Selepas mendapat sambutan hangat mengenai pos saya "Jalan-jalan ke Gold Coast" kali ini saya akan kongsikan mengenai Jalan-jalan ke Melbourne, Australia pula. Harap pos kali ini akan memberikan panduan kepada perjalanan dan percutian anda. Saya berharap tujuan saya bukan ingin menunjuk-nunjuk tetapi sekadar perkongsian yang akan memberikan manfaat.
Untuk pengetahuan semua saya belajar dan tinggal di Melbourne selama 2 tahun sahaja..tetapi Alhamdulilah pengalaman dan pahit manis boleh menginspirasikan saya menulis travelog mengenai bandar ini.
Air Asia X telah melancarkan penerbangannya terus ke Melbourne, Australia beberapa tahun lalu. Malahan MAS Airlines sudah lama melebarkan sayap penerbangannya ke bandar ini. Melbourne adalah ibukota kepada negeri Victoria iaitu sebuah negeri di Australia. Penerbangan mengambil masa selama 7jam ++ ataupun hampir 8jam...kebiasaannya saya akan ambil flight jam 12.00am dan sampai di Tullamarine Airport 7jam pagi esok. Untuk yang menggunakan Air Asia saya nasihatkan anda menempah makanan siap-siap semasa book tiket untuk mengalas perut sebelum tiba di negara Mat Salleh Oz ini...Sebelum ke sini disarankan menukar duit ke AUD kerana kadar tukaran rugi jika dibuat setelah tiba disini...
Tiba di Airport
Di Tullamarine Airport pemeriksaan kastam dan imegresennya adalah amat ketat..sehinggakan ada anjing yang akan datang menghampiri anda dan beg2 anda...scary untuk pertama kali...Pemeriksaan juga dilakukan keatas barang barang yang dibawa oleh anda...meskipun anda dari penerbangan domestik..inikan pula dari negara luar...ini adalah untuk memastikan tiada bakteria atau virus dari luar yang akan merosakan tanaman dan haiwan di Australia ini..jadi sebagai langkah keselamatan sentiasa "declare" apa yang anda bawa...
Dinasihatkan bahawa anda adalah dilarang sama sekali membawa barangan berasaskan tenusu, daging ataupun haiwan-haiwan lain...keropok ikan In Sha Allah lepas...saya dah cuba..hehhee
Dari Tullamarine Airport anda boleh menaiki bas terus ke Melbourne City ataupun menaiki teksi...Disebabkan saya tinggal di Bundoora saya naik teksi sahaja ke rumah sewa saya...
Teksi yang dipilih perlulah mengambil kira beg dan berapa penumpang..mereka begitu teliti dengan muatan teksi mereka...dan bayaran teksi dibayar langsung kepada driver bukan pada ejen.
Hotel
Di Melbourne City anda boleh memilih atau menempah untuk tinggal di Hotel, Apartmen ataupun Malaysian Hall jika ada kekosongan. Semua tempahan perlulah dibuat lebih awal..dan dibayar melalui kad kredit...Try guna booking.com. Saya tiada pengalaman tinggal di hotel di Melbourne...tetapi ada saudara saya yang pernah tinggal di apartment berdekatan Spencer Street.
Makanan Halal
Jika ke luar negara, perkara pertama yang difikirkan dan dicari ialah makanan halal...Yang pasti air paip boleh terus diminum....dan di Melbourne tiada masalah mencari makanan halal...Dan makanan yang saya selalu makan ialah di Restoran Nando's...ianya sedap dan affordable. Selain itu terdapat restoran Indonesia seperti Nelayan dan Esteller yang memang kena dengan selera Melayu..Selain itu terdapat restoran mamak iaitu Bismi dan restoran thai... Semua ini terletak di Melbourne city..hanya perlu berjalan untuk mendapatkan makanan ini..selain itu anda boleh membeli seafood di Victoria Market.
