Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berapa wang simpanan anda? Berapa umur anda? Apa asset dan
liability anda? Seusai tamat belajar atau memulakan karier perancangan kewangan
adalah benda nombor satu yang anda harus uruskan dengan sempurna. Namun
mengurus kewangan juga penting bagi pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa
ataupun pinjaman, terutamanya yang belajar di luar Negara, jangan masih
mengharapkan ibubapa atau pama untuk mengtop-up perbelanjaan anda, kerana duit
biasiswa yang diberi sebenarnya sudah di “revise” dan cukup untuk keperluan
anda sebulan.
Simpanan
Ramai yang memilih untuk simpan selepas belanja atau simpan
sebelum belanja.yang mana anda lakukan? Atau tidak pernah menyimpan? Bagi
pendapat saya yang bukan pakar ini, adalah amat penting anda menyimpan 10-30%
pendapatan anda sebulan, dan ianya dilakukan sebelum anda “spent”. Nampak
banyak bukan? Tapi ianya amat berbaloi, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Mulakan hari ini, saat ini. Apa yang diperlukan? Buku kecil atau diari yang
boleh anda catatkan bajet/ramalan belanja untuk bulan tersebut, contohnya Gaji
RM1800.00, jadi senaraikan semua ramalan perbelanjaan anda dan catitkan
perbelanjaan harian walaupun sekadar membeli gula-gula, selama sebulan. Dan
diakhir bulan kira balik perbelanjaan anda. Dan buatkan rumusan samada anda
belanja berhemah atau boros. Saya sudah mengamalkan menulis perbelanjaan saya
sejak 6 tahun lepas iaitu semasa masih belajar dan memulakan kerjaya 4 tahun
lalu. Dan saya merasakan cara ini amat berkesan kerana anda tahu kemana wang
anda mengalir dan tahap pemborosan yang anda lakukan. Saya juga menyeru kepada
warga muda belia agar tidak terjebak dengan penggunaan kad kredit yang
berlebihan kerana ianya adalah kad hutang yang menjerumuskan anda kearah hutang
dan kebankrupan tanpa anda sedari. Malah data anda adalah sentiasa terpapar di
Bank Negara sebagai seorang yang muflis yang tidak melayakkan anda memohon
sebarang pinjaman kewangan daripada pihak bank dan menjamin kewangan sesiapapun.
Pernahkah anda membaca artikel mengenai ramai belia Malaysia yang bergelar
muflis diusia muda dan salah satu penyebabnya ialah penggunaan kad hutang
tersebut. Jika anda telah menyimpan katakan sebanyak RM300 setiap bulan dan
selama 3 tahun anda sudah mempunyai
RM10800 dan ianya sudah cukup untuk anda meminang anak dara orang atau
merancang majlis perkahwinan anda…hehheehhehe. Ataupun wang yang disimpan boleh digunakan untuk Umrah, membayar deposit rumah atau sebagainya.
Kereta Pertama
Selain itu faktor pembelian kereta pertama juga menyebabkan
banyak perkara lain yang lebih penting turut diletakkan ketepi. Untuk pembelian
kereta pertama yang anda akan gunakan untuk ke tempat kerja, faktor seperti
bajet, petrol efisyen, jarak ke tempat kerja dan masa perlu dititik beratkan.
Di Malaysia kita mempunyai pelbagai pilihan kereta yang mampu dimiliki sehingga
ke tahap kereta mewah. Pilihlah yang dalam kemampuan anda, berenjin jimat
minyak, tahan lasak dan sesuai dengan anda seperti Myvi, Persona, dan
sebagainya. Jangan menghabiskan 50% daripada gaji anda untuk membayar
instalment bulanan. Bajet kepada 20-40% peratus daripada gaji anda sahaja.
Rumah sewa
Saya merasakan adalah wajar anda sebagai seorang yang
menpunyai pekerjaan dan gaji bulanan memiliki rumah sewa yang sesuai dengan
kewangan anda. Saya pernah ke rumah seorang kawan dan kasihan melihat beliau
hanya tidur beralaskan sebuah toto sahaja dan mempunyai sebuah almari kain
plastic. Bagi saya memiliki sebuah bilik tidur dan tilam yang sesuai atau empuk
amat mempengaruhi emosi dan kualiti hidup anda. Apalah salahnya membelanjakan
sedikit kewangan anda untuk membeli sebuah tilam dan katil bujang yang sesuai.
Jangan dihabiskan untuk membeli mekap atau pakaian yang vogue sedangkan malam
anda diatas toto sahaja. Selain itu
peruntukan juga masa untuk mengemas rumah sewa anda dan berganding bahu dengan
rakan serumah anda untuk membersihkan bilik, dapur serta ruang menonton anda.
Daripada pengamatan saya, ramai yang mengambil lewa tentang kebersihan rumah
sewa kerana menganggap sebagai tempat tidur sahaja, bahkan ianya lebih daripada
itu, rumahku syurgaku…dan ada juga yang mengambil keputusan “engkau tak buat
aku pun malas nak buat” jadi akhirnya rumah sewa macam sarang tikus…Selain itu,
memahami rakan serumah anda adalah penting dan jangan sesekali menjemput teman
lelaki atau teman wanita anda kerumah walau dengan izin mereka tanpa sebab
darurat dan sebagainya…kerana bagi saya amatlah tidak manis dan kurang baik
disitu. Kalau ingin berjumpa, jumpa sahaja diluar rumah jangan sampai datang
rumah. Ingat lirik lagu dato siti nurhaliza dan dato’ s.m salim menjeling-menjeling
“jangan sampai datang rumah”.
