Friday, December 11, 2015

Pendapatan, Perbelanjaan dan Keperitan Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semakin lama, makin banyak menda dan perkhidmatan naik harga atau dengan kata lain di Malaysia semua naik, darah naik...cuma gaji statik ataupun berkurangan.

Ya Allah beri kami rezeki yang Halal, mencukupi dan tidak sampai kami meminta-minta dan berhutang.

Banyak rungutan di sana sini kedengaran mengenai pendapatan yang kecil, duduk di bandar besar, perbelanjaan tinggi jadi hidup menjadi perit. Hidup di kampung juga terkesan kerana semua barang mahal...pendapatan tak seberapa...saya paham..kerana saya juga orang kampung....
kedai runcit banyak tutup kerana untung tak seberapa..gst sana-sini, pasaraya besar menguasai pasaran...orang berlumba-lumba ke pasaraya besar...konon bersih, senang nak parking dan sebagainya.
Mungkin kita tahu apa puncanya...dan apa yang perlu dibuat ialah membuat perubahan kepada perbelanjaan harian kita dan famili kita.
Lakukan perancangan kewangan dan janga lupa untuk selalu berdoa kepada Maha Pemberi Rezeki, Allah Taala...sentiasa kerana tiada doa yang sia-sia.

Cerita 1:
Semasa saya menjaga arwah bonda di Hospital KBharu HPRZII, di sebelah katil arwah bonda saya (di wad 8 ketika itu), ada seorang wanita tua yang uzur dan sakit tenat, dan terpaksa dimasukkan darah bagi meneruskan hayatnya. Dan setiap malam, menantunya seorang perempuan berumur hujung 30an menjaga beliau setiap hari. Jadi waktu senggang, saya akan bercakap-cakap dengan menantunya itu..dan menantunya berkata pada saya "saya menantu aja...anak-anak yang lain semua sibuk..saya keje tapi sebab menjaga mak mertua saya tak kerja lah dalam seminggu dua ni...2. Saya pun bertanya lagi akak kerja apa...beliau menjawab "Akak kerja cucuk sate...dan pendapatan tak seberapa hanya RM2 untuk 100 cucuk sate"...saya yang mendengar pendapatan beliau sebanyak RM2..terus tersentak, sedih dan teringat-ingat sampai sekarang...Ya Allah, di sudut dunia sekeliling kita ada yang sanggup keras dan diperas untuk bekerja demi sesuap nasi..kerja kuat hanya dapat RM2...sedangkan 100 cucuk sate, tokey sate jual RM80 hingga RM90...
Wahai majikan, fahamilah pekerjamu dan jangan peras usaha pekerja mu..mereka juga manusia biasa...nak makan dan nak bagi makan anak dan keluarga masing-masing makan. Besarnya nilai RM2 pada yang memerlukan. Peritnya kehidupan.

Cerita 2
Cerita kedua juga berlaku di hospital HPRZII, kerana saya menjaga mak saya selama 11hari di hospital, pelbagai cerita dan observation boleh dibuat...
Setiap petang bermula jam 7 petang hingga 11 malam..saya selalu perhatikan seorang makcik cleaner hospital sangat tekun membersihkan lantai dan mengambil sampah untuk dibuang di wad 8 tersebut. Beliau kelihatan berusia dan sentiasa memakai mask muka..so saya tak berkesempatan melihat muka dia..dan ada waktu senggang di luar bilik/ jauh dr katil mak saya, saya akan berbual2 dengan beliau..beliau seorang ibu yang sudah berusia..tinggal di Tumpat dan setiap hari anak beliau akan hantar beliau ke hospital dan jemput balik di waktu malam menaiki motorsikal...gaji tak seberapa, tapi ini sahaja peluang kerja yang ada...sedihkan mendengar cerita beliau..kerana masih bekerja di usia senja huhuhu..dan saya ada memberi sedikit sedekah pada beliau..kerana saya ingat pesan prof Muhaya...memberi lah walau sedikit..dan memang mak saya sangat pemurah orangnya..dan saya memberi tanpa pengetahuan mak saya ketika itu...tapi terkantoi sebb makcik tersebut sempat bercerita saya memberi beliau sesuatu pada arwah mak saya semasa beliau datang sapu sampah (sebab mak saya suka sangat anak-anak beliau memberi, saya tak mahu mak saya tahu..huhuhu)...

Cerita 3
Saya ada mengenali seorang penjawat awam..dan beliau seorang yang aktif dalam pelbagai arena sukan atau kata lain sport maniac.
Beliau ada mengadu, yang tidak mampu mendaftar gym kerana yuran pendaftaran RM650...sedih plak saya mendengarnya..walaupun saya tidak pernah mendaftar any gym..tapi saya memahami..dan kemudian beliau nak beli seluar panjang untuk berenang,...tapi katanya harga mahal...huhuhu
Sebagai penyelesaian jogging sajalah jalan murah dan tak perlukan modal.
Tapi jogging takut nyamuk plak..huhuhu

Teringat masa sekolah menengah, saya dan kawan baik saya CT..kami selalu berkongsi seluar sukan...ketika ada latihan sukan disekolah..kalau hari ini saya pakai esok dia plak yang pakai...orang selalu sangkakan kami twin sebab muka macam sama dan selalu macam belangkas..dan disebabkan faktor itu juga kami tak aktif sukan...atau aktiviti sukan..jadi AJK hadiah sukan ajalah...hahhaha...
Saya akan selalu kenang kenangan manis di sekolah dulu.


Saya pernah susah,
Zia ANis



Tuesday, December 1, 2015

Solat sunat Rawatib yang mu’akkad

Assalamualaikum,

JOm amalkan solat sunat...semoga ianya menjadi penampung pahala kepada solat wajib kita...
Ustaz Rosyam noor..selalu marah katanya "dah tua tak nak solat lagi???". Jom solat sunat, bukan kerana orang..tetapi kerana kita adalah baik dan mahu jadi baik.

Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatibyang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.
Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
.
Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)
.
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.
.
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

 Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

 Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
.
.

Solat sunat Rawatib yang mu’akkad

  1. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
  2. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  3. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  4. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
  5. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak

Semoga bermanfaat.

