Wednesday, August 26, 2015

Kisah Pencuri Kain Kapan dan Orang Alim

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Beberapa hari lepas saya sempat mendengar rancangan Pesona Dzahra yang tazkirahnya di sampaikan oleh Ustaz Abdullah Amin. Sangat berkesan dihati saya tazkirah tersebut...Jadi saya akan tulis kisahnya disini....Semoga bermanfaat...

Kisah Pencuri Kain Kapan dan Orang Alim

Kisah Benar,

Di zaman dahulu, ada orang yang sanggup menjadikan pekerjaan mencuri kain kapan sebagai perkerjaan. Dan ianya di panggil "nabbas". Mereka bukan mencuri kain kapan di masjid atau di kedai kain tetapi di dalam kubur dan dijual kepada orang memerlukannya...Pelik tapi benar...

Dan tersebutlah kisah seorang lelaki X yang terkenal sebagai nabbas di sebuah kampung. Di suatu hari si X ini berjalan jalan dikampung tersebut..dan seorang alim telah terserempak dengannya dan orang alim itu berhenti dan bercakap sesuatu dengan si X....si alim tersebut berpesan kepada Si X agar tidak mencuri kain kapannya setelah beliau meninggal dunia kelak dan beliau membayar sejumlah wang sebagai ganti kepada si X...RM160 contohnya...dan si X kata beliau berjanji tidak akan mencuri dan sedia mengambil wang tersebut dan akan berpegang pada janjinya.
Ditakdirkan tuhan, si alim tersebut meninggal dunia tidak lama kemudian. Dan si X ini terfikir-fikir patutkah aku menggali kubur dan mencuri kain  kapannya...Setelah berfikir panjang, pada suatu malam dan seorang diri, beliau menggali kubur si alim tersebut..dan beliau dapati kuburnya sangat dalam..lalu beliau menggantung tali panjang keatas sebatang pokok agar beliau boleh masuk kedalam dan keluar dari kubur dengan senang...Dan beliau terus masuk ke dalam kubur...dan kuburnya sangat dalam..dan tibalah ke dasarnya...beliau nampak si alam macam keadaan orang yang sedang menari sekejap kiri dan sekejap ke kanan....lalu si X bertanyakan kenapa kamu kelihatan seperti menari..dan si alim berkata "oh kamu si nabbas....kamu datang juga yer...sebenarnya aku ke kiri dan ke kanan kerana mengelak daripada dipatuk seekor ular sejak aku di kuburkan pagi tadi hingga ke malam ini...ular itu tidak henti2 ingin mematuk aku...." semasa berkata kata kepada si X ular tersebut tidak kelihatan...

Dan si alim berkata, "aku hendak dipatuk ular kerana suatu ketika lalu, aku dijemput kenduri di rumah seorang balu yang kematian suaminya. Maka aku dijamu dengan daging, dan sedikit daging terlekat di gigi ku..jadi aku mencari cari apa yang boleh digunakan untuk mencungkil daging tersebut daripada gigi ku..lalu aku patahkan serpihan dinding rumah perempuan balu tersebut dan tidak meminta izinya...".

Setelah mendengar cerita si alim tersebut, si X menjadi serba salah, insaf dan sedih..bayangkan si alim begini yang kuat beribadah di siksa dikubur disebabkan dosa sekecil lidi pencungkil gigi..sedang dia sentiasa mencuri dan lalai beribadah....

Lalu si X terus cepat cepat keluar dari kubur dan berjanji dengan si alim untuk minta halal dengan perempuan balu tersebut tentang pencungkil gigi tersebut..setelah keluar dari kubur, beliau lihat jenazah si alim tadi berbaring di liang lahad...sebenarnya si X telah dibukakan hijab untuk melihat di alam kubur...

Beliau bergegas menggambus kubur tersebut dan pulang meminta halal pada perempuan balu tersebut, dan ianya dihalalkan. Sejak itu, si X sudah bertaubat nasuha dan menjadi seorang alim ulamak tersohor di waktu tersebut.

Moral of story: Bayangkan setiap yang baik Allah akan balas baik..dan setiap yang jahat Allah akan balas walaupun sekecil zarah...
JOm jadikan rezeki kita halal, berkat dan sentiasa menjaga apa yang kita gunakan adalah hak kita..dan menjaga hak orang lain..Kerja adalah amanah...


Dan sentiasa lah berdoa agar kita mati dalam keadaan baik dan tidak berhutang. Moga ALlah lapangkan rezeki kita agar tidak terjebak dengan hutang dan riba. Ameen.

Cheers,
Zia ANis

1 comment:

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...