Thursday, May 22, 2014

Tempat Makan Best di Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos mengenai Tempat Makan Best di Shah Alam, Klang dan KL mendapat sambutan menggalakan. Jadi kali ini saya akan memberikan pandangan mengenai Tempat Makan Best di Kelantan.

Nasi Ulam Cikgu
Nasi ulam ala kelantan dan menunya tidak banyak dan macam lauk nasi tengahari dirumah. Menunya ialah ikan keli goreng rangup, ayam goreng rangup (belah 4), sayur masak putih, ikan keli masak kuning, segala jenis ulam segar, budu asli dan juga sambal belacan serta tempoyak. Memang sangat sedap dan harga berbaloi. Lokasi di istana lama..berdekatan Bazar Tengku Anis, Kota Bharu.

Sate Baung
Sate rasa Kelantan..yang berlainan sedikit rasa sate dan kuahnya berbanding sate di tempat lain. Lokasi di sekitar Baung, jalan ke Airport Pengkalan Chepa. Harga secucuk sate bermula dari RM0.70 atau RM0.80. Memang sedap...terutama di musim perayaan memang tak menang tangan si pengusaha sate di kawasan ini.

Nasi kerabu Ketereh/Kadok
Ada beberapa warung yang terletak di jalan utama Ketereh Kadok iaitu di antara jalan ke Kota Bharu- Kuala Krai yang menjual nasi kerabu. Nasi kerabu dengan pelbagai jenis lauk dan yang spesial sebab ada daging dan ayam bakar on the spot...memang sedap..dan dari jauh dah boleh bau daging dan ayam dibakar. Warung ini dibuka awal pagi...untuk santapan sarapan pagi masyarakat tempatan disini. Harga memang berbaloi...



Nasi Berlauk pagi Kubang Kerian
Ini adalah warung sarapan pagi kegemaran saya. Terletak di jalan Guchil Bayam atau landmark dekat Kelantan Spray dan berhadapan Radicare (workshop). Terdapat nasi berlauk ikan aye, nasi berlauk ayam gulai, nasi dagang, nasi kerabu dan pelbagai kuih-muih Kelantan. Harga berbaloi..rasa sangat sedap.

Laksa Maheran
Kedai laksa ini terletak di Pasar SIti Khadijah, tingkat 1. Boleh pilih nak bungkus untuk makan seorang ataupun bungkus secara kilo berserta ulam, sambal dan kuah laksa. Ada juga laksam. Rasa sangat sedap dan kuah pekat. Sekarang mereka membuka cawangan berhampiran Tesco Kota Bharu.

Colek PCB
Colek atau fishball, crabball dan lain boleh didapati dengan banyaknya di PCB. Ada air nyor segar dan juga kelapa jelly. Ada juga seafood celup tepung. Harga ok...

Kuih Muih @ Pasar Siti Khadijah
Ini sangat heaven. Saya suka kuih badak....memang sedap. Kat sini pelbagai kuih-muih seperti akok, kuih cara, cek mek molek, sardin gulung, lompat tikam, kuih katon dan lain-lain kuih autentik yang sedap dan murah...

Nasi Kukus
Banyak warung atau gerai yang menjual nasi kukus boleh cuba Nasi Kukus Suriani dekat dengan Hospital K.B atau Nasi Kukus Zaeman dekat dengan Pasar Siti Khadijah. Ianya adalah nasi yang dikukus dan dihidangkan bersama ayam goreng berempah, sambal belacan, sehiris timun dan juga kuah kari. Memang sangat sedap.

Roti Canai Melayu
Restorannya terletak dengan simpang empat Kubang Kerian dan berhampiran Pasaraya BIlal. Memang rasa roti canai melayu dan dihidangkan bersama kuah kari. Harga ok.

Ajihs Nasi Lemak
Pelbagai pilihan lauk untuk nasi lemak. Sedap dan harga ok.

Itu sahaja ..ada tambahan saya update lagi.

Cheers,
Zia ANis


No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...