Cheers,
Zia ANis

Friday, November 27, 2015

Keberkatan Sebuah Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

www.nikaizu.com
Sudah menjadi satu rutin bagi kita masyarakat malaysia bila hampir sahaja musim cuti persekolahan pasti berderet-deret kad undangan walimatul urus yang diterima, kadang-kadang dalam satu hari ada dua atau tiga undangan yang perlu dihadiri. Sememangnya sebagaimana yang kita ketahui Perkahwinan itu adalah Sunnah, Dengan adanya ikatan perkahwinan, jiwa menjadi tenang dan tenteram, mendapat keturunan yang halal lagi sistematik, sekali gus ikatan perkahwinan juga dapat mengawal diri daripada berlakunya pelbagai bentuk penzinaan, homoseksual, pelacuran dan sebagainya.
Memang terdapat banyak hikmah dalam perkahwinan antaranya adalah mampu menjaga kehormatan diri, untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia dan supaya manusia itu dapat hidup berbahagia dengan saling berkasih sayang dan cinta-mencintai.
Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.” – (Surah Ar-Rum:21)


Bila disebutkan tentang perkahwinan maka tak lengkap rasanya kalau tidak diikuti dengan kendurinya, tapi tahukah kita mengadakan kenduri kahwin bagi meraikan pasangan pengantin yang telah dinikahkan dengan mengadakan jamuan makan kepada orang ramai, khususnya kepada saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai apa hukumnya? Kenduri untuk pernikahan sepasang pengantin ini merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW. Hukumnya adalah sunat muakkad (sangat dituntut). Hal ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas .a katanya :
“Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi SAW menjadi seorang pengantin dengan Zainab ibn Juhsy, baginda mengundang orang ramai, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.” – (Riwayat al-Bukhari)
Dari Anas bin Malik ra menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya ;
Kesan apakah ini?
Abdul Rahman menjawab;
Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas.
Sabda Rasulullah;
Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.
Majlis perkahwinan yang dikehendaki oleh syarak sangat mudah dan tidak menyusahkan. Oleh itu perkahwinan yang baik ialah yang ringan perbelanjaannya, yang tidak memberatkan, tidak bermewah-mewah dan tidak melebihi batas-batas yang diperlukan, serta tidak membawa kepada pembaziran kerana pembaziran itu bertentangan dengan hukum syarak. Sebenarnya mengadakan majlis perkahwinan sehingga terpaksa menanggung beban hutang tidaklah digalakkan oleh agama, cukupla dengan sekadar yang termampu sahaja. Kerana Antara hikmah Islam menggalakkan supaya diadakan kenduri kahwin adalah untuk :
• Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.
• Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
• Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
• Memberi peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim.
Maka disini jelas kepada kita digalakkan agar mengadakan perkahwinan secara sederhana yangmana ianya tidak membawa kepada pembaziran. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan. Masyarakat kita pada hari ini kebanyakannya mengadakan kenduri kahwin sampai terpaksa berhutang. Itulah amalan masyarakat kita hari ini yang lebih mementingkan adat dari sunnah Nabi sendiri.
Sebaiknya laksanakanlah walimah atau kenduri kahwin sekadar yang termampu sahaja. Apa yang penting ia dilakukan dengan niat yang ikhlas selain untuk memanjatkan kesyukuran tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Mudah-mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan ALLAH SWT. Kenduri yang berkat itu amat penting , sama pentingnya akad nikah mengesahkan ikatan suami isteri.
Apalah gunanya jika wang dihabiskan untuk majlis besar-besaran tapi jauh daripada keberkatan Allah sehingga pengantin terpaksa berhutang dan meminjam. Hal ini memberi implikasi dalam melaksanakan tanggungjawab suami isteri dan membina keluarga bahagia. Justeru, laksanakanlah walimah berlandaskan sunnah, semoga perkahwinan diberkati ALLAH SWT. InsyaAllah.

Sumber: http://www.ukhwah.com/

Bagaimana untuk mendapatkan sebuah keberkatan dimana tiada unsur pembaziran serta menunjuk-nunjuk?

1) Tiada pelamin yang gah
2) pelamin dijadikan tempat mengambil gambar sahaja
3) tiada upacara menepung tawar dan sebagainya atau bersalaman diantara bukan mahram
4) pakaian pengantin adalah menutup aurat bukan membalut aurat
5) tiada mekap berlebihan , tiada cukur kening, dan lain-lain yang diharamkan.
6) tukang mekap atau mak andam sahaja dibolehkan..bukan pak andam, abang andam atau dengan erti kata lain jurumekap sama jantina sahaja dibenarkan
7) tiada makanan yang membazir dan tidak berlebihan..tapi jangan terlalu sedikit sehingga membuatkan tetamu datang yang tinggal kuah atau nasi putih sahaja..kena pandai bajet.
8) aksesori seperti khemah, meja pengantin dll biarlah sederhana dan tidak membebankan kedua belah pihak.
9) tiada muzik atau nyanyian yang melalaikan dan hormati azan jika berkemundang dari masjid/surau berdekatan.
10) sediakan tong sampah secukupnya..agar majlis berjalan lancar dan tidak comot.
11) makanan yang disediakan mestilah fresh dan tidak tercemar..saya pernah mengalami keracunan makanan setelah pulang daripada sebuah kenduri...sila pastikan makanan bertutup selepas dimasak ataupun semasa dihidangkan...jangan sampai terbiar tidak bertutup dan  meja bersepah serta lalat berkeliaran..uuuuu
12) ole atau door gift biarlah yang bermanfaat kepada si penerima..jangan sampai depan rumah pengantin dan buang macam2 daripada kantung door gift tersebut..sayang kan...
13) pengantin, jom jumpa dan berkenalan dengan tetamu yang datang..jangan cabut awal untuk shooting outdoor dan lain-lain..kesian tetamu datang jauh-jauh cuma dapat makan..dan bercakap dengan parent pengantin jer...yang pengantin plak dok melayan kawan-kawan sahaja..jom eratkan silaturrahim..dan ukhwah juga...
14) satu lagi...bunting atau kad jemputan janganlah diletakkan gambar mesra, atau duduk dekat2..memang tak bagus..jom cetak doa untuk pengantin..semua orang nak masuk majlis akan baca doa tersebut....
15) doalah banyak2 majlis berjalan lancar dan mendapatkan keberkatanNya.
Ameen.

Cheers,
Zia ANis

Friday, November 20, 2015

Solat sunat Tasbih

.
Solat sunat Tasbih...

amat disyorkan dibuat, at least seumur sekali dalam hidup.

Semoga bermanfaat.

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
.
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.
.
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
.
.

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih

.
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).
Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.
.

