Monday, May 26, 2014

Doa Keselamatan Dari Abu Darda’

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

 Doa Keselamatan Dari Abu Darda’


Doa mengelak dan menghindar dari kebakaran yang biasa diwiridkan oleh Abi Darda’ adalah:

Doa Hindar Kecelakaan dan Kebakaran
.
.

Kelebihan & Khasiat Doa Abu Darda’


Khasiat doa ini adalah ia mampu mengelakkan kecelakaan terutama kebakaran yang datang tanpa disangka kepada kita sama ada siang atau malam. Bacalah doa ini setiap kali selesai solat Subuh dan solat Maghrib. Apabila dibacakan selepas solat Subuh, Insya’Allah akan diselamatkan dari kecelakaan sehingga tiba Maghrib dan jika dibaca selepas solat Maghrib Insya’Allah diselamatkan sehingga waktu Subuh keesokan harinya.

Menurut riwayat dari Thalaq bin Habib dan dari riwayat at-Tabaraniy dalam Kitab al-Du’a dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa seseorang sahabat pernah menemui dan memberitahu Abu Darda` r.a bahawa kebakaran sedang berlaku pada kawasan rumahnya dengan berkata, “Wahai Abu Ad-Darda’, rumahmu terbakar!”

Mendengar berita itu, dengan penuh yakin Abu Darda menafikannya. Kemudian datang lagi seorang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah orang yang ketiga tetapi tetap dinafikannya.

Diriwayatkan dari Thalaq bin Habib, Abu Darda’ menjawab, “Rumahku tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan itu. Kerana kudengar dari Rasulullah , “Sesiapa yang membaca kalimah (doa) di pagi hari, maka ia tidak akan ditimpa musibah hingga petang. Dan sesiapa membacanya di petang hari, maka ia tidak akan tertimpa musibah hingga pagi.”

Dalam riwayat at-Tabaraniy pula, Abu Darda r.a telah menjelaskan bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya.”

Kemudian datanglah orang yang ke empat memberitahu bahawa apabila api yang marak itu menghampiri rumah Abu Darda’, ia telah terpadam dengan sendirinya. Dan selepas mereka tiba di sana, ternyata di kawasan itu memang terjadi kebakaran, tetapi rumah Abu Darda’ terselamat.
.
.

Yakin


Yakinilah doa di atas sangat bermanafat untuk kita semua dan dapatlah kiranya diwiridkan doa ini pada waktu pagi dan petang, Insya’Allah keluarga kita boleh dihindar daripada musibah kebakaran yang tidak kita inginkan. Semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah سبحانه وتعالى dan hanya dengan izinNya sahajalah yang dapat menghindarkan segala musibah daripada menimpa kita.
 .
Dari Abu Musa al-Asy’ari ra, katanya: “Ada rumah yang terbakar di Madinah mengenai keluarga dalam rumah itu di waktu malam. Setelah Rasulullah diberitahu akan hal ehwal mereka yang rumahnya terbakar tadi, lalu Baginda bersabda:“Sesungguhnya api itu adalah musuh kamu semua, maka dari itu jika kamu semua hendak tidur, padamkanlah api itu dahulu.” (Muttafaq ‘alaih)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Kredit kepada: http://shafiqolbu.wordpress.com
*semoga kita dapat print doa tersebut....dan hafal anak beranak kita..untuk keselamatan tempat tinggal kita semua..

Cheers,
Zia ANis
.

Thursday, May 22, 2014

Tempat Makan Best di Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos mengenai Tempat Makan Best di Shah Alam, Klang dan KL mendapat sambutan menggalakan. Jadi kali ini saya akan memberikan pandangan mengenai Tempat Makan Best di Kelantan.

Nasi Ulam Cikgu
Nasi ulam ala kelantan dan menunya tidak banyak dan macam lauk nasi tengahari dirumah. Menunya ialah ikan keli goreng rangup, ayam goreng rangup (belah 4), sayur masak putih, ikan keli masak kuning, segala jenis ulam segar, budu asli dan juga sambal belacan serta tempoyak. Memang sangat sedap dan harga berbaloi. Lokasi di istana lama..berdekatan Bazar Tengku Anis, Kota Bharu.

Sate Baung
Sate rasa Kelantan..yang berlainan sedikit rasa sate dan kuahnya berbanding sate di tempat lain. Lokasi di sekitar Baung, jalan ke Airport Pengkalan Chepa. Harga secucuk sate bermula dari RM0.70 atau RM0.80. Memang sedap...terutama di musim perayaan memang tak menang tangan si pengusaha sate di kawasan ini.

