Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, March 19, 2019

Resepi: Kerabu Maggi

Assalamualaikum,

harini saya  nak share resepi mudah dan sedap...Kerabu Maggi.

Jom tengok bahan-bahannya:

Bahan dicelur :4 paket Maggi Tom Yam (Mee segera Siam), 6 ekor sotong – potong bulat, 20 ekor udang 


Bahan Hirisan: 2 biji cili padi, 2 ulas bawang merah besar dimayang, 2 biji buah tomato, 2 pokok daun ketumbar  dan dihiris kecil.
Bahan Perasa: 3 biji limau kasturi atau limau nipis (ambil jus), 3 paket perencah maggi Siam dan 3 sudu air celur maggi..supaya kerabu tidak kering.
Cara membuatnya: 
1. Didihkan air secukupnya dalam periuk. Masukkan sotong dan kemudian udang, celur sebentar dan toskan. Kemudian masukkan maggi ke dalam air rebusan tadi. Celur hingga mee lembut. simpan 3 sudu air rebusan sebagai kuah.
2. Angkat dan toskan. Masukkan ke dalam mangkuk.
3. Gaul bersama bahan celur, bahan hiris, perencah maggi dan renjiskan dengan jus limau Gaul sebati.
Kerabu ni mesti ada rasa masam, manis, masin dan pedas.  Perencah Maggi Tom Yam agak pedas jadi memadai guna 3 paket perencah sahaja okay?


sotong selepas dicelur


                                                       bahan2 yang dipotong dan bawang dimayang

Udang selepas dicelur

Tada....MasyaAllah Kerabu Maggi Sedap...

Kerabu Maggi Sedap...
Sedap InsyaAllah.
Selamat mencuba.

Cheers,
Zia Anis

Friday, September 9, 2016

Menu Raya AidilAdha di Kelantan

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak share menu di petang raya AidilAdha di Kelantan. Kenapa petang tak pagi? sebab lepas solat Raya, program korban akan dilaksanakan di masjid-masjid mahupun di rumah pemgembala lembu...orang yang expert je boleh sembelih lembu..sebab susah nak lembutkan lembu yang tahu dia akan dikorbankan..semuanya agresif..so hanya yang pakar boleh handle..

Bila dah selesai...kemudian daging dilapah...dan dibahagikan kepada tujuh bahagian...kemudian yang berkorban tu..bawa balik bahagian masing2..dan diadakan jamuan raya selepas itu..semua berasaskan daging.
JOm lihat menu yang istimewa ini.

1) Daging Goreng Kelantan.
Daging lembut, dimarinate dengan garam, kunyit dan sedikit bawang putih tumnuk. kemudian digoreng tanpa minyak sehingga air kering, masukkan minyak, dan goreng sehingga hampir garing, kemudian masukkan bawang besar yang dihiris, cili besar dihiris...goreng lagi sehingga garing...Sedap amat..


2) Sup tulang

3) Singgang daging Kelantan


4) Kerabu perut bersantan dan ikan rebus/bakar


5) Pedal dan hati goreng..resepi sama seperti Daging Goreng...cuma digoreng terus dengan minyak...


6) Daging Kicap Kelantan


7) dan disertakan dengan ulam-ulaman dan juga budu...yes budu...penambah selera...makan bertambah-tambah.
 
Dah terliur....u alls tak ke?

Selamat Hari Raya Aidiladha...jangan lupa puasa hari Arafah..

*Images: credit to owner..mostly from other blogs..thanks

Cheers,
Zia ANis

Thursday, June 16, 2016

Resepi Puteri Ayu

Assalamualaikum
Hari ni saya nak kongsi dan save resepi untuk rujukan saya di masa depan. Dah lama nak buat sendiri....dan akhirnya terlaksana, alhamdulillah...saya gunakan pengukus yang saya bawak khas dari pengkalan kubur ke Germany..gigih x? hehhehe

Mudah cuma renyah skit...especially kalau acuan x banyak...

Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telor
1 1/2 cawan santan ( saya gunakan satu kotak santan segera)
1 sudu makan ovelette
1 sudu teh pewarna hijau

sedikit garam
 

Inti kelapa
1 biji kelapa parut putih sahaja (saya gunakan kelapa kering dan dikukus sekejap bersama sedikit air)
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepung gandum



Cara-cara membuatnya:
Ayak tepung,  ketepikan.
Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselang seli dengan santan sehingga habis.
Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan.
Kukus selama 10-19 minit atau sehingga masak. Saya balut sekeliling penutup pengukus dengan kitchen towel atau napkin supaya wap x keluar, lagi cepat proses masak.

Puteri ayu sedang dikukus


 Not bad for first trial...rasa pun sedap.

Selamat mencuba

Cheers,
ZIa Anis

Wednesday, June 15, 2016

Lasagna Sedap dan Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Macamana puasa? Semoga bertambah amalan kita dan tidak hanya di bulan mulia..tapi berterusan selamanya.
Dan lama tak kongsi resepi. Kali ni saya nak share resepi Lasagna yang sedap...dan mudah jer nak buat.