Caranya;

.
1.  Niat Solat Sunat Tasbih:
a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
 .
b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-‘a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
 .
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
        1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
        2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
        3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
        4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
.
.
3.  Bacaan Tasbihnya ialah:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
.
Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.
.
.
4.  Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.
.
.
5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
      • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
      • Rukuk – 10 kali tasbih
      • Iktidal – 10 kali tasbih
      • Sujud pertama – 10 kali tasbih
      • Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
      • Sujud kedua – 10 kali tasbih
      • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.
.
.
6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.
.
.
7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.
.
.
8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.
.
.
9. Membaca doa solat tasbih;

Thursday, November 19, 2015

Fadhilat Dan Khasiat Doa Akasyah

 Fadhilat Dan Khasiat Doa Akasyah

1)     Dapat Menghafal Al Quran

‘Doa Akasyah’ hendaklah dibaca dengan penuh ikhlas kepada Allah SWT sebelum membaca Al-Quran.
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku, “Wahai Abu Bakar, janganlah kamu tinggal membaca doa Akasyah ini, sebab membaca doa ini bererti akan memperoleh kesejahteraan dan anugerah dari Allah SWT serta dapat menghafal Al Quran dan Kitab.”
Sayyidina Usman Ibnu Affan ra. Pernah berkata, “Sesungguhnya aku dapat menghafal Al Quran dengan berkah doa Akasyah ini.”

Sesiapa yang ingin menghafalkan Al-Quran, maka tulisan doa ini dengan ambar dan minyak kasturi serta minyak za’faran ditukis dalam mangkuk putih yang diisi dengan air, kemudian airnya diminum selama tujuh hari, InsyaAllah akan lekas dapat diingat.
.
.

2)   Dimudahkan Rezeki

Sesiapa yang membaca doa ini setiap hari, sebulan sekali, setahun sekali atau seumur hidup sekali, maka Allah SWT merintahkan tujuh puluh ribu malaikat dari langit membawa kebajikan, serta dimudahkan rezekinya dan memperoleh rahmat.
.
.

3)    Memperolehi Kekuatan Luar Biasa

Sayyidina Ali ibnu Abu Talib ra. pernah berkata, “Aku telah memiliki kekuatan dan keberanian yang luar biasa disebabkan berkahnya Doa Akasyah ini.”
.
.

4)   Diampuni Allah SWT Segala Dosa.

Membaca dengan benar-benar ikhlas hati kerana Allah SWT secara istiqomah, InsyaAllah diberi ampunan dan dihapuskan segala dosa.
Sesiapa yang membaca doa ini sehari sekali atau seumur hidup sekali jika tidak dapat membaca, maka tulisannya saja diletakkan di dalam rumah, Allah akan memberikan ampunan atas dosa-dosanya.
.
.

5)   Mendapat Ganjaran Pahala

Pada hari kiamat Allah SWT akan memberikan pahala yang besar.
Hasan Basri r.a. berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Bahawasanya seseorang itu tidak akan memperolehi pahala yang berlimpah-limpah seperti pahala orang yang membaca Doa Akasyah ini.”
Sayyidina Umar Bin Khatab berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Wahai Umar bacalah doa ini, kerana membaca doa ini akan memperoleh pahala yang sangat besar, tujuh puluh ribu malaikat berbuat kebajikan kerana membaca doa ini, satu Malaikat mempunyai mulut, tujuh puluh dan mempunyai kepala tujuh puluh. Tiap satu memuji kepada Allah SWT dan semua itu diberikan kepada orang yang mahu membaca doa ini, Allah memberi rahmat kepadanya.”
.
.

6)   Ditinggikan Darjat

Dalam hidupnya sentiasa membaca doa tersebut, nescaya Allah SWT mengangkat darajatnya di dunia dan akhirat. Apabila bangkit dari kubur, wajahnya seperti bulan purnama… banyaknya malaikat berada disekelilingnya yang semuanya membawa bendera dari cahaya terus menuju ke syurga bersama-sama orang yang membaca doa Akasyah. Orang yang berada di padang mahsyar merasa kagum dan tercengang hairan kerana dihormati oleh para malaikat dan orang soleh.
.
.

7)    Mimpi Berjumpa Nabi

Sesiapa yang ingin berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam mimpi, maka mandilah sebersih2nya pada malam Jumaat dengan memakai wangian kemudian melakukan solat dua rakaat kemudian setelah selesai solat membaca doa ini lima kali dengan penuh ihklas, maka InsyaAllah memperoleh anugrah berjumpa dengan Rasulullah dalam mimpi.
.
.

8)   Diiringi Malaikat

Syeikh Sya’ban r.a. berkata, Aku mendengar dari sabda Rasulullah SAW. “Sesiapa yang berdoa dengan doa ini, jika ia meninggal dunia, maka akan sentiasa mendapat anugerah dari Allah SWT tujuh puluh ribu malaikat yang menghantar jenazahnya ke qubur yang setiap satu Malaikat alam nur / cahaya.” Malaikat berkata: “Jangan engkau takut, sesungguhnya Allah SWT telah memberikan anugerah kepada engkau nanti hari kiamat dan membuka pintu syurga untukmu.” Allah SWT pun berfirman: “Wahai Fulan sesungguhnya Daku malu menyiksa engkau kerana telah mengamalkan membaca doa ini.”
.
.

9)   Wajah Berseri Di Hari Kiamat

Sesiapa membaca doa ini setiap hari tiga kali, nanti pada hari kiamat wajahnya akan seperti bulan purnama tarikh 14 dan masuk syurga tanpa kira-kira kerana berkat doa ini.
.
.
.