Nasi kerabu Ketereh/Kadok
Ada beberapa warung yang terletak di jalan utama Ketereh Kadok iaitu di antara jalan ke Kota Bharu- Kuala Krai yang menjual nasi kerabu. Nasi kerabu dengan pelbagai jenis lauk dan yang spesial sebab ada daging dan ayam bakar on the spot...memang sedap..dan dari jauh dah boleh bau daging dan ayam dibakar. Warung ini dibuka awal pagi...untuk santapan sarapan pagi masyarakat tempatan disini. Harga memang berbaloi...



Nasi Berlauk pagi Kubang Kerian
Ini adalah warung sarapan pagi kegemaran saya. Terletak di jalan Guchil Bayam atau landmark dekat Kelantan Spray dan berhadapan Radicare (workshop). Terdapat nasi berlauk ikan aye, nasi berlauk ayam gulai, nasi dagang, nasi kerabu dan pelbagai kuih-muih Kelantan. Harga berbaloi..rasa sangat sedap.

Laksa Maheran
Kedai laksa ini terletak di Pasar SIti Khadijah, tingkat 1. Boleh pilih nak bungkus untuk makan seorang ataupun bungkus secara kilo berserta ulam, sambal dan kuah laksa. Ada juga laksam. Rasa sangat sedap dan kuah pekat. Sekarang mereka membuka cawangan berhampiran Tesco Kota Bharu.

Colek PCB
Colek atau fishball, crabball dan lain boleh didapati dengan banyaknya di PCB. Ada air nyor segar dan juga kelapa jelly. Ada juga seafood celup tepung. Harga ok...

Kuih Muih @ Pasar Siti Khadijah
Ini sangat heaven. Saya suka kuih badak....memang sedap. Kat sini pelbagai kuih-muih seperti akok, kuih cara, cek mek molek, sardin gulung, lompat tikam, kuih katon dan lain-lain kuih autentik yang sedap dan murah...

Nasi Kukus
Banyak warung atau gerai yang menjual nasi kukus boleh cuba Nasi Kukus Suriani dekat dengan Hospital K.B atau Nasi Kukus Zaeman dekat dengan Pasar Siti Khadijah. Ianya adalah nasi yang dikukus dan dihidangkan bersama ayam goreng berempah, sambal belacan, sehiris timun dan juga kuah kari. Memang sangat sedap.

Roti Canai Melayu
Restorannya terletak dengan simpang empat Kubang Kerian dan berhampiran Pasaraya BIlal. Memang rasa roti canai melayu dan dihidangkan bersama kuah kari. Harga ok.

Ajihs Nasi Lemak
Pelbagai pilihan lauk untuk nasi lemak. Sedap dan harga ok.

Itu sahaja ..ada tambahan saya update lagi.

Cheers,
Zia ANis


Tuesday, May 13, 2014

Jalan-jalan ke Amsterdam, Zaandam, Volendam HOLLAND

Trip to Amsterdam, Holland AKA Netherland APRIL 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada cuti easter yang lalu, saya telah berkesempatan menjelajah ke negara Belanda...dan dikenali juga sebagai Holland pada masyarakat tempatan..dan juga sebagai The Netherland oleh masyarakat antarabangsa...atau the oranje...sebab oren warna kebangsaan meraka...

17/4/2014
Perjalanan bermula 4.00 Pagi..saya menaiki train awal pagi ke Mainz-Dusseldorf-Venlo-Reormond.
Reormond ini adalah outlet di Holland yang terletak di sempadanan Holland-German...kat sini ada pelbagai brand mewah dan tak mewah seperti Prada, Micheal Kors, Guess, Adidas, Nike dll...tapi kami banyak habiskan masa di Prada.. kawan saya yang 3 tu nak beli Prada handbag...setelah merobekkan kocek masing2...kami berangkat menaiki train ke AMsterdam Central iaitu perjalanan mengambil masa sejam lebih...dan dari sini terkial mencari bas ke Volendam...

Tiba tersangatlah lewat di Volendam.sampai tuan punya hotel sedikit angin sebba kami tiba untuk check in 12 tghmalam..huhu..nasib baik alhamdulilah hotel /motel ini cantik dan bersih...kami berlima..so ambik 2 bilik...

