Resepi: Classic Cheese Cake/Kek Keju Klasik
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Rasanya sudah lama saya tidak pos resepi atau foodography
yer…mungkin sebab sudah tiada makanan baru yang perlu dipaparkan..sebab saya
masak yang simple dan sedap di tekak saya..dan tak pernah nak cuba yang
“complicated”…
Saya memang seorang hantu
“kipas/fan” cheese cake…semasa di Melbourne dahalu, terdapat sebuah
kedai kek yang bernama “Cheese Cake House”…dan setiap kali ada event memang
cheesecake blueberry adalah menu wajib yang dibeli dari kedai ini sebab sedap
dan murah…tapi saya belum lagi menjadi peminat cheesecake…dan kegilaan saya
kepada cheese cake bermula apabila berkenalan dengan cheese cake Secret Recipe
(sebab dah kerja ada duit sendiri nak makan kek sedap, hahhahha)…sedap sehingga
menjilat sudu…siapa setuju, angkat tangan macam saya…
Dan seorang chef yang baik hati telah menaja kek sempena
hari lahir saya yang lalu…so dia ajak saya ke rumahnya di Kaiserlautern iaitu
sejam menaiki train dari rumah saya di Sulzbachstrasse ini…Dan saya request
jangan bake the cake yet, tunggu saya, sebab saya nak belajar…niat nak dapat
ilmu and impress my sister (niat x baik le tuh)…
Jadi mari kita lihat resepi dan step-by-step nya:
1)
Sediakan Loyang cake yang boleh tanggal atau dipanggil
spring form…dan geserkan dengan sedikit mentega…kemudian hancurkan 300gram
biskut samada biskut orea tanpa krim, biskut digestive ataupun biskut meri..
dan campurkan bersama butter yang dicairkan sebanyak 200gram…dan masukkan
sedikit gula jika mahu…if tak nak pon x aper. Kemudian digaul rata dan ditekan
menggunakan sudu atau spatula kedasar loyang sehingga menutup kesemua permukaan
loyang dan biarkan seketika di dalam peti sejuk atau di suhu bilik…
2)
Panaskan oven pada suhu 350c.
3)
Sekarang penyediaan adunan kek. Gaulkan cream
cheese (jenama Philadelphia atau apa sahaja yang sama dengannya) bersama secawan
gula pasir kemudian masukkan 4 biji
kuning telur dan gaul atau putar sehingga sebati.
4)
Di dalam bekas yang lain putar putih telur
sehingga menjadi meringue ataupun di uji dengan membalikkan bekas, jika tidak
jatuh adunannya (soft peak) maka ianya sedia untuk digaulkan dengan langkah 3.
5)
Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan
cream cheese tadi (langkah3).
6)
Kemudian masukkan cheese (speisequark) ke dalam
adunan tadi, dan masukkan sedikit esen vanilla dan jus daripada sebiji lemon.
Gaulkan sebati dan masukkan ke dalam loyang berisi biskut hancur tadi…
7)
Setelah itu masukkan dalam oven dan dibakar
selama 60 minit. Dan cucukan lidi ditengah kek untuk memastikan ianya masak
atau tidak…jika lidi kering maka sudah masak.
8)
Setelah itu, sejukkan di suhu bilik selama 3 jam
dan masukkan di dalam peti sejuk overnight dengan keadaan kek bertutup dengan
cling wrap atau aluminium foil untuk mengelakkan bau makanan lain menggangu kek
ini…
9)
Setelah itu jika suka letakkan jem buah-buahan
seperti blueberry, strawberry di atas kek tadi..tapi saya lebih sukakan rasa
yang asli…klasik fm katakan.
Selamat mencuba…tapi rasanya kos membuat kek keju di
Malaysia adalah sedikit mahal..tapi nak seribu daya tak nak seribu…tapi jika
rasa yang di kedai lebih berbaloi pun tiada salahnya pastikan halal.
Cheers,
Zia Anis
No comments:
Post a Comment