Lain-Lain Khasiat Dan Kelebihan Doa Akasyah

.
Banyak sekali kebaikan dalam ‘Doa Akasyah’ ini, berikutteradapat beberapa faedah lagi yang boleh kita ikhtiarkan:
1.  Jika ada anak, isteri, pembantu atau yang lain, lari dari rumah dan lama tidak pulang maka lakukanlah solat dua rakaat dengan hati yang ikhlas tiga kerana Allah, sesudah membaca Al-Fatihah bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali, sesudah salam membaca doa ini, InsyaAllah orang yang diingati tersebut akan cepat pulang.
2.  Sesiapa yang tidak mahu kekurangan rezeki bacalah doa ini, InsyaAllah, tidak kekurangan rezeki.
3. Sesiapa mempunyai tanggungan hutang dan ingin lekas dapat membayarnya dengan membaca doa ini, InsyaAllah lekas dapat membayarnya.
4.  Sesiapa yang membaca doa ini, pada setiap malam, Allah SWT akan selalu melindunginya dari bahaya kebakaran.
5.  Jika akan bermusafir atau pergi berlayar, maka bacalah doa ini sewaktu akan pergi dan belayar, InsyaAllah akan selama dari mara-bahaya.
6.  Jika ada orang yang sakit gila kerana godaan syaitan atau sakit panas dan di bacakan doa alasah ini InsyaAllah lekas sembuh.
7.  Doa ini apabila diamalkan setiap hari dan malam hari dengan hati ikhlas, maka ia tidak akan sakit kecuali sakit yang menyebabkan ia meninggal dunia.
.
.
Akasyah r.a. adalah sahabat Nabi SAW yang memiliki kumpulan doa-doa yang dikenali dengan Doa Akasyah. Bait demi bait dalam doa ini penuh makna dan menyentuh hati. Mengagungkan Nama dan Sifat Allah SWT yang mulia serta memohon keampunan kepada Allah Ta’ala di atas segala dosa yang telah kita lakukan sama ada yang kita sedari mahupun yang tidak kita sedari.
Petikan dari Buku bertajuk;
“Terjemah Majmu’ Syarif” (Jalan kemuliaan menuju kebahagiaan dunia & akhirat).
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
credit to:https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/09/03/fadhilat-dan-khasiat-doa-akasyah/

Cheers
Zia ANis

Doa Akasyah

Jom Amalkan Doa Akasyah

Semoga Allah makbulkan doa kita semua. Saya mendapat tahu mengenai doa ini melalui Ustazah Nor Bahyah...dalam rancangan semanis kurma.


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
Ya Allah! Semoga Dikau rahmati junjungan kami nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga serta para sahabatnya.
Dengan nama Allah yang Maha Menyinari di atas segala cahaya. Segala puji hanya bagi Allah yang Maha Pencipta segala Nur dan yang menurunkan kitab Taurat di atas gunung Thur, Sinai. Segala puji hanya bagi Allah yang kekayaanNya terbentang luas. Segala Keperkasaan dan KebesaranNya amat benar dengan KemasyhuranNya.
PemberianNya yang senang dan susah, tetap di syukuri. Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, menciptakan gelap dan terang. Pada akhirnya orang-orang yang derhaka akan diadili dengan setimpalnya.


Kaf Ha Ya ‘Ain Shad Ha Mim ‘Ain Sin Qaf. Hanya kepadaMu kami menyembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan. Wahai yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus. Allah Tuhan kami yang Maha Belas Kasihan kepada hambaNya, Dialah Maha Pemberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya kerana Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Mulia.
Wahai yang Maha Mencukupi segala sesuatu, cukupkanlah segala yang kami perlukan dan hindarkanlah segala yang mencelakakan kami. Di tangan kekuasaanMu terletak segala yang baik,  bahwasanya Dikaulah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah! Wahai yang Maha banyak Pemberiannya, Wahai yang Maha Kekal Perhubungannya. Wahai yang Maha Elok perbuatannya, Wahai yang Maha Pemberi rezeki kepada hambaNya dalam segala hal. Wahai yang Maha tiada bandingan, segala ciptaanNya tanpa contoh yang KeabadianNya yang tiada binasa/berubah sedikitpun. Selamatkanlah kami dari segala bahaya kekufuran dan kesesatan atas hak yang terkandung dalam kalimat ‘La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.


Ya Allah! Sekiranya keimanku dimasuki syak-wasangka atau keraguan terhadapMu sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Seandainya keislamanku bercampur kekufuran tanpa daku ketahui sebabnya atau memang daku ketahui sebabnya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Jika di dalam ketauhidanku dimasuki rasa bimbang dan ragu terhadapMu sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.


Ya Allah! Jika ada rasa sombong, takabur, riya’ dan sum’ah / menonjolkan diri dan kekurangan di dalam amal perbuatanku bagi Dikau masuk ke dalam hatiku sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah! Seandainya sifat dusta, pengumpat, mengadu domba dan pembohong berlaku melalui mulutku, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah! Sekiranya di dalam hatiku terlintas  rasa was-was, sedang daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu…

dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah! Seandainya rasa menyerupakan dan lalai masuk ke dalam ma’rifatku kepadaMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah! Seandainya rasa nifak, dosa-dosa besar dan kecil masuk ke dalam hatiku, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah! Sekiranya apa yang Engkau taqdirkan 
kepadaku, lalu daku tidak bergembira atau tidak menerimakannya, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah! Kenikmatan-kenikmatan yang telah Dikau berikan kepadaku, lalu daku salah gunakan, derhaka kepadamu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah! Kenikmatan-kenikmatan yang telah Dikau kuasakan kepadaku, lalu daku tidak bersyukur kepadaMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah!…
Hal-hal yang telah Dikau takdirkan kepadaku, lalu daku tidak bergembira atau tidak dapat menerimanya, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Kebaikan-kebaikan yang telah Dikau anugerahkan kepadaku dan daku tidak memujiMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 Ya Allah! Berfikir dalam kekuasaanMu yang Dikau ciptakan terhadapku, lalu aku menutup mata, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
 
Ya Allah! Jika perbuatan-perbuatan yang daku lakukan sepanjang umurku, tidak Dikau redhai sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Jika daku memperingkaskan amalanku dengan mengharapkan pahala dariMu tanpa daku ketahui atau daku sengaja berbuat demikian, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Jika daku bergantung kepada selain Dikau di dalam menghadapi segala kepayahan, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Jika…
dalam saat genting daku menyandarkan pertolongan kepada sesama manusia tetapi bukan kepadaMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Setiap kebaikan yang daku rasakan kerana kurniaanMu tetapi daku melihatnya bukan dariMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Jika kakiku tergelincir menyimpang daripada jalan lurus (Sirat) kerana memohon kepada selain daripadaMu, sedangkan daku tidak tahu atau mengetahuinya, maka daku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.
Ya Allah! Wahai Yang Maha Hidup,…

