Wednesday, November 25, 2020

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua,


Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di atas "Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati", jadi saya nak senaraikan nama bandar-bandar yang telah saya lawati selama 4 tahun bermakna di Jerman. Sebagai catatan kenangan. Setiap minggu kalau tak ke "luar negara" saya akan habiskan masa explore bandar-bandar di Jerman bersama kawan2...atau yang dekat2 saya pergi sendirian aja...

jom lihat peta Jerman dulu..oh ya, Jerman sangat besar, dengan populasi 80 juta..ramai kan. rakyat malaysia 30 juta..so boleh bayangkan ramai mana rakyatnya dan kawasannya yang besar dan luas.


Peta Jerman
Jerman mempunyai 16 negeri, saya tinggal di negeri paling kecil iaitu di Saarland...iaitu di bandar Saarbruecken yang bersempadanan dengan Perancis dan Luxemborg. 

So jom kita lihat tempat atau bandar yang pernah saya sampai:
1. Karlsruhe 
2. Mainz
3. Stutgart (bandar kereta jerman...kat sini saya datang untuk ke Outlet, dua kali plak tu datangnya)
4. Mannheim
5. Heidelberg (sangat cantik bandarnya sebab di tepi sungai dan bukit)
6. Munich
7. Frankfurt (pintu masuk utama ke Jerman)
8. Bonn
9. Trier
10. Cologne atau dalam bahasa jerman dipanggi Koln 
11. Aachen (bersempadanan dengan Belanda dan Belgium)
12. Bremen
13. Leipzig
14. Magdeburg
15. Gottingen
16. Wolfburg (bandar Auto city..best sebab ada pameran kereta mewah kat sini)
17. Berlin (ibu kota Jerman)
18. Frieburg (nak ke Swiss kena lalu Freiburg dulu -kalau daripada bandar saya lah)
19. Kaiserslautern
20. Hamburg
21. Zweibrucken (ada outlet best dan ladang epal, strawberry dan Cherry)
22. Fulda
23. Dusseldorf
24. Wertheim
25. Cochem
26. Konstanz (sempadan Jerman-swiss)

Banyak city kat jerman ni..semuanya boleh sampai menggunakan bus ataupun keretapi, mainly by train lah. Nanti pos lain kita cerita serba sedikit mengenai bandar2 ni.

ok sampai sini sahaja

wassalam.
Zia Anis


No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...