Wednesday, February 13, 2013

Ada apa pada nama?


Assalamualaikum,
Ada apa pada nama? Semua orang dilahirkan di dunia ini ada nama sebenar, nama timangan dan nama manja. Sampaikan ada orang yang ada 4 hingga 5 nama sekaligus. Dan kadangkala jika namanya berpangkal dengan nama famili, dahulukala guna telefon rumah “Nak cakap dengan Nik boleh?”…jawab “Nik yang mana satu ek, dalam rumah ni ada 7 Nik”…Dan di kebanyakan tempat dan negeri ada yang menggunakan pangkal nama famili seperti nama Nik, Wan, Che, Tuan, Syed, Syarifah, Meor dan tak terkecuali yang bermula dengan Tengku, Engku dan lain-lain. Masih teringat cikgu Sains saya dahulu pernah beritahu suaminya berkenan padanya kerana nama beliau iaitu “Balkis”…cantik bukan.  Dan nama saya juga tidak terkecuali dalam golongan nama yang jarang didengar dan sukar disebut. Dan masa sekolah rendah jika guru memanggil nama setiap orang dalam kelas dan sampai suatu ketika beliau tergagap atau lambat menyebutnya, saya akan segera bangun dan rakan sekelas akan menyebut ramai-ramai nama saya sebagai bantuan kepada guru tersebut. Dan semasa saya mula mendaftarkan diri di Jerman ada seorang pensyarah jabatan ini menanyakan saya adakah nama panggilan saya itu nama sebenar saya atau hanya nama yang direka semata…
 Dan semua orang juga ada sejarah kenapa nama tersebut diberikan/dinamakan kepadanya. Contohnya seorang ibu yang semasa mengandun suka melihat cerita jepun lalu diberikan nama anaknya “Ishida”…(kisah benar)… Ada juga yang menukar nama panggilan disebabkan  tiada keserasian yang menyebabkan bayi tersebut menangis tanpa henti dan sebagainya, contohnya Roziah kepada Ayu (juga kisah benar). Kadangkala ada bapa yang menggunakan kuasa veto menamakan anak tersebut. Tapi ada juga yang menimbangkan idea isteri, ibubapa (atuk nenek) bayi tersebut sebelum nama didaftarakan di JPN (itu yang jadi 3 atau 4 perkataan tuh…).
Dan di Negara Eropah dan barat lain banyak jenama antarabangsa yang terkenal dan mewah menggunakan nama pengasas jenama tersebut seperti Calvin Klein, Loius Vutton, Christian Laboutin, Vera Wang, Ford dan banyak lagi. Tidak kurang juga pengasas tempatan yang tersohor di peringkat antarabangsa iaitu Dato’ Jimmy Choo, Zang Toi dan di arena tempatan seperti Rizalman Ibrahim, Hatta Dolmat, Melinda Looi, Nurita Harith, Rizman Ruzaini, Ramly dan banyak lagi. Agak-agaklah jika guna nama kita pada sebarang produk, boleh laku tak??? Hehhehehhe….

Gambar sekadar hiasan. Ehsan Google.

Fungsi nama bukan sekadar pengenalan kepada siapa kita, tapi kadangkala ia menggambarkan akhlak, tempat asal, bangsa dan agama kita. Oleh sebab itu, islam menganjurkan memberikan nama yang baik-baik dan indah serta mempunyai maksud yang baik juga. Terdapat 99 nama Allah (sertakan Abdul)…serta nama nabi, para sahabat dan nama insan mulia lain yang boleh dinamakan pada anak-anak kita. Walaubagaimanapun tidak semestinya dalam bahasa arab sahaja, boleh juga gunakan nama bahasa melayu seperti Bunga, Wangi, Budiman (ada ke?) yang mempunyai maksud menarik. Tetapi kadangkala  minda orang kita akan gelak atau sinis terhadap nama sebegini…Mari tukar “setting” minda kita..nama indah tidak seharusnya dalam bahasa arab…

Dan nama yang diberikan sudah cantik oleh ibubapa, tapi disingkatkan pula seperti Farhan menjadi Paan, Adam Mukhriz (Adam & Hawa…hehhe) jadi Am, Khadijah jadi Deja dan lain-lain lagi. Tapi pada pengamatan saya orang arab tidak menggunakan nama singkatan contohnya rakan-rakan seperjuangan saya yang suka nama mereka dipanggil dengan penuh seperti “Ahmad, Muhamad, Maryam, Zainab”…
Oleh itu rancanglah nama anak anda dengan sebaik mungkin agar akhlaknya sebaik namanya. Dengan nama orang jatuh cinta…

Cheers,
Zia Anis.

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...