18/4/2014
Volendam
adalah sebuah kawasan peranginan di tepi pantai dan macam perkampungan/perbandaran nelayan.....tapi sayang pantai tak boleh mandi..dan tak nampak plak pokok kelapa..yang ada hanyalah kapal kapal persendirian..dan deretan restoran restoran serta kedai cenderamata...kat sini cenderamata murah berbanding harga di AMsterdam city...memang berbaloi..
Seharian jugalah kami disini..sempat ke Musuem Cheese, kedai cenderamata dan juga breakfast dan makan tengahari disini..tapi makanan kat sini sedikit mahal berbanding di Jerman mahupun di spain...

Selepas itu kami menaiki bas untuk ke Zaandam..sebba kami booked hotel IBIS di sana untuk 3 malam berikutnya..so bye bye Volendam...

Tiba di HOtel dan check in..kami solat dan keluar ke AMsterdam City...naik bus 392...

Dan berjalanlah kami dilautan manusia di jalan utama di amsterdam tersebut..memang ramai sangat orang..dan janagn terkejut..sebba manusia, basikal, tram, kereta dan lain lain bersimpang siur di jalan yang sama...tapi xnampak plak any accdents..sebb dah menjadi kebiasaan mereka kan....everything dah alah tegal biasa...

Kat sini juga dipenuhi kedai cenderamata, kedai cheese, dan adults shops..memang adults sesangat....penuh objek anatomi pembiakan manusia yang dijadikan replika pelbagai barangan seperti mug, baju, salt and pepper canister...dll...memang huhuhuhuh...melihatnya...





Yang best anda boleh cuba cheese...sedap dan pelbagai perisa...

Dan di sini ada banyak restoran halal...senang je nak cari...memang tertera perkataan Halal..ada indian, indonesian, malaysian...Dan juga kedai steak halal....so pada malam tersebut kami makan di Indian Restaurant.





cheese dalam pelbagai perisa dan rasa...dan "umur". Makin berusia makin mahal...



19/4/2014
Zaandam Schaan.
Disinilah terdapat pelbagai kincir angin lama..dan masih digunakan sehingga sekarang..dan digunakan untuk memecahkan atau menggiling minyak kacang, memotong balak..dan lain lain...dan disini juga terdapat ruang pameran kasut atau terompah kayu..dan disetiap jam ada demo menghasilkan terompah...unik dan menarik...
Dan disini juga ada museum cheese...boleh rasa dan makan sampai puas...hehhehe..harga pon berbaloi...

Disini masuk free. Tapi toilet kene bayar 50sen euro.






Menyusuri sungai dan menikmati pemandangan indah rumah bersambungan dengan sungai..


Setelah menghabiskan hampir 5 jam disini kami kembali ke hotel dan kembali ke AMsterdam city...dan mencari Hard Rock Cafe dan menikmati makan malam di Halal Steak...Maximus...yang terletak di sebelah HRC jer...memang ramai orang..dan servis pon ok..harga Euro 20.00 sepinggan...



20/4/2014
Kami ke Kuekenhof...(LIhat entree Kuekenhof)

21/4/2014
Kami bersiap balik..kerana train saya 10.30 pagi DARI Amsterdam-Dusseldorf-Saarbruecken (meinfernbus)...

Si pengembara itu...


Kesimpulan:
-Transport agak mahal..sebab ada zon....
-Makanan banyak variety...halal pon banyak
-Bandar di mana seks adalah simbol utama
-public transport ok....dan sennag didapati..
-Ramai pelancong asing....
-Euro matawangnya
-Tiket bas boleh dibeli daripada pemandu..manakala utk zon lain kene beli di zon lain-lain..

Oklah itu sahaja..catatan perjalanan saya ke Holland..

Cheers,
Zia ANis

Thursday, May 8, 2014

Ya ALlah Perkenan Doa Kami, Oh Allah Please granted our Dua.

Assalamualaikum and Hi,

THis entry i will let the picture tell the story.





Cheers,
Zia ANis

Wednesday, May 7, 2014

Kuekenhof, Holland 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sudah lama rasanya tiada entree terbaru...ini disebabkan kekangan masa dek kerana melyan tetamu datang ke rumah dan juga perasan sibuk membuat research...saya suka bila saya sibuk..ini bermakna saya ada kerja nak dibuat..kalau tak der kerja..jadi malas dan lemau..itu yang nak tidor sampai lebam...

