Ini adalah artikel copy and paste daripada Kereta Mayat yang saya edit mengikut kesesuaian bahasa...
( “Orang bercinta sebelum kahwin akan banyak membuat perkara "tidak betul", terutamanya orang perempuan”)
Pepatah di atas apabila aku renung dan kaji, ternyata ada banyak kebenarannya, apatah lagi pepatah itu dipetik dari blogger terkenal iaitu Hamka keretamayat selaku pengarang buku Permata Yang Hilang versi sopan, eh?, adakah aku baru sahaja memetik pepatah aku sendiri?, kebenaran apakah ini? Sungguh perasan popular, adohai..
Sambung balik: Orang bercinta sebelum kahwin akan banyak membuat perkara sia-sia, terutamanya orang perempuan. Aku setuju dengan statement ini, korang pulak bagaimana? Masih tak percaya bahawa cinta membuatkan manusia lalai terutama orang perempuan?
Baik, Cuba korang semak senarai x matang yang dibuat oleh orang bercinta sebelum kahwin dibawah:
1. Memegang Tangan Kekasih.
Orang perempuan bila bercinta, suka sangat Pakwe pimpin tangan, konon romantiklah tu, sikit sikit nak berpimpin, nak melitas jalan berpimpin, nak naik tangga berpimpin, nak lompat longkang berpimpin, eeee, geli aku sebab korang tu belum kahwin lagi, adalah lebih baik korang tolong pimpin babi melintas di jalan raya dari pimpin kekasih sebelum kahwin sebab walaupun babi haram, tak dosa pimpin si babi melintas jalan, mungkin boleh dapat pahala, tapi tolong awek melintas jalan, silap haribulan kena langgar lori, terus masuk neraka berpimpin tangan dengan firaun, Adohai..
Moral: Tengok Laki bini berjalan berpimpin tangan, nampak bijak dan romantik, tengok pakwe makwe berpimpin tangan, nampak seperti pegang babi!
2. Bagi Gambar Tak Tutup Aurat Kepada Kekasih
Jaga aurat dah bagus, tapi bila bercinta, boleh pulak awek bodoh kongsi gambar tak tutup aurat kat Pakwe, maka pakwe bodoh pun share gambar awek bodoh tak tutup aurat di Facebook, lepas tu pakat pakat ‘like’ dan ‘share’? Hampeh!
Ada pulak kongsi gambar separuh bogel, bila putus, terus jadi hamba kekasih sebab takut kena ugut gambar di sebarkan, sedih sungguh!
3. Membazir Duit Dan Masa Layan Kekasih.
Maksiat bagi orang paling lemah iman, mencegah dengan hati, tapi si pakwe makwe ni siap laburkan duit dan gembira dengan maksiat sebelum kahwin. Rugi sungguh hidup korang, mana pergi iman? Malas nak tulis panjang panjang, sendiri mau fikir!
Moral: Belanja bini, dapat pahala sedekah, belanja awek? Lebih baik belanja mak korang makan sedap sedap, adohai..
4. Merajuk Rajuk Dengan Kekasih
Aku paling angin orang belum berkahwin tapi dah merajuk rajuk macam dah kahwin, tak matang langung, orang perempuan ler ni!
Moral: Pujuk bini itu tanda matang, pujuk awek itu tanda bangang!
*siap ada lagu melayu yg mengada-ngada...pleaselah.
*siap ada lagu melayu yg mengada-ngada...pleaselah.
5. Panggil Kekasih Dengan PAPA-MAMA
Belum kahwin dah berpapa-mama, meriahnya hidup.., serius korang nampak bodoh dan tak matang.
Moral: Suara tu aurat, Laki bini berpapa-mama boleh pahala, pakwe makwe berpapa-mama mendapat bala!
*budak perempuan berumur 14tahun berpapa mama di wall FB...oh sedih!
6. Tengok Wayang Bersama Kekasih.
Kerana pakwe makwe tengok wayanglah yang membuatkan aku di tuduh berdosa oleh ketua usrah sebab menonton wayang filem yang aku minat arahan Quentin Tarantino's di pawagam, celaka sungguh, apahal pulak korang buat maksiat dalam panggung wayang?, aku dapat dosa? Habis tu jika korang buat maksiat dalam LRT, aku berdosalah naik LRT, hampeh!
7. Membeli Hadiah Kepada Kekasih
Apa punya bangang, jika ada duit, tak payah beli hadiah untuk kekasih, membazir jer, simpanlah duit tu untuk kahwin.., adohai..
Moral: Kepada bini, jika Laki tiba tiba tak beli hadiah dalam tempoh yang lama, mungkin itu petanda Laki nak kahwin lagi satu. Woha!
8. Bergaduh Dengan Ibu Bapa Kekasih.
Belum kahwin dah bergaduh dengan bakal bapak mertua?, jahil sungguh! Malas nak ulas.
Moral: Laki bini bila bergaduh, boleh lari rumah mak mertua, pakwe makwe? Lari bunuh dirilah nampaknya, bangang!
9. Derhaka Pada Orang Tua
Ramai betul orang perempuan yang lebih mendengar kata kata Pakwe dari mak bapak, listen listen listen! Ikan jerung pun ada masalah, tapi mereka tak derhaka pada mak bapak mereka!
