Showing posts with label PhD_Master. Show all posts
Showing posts with label PhD_Master. Show all posts

Friday, February 5, 2016

Study di Jerman-Master dan Phd

Assalamualaikum,
Saya banyak mendapat emel mengenai Study di Jerman-Master dan Phd.
Saya telah berkongsi tips dan cara apply ke German dibawah label Tips dan Universiti...Maybe ini adalah sambungan dan pencerahan....Moga bermanfaat.

Free Education
German free educations. Untuk pelajar uni Hanya perlu bayar service cost + semester ticket dalam 100-300 euro per semester. Dan students akan dapat kad pelajar yang boleh digunakan untuk naik public transport dalam negeri uni  terletak for free (places of coverage). cuma kene selalu tunjukkan kad pelajar setiap kali naik bas ataupun bila controller tanya di dalam train. 
Kat sini takder/tak banyak international school rasanya, maybe saya tak tahu..hehhehe.  Semua hantar ke sekolah german biasa.Budak2 suka belajar kat sini...sebab play more, tapi diorang diajar bahasa asing seperti English dan juga French, Italian. Kat uni ada kindergarden...kene bayar skit kot fees dia.

Persedian IELTS
Persediaan hanyalah IELTS dengan band tertentu yang ditetapkan oleh pihak universiti ataupun penaja biasiswa. Lebih tinggi lebih bagus. Kebanyakkan course master adalah dalam bahasa English.
Hubungi Bakal SV
Contact SV dan  hantar emel, kepilkan sijil2 berkaitan dan nyatakan anda adalah dibawah tajaan mana-mana pihak atau persendirian.
Visa dan Elaun Kesihatan
Visa pelajar boleh dibuat di wisma Tan and Tan di KL, kebiasaannya visa 3 bulan diberikan sebagai visa pelajar. visa rasanya tak mahal.. Dan boleh claim ke kpt kalau tajaan kpt. Manakala Insurans kesihatan, bank account dan pembaharuan visa (extension) boleh dibuat di german. Setelah dapat tempat tinggal yang tetap, sebab diorang nak alamat tetap utk tujuan tersebut. Insurans kesihatan  boleh consults international office kat uni yang mana sesuai dan tidak membebankan. 

Tapi kat sini semua ikut peraturan, Rules dan Regulations yang perlu diikut tanpa soal..hehhehe, berdisiplin dan tough....tapi jangan risau insyaAllah Alles ist gut. 


My beloved uni in different seasons.

All the best. 

Cheers,
Zia ANis

Wednesday, September 30, 2015

PHD-Tips mencari dan mendapatkan SV

Assalamualaikum dan salam sejahtera Ana,
Tips mencari dan mendapatkan SV:
1) baca list of publication mereka dan jika ada projek yang anda berkenan, boleh lah menghantar emel kepada SV tersebut dan menyatakan secara brief mengenai projek tersebut dan apa yang anda ingin buat.
Kerana seorang profesor di Jerman biasanya mempunyai 3 atau lebih project of interest at the same time. Dan jika anda menyatakan secara spesifik apa yang ingin dibuat, mereka akan mengatakan TIDAK kerana ianya bukan idea mereka. Sebab mereka iaitu SV suka pelajar menggunakan atau mengendalikan projek mereka sendiri...atau secara direct iaitu projek dan idea mereka.
2) cuba approach SV yang mempunyai area sama dengan anda dan emel kepada ramai orang...mungkin 1/5 akan menjawab emel anda.
3) Cuba lihat list of students Phd SV tersebut, dan list of graduated students. Mungkin ini memberi gambaran mengenai kewibawaan SV mengendalikan pelajar..jika pelajar datang dari pelbagai negara...lebih bagus..sebab tidak bias..dan sebagainya.
4) dan dalam emel nyatakan anda adalah dibawah biasiswa X, Y, Z untuk beberapa tahun...ect...kerana mereka juga suka mengambil pelajar tanpa perlu spent money on the students.
5) Kalau bidang engineering dan komputer , Jerman adalah negara terbaik untuk membuat Phd...kerana mereka sangat advanced dan berpengalaman.
6) Dan semasa menghantar first emel jangan terlalu menunjukkan/show off kebijaksanaan kita...kerana mungkin akan expect more daripada kita...sebab most of SV here sangat hebat dan very intelligent.
7) Good Luck.
*Itulah tips daripada pandangan peribadi saya...mungkin setiap orang berbeza.


