Monday, March 4, 2013

Merancang Kewangan Anda (Untuk si bujang)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berapa wang simpanan anda? Berapa umur anda? Apa asset dan liability anda? Seusai tamat belajar atau memulakan karier perancangan kewangan adalah benda nombor satu yang anda harus uruskan dengan sempurna. Namun mengurus kewangan juga penting bagi pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa ataupun pinjaman, terutamanya yang belajar di luar Negara, jangan masih mengharapkan ibubapa atau pama untuk mengtop-up perbelanjaan anda, kerana duit biasiswa yang diberi sebenarnya sudah di “revise” dan cukup untuk keperluan anda sebulan.

Simpanan
Ramai yang memilih untuk simpan selepas belanja atau simpan sebelum belanja.yang mana anda lakukan? Atau tidak pernah menyimpan? Bagi pendapat saya yang bukan pakar ini, adalah amat penting anda menyimpan 10-30% pendapatan anda sebulan, dan ianya dilakukan sebelum anda “spent”. Nampak banyak bukan? Tapi ianya amat berbaloi, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Mulakan hari ini, saat ini. Apa yang diperlukan? Buku kecil atau diari yang boleh anda catatkan bajet/ramalan belanja untuk bulan tersebut, contohnya Gaji RM1800.00, jadi senaraikan semua ramalan perbelanjaan anda dan catitkan perbelanjaan harian walaupun sekadar membeli gula-gula, selama sebulan. Dan diakhir bulan kira balik perbelanjaan anda. Dan buatkan rumusan samada anda belanja berhemah atau boros. Saya sudah mengamalkan menulis perbelanjaan saya sejak 6 tahun lepas iaitu semasa masih belajar dan memulakan kerjaya 4 tahun lalu. Dan saya merasakan cara ini amat berkesan kerana anda tahu kemana wang anda mengalir dan tahap pemborosan yang anda lakukan. Saya juga menyeru kepada warga muda belia agar tidak terjebak dengan penggunaan kad kredit yang berlebihan kerana ianya adalah kad hutang yang menjerumuskan anda kearah hutang dan kebankrupan tanpa anda sedari. Malah data anda adalah sentiasa terpapar di Bank Negara sebagai seorang yang muflis yang tidak melayakkan anda memohon sebarang pinjaman kewangan daripada pihak bank dan menjamin kewangan sesiapapun. Pernahkah anda membaca artikel mengenai ramai belia Malaysia yang bergelar muflis diusia muda dan salah satu penyebabnya ialah penggunaan kad hutang tersebut. Jika anda telah menyimpan katakan sebanyak RM300 setiap bulan dan selama 3 tahun anda sudah mempunyai  RM10800 dan ianya sudah cukup untuk anda meminang anak dara orang atau merancang majlis perkahwinan anda…hehheehhehe. Ataupun wang yang disimpan boleh digunakan untuk Umrah, membayar deposit rumah atau sebagainya.



Kereta Pertama
Selain itu faktor pembelian kereta pertama juga menyebabkan banyak perkara lain yang lebih penting turut diletakkan ketepi. Untuk pembelian kereta pertama yang anda akan gunakan untuk ke tempat kerja, faktor seperti bajet, petrol efisyen, jarak ke tempat kerja dan masa perlu dititik beratkan. Di Malaysia kita mempunyai pelbagai pilihan kereta yang mampu dimiliki sehingga ke tahap kereta mewah. Pilihlah yang dalam kemampuan anda, berenjin jimat minyak, tahan lasak dan sesuai dengan anda seperti Myvi, Persona, dan sebagainya. Jangan menghabiskan 50% daripada gaji anda untuk membayar instalment bulanan. Bajet kepada 20-40% peratus daripada gaji anda sahaja.

