Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pos kali ini saya akan menyambung ceritera pembelian rumah.
Setelah anda membuat bayaran tempahan rumah iaitu setelah
mengambil kira harga rumah, jenis rumah lokasi dan juga memilih lot rumah
diatas kertas pemaju. Alhamdulilah selesai satu kisah. Semasa launching
biasanya pihak bank ada sekali di tempat launching tersebut termasuklah peguam
yang dilantik oleh pemaju. Namun jika anda membuat tempahan sebelum launching
atau bukan pada hari Launched jadi anda perlu mengatur langkah ke bank-bank
yang dikehendaki atau ke pejabat peguam atau dating berjumpa peguam ditempat
yang ditentukan termasuklah di galeri jualan.
Panduan memilih pinjaman
Terdapat 3 cara iaitu pinjaman bank, pinjaman kerajaan untuk
staff kerajaan mahupun melangsaikannya menggunakan duit sendiri/simpanan iaitu
“cash”. Dan saya pernah lihat 3 lot rumah teres yang berharga RM330K keatas
dibeli oleh seorang hartawan dengan cash dan 3 biji sekaligus…mungkin untuk
anak-anaknya…biar tinggal berjiran.
i)
Pinjaman bank
Kebiasaannya juga pihak bank akan menghubungi anda setelah
mereka mendapatkan maklumat anda daripada pihak pemaju, jangan terkejut pulak
jika ada pelbagai pihak bank menghubungi anda. Perkara yang perlu diambil kisah
iailah pilihlah bank yang mengamalkan system perbankan islamik…yang akan
menyebabkan pinjaman bank anda patuh syariah dan tenang hidup anda. Untuk itu,
anda perlu menyediakan 3 bulan slip gaji terkini, Penyata EC, salinan IC anda
dan juga pasangan jika “joint loan”, Maklumat akaun penyata bank (sebagai bukti
ada simpanan), surat booking rumah (yang dikeluarkan oleh pemaju). Semua ini
adalah hendaklah difotostat dan simpan dalam 3-4 salinan kerana anda mungkin
akan menghantarnya kepada banyak bank berbeza. Biasanya pihak bank akan
mengambil masa 2-3 minggu untuk memberikan keputusan lulus atau tidak, jadi
bersedialah untuk ke bank seterusnya jika gagal bank yang terdahulu kerana
setiap bank mempunyai syarat dan peraturan kelulusan yang berbeza. Jangan putus
asa kerana anda hanya memerlukan 90 atau kurang sahaja daripada jumlah harga
rumah contohnya harga rumah RM400K, jadi anda harus membayar deposit 1/Booking
RM4K, 36K sebagai deposit. Dan bakinya sebanyak RM360K adalah daripada pinjaman
bank. Selain itu sesetengah pemaju dan
peguam memerlukan RM2K-4K untuk upah guaman..so kena save untuk peguam
ya….memang mahal…apakan daya…dah rules and regulation begitu kan…Setelah
pinjaman anda diluluskan dan anda bersetuju dengan tawaran tersebut anda kena
menandatangani perjanjian pinjaman…dan settle..biasanya pada bulan berikutnya
anda bayar interest dan bila siap rumah anda anda mula membayar ansuran bulanan
yang dipersetujui.
ii)
Pinjaman kerajaan
Pinjaman perumahan kerajaan adalah untuk kakitangan TETAP
kerajaan sahaja iaitu yang telah sah jawatan. Jika belum sah jawatan anda tidak
layak untuk memohon pinjaman kerajaan. Jadi saya amat berharap kakitangan
kerajaan supaya memanfaat pinjaman ini untuk membeli rumah walaupun hanyalah
sebuah rumah kecil. Untuk menyemak kelayakan jumlah pinjaman anda boleh
bertanya bahagian bendahari majikan anda masing-masing ataupun ke laman web
bahagian perumahan. Disini setiap orang mempunyai had pinjaman yang berbeza
mengikut pendapatan hakiki masing-masing. Untuk pinjaman ini ianya adalah
bersifat guna sekali contohnya pinjaman yang dibolehkan ialah RM360000.00 jadi
jika anda hanya memerlukan RM300000.00 sahaja, maka baki RM60,000 tidak boleh
digunakan lagi…ianya dikira “burn”….(mengikut kefahaman saya..jika ada
kesilapan mohon maaf). Untuk mendapatkan
pinjaman kerajaan anda perlu mengepilkan slip gaji 3 bulan, IC, SNP pemaju
peguam pelanggan, Surat Pemberian Tetap atau PTB, surat pengesahan majikan dan
beberapa dokumen lain..sila semak bahagian perumahan. Setelah lengkap ianya
dihantar ke bahagian perumahan di Putrajaya… Anda akan dimaklumkan kelulusan
melalui sms dan kemudian surat yang mengandungi boring hijau. Anda perlu
mengisi boring hijau tersebut dan menyerahkan kembali ke Bahagian Perumahan.
Setelah itu mereka akan menghantar surat balas. Dan pinjaman akan ditolak
daripada gaji anda setelah rumah siap/atau mendapat arahan pemaju. Jika
kelayakan anda ialah RM300K dan harga rumah ialah RM350K, jadi anda perlu
menjelaskan baki harga rumah kepada pihak pemaju yang berjumlah RM50k tersebut
ianya dipanggil “beza” pinjaman secepat mungkin.
Jadual kelayakan pinjaman perumahan
Jadual kelayakan pinjaman perumahan
iii) pembelian secara tunai (cash). Ini kalau banyak duit dan berada.
Yang pasti jauhi riba, dan pinjaman bukan berteraskan yang
bukan syariah..Go for Islamic banking.
InsyaAllah selamat dunia akhirat.
Dan setelah semuanya selesa anda boleh menarik nafas lega kerana semuanya dipermudahkan…Dan sekarang selamat berangan dan membuat pengiraan tentang konsep, perabot dan susun atur rumah anda tersebut.
Dan setelah semuanya selesa anda boleh menarik nafas lega kerana semuanya dipermudahkan…Dan sekarang selamat berangan dan membuat pengiraan tentang konsep, perabot dan susun atur rumah anda tersebut.
Cheers,
Zia Anis
No comments:
Post a Comment