Cheers,
Zia Anis

Saturday, November 22, 2014

Step by Step Master/PhD di Jerman (Germany)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sekarang saya ingin berkongsi step by step memohon peluang melanjutkan pelajaran ke Germany.
i)    tahu bidang anda contohnya: Biochemistry, Mechanical Engineering, atau Statistics.
ii)    pilih bidang anda..dengan cara "search" di setiap universiti di german.
iii)   pilih supervisor yang sesuai dan terbaik. Baca profil dan publication nya yang terbaharu.
iv)   emel supervisor tersebut dengan menyatakan secara lengkap dan dikepilkan/attach cv, transkrip master, transkrip bachelor, dan IELTS.
v) tunggu reaksi tersebut daripada supervisor.
vi) jika respon positif, teruskan emel dan buat step yang disuruh oleh bakal sv anda...namun jika respon adalah negatif, jangan putus asa, teruskan mencari sv yang terbaik.
vii) dan jika dirasakan mendapat bakal sv yang terbaik, selalulah membuat solat istiharah..dan jika anda telah berkahwin, silalah berbincang dengan pasangan anda tentang keputusan anda untuk melanjutkan pelajaran ke Jerman. Bahkan jika anda masih solo, minta restu daripada ibubapa, semoga mereka menyokong usaha anda mahu ke Jerman. Jika ada pihak yang membantah....sila ke step (i) tetapi untuk negara lain ataupun dalam negara sahaja. Ketentuan Allah yang terbaik.
Maklumat lain mengenai Jerman:
a) masalah bahasa, iaitu yang melibatkan masyarakat sekeliling..disarankan agar anda tahu sedikit mengenai bahasa ini....mungkin ini memudahkan anda...
Tapi di uni disediakan kelas bahasa secara percuma manakala untuk kelas intensif kena bayar sedikit amount, sebab memang intensif dan diadakan semasa cuti semester. Belajar bahasa akan menjadi bonus dalam CV anda...
dan seorang fellow orang Malaysia di University Oxford boleh menguasai 6 bahasa termasuk bahasa German..hebat bukan.

b) masyarakat jerman adalah kurang peramah..tapi jangan ambil hati..biarkan mereka....tapi kalau yang baik..memang meraka sangat baik...
c) kemungkinan anda keseorangan dan kesunyian adalah perkara biasa...kerana masih kurang orang Malaysia yang tinggal atau belajar di negara ini...tapi kene betulkan niat sebab kita datang untuk belajar dan moga Allah permudahkan kita selesai dengan jayanya...dan penuh ilmu didada..ilmu hidup dan ilmu akademik. Tapi anda akan lebih mengadaptasi dengan orang sekeliling dan berkawan dengan bangsa lain dari negara lain.
d) Banyak prosedur dan rules and regulation yang perlu anda patuhi jika pertama kali datang kesini..terutamanya mengenai visa yang perlu di renew selepas 3 bulan anda disini...dan urusan visa boleh dilakukan di Konsulat German di Menara Tan & Tan . Maklumat lanjut (http://www.kuala-lumpur.diplo.de/Vertretung/kualalumpur/en/04/Legal__and__Consular.html)

e) kebanyakan universiti di Jerman adalah menitik beratkan soal kualiti dan sememangnya sangat tough..dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Tetapi kesemuanya tidak akan menjadi masalah besar, sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar...
f) Sebelum terlupa, anda boleh memohon biasiswa DAAD yang disediakan oleh kerajaan German untuk rakyat tempatan ataupun orang luar...http://www.daad.de/en/.
g) program master adalah diadakan didalam bahasa english dan anda dikehendaki membuat small research dan membentangkannya di hadapan lab mate dan komuniti/panel. tapi tidak semua uni menjalankan master dalam bahasa english...kena search dulu...dan tanya. 
Selamat Berjaya.
Cheers,
Zia ANis