Moral: Bini wajib taat suami, mak bapaknya dah terlepas tanggung jawab selepas anak perempuan mereka berkahwin, simple.
10. Lari Dari Rumah
Apa kejadah belum kahwin dan lari ikut pakwe? Bila putus dengan pakwe nak balik beraya di mana? Cubalah pakai otak sikit, orang perempuan ler ni, otak singkat!
Moral: Lepas kahwin, jika bergaduh dengan laki, boleh guna ayat: “Hantarkan saya ke rumah orang tua saya”-Woha!
11. Cacah Muka Dengan Tatoo Nama Kekasih
Inilah perbuatan pakwe makwe paling bangang dalam sejarah peradaban manusia, Bodoh sungguh!
Moral: Tak payah nak bertatoo bagai, Jika dah kahwin, nama laki bini mungkin terukir dipintu suhrga, amin..
12. Berzina.
Mana rotan aku nak sebat 100 sebatan tiap sorang.
Moral: Pakwe makwe berzina Syatan tepuk tangan. Laki bini "bersama", syaitan menangis.
-Drama melayu yang terbaharu, memaparkan keasyikan/keseronokan cinta lepas terlanjur...huhuhu..tolonglah bangsaku bangkitlah!
-Drama melayu yang terbaharu, memaparkan keasyikan/keseronokan cinta lepas terlanjur...huhuhu..tolonglah bangsaku bangkitlah!
13. Mengandung Anak Zina
Best ke belum kahwin dah mengandung?
Moral: Mengandung lepas kahwin, adalah nikmat yang besar bagi perempuan. Jika kamu mahu mengerti.
14. Buang Anak Dalam Tong Sampah
Argghhh, malas aku nak ulas lagi akan betapa singkatnya akal tindakan orang yang bercinta sebelum kahwin, mereka memilih sedap sekejap, tapi seksa berpanjangan, itu belum cerita nasib dalam kubur dan dalam neraka, hampeh!
Mari sini semua adik adik sekalian, sebelum kahwin tak payah nak bercinta, buang masa jer.., kerja buang masa semua tu. Ketahuilah, cinta memerlukan tenaga dan pengorbanan, sedangkan tenaga dan pengorbanan sebelum berumah tangga adalah sia-sia, buang current jerr, dan akan menjejaskan prestasi otak. Mulalah exam tak lulus sebab angau bercinta. Hampeh!
Cuba tengok, abang keretamayat yang tak pernah ada awek waktu belajar. Bukan sebab beliau tak hensem (walaupun memang tak hensem) tapi waktu muda beliau habiskan masa mengembara. Membaca dan belajar sebanyak mungkin.
Bagaimana abang keretamayat boleh bertahan hidup waktu remaja tanpa cinta? Sebab abang keretamayat sudah ada gadis impian yang mempunyai seratus syarat, seperti muka cantik jelita macam artis yahudi, lokasi tahi lalat di tempat sekian sekian.., tinggi sekian sekian, lebar senyuman sekian sekian, yang mana selagi tak jumpa gadis macam ni, abang keretamayat tak akan bercinta, maka sibuklah abang keretamayat dengan belajar falsafah kehidupan, belajar ilmu dunia dan akhirat tanpa menoleh pada mana mana gadis sebab mereka tidak termasuk dalam 100 syarat wanita impian..
Tapi sebaik habis belajar, sebaik masuk alam pekerjaan, terus abang keretamayat buang 95 syarat wanita impian, lalu tinggal lah lima syarat sahaja, dan terus mengorat dengan niat berkahwin, lepas mengorat, tak lama lepas tu kahwin. (cerita detail kisah abang keretamayat mengorat dan berkahwin boleh rujuk buku Permata yang hilang kini dijumpai- pergh, sempat promote tu, hihihi)
Jadi waktu bujang, cuba habiskan masa membuat perkara yang tak boleh kongsi dengan bini, contohnya mengembara panjat gunung, pergi ke negara miskin macam india, duduk berjam jam membaca sejarah dunia di perpustakaan awam, memancing ikan sorang sorang dalam hutan, menonton 100 filem terbaik dunia yang bercorak berat, berdakwah masuk hutan jumpa orang asli, membaca kitab tafsir Al quran di masjid berjam jam, bergaul dengan ustaz ulamak dan sebagainya.., tempat peranginan seperti cameron higland, genting higland, unversal stadio, disneyland, pulau peranginan dan lain lain tempat romantik, tunggu lepas kahwin baru pergi dengan bini.
Ok, Lepas kahwin, barulah gunakan tenaga dan pengorbanan untuk bercinta dengan pasangan masing masing, nak bersetubuh puas puas, lepas kahwin, nak melancong puas puas, lepas kahwin,..
Tak payah abang keretamayat tulis panjang panjang bab lepas kahwin sebab tindakan laki bini lepas kahwin nampak bijak dan matang berbanding perbuatan pakwe makwe yang belum kahwin yang nampak x matang!
Terima kasih kereta mayat.
Cheers,
Zia Anis
No comments:
Post a Comment