Pos kali ini saya akan berkongsi pengalaman saya bercuti ke sebuah negara di Europe. Saya amat berharap pos ini dapat membantu anda pembaca membuat persediaan sebelum ke luar negara, kerana setiap kali ingin travel saya akan search and blogwalking untuk mengutip sebanyak mana maklumat dan tips daripada blog orang lain sebelum look and see sendiri kan. Anda macamana?
Alhamdulilah pada cuti Easter yang lalu saya telah diberikan kesempatan Allah untuk menjejakkan kaki ke Bumi Andalusia iaitu Sepanyol atau dikenali juga sebagai Spain, Espana ataupun Spanien dalam bahasa Jerman.
Percutian saya bermula pada 26 March 2013 iaitu saya bertolak ke rumah kawan iaitu Su di Göttingen iaitu yang mengambil masa 5 jam menaiki train dengan 1 kali transit iaitu di Fankfurt Am Main. Setelah bermalam di rumah kawan tersebut, kami memulakan perjalanan...
27/3/2013
Perjalanan saya bermula apabila bangun jam 3 pagi, bersiap dan tepat jam 4 teksi tiba dan kami ke stesen keretapi Gottingen dan solat subuh disana sebelum menaiki train ke Hanover jam 5.05 pagi. Saya dan 4 lagi kawan bertemu cukup 5 orang di dalam train ke bremen.
Tiba di Bremen Airport, dan check in 2 luggage n beratur untuk securiti yg byk prosedur iaitu kene bukak but dan hand luggage kene kurang 10kg dan kene saiz yg betul2 ikut saiz diorg...punyalah saya berdoa agar lepas kerana handluggage saya nampak gemuk dan besar....alhamdulilah lepas...then kami menaiki pesawat ryan air ke Girona barcelona yang memakan masa 2 jam lebih.Flight memang penuh...
Tiba di Girona, kami beratur membeli tiket sehala ke bandar Barcelona. Dan kami pun naiklah bas ke Barcelona yang mengambil masa almost 1 jam. Tiba di terminal bas, kami membeli tiket T-10 iaitu tiket yang boleh digunakan untuk menaiki bas dan metro (underground train) sebanyak 10 kali..harganya 9.++ euro. Kemudian kami mencari cari jalan ke apartment 3 bilik yang disewa...lepas naik bas dan train..tibalah di aparment, pekerja apartment sudah menunggu...kemudian beliau menerangkan mengenai apartmen tersebut dan cara nak guna semua brgan dalam rumah, beliau beredar setelah deposit dan bayaran apartmen selesai...
kemudian kami berehat, mandi dan solat...lepas maghrib...bermula lah kami berjalan kaki di seluruh bandar barcelona mencari restoran halal...akhirnya jumpa dengan restoran pakistan..makan kebab...oklah harganya walaupun harga makanan di Jerman lebih murah berbanding di Spain...kemudian kami balik apartmen dan rest...tomorrow the real journey begin...
Apartmen kami..
Pemandangan dari apartmen kami..
28/3/2013
Selepas sarapan maggi dan telur goreng masak separuh... aka telor goyang....kami keluar rumah menuju ke Familia Sagrada iaitu sebuah gereja yang dipenuhi unsur arcitecture yang mengagumkan dan sentiasa dibina hingga sekarang dan selamanya (never ending construction)....sebab tempat ini kene pi awal jika tak beratur nak masuk punyalah panjang...sampai 1 km. so kami yang terawal...pukul 9 gate dibuka...dan kami sentiasa gunakan student cards..sebab nak dapat rege students...so lepas membayar tiket kami menaiki menara ke tingkat 9 kot...tapi tinggi sangat menggunakan lif..dan ambik gmbar dan turun guna tangga...awas tangga dia memang gayat, sempit, kecil dan pening kepala sebab bentuk squirl....huhu pemandangan dari sini memang cantik..boleh nampak barcelona...
kemudian kami membeli tiket hop on hop off berharga 34 euro untuk 2 hari..tapi bg saya 1 hari pon memadai jika anda jenis yang tak ambil masa lama utk setiap tempat....sehari euro26...dan kami ke Casa Mila...tapi beratur panjang..kemudian kami ke Casa Battlo...beratur x panjang sangat..so masukler sini..oklah jugak...tapi yang tak suka muzium sgt macam saya a bit boring...hehhehe...
Casa Mila
Casa Battlo
dan disini terdapat deretan butik mewah seperti LV, Jimmy Choo..Burberry, dan dll...kami tak masuk pon..lihat dari luar..sebba tak berniat nak shopping pon...
Kemudian kami naik lagi bus tersebut round satu barcelona city...Lunch kami ialah subway vege....kemudian kami berjalan-jalan sekitar sity sehinggalah ke petang...dan singgah beli souvenir iaitu fridge magnet 2.5 euro sebiji...any saiz...petang kami pulang ke rumah solat jamak, dan malam keluar semula mencari makanan dinner. Kami mencari dinner yang berkaitan spain..mestilah paeella...
dan restoran ni memang superb...layanan best, harga murah, makanan sedap dan Mr. JO dari Pakistan ramah melayan kami...alhamdulilah dapat juga merasa paella dan seafood segar sebab di Jerman tak ada yang segar..semua frozen...
