Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Thursday, June 30, 2016

Juadah Raya Orang Kelantan

Assalamualaikum,

Disebabkan tahun ini saya beraya di perantauan, jadi jom kita lihat Juadah Raya Orang Kelantan...so orang yang nak kawen orang Kelantan atau nak berkunjung ke rumah orang Kelantan sempena raya boleh jangka apa yang akan dihidangkan...

Menu Popular
1) Kat mana-mana rumah ni menu paling popular...sebab sedap, senang nak masak iaitu Nasi Kerabu.
Ada macam-macam jenis lauk contohnya:
-Daging bakar
-Ayam Bakar
-Daging Goreng Kunyit Kelantan
-Ayam goreng
-Telur masin
-Keropok keping
-Solok Lada
-Bawang Putih jeruk
-Budu
-Ulaman (daun serai pokok itu wajib)
-Sambal kelapa
-Sambal cili
-Tumis budu

Ya Allah nyakut molek
2) Nasi dagang, menu no 2 popular...sebab lebih renyah nak buat dan kena kukus nasinya
Lauknya:
-Ayam gulai
-Gulai telur
-Gulai ikan tongkol
-Gulai udang
-Sambal kelapa
-Acar mentah timun carrot
-Sambal cili

3) Ketupat daun palas yang dimakan bersama nise nira kelapa ataupun nise kerek. Ada pelbagai inti dan rasa iaitu ketupat manis, ketupat tawar, ketupat isi kacang merah, serunding ayam atau daging.


4) Tape (Tapai) Pulut samaada yang dibungkus dengan daun getah atau daun pisang..saya tak makan tape tapi selalu jadi tukang bungkus tape daun getah.

Dan tak dilupakan menu-menu lain...tapi yang ini paling lejen...

Cheers
Zia ANis

*kredit kepada pemilik gambar2 diatas.

Thursday, February 5, 2015

Kuih Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kalau duk diperantauan, makanan lah yang paling dirindui. Jom tengok makanan dan kuih kelantan yang sedap dan sangat menarik untuk dicuba oleh masyarakat negeri lain dan juga boleh belajar cara nak memasaknya...

1) Jala Mas-bahan utama telur kuning dan air gula.


2. Buah tanjong-  bahan utama telur kuning dan air gula.

3. SIra Labu..sangat popular musim kenduri..kira macam desert lah ni.

4. Serabe -dimakan bersama kuah santan manis

5. Pulut dakap- dimakan dengan air nise

6. Cik mek molek- bahan utama keledek dan berisi gula didalamnya..bila siap digoreng gula mencair..so makan ada rasa air gula...

7. KUih topi-makanan kegemaran arwah nenek saya...kuih ni je dia makan...kuih lain..x sangat

8. Tepung bukus...berisi kelapa manisan di buat dua lubang...
 9. KUih badak...kegemaran saya..
10. KUih nekbat- dimasak bersama air gula

11. Sira pisang-makanan di waktu petang


  12. Pulut sekayo-sangat sedap dan lemak

13. Tepong boko-ada versi tepung dan versi ubi kayu


Cheers,
ZA

*FOTO ihsan blogger dan google. Terima kasih

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...