Perlindungan Insurans
Adalah digalakkan anda memiliki perlindungn insurans bulanan
yang akan meng”cover” kesihatan anda. Tapi pilihlah yang islamik kerana ianya
bersifat takaful yang mana jika anda tidak sakit, wang yang anda bayar adalah
digunakan oleh yang memerlukan, dan situ wujud “sedekah”. Mudah bukan untuk
menderma. Dan peruntukkanlah diantara RM80 hingga RM120 sebulan untuk insurans
takaful anda. Anda boleh memilih pelbagai syarikat perlindunga takaful islamik
seperti BSN Takaful, Etika dan sebagainya. Bak kata Ustaz Ebit Lew “ Syarikat
Insurans baik sebab selalu mendoakan kita sentiasa sihat…dengan nada bergurau”.
Perbelanjaan Makan dan Minum
Sebulan rancanglah perbelanjaan untuk makan dan minum anda
secara harian contohnya RM10 untuk sehari termasuk makan pagi, makan tengahari
dan dinner. Cukup ke ek RM10? Atau mungkin RM10 sehari…sebulan RM300.00
termasuk makan besar iaitu semasa keluar bersama teman dan sebagainya. Tapi awas
jangan makan banyak dan keterlaluan. Dan janganlah menghabiskan wang anda ke
restoran mewah atau restoran makanan ringan dengan kerap..cukuplah sebulan sekali..mahal woo nak makan donut yang lembut
atau frozen yogurt…hehheehhe, inikan pula makan ditempat ekslusif seperti di
KLCC, dan sebagainya..ingat makan ukur poket sendiri…kalau pakai ukur badan
sendiri…
Perbelanjaan lain-lain
Perbelanjaan lain-lain ini meliputi membeli barang yang anda
suka atau hobi masing-masing seperti membeli majalah atau membeli buku serta
pakaian. Ada si bujang yang suka melaram
dan akan membeli banyak baju, seluar kasut dan juga tudung mahupun aksesori
kereta dan menyolek kereta masing-masing. Ianya tidak salah asalkan tidak
berlebihan dan tidak memudaratkan kewangan anda. Biasanya letakkan RM200 untuk belanja
lain-lain ini untuk sebulan.
Telefon dan gajet
Saya rasa untuk si bujang benda yang anda tidak akan
tinggalkan ialah telefon anda.Betul tak? Ibarat tak boleh duduk diam jika
telefon tertinggal di rumah/di pejabat. Oleh itu, membeli telefon yang sesuai
dengan kewangan anda adalah amat penting agar ianya bukan satu beban. Dan
jangan jadikan telefon untuk tujuan menunjuk-nunjuk. Selain itu penggunaan
kredit atau postpaid anda haruslah dirancang sebaik mungkin dengan menetapkan
sebulan RM80 untuk penggunaan telefon call, sms, dan internet. Dan satu yang
menarik anda boleh sms, call percuma dengan menginstall VIBER atau WHATSUP di
telefon pintar anda. Tapi internet harus on. Selain itu penggunaan ipad, tablet
dan sebagainya perlulah mengambil kira kekerapan anda menggunakannya….tapi awas
jangan menggunakan masa dan banyak kali menggunakan internet untuk update
status atau bc status teman di fb semasa waktu pejabat…huhuhu….use your own
internet for that outside office hour…hehhe..sekali sekala oklah…kalau dah
berjam sapa yang nak jawab..jika produktiviti kurang, overtime banyak…
Wang untuk ibubapa
Wang untuk ibubapa adalah sangat penting untuk diperuntukkan
sebagai menghiburkan dan membalas jasa ibubapa walaupun jika kita mendukung ibu
sepanjang haji di Mekah masih tidak
dapat membalas setitik susu ibu..namun dengan pemberian RM100 sebulan atau
lebih dapat mengembirakan hati ibu dan bapa kita. Dan jika ada lebih memberilah
pada adik beradik, anak saudara atau saudara terdekat kerana sedekah yang afdal
ialah untuk saudara terdekat. “Takkan fakir insan yang bersedekah”. Malah lebih
berkat.
Zakat
Ramai yang memandang enteng perkara ini dengan menyatakan
saya sudah bersedekah, mengapa masih perlu berzakat. Ingatlah bahawa” dalam
rezeki kita ada hak insan yang lain”. Jadi pergilah ke pusat zakat di negeri
masing-masing dan buatlah perkiraan dan amalkan berzakat dengan tolak gaji anda
setiap bulan. Contohnya RM 50 sebulan. Besar pahalanya, dan ianya akan
dipersoalkan kelak kemana hartamu di belanjakan. Moga wang zakat ini bercakap
bagi pihak kita kelak.
Rumusan
Rasanya itu sahaja tips merancang kewangan , semoga ianya
bermanfaat kepada pembaca sekalian. Ayuh mulakan hari ini, kerana tidak salah
untuk menjadi kaya, kerana sahabat nabi S.A.W ada yang kaya raya dan menginfakkan
harta masing-masing demi Allah…jangan jadi miskin kerana miskin bisa membawa
kita kepada kekufuran, manakala jangan takut menjadi kaya, jadilah si kaya yang
dermawan dan banyak menolong insan sekeliling anda…ikhlaskan perbelanjaan anda
kerana Allah.
Cheers,
Zia Anis