Master/PhD di Jerman (Germany)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pos kali ini saya akan kongsikan tips, cara-cara, persiapan dan persediaan membuat Phd di Jerman. Teringat saya pada tahun 2007, seorang teman datang ke Australia untuk meninjau-ninjau Australia untuk membuat Phd...tetapi takdir menentukan beliau membuat Phd di negara lain..dan baru-baru ini beliau telah pulang dengan kejayaan. Alhamdulilah.
Seperti yang saya katakan dalam pos yang lalu, saya kini sedang menyambung pelajaran di Universitat des Saarlandes, di negeri Saarland di Germany. Sudah lebih dua tahun disini...Alhamdulilah semuanya ok..walaupun ada dugaan dan hal yang perlu ditangani dengan emosi positif. Bukan mudah ya untuk membuat keputusan memilih universiti, negara, penyelia dan bidang Phd anda. Semasa saya mula-mula sampai kesini ada juga rakan yang bertanya bagaimana ingin memohon menyambung pelajaran di Germany. Saya berpendapat, membuat Master/Phd di Jerman adalah digalakkan kerana:
1) semua komunikasi adalah dalam bahasa Inggeris. Namun ada juga borang-borang yang perlu diisi dalam bahasa german. Tapi minta tolong pada PA supervisor anda atau rakan-rakan senior anda..InsyaAllah ada yang ingin membantu.
2) German adalah sebuah negara yang memberikan pendidikan secara percuma kepada rakyatnya dan kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, kerajaan Malaysia amatlah menggalakan pelajarnya datang ke sini untuk melanjutkan pelajaran. Tiada yuran dikenakan kepada pelajarnya. Namun kos sebanyak EURO155 diperlukan dibayar kepada uni sebagai yuran pendaftaran semester untuk mendapatkan kad pelajar. Dan wang yuran ini boleh dituntut kepada pihak KPT Slab/Slai jika anda pemegang biasiswa KPT.
3) Kad pelajar yang anda dapat boleh digunakan untuk menaiki bas, tram dan train secara percuma di dalam negeri atau kawasan coverage kad anda tersebut. Free of charge..dengan syarat kena selalu bawa dan tunjukkan kad pelajar tersebut. Anda boleh menggunakan kad tersebut tanpa batasannya. Jika terlupa membawa kad tersebut anda diwajibkan membayar tambang di dalam bas, ataupun dibeli terlebih dahulu di kaunter atau mesin tiket.
4)Fasiliti yang disediakan oleh kerajaan german untuk setiap uni adalah memang "superb". Saya amat kagum dengan fasiliti yang disediakan seperti kemudahan makmal, perpustakaan dan komputer. Anda juga boleh meminta khidmat PA supervisor anda untuk khidmat faks, scanner dan sebagainya. Library memang sangat awesome...dan di fakulti saya librarynya sangat cantik, moden.
5) Di German ini semua pelajar Phd dan supervisor adalah super "workaholic". Jadi sikap mereka ini boleh berjangkit pada anda. Disini pelajarnya akan berhenti rehat untuk makan tengahari sahaja. Tapi mereka sangat berdisiplin, dan hanya akan bekerja pada kuantiti tertentu tapi kualiti tip top.
6) Selain itu, di Jerman juga kebanyakkan pelajar dan penduduknya mengamalkan cara hidup sihat iaitu dengan selalu berjogging, dan memakan makanan sihat. Air putih adalah air yang 90% dikonsum oleh pelajar-pelajarnya. Dan menu yang disediakan oleh pihak Mensa/kantin ialah kurang garam dan kurang gula.
7) Di universiti juga anda boleh mengakses banyak jurnal jurnal antarabangsa dengan senang.
Itu adalah diantara kelebihannya.

Cheers,
Zia ANis

Wednesday, June 18, 2014

Phd di Jerman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kepada pembaca budiman, saya nak memperkenalkan diri..hehhehe...(baru nak perkenalkan diri???)...Ramai yang konfius saya samaada berada di Jerman atau Melbourne Australia...Alhamdulilah saya telah selesai Master saya di sebuah universiti di Melbourne Australia iaitu dari tahun Julai 2006 hingga Julai 2008. Dan sekarang saya belajar dan tinggal di Jerman...iaitu di Universitat Des Saarlandes, iaitu sebuah uni yang terletak di sempadan antara Jerman Perancis dan juga Luxemborg... yang menariknya cuma sejam lebih ke Paris by ICE (keretapi laju)....dan 15 ke Forbach bandar kecil di negara Perancis by train atau bus...dan dari Frankfurt adalah dalam 2 jam lebih...

Saya teringat nak pos entri ini kerana ada yang emel saya dan bertanya mengenai Melbourne Australia ....insyaALlah apa yang masih sy ingat akan saya tolong dan jawab emel mengenai Melbourne Australia tersebut..sebab dah lama...kan..

OKlah...now di saya di Jerman...dan saya satu satunya Malaysian di negeri Saarland...memang sesorang..nak cakap melayu kena pi Heidelberg sebab kat sana ada a few Malaysian...dan kat sini agak ramai Indonesian..so cakap indo lah saya....