Rumah sewa
Saya merasakan adalah wajar anda sebagai seorang yang menpunyai pekerjaan dan gaji bulanan memiliki rumah sewa yang sesuai dengan kewangan anda. Saya pernah ke rumah seorang kawan dan kasihan melihat beliau hanya tidur beralaskan sebuah toto sahaja dan mempunyai sebuah almari kain plastic. Bagi saya memiliki sebuah bilik tidur dan tilam yang sesuai atau empuk amat mempengaruhi emosi dan kualiti hidup anda. Apalah salahnya membelanjakan sedikit kewangan anda untuk membeli sebuah tilam dan katil bujang yang sesuai. Jangan dihabiskan untuk membeli mekap atau pakaian yang vogue sedangkan malam anda diatas toto sahaja.  Selain itu peruntukan juga masa untuk mengemas rumah sewa anda dan berganding bahu dengan rakan serumah anda untuk membersihkan bilik, dapur serta ruang menonton anda. Daripada pengamatan saya, ramai yang mengambil lewa tentang kebersihan rumah sewa kerana menganggap sebagai tempat tidur sahaja, bahkan ianya lebih daripada itu, rumahku syurgaku…dan ada juga yang mengambil keputusan “engkau tak buat aku pun malas nak buat” jadi akhirnya rumah sewa macam sarang tikus…Selain itu, memahami rakan serumah anda adalah penting dan jangan sesekali menjemput teman lelaki atau teman wanita anda kerumah walau dengan izin mereka tanpa sebab darurat dan sebagainya…kerana bagi saya amatlah tidak manis dan kurang baik disitu. Kalau ingin berjumpa, jumpa sahaja diluar rumah jangan sampai datang rumah. Ingat lirik lagu dato siti nurhaliza dan dato’ s.m salim menjeling-menjeling “jangan sampai datang rumah”.

Perlindungan Insurans
Adalah digalakkan anda memiliki perlindungn insurans bulanan yang akan meng”cover” kesihatan anda. Tapi pilihlah yang islamik kerana ianya bersifat takaful yang mana jika anda tidak sakit, wang yang anda bayar adalah digunakan oleh yang memerlukan, dan situ wujud “sedekah”. Mudah bukan untuk menderma. Dan peruntukkanlah diantara RM80 hingga RM120 sebulan untuk insurans takaful anda. Anda boleh memilih pelbagai syarikat perlindunga takaful islamik seperti BSN Takaful, Etika dan sebagainya. Bak kata Ustaz Ebit Lew “ Syarikat Insurans baik sebab selalu mendoakan kita sentiasa sihat…dengan nada bergurau”.

Perbelanjaan Makan dan Minum
Sebulan rancanglah perbelanjaan untuk makan dan minum anda secara harian contohnya RM10 untuk sehari termasuk makan pagi, makan tengahari dan dinner. Cukup ke ek RM10? Atau mungkin RM10 sehari…sebulan RM300.00 termasuk makan besar iaitu semasa keluar bersama teman dan sebagainya. Tapi awas jangan makan banyak dan keterlaluan. Dan janganlah menghabiskan wang anda ke restoran mewah atau restoran makanan ringan dengan kerap..cukuplah sebulan  sekali..mahal woo nak makan donut yang lembut atau frozen yogurt…hehheehhe, inikan pula makan ditempat ekslusif seperti di KLCC, dan sebagainya..ingat makan ukur poket sendiri…kalau pakai ukur badan sendiri…

Perbelanjaan lain-lain
Perbelanjaan lain-lain ini meliputi membeli barang yang anda suka atau hobi masing-masing seperti membeli majalah atau membeli buku serta pakaian. Ada  si bujang yang suka melaram dan akan membeli banyak baju, seluar kasut dan juga tudung mahupun aksesori kereta dan menyolek kereta masing-masing. Ianya tidak salah asalkan tidak berlebihan dan tidak memudaratkan kewangan anda. Biasanya letakkan RM200 untuk belanja lain-lain ini untuk sebulan.

Telefon dan gajet
Saya rasa untuk si bujang benda yang anda tidak akan tinggalkan ialah telefon anda.Betul tak? Ibarat tak boleh duduk diam jika telefon tertinggal di rumah/di pejabat. Oleh itu, membeli telefon yang sesuai dengan kewangan anda adalah amat penting agar ianya bukan satu beban. Dan jangan jadikan telefon untuk tujuan menunjuk-nunjuk. Selain itu penggunaan kredit atau postpaid anda haruslah dirancang sebaik mungkin dengan menetapkan sebulan RM80 untuk penggunaan telefon call, sms, dan internet. Dan satu yang menarik anda boleh sms, call percuma dengan menginstall VIBER atau WHATSUP di telefon pintar anda. Tapi internet harus on. Selain itu penggunaan ipad, tablet dan sebagainya perlulah mengambil kira kekerapan anda menggunakannya….tapi awas jangan menggunakan masa dan banyak kali menggunakan internet untuk update status atau bc status teman di fb semasa waktu pejabat…huhuhu….use your own internet for that outside office hour…hehhe..sekali sekala oklah…kalau dah berjam sapa yang nak jawab..jika produktiviti kurang, overtime banyak…

Wang untuk ibubapa
Wang untuk ibubapa adalah sangat penting untuk diperuntukkan sebagai menghiburkan dan membalas jasa ibubapa walaupun jika kita mendukung ibu sepanjang  haji di Mekah masih tidak dapat membalas setitik susu ibu..namun dengan pemberian RM100 sebulan atau lebih dapat mengembirakan hati ibu dan bapa kita. Dan jika ada lebih memberilah pada adik beradik, anak saudara atau saudara terdekat kerana sedekah yang afdal ialah untuk saudara terdekat. “Takkan fakir insan yang bersedekah”. Malah lebih berkat.