Oklah entree kali ini saya akan berkongsi kisah dan travellog ke Pesta Tahunan Tulip terbesar di dunia iaitu Kuekenhof di Holland iaitu pada 19 April yang lalu...kami berlima keluar dari HOtel IBis pada jam 9.00 pagi dan menaiki bas 391 terus ke Amsterdam Central...dan didepan stesen keretapi ini terdapat beberapa kiosk yang menjual tiket bas+tiket entry ke Kuekenhof yang berharga Euro28 pergi balik..dan ianya bermula dari AIrport Schipol..so kena lah beli tiket ke Schipol plak...dari Amsterdam Central ke SChipol dalam 20 minit....dan kami beratur panjang untuk menaiki bas kesana...dan disebabkan cuaca elok...jalan jem..so driver bas gunakan jalan jauh nak ke KUekenhof so sejam lebih baru sampai..dah la kene berdiri...huhuhu.....tapi balik guna jalan short cut..kejap je dh smpai...

Dan tibalah kami di Kuekenhof..punyalah ramai manusia..berpuluh ribu..yang datang dari seluruh pelusuk dunia hanya nak tengok tulip..bayangkan di dunia manusia mengagumi bunga sebegitu...nantikan bunga di syurga pasti lebih menarik dan cantik bukan....

Jadi disebabkan keletihan..kami bercadang sewa basikal..sebb macam menarik dan lebih exciting..so beraturlah lagi..sejam sebb banyak basikal dah disewa..so kene tunggu orang return the bicycle back...so kami bayar euro10..untuk sebuah basikal yang kiut...selepas adjust ketinggian planar basikal dan ketatkan beg pada tempat duduk belakang..maka berkayuh lah kami sekeliling Kuekenhof...sambl mengambil gambar dan stop di beberapa tempat....
 

Inilah gambarnya...Selamat Berhibur...






Finally, my signature photo:
                                   

Fakta Mengenai Kuekenhof:
1) banyak field dan taman..
2) boleh berjalan kaki atau sewa basikal
3) tandas terletak di luar taman..
4) dilarang pijak rumput..tapi xder orang jaga..so pandai2 lah
5) pemandangan memang sangat cantik
6) lepas jam 5 semua taman2 kecil tutup..
7)taman besar juga ditutup selepas jam 7...

Oklah selamat Berlibur dan berjalan jalan.

Cheers,
Zia Anis

Wednesday, April 16, 2014

Doa Istikharah

Istiharah

Bersolat dan berdoalah kepada Allah agar diberikan keputusan yang terbaik dalam membuat sebarang pemilihan contohnya memilih pasangan, membuka perniagaan, memilih universiti dan segalanya..kerana Allah amat suka hambaNya berdoa dan merintih kepadaNya. Tidak rugi pada yang meminta padaNya. Its matter of patience and times...Keep praying girls and guys..



Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.


Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. 


Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan *) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertanda *).


Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:

"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".


Kredit kepada: http://doaharian.blogspot.de/2007/04/doa-solat-istikharah.html

Semoga bermanfaat.

Cheers,
Zia ANis

Thursday, April 10, 2014

Doa Jodoh_Doa Akasyah

Assalamualaikum,

Hari ini saya akan kongsikan doa Akashah...tips doa daripada Ustazah Dato Siti Nor Bahyah Mahmud dalam siri Magnet Jodoh Tanyalah Ustazah.

Doa ini beliau dan ibunya amalkan semasa beliau masih dibangku sekolah menengah...semoga bermanfaat untuk kita..AMeen.

Ini maksud doanya.



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

Ya Allah! limpahan selawat ke atas junjungan kami nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga serta para sahabatnya. Dengan nama Allah yang Maha Menyinari segala cahaya. Segala puji bagi Allah Maha Pencipta segala nur dan yang menurunkan kitab Taurat di atas gunung Thur di dalam kitab yang termaktub. Segala puji bagi Allah yang kekayaanNya terbentang luas. Segala keperkasaan dan kebesaranNya amat benar dengan kemasyhuranNya. PemberianNya yang senang dan susah, tetap disyukuri. Segala puji bagi Allah yang mencipta langit dan bumi, mencipta gelap dan terang. Pada akhirnya orang-orang yang derhaka akan diadili dengan setimpalnya. Kaf Ha Ya ‘Ain Shod Ha Mim ‘Ain Sin Qaf. Hanya padaMu kami menyembah dan padaMu kami memohon pertolongan. 