Maha Mengurus, Maha Mengasihi, Maha Mengurnia, Maha Pemurah, Maha Menguasai, tiada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau dari segala sifat kekurangan dan cela. daku adalah orang yang menzalimi diri sendiri, sebab itu daku memohon dikabulkan segala permintaan kami dan mohon diselamatkan dari segala kesusahan; Demikian juga tatkala Nabi Zakaria berdoa; “Tuhanku! Janganlah biarkan aku hidup sendirian tanpa keturunan.”
Ya Allah! Dengan hak kalimat ‘La Ilaha Illallah’ dan kemuliaannya, dengan hak ‘Kursi Allah’ dan keluasannya, hak ‘Arasy’ kerajaan Allah dengan segala keagungannya, dengan hak kalam dan segala ilmu dan hikmah kebijaksanaan yang berjalan tanpa hentinya, dengan hak ‘Luh Mahfuz’ dan pengawasan para penjaganya ,
Dengan hak ‘Mizan’ (neraca timbangan) dengan dua matanya, dengan hak ‘Siratul Mustaqim’ dan kelembutannya, dengan hak Malaikat Jibril dan kejujurannya, dengan hak Malaikat Mikail dan belas kasihannya, dengan hak Malaikat Israfil…
.
dan tiupan semboyannya, dengan hak Malaikat Izrail dan pengambilannya, dengan hak Malaikat Ridwan dan syurganya;
Dengan hak Nabi Adam dan terpilihnya, dengan hak Nabi Syith dan kenabiannya, dengan hak Nabi Nuh dan bahteranya, dengan hak Nabi Ibrahim terpilih sebagai khalilullah, dengan hak Nabi Ishak dan keagamaannya, dengan hak Nabi Ismail dan korbannya, dengan hak Nabi Ya’akub dan kedukaanya, dengan hak Nabi Yusuf dan terasingnya, dengan hak Nabi Harun dan kehormatannya, dengan hak Nabi Hud dan kewibawaannya, dengan hak Nabi Saleh dan untanya, dengan hak Nabi Lut dan pemikirannya, dengan hak Nabi Yunus dan dakwahnya, dengan hak Nabi Danial dan kekeramatannya, dengan hak Nabi Zakaria dan kesuciannya, dengan hak Nabi Isa dan kehidupan kerohaniannya…
dan dengan hak Nabi Muhammad SAW yang terpilih menjadi kekasihNya dan syafaat utamanya.
Ya Allah! Wahai yang Maha Hidup, Maha Berdiri Sendiri, Tiada Tuhan selain Dikau, Maha Suci Dikau: Sesungguhnya kami ini termasuk orang-orang yang zalim (menganiaya diri). Maka kami memohon Dikau mengabulkan doa kami,, menghapuskan segala dosa kami serta selamatkan kami dari kesusahan dan juga kesusahan orang-orang yang beriman. Tiada Tuhan selain Allah, Allah jua kusembah, hanya kepadaMu aku bertawakkal. Dia lah Tuhan yang menguasai ‘Arasy yang Agung. Allah yang mencukupkan segala keperluan. Dia sebaik-baik Pelindung, semulia-mulia Penolong. Tiada daya dan kekuatan melainkan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Ya Tuhan kami! Berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka. Semoga Allah sentiasa mencurahkan rahmatNya ke atas makhluk Nya yang paling mulia, cahaya ‘ArasyNya’ penghulu kami, nabi kami dan pemberi syafaat kepada kami iaitu Nabi Muhammad SAW, seluruh keluarganya
dan para sekalian sahabatnya. Dengan rahmatMu wahai yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Amin, semoga Dikau mengabulkan wahai Tuhan Sekalian alam.


Cheers,
Zia ANis
*tiada doa yang sia-sia Yakinlah

credit to: https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/09/04/doa-akasyah/

Thursday, October 15, 2015

Keselamatan di Jalan Raya_Please Be CAREFUL

Assalamualaikum,
Mutakhir ini, kejadian kemalangan jalan raya menjadi-jadi dengan kemalangan maut dan meragut nyawa ramai orang sekaligus..seperti kes pengantin baru nahas di besut, kes sepasang suami isteri maut dilanggar geng MyVi dan sekeluarga nahas di Lebuhraya Terengganu. Sedih mengenangkannya dan lebih sedih mengingatkan kepada orang atau ahli keluarga yang ditinggalkan....
Penunggang motorsikal juga antara yang teramai terkorban...dan sangat menyayat hati melihat seorang penjual nasi lemak nahas ketika ingin berjualan..bertaburan nasi lemak di dalam kereta...Ya Allah ampunkan kami semua.



Di Jerman walaupun tiada had laju ditetapkan di Highway atau dikenali dengan Autobahn jarang sekali kemalangan berlaku dan di kawasan kampung, bandar kemalangan boleh dikira dengan jari berapa kali berlaku dalam setahun..dan setelah 3 tahun disini hanya sekali saya melihat kemalangan di depan mata, iaitu kemalangan langgar bumper sahaja...kerana orang disini sangat menitik beratkan soal keselamatan jalanraya selain kos yang tinggi membayar denda dan kos membaiki kereta di workshop iaitu dikira dalam jam...berapa jam di workshop ...68euro sejam. bayangkan berapa banyak habis?tapi ada insurans.

Autobahn Germany


Tapi kepada rakyat Malaysia dan kepada saya sendiri tolong berhati-hati di jalanraya dan sentiasa ingat orang tersayang. Jangan menggadaikan nyawa kerana nak cepat....

PLease, please and please...Dan kepada muslim sentiasa mengamalkan doa naik kenderaan dan berselawat serta selalu selalu lah tune kepada radio islamik seperti IKIM.fm banyak manfaatnya..sekali sekala je dengar radio lain...tambah ilmu tambah berkat.

Selamat memandu dengan berhati-hati, dan jangan baran di jalan raya...kalau jumpa pembuli jalan raya repot aja kepada polis..


                                      Ajar anak anak cara melintas jalan....

Dan di dalam kereta pastikan ada:

1)tayar spare
2)alat ganti tayar yang lengkap
3) kon keselamatan jalan raya
4) kit kesihatan
5) portable fire extinguisher
6)lampu suluh


CHeers,
Zia ANis

Friday, October 9, 2015

Musim Luruh di Jerman, Autumn in Germany

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap kali September hingga November, musim luruh akan mengambil alih musim selepas musim panas...dan ketika ini hujan turun selalu dan kadang-kadang panas...atau lebih mudah bahasanya...cuaca tak menentu, sekejap panas, hujan, sejuk panas...dan setiap kali musim luruh, daun bertukar warna..dan kelihatan sangat cantik..dan dari jauh bukit bukau kelihatan seperti lukisan bermacam warna...

Ini adalah foto yang saya ambil di uni saya semalam...
sungguh cantik.