Zakat
Ramai yang memandang enteng perkara ini dengan menyatakan saya sudah bersedekah, mengapa masih perlu berzakat. Ingatlah bahawa” dalam rezeki kita ada hak insan yang lain”. Jadi pergilah ke pusat zakat di negeri masing-masing dan buatlah perkiraan dan amalkan berzakat dengan tolak gaji anda setiap bulan. Contohnya RM 50 sebulan. Besar pahalanya, dan ianya akan dipersoalkan kelak kemana hartamu di belanjakan. Moga wang zakat ini bercakap bagi pihak kita kelak.

Rumusan
Rasanya itu sahaja tips merancang kewangan , semoga ianya bermanfaat kepada pembaca sekalian. Ayuh mulakan hari ini, kerana tidak salah untuk menjadi kaya, kerana sahabat nabi S.A.W ada yang kaya raya dan menginfakkan harta masing-masing demi Allah…jangan jadi miskin kerana miskin bisa membawa kita kepada kekufuran, manakala jangan takut menjadi kaya, jadilah si kaya yang dermawan dan banyak menolong insan sekeliling anda…ikhlaskan perbelanjaan anda kerana Allah.

Cheers,
Zia Anis

7 comments:

  1. Perkongsian yang sangat menarik. Bgaus!! Terima kasih...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Salam pembuka!
    Nama saya Dewi Rumapea, saya dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan media ini untuk menginformasikan semua dalam kelompok ini mencari pinjaman sangat berhati-hati karena ada penipuan di mana-mana. beberapa bulan yang lalu, aku finansial turun dan saya memutuskan untuk mencari pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh orang di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sampai seorang teman saya merujuk saya ke pemberi pinjaman sangat handal dan asli disebut Ibu Glory, pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan jumlah pinjaman dari Rp500,000,000 tanpa stres pada tingkat bunga 2% yang merupakan terjangkau tingkat bunga untuk saya.

    setelah transfer kredit saya ke rekening bank saya, saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya diterapkan telah mentransfer langsung ke rekening saya dengan Ibu Glory tanpa penundaan. Karena saya berjanji ibu bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan hubungi Ibu Glory melalui email:gloryloanfirm@gmail.com

    Saya menggunakan waktu ini untuk menginformasikan semua yang anda juga dapat menghubungi saya di email saya: dewiputeri9@gmail.com dan Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan mengatakan kepada saya tentang Ibu Glory, Dia juga mendapat pinjaman baru dari Ibu Glory, Anda dapat juga menghubungi dia melalui email:utariwirmayaty@gmail.com Sekarang, semua yang akan saya lakukan adalah mencoba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya kirim langsung ke rekening bulanan.

    Catatan: Tidak ada biaya pendaftaran, asuransi atau biaya pajak

    saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT untuk menggunakan Ibu Glory mengubah cerita keuangan saya dan sekarang saya seorang pemilik bangga bisnis saya sendiri, semoga Allah terus memberkati Ibu Glory dan terus menggunakan nya untuk membantu kita semua dalam kesulitan keuangan

    ReplyDelete
  4. BERITA BAIK!!!

    Nama saya Ratih Wahyu, saya ingin berkongsi kesaksian saya di sini di platform ini untuk semua rakyat Indonesia dan seluruh Asia berhati-hati dengan peminjam internet, Tuhan telah menyokong saya melalui Puan Kathleen Brian yang baik ibu.

    Selepas beberapa tempoh cuba mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan, dan enggan meneruskan, jadi saya memutuskan untuk mendaftar pinjaman dalam talian tetapi saya tertipu dan saya kehilangan Rp 15.000.000 dengan pemberi pinjaman yang berbeza.

    Saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya bercakap dengan rakan saya yang kemudian memperkenalkan saya kepada Mrs Kathleen, yang merupakan pemilik syarikat pinjaman global. Rakan saya meminta saya memohon dari Puan Kathleen, jadi saya mengumpul keberanian dan menghubunginya.