Wahai yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri dengan sendirinya, Allah Maha Belas Kasih kepada hambaNya, Dia Maha Pemberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya kerana Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Mulia. Wahai yang Maha Mencukupi segala sesuatu, cukupkanlah segala yang kami perlukan dan hindari kami dari segala kecelakaan. Di tangan kekuasaanMu terletak segala yang baik, bahwasanya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah! Wahai yang Maha banyak tak terkira pemberiannya, wahai yang Maha Kekal Perhubungannya. wahai yang Maha Elok perbuatannya, wahai yang Maha Pemberi rezeki kepada hambaNya dalam segala urusan, wahai yang Maha tiada bandingan segala ciptaanNya, wahai yang KeabadianNya tiada berubah sedikitpun, Selamatkanlah kami dari segala kekufuran dan kesesatan demi ‘La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! jika ada syak dalam imanku bersamaMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah!  jika ada kekufuran dalam islamku bersamaMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! jika ada syak dalam tauhidku padaMu, samada aku tidak tahu atau  tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! jika ada ujub (sombong), takabur, riya’ dan sum’ah (menonjolkan diri) dan kekurangan di dalam amalku padaMu, samada aku tidak tahu atau  tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah!  jika ada dusta, umpat, adu domba dan bohong melalui lisanku, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah!  jika terlintas was-was dalam sanubariku, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah!  jika ada keraguan dan kelalaian dalam ma’rifatku kepadaMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah!  jika ada kemunafikan dalam hatiku, kerana dosa-dosa besar dan kecil, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! jika adariya’ dalam perbuatan dan lisanku, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! apa jua kejahatan yang telah aku perbuat, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! apa jua kebaikan yang Engkau kehendaki bagiku, tapi aku tidak mensyukurinya, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! apa jua yang telah Engkau takdirkan untukku, tapi aku tidak meredzainya, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! apa jua nikmat yang telah Engkau berikan padaku, tapi aku salah-gunakannya, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! apa jua kurniaan dari nikmatMu, tapi aku tidak bersyukur padaMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! apa jua kurniaan yang telah engkau kuasakan bagiku, tapi aku tidak menunaikan hak-haknya, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! apa jua kebaikan Engkau anugerahkan padaku, tapi aku menyangkanya tidak baik dariMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! apa jua kasih sayang Engkau untukku, tapi aku menutup mata, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! apa jua perbuatan yang aku lakukan sepanjang umurku, tidak Engkau redha, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! apa jua singkat amalku dalam mengharap dariMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! jika aku bergantung kepada selain dariMu di dalam menghadapi segala kepayahan, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! jika aku menyandarkan pertolongan kepada yang lain dariMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! apa jua kebaikan yang aku melihatnya bukan dariMu sedangkan ianya dari kurniaanMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’.

Ya Allah! seandainya kakiku tergelincir dari titian Sirat kerana kurang pasti persoalan yang dipertanggung-jawabkan padaku, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! Wahai Maha Hidup, Maha Berdiri Dengan Sendirinya, Maha Mengurus, Maha Mengasihi, Maha Mengurnia, Maha Pemurah, Maha Menguasai, tiada Tuhan selain Engkau Maha Suci Engkau dari segala sifat kekurangan dan cela, aku adalah orang yang menzalimi diri sendiri, maka Kami kabulkan dan menyelamatkannya dari kesusahan sebagaimana Kami menyelamatkan orang-orang mukmin; demikian juga tatkala Nabi Zakaria berdoa; “Tuhanku! Janganlah biarkan aku hidup sendirian tanpa keturunan bahawa Engkaulah sebaik-baik pewaris.”

Ya Allah! demi kalimah ‘La Ilaha Illallah’ dan kemuliaannya, demi ‘Kursi’ dan keluasannya, demi ‘Arasy’ dan segala keagungannya, demi kalam dan coretannya tanpa henti, demi ‘Luh Mahfuz’ dan pemeliharaannya, demi ‘Mizan’ (neraca timbangan) dengan dua matanya, demi ‘Siratul Mustaqim’ dan kehalusannya, demi  Jibril dan amanatnya, demi Mikail dan belas kasihannya, demi Israfil dan tiupan sangkakalanya, demi Izrail dan pencabutan nyawa, demi Ridwan dan syurganya, demi Adam dan keterpilihannya, demi Syith dan kenabiannya, demi Nuh dan bahteranya, demi Ibrahim dan khalilullahnya, demi Ishak dan keagamaannya, demi Ismail dan pengorbanannya, demi Ya’akub dan kedukaanya, demi Yusuf dan keterasingannya, demi Musa dan kekeramahan (pembuktian nyata) nya, demi Harun dan kehormatannya, demi Hud dan kewibawaannya, demi Salleh dan untanya, demi Luth dan pemikirannya, demi Yunus dan dakwahnya,demi Danial dan kekeramatannya, demi Zakaria dan kesuciannya, demi Isa dan kerohaniannya, demi junjungan kami  Muhammad SAW yang terpilih menjadi kekasihNya dan syafaatnya.