Kenderaan Awam
Kenderaan Awam yang paling banyak digunakan di kota ini ialah tram dan bas... Manakala untuk ke tempat yang jauh dari bandar train adalah menjadi pilihan. Bagi saya, saya memilih tram..walaupun lambat sebab banyak stop..tapi memang depan rumah aja stesennya...tak payah jalan jauh2 jika mahu ke stop...Anda boleh membeli tiket tram dan bas di dalam bas ataupun di stesen minyak dan kedai buku yang berdekatan. Dan pastikan anda sentiasa membeli tiket kerana akan ada pemeriksa tiket yang "preman" yang akan memeriksa tiket anda secara mengejut....awas...Tetapi jika anda bercuti di sekitar bandar Melbourne, anda boleh berjalan kaki sahaja...huhuhuhu
Tempat-tempat yang perlu dilawati
Ini adalah part yang menarik..sebab di bandar ini anda boleh pergi ke banyak tempat samaada tempat shopping ataupun see view. Diantara tempat yang menarik ialah
-Victoria Market (seperti pasar besar yang menjual pelbagai barangan. ada souvenir murah dan Spanish donut (churros ) yang enak
- DFO Direct Factory Outlet (-menjadi tempat wajib dikunjungi..harganya murah berbanding harga di outlet biasa...di Spencer Street atau near to Airport)
-Dockland (menikmati pemandangan tepi pelabuhan..sambil menikmati ais krim yang enak)
-Melbourne Museum
-Melbourne Zoo
-Melbourne Library dan Parliament (bergambar dari luar)
-Botanical Garden
- Port Melbourne (Pelabuhan yang cantik)
-St Kilda Beach (pantai yang ada jeti ke tengah laut)
-Philip Island. boleh tengok live pengiun
-The Great Ocean Road
St. Kilda Beach
Dockland
View dari Bundoora...nampak tak Melbourne city....
Yang tengah itu rumah sewa saya....di Bundoora
Carlton Garden
Melbourne city...
Itu sahaja untuk kali ini...In Sha Allah akan ada part 2...Nantikan...
Cheers,
Zia Anis
salam. study di La Trobe Uni ke?
ReplyDeletesaya bakal sambung study ke Melbourne pada 9hb januari.
bolehkah saya minta nasihat tetang situasi harian di Melbourne?
salam, saudara boleh emel saya di orangee83@gmail.com. insyaallah saya akan membantu yang mampu. and good luck.
ReplyDeleteSalam.nak share with u guys.i br blk dr perth.stayed in mahira holiday hmes n car rental.rumah memang best siap dgn wifi free.modern fully furnished.near city perth.max 11 org.memang harga berbaloi.servis thumb up. Owner Hj shariff.anak dia ada disini.boleh contact 0123360098 cik siti. Diaorg buat fullboard pakej juga siap 3x halal meal a day.
ReplyDeletesalam boleh kongsi dengan saya sesiapa yg ad fully package untuk percutian ke melbourne untuk bulan 4 ni
ReplyDeleteAssalam Amira, saya rasa tak perlu package untuk percutian ke Melbourne sebab negara ini English Speaking Country...dan rasanya lebih mudah jika di plan sendiri kemana tempat mahu dilawati dan tempat tinggal. Untuk accomodation gunakan booking.com kerana mereka menawarkan harga lebih murah berbanding book di website hotel itu sendiri. Manakala untuk check flight tickets gunakan Skyscanner.....ok selamat berlibur dan mengamati ciptaan ALlah yang Maha Indah.
ReplyDeleteAssalamualaikum... thanks atas perkongsian.. bercadang nak jalan2 ke sana...boleh share tak bulan terbaik untuk bawa anak2 jalan2 di melbourne? Maksudnya yang selesa la untuk anak2 kecil.. x panas, tak sejuk sgt... thanks
ReplyDeleteJemput singgah blog saya http://my-anugerah-terindah.blogspot.com :)
Wassalam, Puan, kalau nak merasa sejuk-sejuk bulan 6 dan 7 ok..dan jika ada masa dan kelapangan boleh book trip ke Mount Buller main snow. Booking boleh di buat di travel agency di sekitar city Melbourne. Dan sepanjang tahun adalah bagus tapi yang perlu dielakkan ialah pada bulan 12 dan 1 kerana panas boleh menjngkau 40++ degree celcius....tapi yang menarik 26 Dec ada boxing day..dimana semua kedai dan mall besar2 buat jualan lepas krismas...50% hingga 90%. Dan pada 25 december anda boleh naik train free ke mana sahaja di sekitar Victoria....
ReplyDeleteSalam Zia,
ReplyDeleteSaya akan ke Melbourne akhir tahun ini dan saya nak tumpang tanya apa beza tram dan bus?harga tiket sama tak?Saya juga berminat untuk beli alas meja dan sarung cushion.Kat mana boleh saya cari?