    Saya memohon pinjaman sebanyak Rp500, 000,000 dengan kadar faedah 2%, jadi pinjaman itu mudah disepakati tanpa tekanan dan semua pengaturan dilakukan atas pemindahan kredit, karena fakta bahwa ia tidak memerlukan cagaran dan jaminan untuk mentransfer pinjaman Saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil lesen permohonan mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya dikreditkan dengan jumlah wang tunai Rp500.000.000. Saya sangat gembira bahawa Tuhan akhirnya menjawab doa saya dengan memerintahkan pinjaman saya dengan pinjaman asal saya, yang telah memberikan saya keinginan hati saya.

    Mereka juga mempunyai satu pasukan pakar yang akan menasihatkan anda mengenai jenis perniagaan yang anda ingin melabur dan bagaimana untuk melabur wang anda, jadi anda tidak akan pernah bangkrut lagi dalam hidup anda.

    Semoga Tuhan memberkati ibu Kathleen untuk membuat hidup mudah bagi saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Kathleen melalui e-mel: kathleenloancompany1@gmail.com untuk pinjaman anda.

    Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: ratihwahy@gmail.com dan Kezia yang memperkenalkan dan memberitahu saya tentang Puan Kathleen juga mendapat pinjaman baru dari syarikat itu. Anda boleh menghubungi Kezia melalui e-melnya: keziaarjuna@gmail.com.

    Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua untuk meluangkan masa untuk membaca kesaksian sebenar hidup saya mengenai kejayaan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.

    ReplyDelete
  5. ?Halo, saya Nyonya Christy Morris, pemberi pinjaman pribadi memberikan kesempatan pinjaman seumur hidup. Apakah Anda memerlukan pinjaman untuk melunasi utang Anda dengan segera atau Anda membutuhkan pinjaman untuk meningkatkan komersial Anda? Apakah Anda telah ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Kami memberikan pinjaman kepada individu yang membutuhkan bantuan finansial, yang memiliki utang macet atau butuh uang untuk membayar tagihan, kami memberikan pinjaman dengan bunga rendah 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu Anda bahwa kami memberikan bantuan yang dapat dipercaya dan diuntungkan dan akan bersedia menawarkan Anda pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mail di: (christymorrisloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete
  6. Nama saya Christabel Missan. gadai janji kami, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman hotel, tawaran komersial Jeneral Encik AndreCordelia, keperluan untuk mengemas kini semua keadaan kewangan di dunia / syarikat untuk membantu mereka yang mencatatkan pinjaman pemberi pinjaman wang, pinjaman, pinjaman pembinaan, kadar faedah yang rendah 2% dll. Pinjaman modal, pinjaman perniagaan dan pinjaman kredit yang buruk, mulakan. Kami membiayai projek di tangan dan syarikat / rakan kongsi anda dan saya juga ingin menawarkan pinjaman peribadi kepada pelanggan mereka. hubungi kami melalui e-mel untuk maklumat lanjut:
    E-mel: christabelloancompany@gmail.com
    Facebook: christabelmissancompany@gmail.com
    WhatsApp Nombor +15614916019

    ReplyDelete
  7. Hai semuanya, Nama saya Angga Annisa dan saya berbicara sebagai orang yang paling bahagia di seluruh dunia hari ini sebelum sekarang saya secara finansial dipukul tanpa harapan akan bantuan apa pun, tetapi ceritanya akan segera berubah ketika saya bertemu dengan Ibu. Saya sangat senang untuk mengatakan keluarga saya kembali untuk selamanya karena saya membutuhkan pinjaman sebesar Rp.700juta untuk memulai hidup saya di sekitar karena profesi saya karena saya seorang ibu tunggal dengan 3 anak dan seluruh dunia tampak seperti itu tergantung pada saya sampai Tuhan mengirim saya kepada sebuah perusahaan yang mengubah hidup saya dan keluarga saya, perusahaan yang takut akan Tuhan, ISKANDAR LENDERS, mereka adalah Juruselamat Tuhan yang dikirim untuk menyelamatkan keluarga saya dan pada awalnya saya pikir itu tidak akan mungkin sampai saya mendapat pinjaman sebesar Rp.700 juta dan saya akan menyarankan siapa pun yang benar-benar membutuhkan pinjaman untuk menghubungi Bunda Iskandar melalui email. [iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com] karena ini adalah pemberi pinjaman yang paling memahami dan baik

    Contact Details:

    e_mail Address:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com>>>>
    WhatsApp:::+6282274045059
    Company::Iskandar Lenders"""""
    Loan Amount:::Rp.700juta
    Name:::::Angga Annisa
    Country::::Indonesia
    Occupation:Trader
    Year:April,2020

    Jumlah minimum>>>>>>Rp.100 juta
    Jumlah maksimum>>>>>Rp.100 miliar

    ReplyDelete

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...