Ya Allah! Wahai yang Maha Hidup, Maha Berdiri Sendiri, tiada Tuhan selain Engkau Maha Suci Engkau dari segala sifat kekurangan dan cela, aku adalah orang yang menzalimi diri sendiri, maka Kami kabulkan dan menyelamatkannya dari kesusahan sebagaimana Kami menyelamatkan orang-orang mukmin; Tiada Tuhan selain Dia jua disembah, padaMu aku bertawakkal. Dia lah Tuhan yang menguasai ‘Arasy yang Agung.

Allah yang mencukupkan segala keperluan. Dia sebaik-baik Pelindung, semulia-mulia Penolong. Tiada daya dan kekuatan melainkan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka. Semoga Allah sentiasa mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya yang paling mulia, cahaya ‘ArasyNya’ penghulu kami, nabi kami dan pemberi syafaat kepada kami iaitu Nabi Muhammad SAW, seluruh keluarganya dan para sekalian sahabatnya. Dengan rahmatMu wahai yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amin, amin, wahai Rabb sekalian alam.

Kredit kepada :http://dharmakesuma.blogspot.de/2012/11/doa-akasyah.html
dan untuk Bahasa Arab: http://dharmakesuma.blogspot.de/2012/11/doa-akasyah.html 


Keep praying until end of time dear..


Cheers,
Zia Anis


Wednesday, April 9, 2014

The Best Qari...Syahdu...


Assalamualaikum and Hai,

Its been a week maybe I don't post any entree..
Thus,this post I will share with you my preferences of the best Qari in the world.

1. Qari Yousef Edghouch.
He is from Morocco, but now in USA...worked as a teacher and quran reciter. He is young and have a beautiful voice.
See this:
https://www.youtube.com/watch?v=TUkI6bvWA64

2. Qari Taha Al Junaid
He is from Kuwait, young and have very soft and beautiful voice ever.
See this

https://www.youtube.com/watch?v=EspKLo8u0HM

3. Qari Sheikh Mishary Al Rashid...
Beautiful voice. You can buy his CD of quran recitation in local bookstores (Malaysia).

See this: https://www.youtube.com/watch?v=SQmbq_YXp8s

4. Almarhum Sheikh Abdul Basit Abd. Samad
The legendary qari from Mesir/Egypt. He have a good voice, impression and expression of voice and face while reciting quran. Very nice....

See this: https://www.youtube.com/watch?v=0xqLVdt_HpI

5. Qari Fatih Sefaragic
The young ustaz born in Germany, but stay in USA. And his parent originally from Bosnia. He even visited Malaysia last year for a talk and quran recitation events.
See this: https://www.youtube.com/watch?v=PENAUTBwUYI


I'm really fall in love while listening to their recitations....very heart trembling and relieved.

So keep listening to them over and over again until we can remember the words...Keep this youtube on while you cooking, preparing the kids to school and etc. Macam kita dengar lagu..tak tengok lirik pon dah boleh nyanyikan....

Teringat masa kecik bangun pagi bersiap nak ke sekolah on radio setiap hari ada tazkirah Ustaz Dato' Mat Daud Che Ngah....memang memori yang indah..(siapa ingat???)

Cheers,
Zia ANis

Saturday, March 29, 2014

Homemade Nasi Lemak

Assalamualaikum and Hai,

Nasi Lemak is really famous...even people outside Malaysia also knew about Nasi Lemak.

I will share the recipe later..so enjoy the photos



Cheers,
Zia Anis

Step by Step: Homemade Burger

Assalamualaikum and Hi,

Today i will share with you the recipe and the step by step to make Homemade Burger.

