Thursday, March 27, 2014

Tempat Makan Best Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos kali ini saya akan berkongsi mengenai tempat makan best di Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur. Ini adalah berdasarkan penilaian saya sendiri...tanpa dipengaruhi sesiapa...semuanya  saya try, cuba, test...dulu..dan baru rekemen pada rakan, taulan dan saudara.
Oklah kita mulakan di Shah Alam dahulu.

1) Restoran Ani Sup Utara Seksyen 7 atau di Plaza Alam Sentral
Saya suka sangat makan nasi sup..set...iaitu yang dihidangkan nasi putih, beserta sup pilihan anda samaada sup ayam, sup tulang, sup daging, sup perut dan lain-lain. dan juga kombinasi timun yang dihiris, sebelah telur asin, dan cukup sambal cili yang sangat terbaik..hanya di Ani Sup sahaja ada sambal macam ni..memang unik dan nampak authentic...Harga juga amat berpatutan..nak cepat bolehlah kesana..kerana servis cepat  dan nak bungkus pon boleh.

Set nasi sup_image google

2) Restoran Ayam Kampung Seksyen 7
Restoran ni memang dekat jer ngan rumah saya...selalu sangat pergi, rasanya pekedai dan pekerja pun dah kenal saya..hehhe. Ayah saya pon suka makan kat sini. Pagi kebanyakkan menu adalah menu sarapan Kelantan..daripada nasi berlauk dan juga nasi kerabu biru. Dan tengahari banyak menu Kelantan dan signature menu adalah ayam kampung goreng. Ianya rangup dan fresh. Disini juga ada berbagai ikan bakar, ayam bakar, ayam percik, dan juga sambal cili, sambal belacan dan juga budu serta ulam-ulaman segar. Harga juga berpatutan tapi standard harga KL...Shah Alam.

3) Restoran Zai Seksyen 7
Nasi ayam Zai memang sedap..Hanya RM4.50 sepinggan/sebungkus. Selain itu ada juga menu lain...

4) D One Steak Seksyen 7
Untuk makanan barat, ini adalah restoran kegemaran saya..jike teringin pukul 10 malam pon saya pi lagi....Harga agak berbaloi dan sedap.

Terima kasih tuan punya foto ya...

5) Khulafa Bistro Seksyen 7
Roti canai sedap..teh ais terbaik....Servis cepat dan kedai bersih.

6) Restoran Nasi Arab Seksyen 7 (Depan Unisel @ di Giant Seksyen 7)
Nasi Arab sedap dan harga berpatutan..kena makan waktu sangat lapar..baru terasa nikmat....

7) Restoran Putera Ayu
Ini restoran yang pernah dikunjungi JJCM TV3....Jus mangga memang terbaik...Menu tomyam atau Thai..sedap....tapi amat berbaloi ambil set...sebab lebih murah dan jimat. Terletak di Jalan ke Padang Jawa dekat Alam Avenue.

8) Restoran Ikan Bakar Seksyen 6
Ikan bakar fresh..sambal sedap...dan sos juga amat sedap. Time lunch memang penuh terutama students.

9) Restoran TTDI Jaya Shah Alam
Menu memang banyak...beratus-ratus menu makan tengahari..termasuk bubur..Memang rambang mata nak pilih yang mana satu. .Sedap..tapi harga standard... Landmark berdekatan pusat servis kereta Honda TTDI Jaya.

10) Restoran Hatini Seksyen 10 Shah Alam
Menu kelantan pure...Harga standard...

11) Restoran Soto Seksyen 8
Sotonya sangat sedap...bergedil pon sedap. JJCM recommended.

12) Pak Li Kopitiam
The only kopitiam yang saya suka...terutamanya set roti bakar..memang sangat sedap dan juga nasi lemaknya memang power. Tu sebab sentiasa penuh kopitiam ini..memang tak menang tangan..Oh ya pemiliknya cina. Harga standard...kalau seorang dalam RM10++ oklah kan.

                                          Nasi Lemak Rendang dan Ipoh Iced Coffee Pak Li

13. Restoran Temerloh, Seksyen 15 Shah Alam
IKan patin paling menawan...RM10sekeping..nak tempah pon boleh...bulan 12 haritu abang ipar saya tempah 40 keping ikan patin tempoyak...untuk tahlil di surau....Landmark dekat Public Bank Seksyen 15.

14. ABC Fradoo
ABC paling sedap dan memang berbaloi harganya...ada klasik dan ber ice cream. Terletak di medan makan seksyen 2, Shah Alam.
                                     Credit: misscha-cecite.blogspot.com

15. Nasi Lemak Ceria @ Restoran Ceria
Terletak di sekyen 2/3 Shah ALam...landmarknya dekat wisma Mais...hidangan nasi lemak, cakoi nya memang sedap dan terbaik....terutama sambal bilisnya. Harga standard dan boleh dikira berbaloi juga.

