Pada hari Jumaat yang lalu, pagi-pagi dah masuk mesej dalam Wassupdaripada my sister dan berbunyi begini " Tingkap kereta myvi aku kena pecah semalam"....Ya, kejadian berlaku di malam hari dan kereta tersebut dipark betul-betul depan rumah...sebab rumah teres, 2 buah parking kat dalam pagar dan satu lagi kena park diluar...(kereta saya pun menyibuk parking kat rumah my sister jugak)....dan kejadian tidak disedari sesiapa..dan barang yang hilang ialah 4 pasang kain pasang belum berjahit dan puluhan hanger yang baru dibeli...serta beg mekap yang ada bedak dan lipstik sahaja..alhamdulilah, semoga kejadian tersebut menjadi pengajaran. Takut juga ya, dengar pasal kejadian tersebut. Jadi lebih baik mencegah dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan...
Berikut adalah sebahagian panduan yang boleh diamalkan:
1. | Memastikan kunci penghidup kenderaan tidak di tinggalkan. |
2. | Memastikan penggera kenderaan berfungsi dengan baik. |
3. | Mengunci stereng dan memastikan tingkap di tutup dengan rapat sebelum meninggalkan kereta. |
4. | Ambil semua barang berharga termasuk telefon bimbit dan laptop atau apa sahaja yang berharga walaupun berniat ingin simpan di bonet... |
5. | Penggunaan alat keselamatan mudah seperti pengunci stereng yang senang di lihat yang membantu menghalang kecurian. Beli yang padat dan kukuh. |
6. | Memasang kunci tambahan untuk stereng,gera,roda dan klac lebih baik. |
7. | Sentiasa letak kereta di tempat mudah di lihat dan pada waktu malam hendaklah di letak ditempat yang terang atau berlampu. |
8. | Berhati-hati semasa mengahantar kereta untuk di selenggara agar kunci tidak di tiru. |
9. | Jangan serahkan kunci kepada ‘jockey’ kereta. |
10. | Lebih baik mengukir nombor pendaftaran di cermin kenderaan seperti yang hadir bersama pakej tinted...kan ada letak no plat kenderaan kan... 11. Jangan pulang atau memandu kenderaan di waktu malam serta mengisi minyak pada waktu...ataupun mengeluarkan wang di atm pada waktu malam..if tak terdesak esok sahaja...dan kalau boleh ada internet banking..lebih selamat dan mudah. 12. Letak alarm kereta bersama dengan anda di waktu malam...iaitu bersebelahan katil...atau lebih tepat diatas bed table anda... 13. Sentiasa ingat nombor waris terdekat anda..dan jangan hanya simpan di handphone..mana tahu telefon anda tiada bateri..atau hilang..so letakkan nombor dalam buku no. telefon macam orang dulu-dulu. 14. Dan sentiasa berdoa diberikan keselamatan dan jangan lupa baca doa penggerak dan doa berkenderaan sebelum menggunakan kenderaan anda.
Beginilah keadaan kereta kene pecah!...
Cheeers, Zia Anis |
No comments:
Post a Comment