The ingredients:

For patties:
300 grams of minced meat
All spices (peppers, blackpepper, oregano, paprika, basilikum dan serbuk bawang putih)
Salt
A teaspoon of flour

Mix together and put aside for an hour. Make a small size of patties... Then fried them both side until golden brown and cooked. Then place some fresh cheese on the patty..and put them on our ready bread.



Caremelize Onion
1 yellow onion, cut in small slice and fried with oil until golden brown.

Burger Bread
Put some butter on each side and let them "hot" on the pan...same pan we used for caramelize onion.

Vegetables
Slices of cucumber
Lettuce
Tomatoes

Then assemble all of them..until they come out as Burger....


Bon Apetite

Cheers,
Zia Anis

Thursday, March 27, 2014

Tempat Makan Best Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos kali ini saya akan berkongsi mengenai tempat makan best di Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur. Ini adalah berdasarkan penilaian saya sendiri...tanpa dipengaruhi sesiapa...semuanya  saya try, cuba, test...dulu..dan baru rekemen pada rakan, taulan dan saudara.
Oklah kita mulakan di Shah Alam dahulu.

1) Restoran Ani Sup Utara Seksyen 7 atau di Plaza Alam Sentral
Saya suka sangat makan nasi sup..set...iaitu yang dihidangkan nasi putih, beserta sup pilihan anda samaada sup ayam, sup tulang, sup daging, sup perut dan lain-lain. dan juga kombinasi timun yang dihiris, sebelah telur asin, dan cukup sambal cili yang sangat terbaik..hanya di Ani Sup sahaja ada sambal macam ni..memang unik dan nampak authentic...Harga juga amat berpatutan..nak cepat bolehlah kesana..kerana servis cepat  dan nak bungkus pon boleh.

Set nasi sup_image google

2) Restoran Ayam Kampung Seksyen 7
Restoran ni memang dekat jer ngan rumah saya...selalu sangat pergi, rasanya pekedai dan pekerja pun dah kenal saya..hehhe. Ayah saya pon suka makan kat sini. Pagi kebanyakkan menu adalah menu sarapan Kelantan..daripada nasi berlauk dan juga nasi kerabu biru. Dan tengahari banyak menu Kelantan dan signature menu adalah ayam kampung goreng. Ianya rangup dan fresh. Disini juga ada berbagai ikan bakar, ayam bakar, ayam percik, dan juga sambal cili, sambal belacan dan juga budu serta ulam-ulaman segar. Harga juga berpatutan tapi standard harga KL...Shah Alam.

3) Restoran Zai Seksyen 7
Nasi ayam Zai memang sedap..Hanya RM4.50 sepinggan/sebungkus. Selain itu ada juga menu lain...

4) D One Steak Seksyen 7
Untuk makanan barat, ini adalah restoran kegemaran saya..jike teringin pukul 10 malam pon saya pi lagi....Harga agak berbaloi dan sedap.

Terima kasih tuan punya foto ya...

5) Khulafa Bistro Seksyen 7
Roti canai sedap..teh ais terbaik....Servis cepat dan kedai bersih.

6) Restoran Nasi Arab Seksyen 7 (Depan Unisel @ di Giant Seksyen 7)
Nasi Arab sedap dan harga berpatutan..kena makan waktu sangat lapar..baru terasa nikmat....

7) Restoran Putera Ayu
Ini restoran yang pernah dikunjungi JJCM TV3....Jus mangga memang terbaik...Menu tomyam atau Thai..sedap....tapi amat berbaloi ambil set...sebab lebih murah dan jimat. Terletak di Jalan ke Padang Jawa dekat Alam Avenue.

8) Restoran Ikan Bakar Seksyen 6
Ikan bakar fresh..sambal sedap...dan sos juga amat sedap. Time lunch memang penuh terutama students.

9) Restoran TTDI Jaya Shah Alam
Menu memang banyak...beratus-ratus menu makan tengahari..termasuk bubur..Memang rambang mata nak pilih yang mana satu. .Sedap..tapi harga standard... Landmark berdekatan pusat servis kereta Honda TTDI Jaya.

10) Restoran Hatini Seksyen 10 Shah Alam
Menu kelantan pure...Harga standard...

11) Restoran Soto Seksyen 8
Sotonya sangat sedap...bergedil pon sedap. JJCM recommended.

12) Pak Li Kopitiam
The only kopitiam yang saya suka...terutamanya set roti bakar..memang sangat sedap dan juga nasi lemaknya memang power. Tu sebab sentiasa penuh kopitiam ini..memang tak menang tangan..Oh ya pemiliknya cina. Harga standard...kalau seorang dalam RM10++ oklah kan.