Bahan-bahan:
FIlling (inti-daging)
-minyak masak/minyak zaitun
-bawang putih 2 ulas
-bawang besar, dipotong dadu kecil
-350 gram daging kisar
-sos tomato/sos prego spageti
-cendawan (tak der takper) dipotong dadu kecil
-carrot  dipotong dadu kecil
-blackpepper
-garam
-gula
-sos cili 3 sudu besar

Sos keju (sos putih)
-4 keping keju cheddar
-300 ml susu segar
-3 sudu besar mentega
-3 sudu besar tepung gandum

dan 8-10 lasagna sheet/noodles direbus dengan sdikit garam dan minyak sehingga separa masak.

Cara memasak.
Sos keju
Di dalam periuk atau kuali, Cairkan mentega, masukkan tepung gandum, kacau rata, masukkan susu dan last masukkan keju...kacau sehingga masak dan sejukkan.

Filling
Masukkan minyak, dah panas masukkan daging, kacau sehingga masak..dan masukkan bawang putih, bawang besar.
Kemudian masukkan sos tomato/sos prego. Kemudian masukkan sayur (carrot, mushroom) dan blackpepper, garam gula dan sos cili..dan masukkan juga kiub ayam..untuk lebih sedap.

Kemudian biarkan mendidih dan masak.




Bila dah sejuk, boleh melapis lasagna dalam baking tray atau pyrex yang dioles minyak zaitun.



Mulakan dengan filling, lasagna sheet, sos keju  dan ulang sampai habis. Dan dihias dengan keju untuk pizza topping.

Masukkan dalam oven 200celcius untuk 45 minit.
Dan wallah..sedap.






Selamat mencuba tau.

Cheers
Zia Anis


Thursday, April 2, 2015

Masakan Moroko: Tajine Meatball

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini saya akan share resepi istimewa Tajine Meatball dari negara Moroko.

1. Kena sediakan tajine iaitu periuk tanah liat berbentuk saji yang dipanggil Tajine...boleh juga gunakan kuali atau periuk biasa.
 2. Bahan-bahannya ialah:

- Keju parmesan
-3 biji tomato dipotong kecil dadu
-setengah biji bawang besar
-sebiji telur
- Daging kisar diaduk bersama
+Garam, gula
+Blackpepper, white pepper, paprika
+basil, oregano

-minyak untuk menumis...lebih baik gunakan minyak zaitun.





Meatball dibentuk bulat-bulat





Cara membuatnya:
1) masukkan minyak, masukkan bawang besar dan tomato..biarkan sehingga layu.
2) masukkan atau susun meatball
3) balikkan sehingga meatball masak
4) masukkan keju
5) bila sudah mencair keju masukkan telur dan masakkan sehingga 5 minit.
6) sudah sedia untuk dimakan dengan roti atau dengan nasi...tapi lebih enak dengan roti...

Senang dan sedap...SIhat.
Selamat mencuba.



Cheers,
Zia ANis

Tuesday, February 4, 2014

Strawberry Coklat

Assalamualaikum and Hai,

Today i will share a simple recipe of Strawberry Chocolate....ermmmm....its special months..why not prepare a very easy and delicious dessert.

Here is the step by step recipe of Strawberry Chocolate

1. First we will go to the strawberry farm...or maybe the nearest supermarket



2. Pluck them



3. Wash properly

4. Double boiled the chocolate bar of your choice (dark chocolate or cadburry bar) +  two spoons of butter

5. Dipped the strawberry in the melting chocolate bowl...

6. Tadaa...ready..




Cheers,
Zia ANis

*p/s: Dengan Strawberry Chocolate orang jatuh cinta.

Monday, January 20, 2014

Step by Step Easy Tiramisu

Assalamualaikum and Hi,

Last saturday i was craving for something sweet like snowy cheesecake or tiramisu...then i went to Netto Supermarket near my house then rushed to freeze/frozen section...im so frustated that there are tiramisu with alkohol only...then i got an idea to make to myself....thus after viewed about 5 to 6 videos about Tiramisu recipe on youtube...finally i made a tiramisu...its so easy....i think my niece at age of 13 also can make it....and here is the step by step Easy Tiramisu...

Ingredients:

3 Eggs, separated 3 white eggs and 3 eggyolks
75gram sugar
250gram mascarpone cheese
200 gram ladysfinger sponge cake
Coffee (water+coffee)
Milo for garnishing

Step 1

                                 Mix the white yolk until its become soft peak...like below...
                    2. MIx eggyolk with sugar and mix it properly and
                                put some hot water below    the bowl...
           4. Put the mascarpone cheese to eggyolk mix..then mix thoroughly
                5. MIx eggyolk+cheese to the whiteyolk mix.....mix properly
                     6. Final cream...
           7. Dip the sponge cake in coffee water..then assemble them on the bowl....
                                                  8. Put the cream layer....

                              Put again the second layer of cream....spread evenly
                          Spread milo on the top of the tiramisu...

 Chilled for 3 hours or more before serving....Wallah..insyaALlah sedap.

Done

Selamat Mencuba.

Cheers,
ZIa Anis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...