Thank you :-)
Assalam ANnie,
ReplyDeletetram tu macam train tapi slow..dan berenti banyak stop. Tapi sangat memuaskan hati..bus x relevan sangat untuk di bandar Melbourne.lainlah nak ke Mount Buller atau tempat yang jauh. Saya selalunya naik tram..jarang sangat naik bus. Dan kalau nak beli alas meja dan sarung kusyen x dak tempat khusus. Maybe leh try DFO Spencer STreet iaitu di tengah bandar..jalan kaki aja leh smpai atau di DFO dekat ngn airport atau ke Brand JUnction di BUndoora...
OK selamat makan angin dan menikmati alam ciptaanNya.
Tq kak☺ info yg bguna dan menarik😊
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLooking for a new home?
ReplyDeleteOr move into a new place of stay?
Need to list your current accomodation?
Stuck in your current lock-in contract fee?
We can help you with that!
Who is Koskosan Australia?
A company that assist both the landlord and tenants to find each other, and providing additional services that mediates the process to make it as simple as possible, and as convenience as possible.
Our Services:
- List your accomodations on our website
- Promote your apartments on our social medias
- Assist you in looking for short term accomodation in Australia
- Assist you in looking for long term accomodation in Australia
- Assist you in giving informations about living in Australia
Contact Us:
+61 401 319 839
+62 812 9888 6702
hello@koskosan.com.au
Website: www.koskosan.com.au
Instagram: www.instagram.com/koskosan_australia
Facebook Page: https://www.facebook.com/pages/Kosko...80097145381344
Kenny Yustana
Marketing Officer
Kenny.y@koskosan.com.au
+62 812 9888 6702
Koskosan Australia
Salam akak..saya dan 3 org kawan akan ke melbourne bulan ogos ni..nak tnye mcm mana nk pergi mt buller by public transport?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSorry lambat reply Nur Hana,
ReplyDeleteuntuk ke Mount Buller biasanya orang akan ikut tour. di city Melbourne banyak terdapat Tour agent, dan mereka menawarkan harga yang berpatutan ke Mount Buller....kalau nak drive sendiri tak digalakkan kerana jalan licin dan kena guna tayar khas...Anyway selamat makan angin.
salam akak. thanks for the infos. nak tanya. mana lebih sesuai, tinggal di hostel atau sewa off campus?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBiasanya hostel yang disediakan untuk student lebih mahal..kadangkala lebih daripada elaun..huhuh...Jadi saya syorkan sewa rumah dan cari kawan2 untuk tinggal bersama..ada banyak rumah yang boleh disewa..sila jenguk website house agent seperti Real White, Barry PLant dan lain2...Saya menggunaka khidmat agen mencari rumah sewa.
ReplyDeleteSaya bercadang utk ke melbourne thn depan insyaAllah. Skrg baru nak cari info. Saya lbh suka bgerak tanpa guna travel agent sbb lg bebas rasanya kan? Dan Melbourne tempat yang safe juga kan? Nnt ada apa2 saya nak tanya saya akan tanya sis lagi k. Thanks utk info ne.
ReplyDeleteKalau saya, saya suka travel sendiri, tak perlukan agen, dan jimat serta boleh plan sendiri..cuma kene selalu google mcmana nak ke tempat tersebut...dan baca trip advisor.
ReplyDeleteAssalamualaikum saya akan ke melbourne pada akhir april ini, booking malaysia hall tak dapat.. mana hotel/ apartment yg mampu yang ok sebab bapa / mak mertua datang skali ni
ReplyDeleteAssalam Nurul Lokman, biasanya saya booked hotel melalui booking.com ataupun agoda.com. manakala untuk sewa apartmen gunakan airbnb. Untuk mendapatkan hotel terbaik..selalulah baca review dan juga description tentang hotel tersEbut..kdg2 murah sebab jauh dari city center dan sebagainya.
ReplyDeletesalam kak zia,
ReplyDeleteair minum kat melbourne cmana ya?bersih terus boleh minum dari pipe tak?
Yer kat melbourne air paip boleh diminum terus, kecuali ditulis tidak boleh diminum.
ReplyDeletesis kami ada buat academic trip ke melbourne bulan 9 nnt dlm 30 org.. sy nk tau knpa bus x relevan di melbourne? kalau catar bas snang x di sana?
ReplyDeleteAssalam Mawar Islam, untuk perseorangan naik bus tak digalakkan sebab bus lalu jalan jauh..sementara tram lalu jalan yang lebih dekat. Manakala untuk trip boleh shuttle bus...boleh contact Malaysian Hall or syarikat tour. bus senang nak bergerak ke tempat2 yang ingin dituju especially tempat yang jauh macam Great Ocean Road, PHilip Island etc. Happy Holiday.
ReplyDelete