                                          Nasi Lemak Rendang dan Ipoh Iced Coffee Pak Li

13. Restoran Temerloh, Seksyen 15 Shah Alam
IKan patin paling menawan...RM10sekeping..nak tempah pon boleh...bulan 12 haritu abang ipar saya tempah 40 keping ikan patin tempoyak...untuk tahlil di surau....Landmark dekat Public Bank Seksyen 15.

14. ABC Fradoo
ABC paling sedap dan memang berbaloi harganya...ada klasik dan ber ice cream. Terletak di medan makan seksyen 2, Shah Alam.
                                     Credit: misscha-cecite.blogspot.com

15. Nasi Lemak Ceria @ Restoran Ceria
Terletak di sekyen 2/3 Shah ALam...landmarknya dekat wisma Mais...hidangan nasi lemak, cakoi nya memang sedap dan terbaik....terutama sambal bilisnya. Harga standard dan boleh dikira berbaloi juga.

16. Mee ketam dan mee bandung seksyen 7
Dua kedai yang berbeza tetapi bersebelahan. Kalau teringin mee ketam bolehlah singgah di restoran mereka ini yang terletak berdekatan dengan unisel. Mee ketam yang sangat sedap...dan kuah pekat...dan ada aksesori seekor ketam. Harga standard...servis ok.

image google-terima kasih tuan blog


17. Rojak Pasembor sekyen 9.
Ini adalah rojak yang paling sedap pernah saya rasa dan keasliannya masih terserlah. Harga RM3.50 sebungkus..kuah pekat dan secukup rasa. Terletak dikawasan letak kereta di Seksyen 9 , shah alam..iaitu di kawasan restoran cili merah....(jika tidak silap). Mereka menjual di atas van dan diletakkan beberapa kerusi...ada juga air batu cendol.

image google-terima kasih tuan blog


18. Laksa Kedah/Penang Seksyen 7
Mereka menjual menggunakan van. Laksanya sedap dan kuahnya pekat..rasa ikan. Harga berbaloi...boleh bungkus atau makan cepat-cepat di kerusi yang disediakan. Landmarknya ialah berdekatan bangunan Worldwide Holding seksyen 7 Shah Alam.

image google-terima kasih tuan blog


19. Air batu cendol Mamak Seksyen 18, Shah Alam.
Sebelum ini mamak ini menjual di atas motor 3 tayar..sekarang sudah punya gerai sendiri berhampiran CIMB Seksyen 18, Shah Alam. air batu cendol sangat sedap dan lemak santannya memang terasa. Harga berbaloi.

image google-terima kasih tuan blog
20. Update
Ketika pulang beraya di Malaysia last julai, saya diperkenalkan oleh abang saya dengan nasi Kak Wok JJ yang terletak di TTDI Jaya Shah ALam dan ianya tidak jauh dari Masjid Al-Iltisam. Nasi ni memang sedap, sambal sedap..ayam goreng dipotong kecil2 dan digoreng rangup. pendek kata semua sedap...dan lagi satu Teh Ais nya sangat power.

Image google..terima kasih tuan blog.

Klang

1) Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan
Memang terbaik...sejak 17 tahun lalu, memang saya selalu ke sini untuk open table famili reunion..menu memang tidak berubah sejak dulu rasanya..sedap...Anda boleh pilih makanan laut yang suka..ditimbang dan dipilih cara nak masak...masak tom yam, tiga rasa, sweet sour dan lain-lain. Manakala sayur atau side dish kena order semasa anda di meja..servis cepat harga standard.

Kuala Lumpur

1) Restoran Rozita Pantai Dalam
Terbaik..sedap dan fresh....Menu makanan adalah pelbagai tetapi lebih kepada menu Kelantan. Malahan kalau yang teringin nak makan tapai goreng kat sini ada jual..rasa macam tape goreng di Kelantan. Landmarknya ialah berdekatan stesen Komuter Pantai Dalam...

2) Ayam Bakar 5 Bintang Kg. Kerinchi
Sedap dan harga berbaloi..RM19 Seekor ayam..Ayamnya dibakar segar. Memang sangat 5 bintang....
image google-terima kasih tuan blog

Oklah..itu sahaja.

Cheers,
Zia Anis
*tak pandai makan di restoran mewah....tapi suka tengok rancangan memasak di AFC dan you tube.


Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...