“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).” (QS. Al An’aam, 6:59)

Cheers,
Zia Anis

Wednesday, September 30, 2015

PHD-Tips mencari dan mendapatkan SV

Assalamualaikum dan salam sejahtera Ana,
Tips mencari dan mendapatkan SV:
1) baca list of publication mereka dan jika ada projek yang anda berkenan, boleh lah menghantar emel kepada SV tersebut dan menyatakan secara brief mengenai projek tersebut dan apa yang anda ingin buat.
Kerana seorang profesor di Jerman biasanya mempunyai 3 atau lebih project of interest at the same time. Dan jika anda menyatakan secara spesifik apa yang ingin dibuat, mereka akan mengatakan TIDAK kerana ianya bukan idea mereka. Sebab mereka iaitu SV suka pelajar menggunakan atau mengendalikan projek mereka sendiri...atau secara direct iaitu projek dan idea mereka.
2) cuba approach SV yang mempunyai area sama dengan anda dan emel kepada ramai orang...mungkin 1/5 akan menjawab emel anda.
3) Cuba lihat list of students Phd SV tersebut, dan list of graduated students. Mungkin ini memberi gambaran mengenai kewibawaan SV mengendalikan pelajar..jika pelajar datang dari pelbagai negara...lebih bagus..sebab tidak bias..dan sebagainya.
4) dan dalam emel nyatakan anda adalah dibawah biasiswa X, Y, Z untuk beberapa tahun...ect...kerana mereka juga suka mengambil pelajar tanpa perlu spent money on the students.
5) Kalau bidang engineering dan komputer , Jerman adalah negara terbaik untuk membuat Phd...kerana mereka sangat advanced dan berpengalaman.
6) Dan semasa menghantar first emel jangan terlalu menunjukkan/show off kebijaksanaan kita...kerana mungkin akan expect more daripada kita...sebab most of SV here sangat hebat dan very intelligent.
7) Good Luck.
*Itulah tips daripada pandangan peribadi saya...mungkin setiap orang berbeza.


Cheers,
Zia Anis

Friday, September 25, 2015

Jalan-jalan ke Cologne atau Koln Germany

Assalamualaikum dan Hai,

Cologne atau Koln Germany adalah sebuah bandar yang perlu dikunjungi jika ke Germany. Kenapa? Sebab ada banyak bangunan lama,  butik ekslusif seperti LV, Hard Rock Cafe dan juga jambatan yang cantik.

Jom tengok foto-fotonya:

Ini adalah jambatan yang menyeberangi sungai di Köln ini...dan disini banyak kunci cinta...dari hujung ke hujung penuh kunci.






  Ini adalah mercu tanda Köln iaitu sebuah gereja lama yang unik seni bina nya dan hanya 2 minit dari Stesen Keretapi utama Köln.




Cheers,
Zia Anis

Sunday, September 6, 2015

Sebuah kisah: Allah bersama dengan orang sabar

Assalamualaikum, hari ini saya kongsikan kisah sebenar daripada Indonesia tentang sabar..dipetik daripada Facebbok.
Semoga bermanfaat.

*Bahasa Indonesia

Kisah Nyata : Terlewat Nikah

Aku telah menamatkan zaman kuliahku dan kini aku bergelar seorang wanita yang berkerjaya.

Lamaran pinangan terhadap diriku untuk menikah juga datang tidak putus-putus, tetapi aku merasakan tiada seorang pun yang dapat menarik minatku

Kemudian kesibukan kerja dan cita-citaku  membuatkan aku leka dan hanyut dalam duniaku sendiri sehinggalah aku berusia 34 tahun.

Ketika itulah baru aku sedar bahawa betapa susahnya lewat bernikah.

Pada suatu hari, datang seorang pemuda meminangku. Usianya tua 2 tahun dariku. Dia berasal dari keluarga yang kurang mampu. Tapi aku ikhlas menerima dirinya seaadanya.

Kami mulai menghitung waktu pernikahan. Dia meminta kepadaku salinan KTP untuk menguruskan surat-surat pernikahan. Aku segera menyerahkan semua yang diperlukan.

Setelah dua hari berlalu, ibunya menghubungiku melalui telepon. Beliau memintaku supaya bertemu secepat mungkin.

Aku segera menemuinya. Tiba-tiba ia mengeluarkan salinan KTPku. Dia bertanya kepadaku apakah tarikh lahirku yang terdapat di KTP itu benar?

Aku menjawab: Benar.

Lalu ia berkata: Jadi umurmu sudah mendekati usia 40 tahun?!

Aku menjawab: Usiaku sekarang sebenarnya 34 tahun.

Ibunya berkata lagi: ya, sama saja.
Usiamu sudah lewat 30 tahun. Ertinya  kesempatan untuk memiliki anak sudah semakin tipis.
Sementara aku nak sangat menimang cucu.

Dia tidak mahu diam sampai ia mengakhiri proses pinangan antara diriku dengan anaknya.

Masa-masa sukar itu berlalu sampai 6 bulan.
Akhirnya aku memutuskan untuk pergi melaksanakan ibadah umrah bersama ayahku, supaya aku boleh menyembuhkan  kesedihan dan kekecewaanku di Baitullah.

Akupun pergi ke Mekah.
Aku duduk menangis, berlutut di depan Ka'bah.
Aku memohon kepada Allah supaya diberi jalan terbaik.

Setelah selesai solat, aku melihat seorang perempuan membaca al Qur'an dengan suara yang sangat merdu.
Aku mendengarnya lagi mengulang-ulangayat:

(وكان فضل الله عليك عظيما)

"Dan karunia Allah yang dilimpahkan kepadamu itu sangat besar".

(An Nisa': 113)

Air mataku menitis  dengan derasnya mendengar alunan ayat itu.

Tiba-tiba perempuan itu merangkulku ke pangkuannya.
Dan ia mulai mengulang-ulang firman Allah:

(ولسوف يعطيك ربك فترضي)

"Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas".

(Adh Dhuha: 5)

Demi Allah, seolah-olah aku baru kali pertama mendengar ayat itu seumur hidupku. Pengaruhnya sangat luar biasa, jiwaku menjadi tenang.

Setelah seluruh ibadah umrah selesai, aku kembali ke Cairo.
Di pesawat aku duduk di sebelah kiri ayahku, sementara disebelah kanan beliau duduk seorang pemuda.

Sesampainya pesawat di bandara, akupun turun.
Di ruang tunggu aku bertemu suami kepada salah seorang sahabatku.

Kami bertanya kepadanya, dalam urusan apa ia datang ke bandara?
Dia menjawab bahwa ia sedang menunggu kedatangan sahabatnya yang menaiki pesawat yang sama dengan kami naiki.

Hanya beberapa saat, tiba-tiba sahabatnya itu datang.
Ternyata ia adalah pemuda yang duduk di kerusi disebelah kanan ayahku tadi.

