. Jadi vakum di bahagian dalam sahaja. Dan di kawasan saya tinggal ini ada beberapa car wash yang selalu saya kunjungi termasuklah sebuah car wash ini…saya akan ke sana selepas waktu pejabat dan selalunya bertemankan anak saudara atau ayah saya..dan pada hari kejadian saya keseorangan. Car wash ini terletak di dalam bangunan rumah kedai..jadi kene pandai control nak masuk car wash ini melalui pintu belakang kedai sebab sempit …dan setelah bagitau saya tak nak vakum bonet pada seorang pekerja yang saya agak baru kerana sebelum ini saya tak pernah lihat beliau di situ, pun kata “okay”.
Dan kereta saya pun mulalah dibasuh..saya duduk di atas sofa yang disediakan sambil baca majalah yang disediakan…dan kedengaran lagu dari channel astro…berkumandang dengan hebatnya di car wash itu..kebiasaannya tidak begitu…
Dan selepas kereta saya siap dibasuh, pekerja tersebut drive kereta saya ke depan untuk divakum…kemudian sebuah kereta kancil masuk untuk dibasuh juga..dan tuannya ialah sepasang lelaki dan wanita..dan kemudian beredar ke restoran berdekatan sementara menunggu kereta siap di basuh…jadi dalam kedai tersebut ada 3 buah kereta iaitu kereta pakcik..orang first datang, kereta saya dan kancil tersebut. Setelah siap membasuh kereta kancil tersebut, pekerja terbabit drive kancil untuk ke depan divakum….tiba-tiba boom bunyi kuat kedengaran dalam kedai tersebut..rupanya pekerja yang drive kancil tersebut telah melanggar belakang kereta saya yang sedang divakum…saya yang ketika itu sedang membelek majalah…bangun dan kaget dan dalam hati saya…pasrah “kereta aku mesti penyek atau kemek teruk kat bahagian belakang nih”…dalam hati saya dapat bayangkan kepenyekan dek kuatnya bunyi dentuman tadi…
Dengan serta merta pakcik kereta first dan pekerja2 lain membantu menolak kereta kancil tersebut ke belakang kerana sudah mencium dan melekat pada kereta saya…aduh luluh hati melihatnya…tapi alhamdulilah kereta saya tiada apa-apa yang penyek atau kemek..Cuma kereta kancil tersebut yang sedikit kemek..pekerja yang drive kereta terbabit Nampak pucat dan tidak mengatakan maaf pada saya…alasan beliau licin tu yang tak sempat control..katakan kereta saya tak ada mahu ke jalan besar terus kot kancil tersebut. Dan kemudian tokey kedai datang dari kedai sebelah dan dengan selamba tidak minta maaf pada saya….langsung..dan saya ke kaunter untuk bayar upah basuh kereta…Pun tak ada diskaun atau kata-kata maaf…saya terus beredar setelah check kereta saya “ok”.
Dan sejak dari hari itu saya sudah serik nak basuh kereta saya di kedai tersebut..ingat nak tolong melayu…wahai businessman melayu tolong berakhlak mulia boleh? Baru bisnes maju…betul tak? bagi saya walaupun kami “lady driver” jangan layan 2nd class…wahai lelaki hormatlah wanita…dan nasihat saya pada pemandu wanita di luar sana, nak pi basuh kereta pilih car wash yang luas dan selesa, sentiasa berteman dan selalu berhati-hati…We never know what will happen.
p/s : I love my car…sayang plak nak jual kan..kereta pertama katakan…
Cheers,
Zia Anis
No comments:
Post a Comment