29/3/2013
Kami keluar awal pagi untuk menaiki bas hop on hop off sebab ada beberapa tempat belum di cover..naik bas ni tersangatlah enjoy especially dok atas...angin sepoi bahasa..sambil jalan, sambil tengok orang dan shoot photo. Dan pagi tersebut kami ke kabel car di puncak bukit untuk melihat keindahan bandar Barcelona...selepas membeli tiket dan beratur kami naik cable car sehala berharga Euro7. Masyaallah sangat cantik pemandangan dari cable car..dan seoronok sampai tak nak turun...best naik cable car nih..lagipun ianya sekejap sangat tak puas...kemudian kami mendaki bukit ke castle di puncak bukit..nak masuk castle...free...so apalagi...bila dah berjalan mesti letih..terus kami menikmati makan tengahari di sebuah restoran di dalam castle tersebut yang berharga Euro 12 seorang termasuk sejenis lauk or paella, sejenis minuman dan dessert yang sedap..alhamdulilah...Dan disini akan ditemui peniaga "haram" dari bangladesh yang menjual fridge magnet murah..so beli dengan depa ya..hahhaha
kemudian kami menaiki roof top istana tersebut..wah pemnadangan memang menakjubkan kerana ianya berlatar belakang laut membiru..so apalagi ambik gambar lompat dan lompat..sampai habis bateri kamera..dah ler charger tak bawak..alhamdulilah kamera phone ada..plus charger pon ada..kemudian kami berjalan turun bukit menaiki bas...dan kali ini kami hanya menikmati pemandangan daripada bas...melihat pantai dan perlabuhan sekitar Barcelona..kemudian kami singgah hampir sejam lebih di Camp D Nou iaitu stadium untuk perlawanan bola sepak FCBarcelona..peminat bola sepak dari serata dunia datang ke sini untuk menonton, melawat mahupun membeli cenderamata official FCB. Dan jangan terkejut harga merchandise di sini agak murah dan berpatutan berbanding FCB Official di bandar Barcelona..so beli kat sini yer....dan kat sini ada jejaka Indonesia tegor..maybe dia ingat kami indonesia...hahhaha....sbb bertudung kan...ramai sungguh orang kat sini....kemudian kami naik semula bas hop on hop off dan berjalan kembali sebelum pulang ke rumah untuk solat jamak dan berehat...
oh..sebelum pulang kami mencari-cari kedai yang famous di Barcelona dengan Churros atau spanish Donut..saya memang suka donut ini sebab rangup, dan tak seperti normal donut sejak di Australia dulu..famous jugak di Victoria Market...dan sampai nak give up..sebab banyak deretan kedai dan akhirnya jumpa...orang punyalah ramai sampai kene tunggu turn nak minum kopi dan churros di situ..so kami bungkus sahaja..harganya euro1.60 untuk 5 keping churros...sedap..maybe lebih sedap di makan di kedai kot...
Pada sebelah malam kami tidak keluar lagi..dan hanya menikmati churros dan fruits sahaja sebagai dinner sebab malam ni pepagi jam 3.oo nak naik bas ke Aeroport untuk ke Malaga plak...so tamatlah sudah cerita tentang Barcelona...Sebagai kesimpulannya:
Barcelona memang best..orang-orangnya ramah, tidak muka stress..dan lebih santai....
-Makanan di Barcelona..memang sedap, enak dan segar..harga? ok sangat...untuk yang dah tak jumpa seafood segar lama mcam kami kan..
-Sediakan wang secukupnya dan simpan di tempat yang paling selamat di badan..sebab Barcelona juga terkenal sebagai tempat pickpocket yang cekap di dunia..berhati-hati..
-Dan kesemua bangunan di Barcelona ada identiti sendiri iaitu berbalkoni..bersih dan tidak dibenarkan menjemur kain..hanya pokok bunga dibenarkan di balkoni...
-Disini juga ramai pekerja asing..tidak seperti di Jerman..jarang jumpa orang asing..ada tapi tak banyak..
Apa yang boleh saya katakan...Spain memang best......5 Bintang...*****
Sampai sini sahaja...
Cheers,
ZiA Anis
*En. Ham, saya tidak sempat ke Arch de Triumf...hehhe....
Update: Saya memang suka Barcelona especially in summer..sebb best, cantik, bersih, orangnya baik2 dan makanan best...(seafood and Paella).
Tumpang bertanya. Pukul 3 pagi ada public transport ke airport?
ReplyDeleteada...rasanya.
ReplyDeleteAda night bus di barcelona..sy pnh guna sbb flite 6am..ramai tourist pun guna sbb blh jimat..http://www.barcelona-tourist-guide.com/en/airport/transport/night-bus-barcelona-airport.html
ReplyDeleteHi... manarik utk dibaca dan gambar2 cantik2.
ReplyDeleteSaya plan hujung May ni akan kesana, Insyaallah... tapi tiket belum beli. Baru start2 nak meng"google" dan mencari maklumat kat blog2..
Nak tanya banyak sikit ni:
1. HOHO bus kat sana kita boleh tukar2 bus ke, ... maksud saya kita turun bus lain tapi naik semula bus lain ( next bus). Biasanya bas ni berhenti sekejap2, takut ada tempat kita nak lepak lama.....
2. Castle yg ada cable car kat puncak bukit tu apa nama ye? macam menarik... dan macam nak pegi jugak
3. Paeella dan Churros mmg kita boleh makan tanpa was was ke kat situ atau kena pilih restoran?
Ingat tak kat area mana restoran Mr JO dari pakistan yg halal, sedap dan murah tu?
4. Kat area La Rambas tu banyakkan kedai souveniour?
TQ
~ART~
Soalan saya same dgn art. Saya plan ke sane jun ni
ReplyDeleteSalam Ann dan Art Dart, nanti saya jawab persoalan anda dan persoalan dari pembaca yang lain dalam satu entry insyaAllah...now tengah sibuk sedikit... Sorry...But what I can say..Barcelona is awesome and superb!
ReplyDeletechurros leh mkn ea?sy kt barca skrg
ReplyDelete