Seterusnya aku berlalu dengan ayahku.....

setibanya aku sampai di rumah dan menukar  pakaian, sedang berehat, sahabatku yang suaminya tadi kebetulan betemu di bandara menghubungiku.
Terus saja ia menyatakan bahawa sahabat suaminya yang kebetulan menaiki pesawat  denganku sangat tertarik kepada diriku.
Dia ingin bertemu denganku di rumah temanku itu dimalam itu juga.
Atas alasan,urusan yang baik perlu disegerakan.

Jantungku berdegup  sangat kencang akibat kejutan yang tidak pernah aku bayangkan.

Lalu aku meminta pendapat kepada  ayahku terhadap tawaran suami sahabatku itu.
Beliau memberi semangat untuk untuk aku menerima perlawaan tersebut.
Boleh jadi dengan cara itu Allah memberiku jalan keluar.

Akhirnya.....aku pun datang ke rumah temanku itu.

Setelah beberapa hari selepas kunjungan kerumah itu, pemuda tadi pun datang melamarku secara rasmi.
Hanya satu bulan setengah setelah pertemuan itu kami betul-betul sudah menjadi pasangan suami-istri.
Jantungku betul-betul berdegup kencang dengan pengharapan kebahagiaan.

Kehidupan berkeluarga berjalan lancar dengan optimis  dan detik-detik kebahagiaan.
Aku mendapatkan seorang suami yang aku impikan.
Dia seorang yang sangat baik, penuh cinta, lemah lembut, dermawan, mempunyai akhlak yang subhanallah, ditambah lagi keluarganya yang sangat baik dan terhormat.

Namun sudah beberapa bulan berlalu belum juga ada tanda-tanda kehamilan pada diriku.
Perasaanku mulai diselubungi cemas.
Apalagi usiaku waktu itu sudah memasuki 36 tahun.

Aku minta kepada suamiku untuk membawaku supaya melakukan  pemeriksaan diri di hospital.
Aku bimbang kalau-kalau aku tidak boleh hamil.
Kami pergi menjalani  pemeriksaan dengan  seorang doktor yang sudah terkenal dan berpengalaman.
Dia minta kepadaku untuk buat ujian darah.

Ketika kami menerima keputusan ujian darah, ia berkata bahawa tidak perlu aku meneruskan pemeriksaan berikutnya, karena hasilnya sudah nyata.
Terus sahaja dia mengucapkan "Tahniah, anda hamil!"

Hari-hari kehamilanku pun berlalu dengan selamat, sekalipun aku mengalami kesusahan yang lebih dari orang biasanya.
Mungkin kerana aku hamil di usia yang sudah agak berumur.

Sepanjang kehamilanku, aku tidak punya keinginan untuk mengetahui jatina anak yang aku kandung.
Kerana apa pun yang Allah kurniakan kepadaku semua adalah nikmat dan kurniaan-Nya.

Setiap kali aku mengaduk bahawa rasanya kandunganku ini terlalu besar, dokter itu menjawab:
Itu karena kamu hamil di usia lewat 36 tahun.

Seterusnya tibalah hari-hari yang ditunggu, hari saatnya melahirkan.

Proses bersalin secara caesar berjalan dengan lancar.
Setelah aku sedar, doktor masuk ke bilikku dengan senyuman manis di wajahnya sambil bertanya tentang jenis jatina anak yang aku harapkan.
Aku menjawab bahawa aku hanya mendambakan kurniaan daripada  Allah.
Tidak penting bagiku jenis jatinanya. Lelaki atau perempuan akan aku sambut dengan ribuan kesyukuran.

Aku dikejutkan dengan pernyataannya:

"Bagaimana pendapatmu kalau kamu mendapat Hasan, Husen dan Fatimah sekaligus?

Aku tidak paham apa  yang ia katakan.
Dengan penuh tanda tanya aku bertanya apa yang ia maksudkan?

Lalu ia menjawab sambil menenangkan ku supaya jangan terkejut dan histeria bahawa Allah telah mengurniakan 3 orang anak sekaligus. 2 orang bayi lelaki dan seorang perempuan.

Seolah-olah Allah mahu memberiku 3 orang anak sekaligus untuk mengejar ketinggalanku dan lantaran kelewatan  umurku.

Sebenarnya doktor itu telah mengetahui bahawa aku mengandung anak kembar 3, tapi dia tidak menyampaikan berita itu kepadaku supaya aku tidak cemas menjalani masa-masa kehamilanku.



Lantas aku menangis sambil mengulang-ulang ayat Allah:

(ولسوف يعطيك ربك فترضى)

"Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas". (Adh Dhuha: 5)

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

(وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا )

"Dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhanmu, karena sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan Kami..." (Ath Thur: 48)

Bacalah ayat ini penuh taddabur dan menghayatinya, teruskan berdoa dengan hati penuh yakin bahawa Allah tidak pernah dan tidak akan pernah membiarkanmu.



Bila status ini ada manfaatnya silakan share.

Jazaakumullahu khairan

#bukankisahsaya #sekadarberkongsi

Cheers,
Zia ANis

Friday, September 4, 2015

Perumahan PR1MA-Inisiatif Kerajaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hari ini ramai yang tertekan kerana tidak memiliki rumah sendiri terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar. Tetapi alangkah beruntungnya rakyat Malaysia kerana kerajaan ada menubuhkan perumahan PR1MA untuk mereka yang layak. Kepada yang berminat bolehlah mendaftarkan diri di laman web 
http://www.pr1ma.my/index.php?lang=bm

Inisiatif ini adalah sangat memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia kerana ianya membantu rakyat Malaysia yang benar-benar layak memiliki rumah sendiri pada harga yang berpatutan. Jom daftar ramai-ramai dan mana tahu anda layak dalam sesi pemilihan dan bolehlah memiliki rumah sendiri.

Apa itu Perumahan PR1MA?

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.

Laman Web PR1MA

            Contoh rumah PR1MA yang akan dibangunkan.

Kebanyakan rumah yang dibina di kota besar adalah jenis rumah apartmen. Tapi fasiliti yang ditawarkan adalah menarik pada harga yang lebih murah berbanding pasaran biasa...

Try lah ek..daftar. Tak cuba tak tahu..dan start menabung daripada sekarang. Sikit sikit lama-lama boleh beli rumah.