16. Mee ketam dan mee bandung seksyen 7
Dua kedai yang berbeza tetapi bersebelahan. Kalau teringin mee ketam bolehlah singgah di restoran mereka ini yang terletak berdekatan dengan unisel. Mee ketam yang sangat sedap...dan kuah pekat...dan ada aksesori seekor ketam. Harga standard...servis ok.

image google-terima kasih tuan blog


17. Rojak Pasembor sekyen 9.
Ini adalah rojak yang paling sedap pernah saya rasa dan keasliannya masih terserlah. Harga RM3.50 sebungkus..kuah pekat dan secukup rasa. Terletak dikawasan letak kereta di Seksyen 9 , shah alam..iaitu di kawasan restoran cili merah....(jika tidak silap). Mereka menjual di atas van dan diletakkan beberapa kerusi...ada juga air batu cendol.

image google-terima kasih tuan blog


18. Laksa Kedah/Penang Seksyen 7
Mereka menjual menggunakan van. Laksanya sedap dan kuahnya pekat..rasa ikan. Harga berbaloi...boleh bungkus atau makan cepat-cepat di kerusi yang disediakan. Landmarknya ialah berdekatan bangunan Worldwide Holding seksyen 7 Shah Alam.

image google-terima kasih tuan blog


19. Air batu cendol Mamak Seksyen 18, Shah Alam.
Sebelum ini mamak ini menjual di atas motor 3 tayar..sekarang sudah punya gerai sendiri berhampiran CIMB Seksyen 18, Shah Alam. air batu cendol sangat sedap dan lemak santannya memang terasa. Harga berbaloi.

image google-terima kasih tuan blog
20. Update
Ketika pulang beraya di Malaysia last julai, saya diperkenalkan oleh abang saya dengan nasi Kak Wok JJ yang terletak di TTDI Jaya Shah ALam dan ianya tidak jauh dari Masjid Al-Iltisam. Nasi ni memang sedap, sambal sedap..ayam goreng dipotong kecil2 dan digoreng rangup. pendek kata semua sedap...dan lagi satu Teh Ais nya sangat power.

Image google..terima kasih tuan blog.

Klang

1) Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan
Memang terbaik...sejak 17 tahun lalu, memang saya selalu ke sini untuk open table famili reunion..menu memang tidak berubah sejak dulu rasanya..sedap...Anda boleh pilih makanan laut yang suka..ditimbang dan dipilih cara nak masak...masak tom yam, tiga rasa, sweet sour dan lain-lain. Manakala sayur atau side dish kena order semasa anda di meja..servis cepat harga standard.

Kuala Lumpur

1) Restoran Rozita Pantai Dalam
Terbaik..sedap dan fresh....Menu makanan adalah pelbagai tetapi lebih kepada menu Kelantan. Malahan kalau yang teringin nak makan tapai goreng kat sini ada jual..rasa macam tape goreng di Kelantan. Landmarknya ialah berdekatan stesen Komuter Pantai Dalam...

2) Ayam Bakar 5 Bintang Kg. Kerinchi
Sedap dan harga berbaloi..RM19 Seekor ayam..Ayamnya dibakar segar. Memang sangat 5 bintang....
image google-terima kasih tuan blog

Oklah..itu sahaja.

Cheers,
Zia Anis
*tak pandai makan di restoran mewah....tapi suka tengok rancangan memasak di AFC dan you tube.


16 comments:

  1. Restoran Ayam Kampung Seksyen 7

    Masakan asas nya Minang dan telah dirosakan untuk pasaran Kelantan.

    ReplyDelete
  2. Masakan Minang? Indonesia? saya pasti pemiliknya orang Kelantan..kerana pernah bercakap ngn pemiliknya...tak mungkin masakan minang pula..maybe salah restoran kot...huhuhu.

    ReplyDelete
  3. Thanks for info... byk tempat makan best kat shah alam, senang nak refer. Sy mmg nak cari pun menu2 yg best ni.. tak sangka semua ada kat shah alam..����������

    ReplyDelete
  4. Restoran Zai tu memang sedap lauk pauk dia. Ada 3 ke 4 cawangan dah Datin Zai tu. Hehe.

    Satu lagi saya suka Restoran Belanga(Soto dia bessst) dan Restoran Sidah :))

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum & salam kenal
    Good info and good job!
    Jom visit blog saya http://sihat-cantikmulus.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Salam zai.. thanks share tmpt mkn best2. Sy stay shah alam n kbykn tmpt yg zai share sy dah penah try, mmg sdp n recommended :)

    mamameshy.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Adila Ismail. Blog awak pon menarik.

    ReplyDelete
  8. Thanks for the info. Sebenarnya nak cari kedai ikan bakar di Shah Alam, ternampak pula entri ini.

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    ReplyDelete
  9. thanks best info saya ada membekal keli salai https://www.facebook.com/pages/KELI-SALAI-Beranang/908739109152913sila visit ya

    ReplyDelete
  10. Memang best tempat2 tercatit di atas layan habis. Ada restoran baru macam seafood dekat padang jawa n mee tarik kat ctue pon layan gak.

    ReplyDelete
  11. nanti boleh masukkan dalam blog kedai makan pak su corner seksyen 16. pelbagai jenis lauk terhidang. sedap dan murah...
    sila layari www.ajusyopz.com kalu tercari-cari vitamin kesihatan...

    ReplyDelete
  12. terima kasih for info..mcm nk pegi terus jer ptg ni mkn abc and rojak tu..

    ReplyDelete
  13. Restoran rz nasi kukus pn sedap. Femes kat sek7..

    ReplyDelete
  14. banyak je tempat makan best, tapi nasi lemak sedap memang sukar nak cari

    ReplyDelete
  15. Good info.. boleh test jln2 cari mkn...

    ReplyDelete
  16. It is really a cool and useful piece of information. I am satisfied that you just shared this helpful info with us. Please keep us informed like this. Thanks for sharing. Restaurant Frankfurt-Oder

    ReplyDelete

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...