Tuesday, March 19, 2013

Panduan memiliki rumah Bahagian 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Memiliki rumah sendiri adalah idaman setiap orang terutamanya yang sudah mempunyai pekerjaan tetap ataupun yang bekeluarga dan kali ini saya akan berkongsi tips dan cerita tentang memiliki rumah sendiri. Sebelum membuat perancangan memiliki rumah perancangan yang paling utama ialah mengadakan simpanan yang mencukupi untuk deposit dan bayaran guaman. kerana ini adalah perkara asas yang diperlukan sebelum booking mana-mana rumah. 

Duit simpanan
Anda boleh menggunakan simpanan sendiri yang berjumlah RM10000 - RM30000 yang ditabung sejak dulu atau mengeluarkan simpanan kwsp yang berjumlah RM20000 atau dengan kata lain tutup akaun kerana anda memilih untuk skim pencen ataupun masih bersama kwsp.
Jika ada duit simpanan kita pergi ke step kedua iaitu memilih jenis rumah, kawasan dan pemaju serta HARGA yang bersesuaian dengan kelayakan kewangan kita. 

Saya amat menyarankan tips kedua ini diambil perhatian sewajarnya kerana seumur hidup anda selepas ini akan dihabiskan.untuk membayar ansuran bulanan rumah. 

Apartmen
Jadi pastikan rumah yang anda pilih adalah jenis yang sesuai dengan jiwa dan gaya hidup anda. untuk apartment ianya sesuai untuk golongan muda dan tidak terlalu bersosial bersama kaum kerabat kerana agak sukar untuk parking ramai jika ada keraian di apartment kerana ianya terhad. dan.apartment juga ada menggunakan lif kadangkala perlu diberi perhatian tentang keselematan lif dan kebeesihan lif serta kos penyelenggaraan serta kos parking lot ada yang free dan tidak. tapi kebaikan apartemnt ialah mempunyai gym, kolam renang, surau, dobi dan sebagainya. serta pemandangan saujana mata memandang. dan jangan tidak tahu rumah apartment tengah lebih murah berbanding di tingkat bawah mahupun lagi atas. sampai beza 3-7ribu ye. apartment juga agak mahal contohnya untuk keluasan 1050kps di shah alam beharga rm370k dan keatas.

Rumah teres 2tingkat intermediate, lot tepi
rumah jenis ini adalah paling diminati dan masih mampu dimiliki untuk yang berpendapatan 4k-6k sebulan. saya tak mahu sentuh mengenai pendapatan lebih daripada ini. biasanya harga yang ditawrkan pemaju adalah rm300k dan keatas sehingga mencecah 600k. dan ianya bergantung pada lokasi dan saiz rumah. dan biasanya bersaiz 20x70 atau 22x70 20x 75. sebelum membuat tempahan atau booking silalah ke rumah contoh, ke pejabat jualan untuk melihat dan bertanya tentang rumah trsebut bersama jurujual. dan sebelum launch harga rumah masih murah berbanding selepas launch. jadi rajin rajin lah contact saleperson any developer yang kita rasa amat excellent. rumah teres 2tingkat jika di kawasan bukan hot spot adalah sedikit murah berbanding kawasan hot spot. jadi pilihlah yang diluar hot spot. tinjaulah dulu keadaan rumah atau bertanyalah macam solan kepada saleperson itu dulu kerana saya pernah ke sebuah rumah kawan dan lampu chandeliernya boleh di capai tangan kerana siling yang rendah. siling tinggi memainkan peranan penting dan jangan terkeliru atau teruja melihat rumah contoh kerana ianya telah dihias indah oleh interior designer yang memerlukan bajet tambahan yang ermm boleh tahan mahal lah jugak, jadi jangan lupa ke rumah contoh kosong sebab itu yang kita akan dapat. Biasanya untuk memastikan sebuah projek itu bagus ialah apabila cepat sold out dan tiada pembatalan rate tinggi oleh pembooking. pastikan.rumah yang dibeli adalah untuk didiami kerana seperti yang saya katakan anda dan kita semua akan menghabiskan 30 tahun dan keatas untuk membayar ansuran bulanan. lainlah anda berkemampuan. untuk lot tepi ianya macam goreng pisang panas sedap tapi harga tak macam goreng pisang. ianya mungkin akan berbeza RM10K hingga 50k dengan rumah intermediate bergantung keluasan tanah. rumah end lot juga lebih mahal sebab mempunyai tanah ditepi rumah. saya nasihatkan untuk pasangan muda atau yang benar benar ingin memiliki rumah agar memilih rumah yang baru sebab rumah lama ada kekurangan dan sedikit kelebihan. kernaa faktor kesibukab mungkin menyebabkan anda tiada masa untuk membaiki rumah lama agar nampak baru walaupun harganya lebih murah, tapi jika murah benar dan berbaloi apa salahnya kan.

yang macam ini tak mampulah.....


Pastikan juga anda memilih rumah yang dekat dengan tempat kerja atau yang memudahkan anda berulang alik ke tmpat kerja kerana ada highway atau kemudahan awam yang membolehkan anda senang ke pejabat walaupun agak jauh. kernaa kitakan pilih kawasan non hot spot mungkin ianya jauh sedikit dari tempat kerja  ataupun pilih yang tengah tengah diantara tempat kerja sesama pasangan. selain itu elakkan kawasan yang terlalu terpencil atau dikenali tempat jin bertendang heheheh. pilih yang nice and comfortable area yang mempunyai jaringan kedai, klinik, sekolah, dan lain lain kemudahan awam dan kejiranan selamat dan muslim ada surau ataupun masjid.

cheers,
za

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...