Cheers
Zia Anis


Tujuan Tujuan pelaksanaan PR1MA adalah untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan pemilikan hartanah kediaman. Latar Belakang Penyediaan perumahan kepada setiap lapisan masyarakat kini dilaksanakan oleh Kerajaan dan pihak swasta. Peranan pihak Kerajaan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan perumahan awam kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah sementara pihak swasta pula menumpukan kepada pembangunan projek perumahan bagi kategori perumahan yang lain. Pada masa ini terdapat jurang yang ketara dalam penyediaan rumah kategori kos sederhana dalam lingkungan harga RM150,000 hingga RM300,000 terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Kekurangan penawaran rumah kos sederhana disebabkan oleh kecenderungan pemaju-pemaju swasta membangun projek perumahan kos tinggi yang memberi pulangan yang lebih besar. Rasional Sebagai satu inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan perumahan segolongan besar rakyat, Kerajaan mengambil langkah melaksanakan PR1MA bagi menyediakan rumah kos sederhana bertujuan khusus untuk mengisi jurang keperluan masyarakat dalam kumpulan berpendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan. Kaedah Pelaksanaan Program ini akan dilaksanakan melalui kaedah Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership). Melalui kaedah ini, Kerajaan dan pihak swasta termasuk institusi kewangan akan menggembeling tenaga dan sumber ke arah menepati matlamat menyediakan rumah yang bukan sahaja mampu dimiliki malah berkualiti demi kesejahteraan dan keselesaan para penghuninya. Pembeli rumah di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem untuk mengurangkan beban mereka. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pendekatan itu selaras dengan aspirasi kerajaan memastikan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana, terutama di bandar dan pinggir bandar, membabitkan isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan. Katanya, pinjaman ditawarkan sehingga 105 peratus supaya lebihan lima peratus diguna bagi membiayai kos insurans dan yuran guaman. Pembeli juga boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung sebahagian bayaran balik pinjaman. Datuk Seri Najib turut mengumumkan penubuhan Perbadanan Program PR1MA, di bawah Pejabat Perdana Menteri, bagi merancang dan menyelaras pembinaan projek itu di seluruh negara selain menentukan pengagihan rumah kepada pemohon yang layak. Akta khas sedang digubal mengenai penubuhannya dan akan dibentang di Parlimen pada sidang akan datang. Projek PR1MA yang dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta ini adalah khusus untuk warga negara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri. Harga seunit ditetapkan antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut lokasi. Untuk projek fasa pertama di Presint 11, Putrajaya harga seunit bermula daripada RM120,000. Hingga kini sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi pelaksanaan projek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan, membabitkan 42,000 unit rumah strata dan kediaman bertanah. Lokasi terbabit ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights di Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota Elmina Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (Negeri Sembilan). Tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 di sini akan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan antara 815 kaki persegi (kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dan tapak perniagaan serta kedai. Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Tujuan Tujuan pelaksanaan PR1MA adalah untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan pemilikan hartanah kediaman. Latar Belakang Penyediaan perumahan kepada setiap lapisan masyarakat kini dilaksanakan oleh Kerajaan dan pihak swasta. Peranan pihak Kerajaan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan perumahan awam kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah sementara pihak swasta pula menumpukan kepada pembangunan projek perumahan bagi kategori perumahan yang lain. Pada masa ini terdapat jurang yang ketara dalam penyediaan rumah kategori kos sederhana dalam lingkungan harga RM150,000 hingga RM300,000 terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Kekurangan penawaran rumah kos sederhana disebabkan oleh kecenderungan pemaju-pemaju swasta membangun projek perumahan kos tinggi yang memberi pulangan yang lebih besar. Rasional Sebagai satu inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan perumahan segolongan besar rakyat, Kerajaan mengambil langkah melaksanakan PR1MA bagi menyediakan rumah kos sederhana bertujuan khusus untuk mengisi jurang keperluan masyarakat dalam kumpulan berpendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan. Kaedah Pelaksanaan Program ini akan dilaksanakan melalui kaedah Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership). Melalui kaedah ini, Kerajaan dan pihak swasta termasuk institusi kewangan akan menggembeling tenaga dan sumber ke arah menepati matlamat menyediakan rumah yang bukan sahaja mampu dimiliki malah berkualiti demi kesejahteraan dan keselesaan para penghuninya. Pembeli rumah di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem untuk mengurangkan beban mereka. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pendekatan itu selaras dengan aspirasi kerajaan memastikan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana, terutama di bandar dan pinggir bandar, membabitkan isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan. Katanya, pinjaman ditawarkan sehingga 105 peratus supaya lebihan lima peratus diguna bagi membiayai kos insurans dan yuran guaman. Pembeli juga boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung sebahagian bayaran balik pinjaman. Datuk Seri Najib turut mengumumkan penubuhan Perbadanan Program PR1MA, di bawah Pejabat Perdana Menteri, bagi merancang dan menyelaras pembinaan projek itu di seluruh negara selain menentukan pengagihan rumah kepada pemohon yang layak. Akta khas sedang digubal mengenai penubuhannya dan akan dibentang di Parlimen pada sidang akan datang. Projek PR1MA yang dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta ini adalah khusus untuk warga negara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri. Harga seunit ditetapkan antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut lokasi. Untuk projek fasa pertama di Presint 11, Putrajaya harga seunit bermula daripada RM120,000. Hingga kini sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi pelaksanaan projek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan, membabitkan 42,000 unit rumah strata dan kediaman bertanah. Lokasi terbabit ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights di Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota Elmina Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (Negeri Sembilan). Tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 di sini akan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan antara 815 kaki persegi (kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dan tapak perniagaan serta kedai. Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Jalan-jalan Grindelwald Swiss

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah rentetan daripada perjalanan saya ke Interlaken, Grindelwald pada April yang lalu...
Grindelwald adalah sebuah perkampungan pelancongan di Bernese Alps, Switzerland. Anda boleh kesini dengan menaiki train daripada Interlaken ataupun menaiki kereta. Kami kesini menaiki train daripada Interlaken Ost dan sepanjang perjalanan pemandangan sangat cantik. Keretapi pula jenis lama...klasik tapi best. 

Grindelwald
Tempat ini popular untuk bermain ski dan juga memanjat gunung. Disini banyak terdapat hotel, restoran dan juga kedai hiking and skiing.

Memang pemandangan sangat menakjubkan....MasyaAllah.
Kat sini juga ada restoran Halal..indian restaurant yang mendapat review baik daripada pelanggan di Trip Advisor.

Enjoys..

                                                     Keretapi daripada Interlaken ke Grindelwald




                                                             Kedai ski dan barangan hiking



Restaurant




                                     Dah petang..so kena lah balik ke hotel di Interlaken..

last but not least, Zia Anis the Traveller.

Cheers,
Zia Anis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...