Dan jika ada pertanyaan mengenai Jerman...saya amat mengalu-alukan...meh leh belajar di sini..sebab free education to all....tapi sangat tough..hehhehe...Tapi seperti motto Zia ANis..do the best, Allah will do the rest...walau sangat payah dan sukar..kena tempuhi kerana jihad menuntut ilmu..semoga perjuangan saya dan pembaca sekalian untuk menuntut ilmu akan dibalas dengan sebuah manis kejayaan dan segunung pahala..InsyaAllah..

Sekarang saya share foto uni saya..

Ini bangunan saya berada sekarang.tingkat 3..semua bercermin...
dari luar boleh nampak...



Cheers,
Zia ANis
*tak pernah terbayang akan melanjutkan pelajaran ke Germany..

Mendeley: Perisian untuk Rujukan/Software for References

Assalamualaikum dan Hai,

Pos kali ini kearah akademik skit....Dan tajuknya Mendeley Perisian untuk Rujukan/Software for References. Saya berharap ianya amat memanfaatkan kepada pelajar ijazah, master, phd dan juga researchers di luar sana. Saya telah melibatkan diri dalam menggunakan beberapa software untuk membuat rujukan sejak beberapa tahun lalu..dan yang amat saya rekomenkan ialah Mendeley. Saya diperkenalkan kepada Mendeley oleh kawan saya iaitu pelajar PhD di Oxford Uni. Sebelum ini saya berpengalaman menggunakan dan mengajar dan membuat bengkel menggunakan ENDNOTE. Tapi Mendeley percuma...Angkat tangan siapa tak suka barang free..? Tapi yang ini free dan berkualiti..so apa lagi..jom kita lihat apa yang menarik tentangnya.

Fakta mengenai Mendeley.
 

1) Percuma
2) Boleh diinstall di ubuntu, windows dan juga Mac
3) Mudah untuk digunakan
4) Boleh link dan share bersama kawan yang lain....dengan share group.
5) Boleh buat folder dan asingkan jurnal dan thesis mengikut tajuk dan seksyen yang anda mahukan
6) Friendly to MIcrosoft Word
7) Boleh higlight dan komen di ruangan setiap jurnal yang anda simpan.

Kekurangan
1) anda tidak boleh print terus dari Mendeley.

Cara menggunakannya:
1) Install dahulu di komputer anda..
2) dan login
3) kemudian buat folder untuk setiap tajuk untuk memudahkan anda. Contohnya: Protein-protein interaction
4) Kemudian buka folder di dekstop atau document dimana anda simpan jurnal yang telah di download dari internet terlebih dahulu dan drag sahaja ke folder di Mendeley. dan ianya akan masuk secara automatik.
5) Sekarang jurnal tersbut sudah di dalam Mendeley.
6) Anda juga boleh sync kan rujukan yang telah di Simpan di dua atau lebih komputer yang berasingan. Cuma pastikan internet ok..dan klik Sync di atas sebelah kanan anda...Seperti saya, saya ada dua laptop berasingan..satu ubuntu dan satu lagi windows..so saya just sync..dan semua rujukan yang saya simpan di ubuntu akan tersimpan juga di laptop windows saya.
7) Untuk memasukkan reference di manuscript anda, cuma buka manuscript tersbut di Microsoft Office, klik References, dan masukkan key word jurnal yang ingin di cite...contohnya David Gerald...dan akan keluar list publication oleh D.Gerald dan pilih yang menepati dan klik OK...
8) Anda juga boleh memilih jenis atau format rujukan..contohnya Plos One, PNAS, IEEE, APA dan lain-lain lagi...
9) sangat mudah dan memudahkan kerja anda..serta menjimatkan masa...everything is just click here and there..and you done...

10) anda juga boleh memasukkan reference secara manual di Mendeley.
http://guides.library.manoa.hawaii.edu/content.php?pid=254357&sid=2136564



Untuk install:
http://www.mendeley.com/features/

Untuk lebih mudah faham...lihat video ini:
http://www.mendeley.com/videos-tutorials/


Selamat Mencuba dan Maju Jaya.

Cheers,
Zia ANis

*Turnitin, siapa pernah kenal dan ingin mencubanya? Saya juga pernah mengendalikan bengkel turnitin..insyaAllah saya akan berkongsi di lain pos.

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...