Assalamualaikum dan salam sejahtera
Doa Keselamatan Dari Abu Darda’
Doa mengelak dan menghindar dari kebakaran yang biasa diwiridkan oleh Abi Darda’ adalah:
.
.
Kelebihan & Khasiat Doa Abu Darda’
Khasiat doa ini adalah ia mampu mengelakkan kecelakaan terutama kebakaran
yang datang tanpa disangka kepada kita sama ada siang atau malam.
Bacalah doa ini setiap kali selesai solat Subuh dan solat Maghrib.
Apabila dibacakan selepas solat Subuh, Insya’Allah akan diselamatkan
dari kecelakaan sehingga tiba Maghrib dan jika dibaca selepas solat
Maghrib Insya’Allah diselamatkan sehingga waktu Subuh keesokan harinya.
Menurut
riwayat dari Thalaq bin Habib dan dari riwayat at-Tabaraniy dalam Kitab
al-Du’a dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa seseorang sahabat
pernah menemui dan memberitahu Abu Darda` r.a bahawa kebakaran sedang
berlaku pada kawasan rumahnya dengan berkata, “Wahai Abu Ad-Darda’, rumahmu terbakar!”
Mendengar
berita itu, dengan penuh yakin Abu Darda menafikannya. Kemudian datang
lagi seorang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah
orang yang ketiga tetapi tetap dinafikannya.
Diriwayatkan dari Thalaq bin Habib, Abu Darda’ menjawab, “Rumahku tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan itu. Kerana kudengar dari Rasulullah ﷺ, “Sesiapa
yang membaca kalimah (doa) di pagi hari, maka ia tidak akan ditimpa
musibah hingga petang. Dan sesiapa membacanya di petang hari, maka ia
tidak akan tertimpa musibah hingga pagi.”
Dalam riwayat at-Tabaraniy pula, Abu Darda r.a telah menjelaskan bahawa dia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa
yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia
tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa
diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya.”
Kemudian
datanglah orang yang ke empat memberitahu bahawa apabila api yang marak
itu menghampiri rumah Abu Darda’, ia telah terpadam dengan sendirinya.
Dan selepas mereka tiba di sana, ternyata di kawasan itu memang terjadi
kebakaran, tetapi rumah Abu Darda’ terselamat.
.
.
Yakin
Yakinilah
doa di atas sangat bermanafat untuk kita semua dan dapatlah kiranya
diwiridkan doa ini pada waktu pagi dan petang, Insya’Allah keluarga kita
boleh dihindar daripada musibah kebakaran yang tidak kita inginkan. Semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah سبحانه وتعالى dan hanya dengan izinNya sahajalah yang dapat menghindarkan segala musibah daripada menimpa kita.
.
Dari Abu Musa al-Asy’ari ra, katanya: “Ada rumah yang terbakar di Madinah mengenai keluarga dalam rumah itu di waktu malam. Setelah Rasulullah ﷺ diberitahu akan hal ehwal mereka yang rumahnya terbakar tadi, lalu Baginda ﷺ bersabda:“Sesungguhnya api itu adalah musuh kamu semua, maka dari itu jika kamu semua hendak tidur, padamkanlah api itu dahulu.” (Muttafaq ‘alaih)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Kredit kepada: http://shafiqolbu.wordpress.com
*semoga kita dapat print doa tersebut....dan hafal anak beranak kita..untuk keselamatan tempat tinggal kita semua..
Cheers,
Zia ANis
.
No comments:
Post a Comment