Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada cuti easter yang lalu, saya telah berkesempatan menjelajah ke negara Belanda...dan dikenali juga sebagai Holland pada masyarakat tempatan..dan juga sebagai The Netherland oleh masyarakat antarabangsa...atau the oranje...sebab oren warna kebangsaan meraka...
17/4/2014
Perjalanan bermula 4.00 Pagi..saya menaiki train awal pagi ke Mainz-Dusseldorf-Venlo-Reormond.
Reormond ini adalah outlet di Holland yang terletak di sempadanan Holland-German...kat sini ada pelbagai brand mewah dan tak mewah seperti Prada, Micheal Kors, Guess, Adidas, Nike dll...tapi kami banyak habiskan masa di Prada.. kawan saya yang 3 tu nak beli Prada handbag...setelah merobekkan kocek masing2...kami berangkat menaiki train ke AMsterdam Central iaitu perjalanan mengambil masa sejam lebih...dan dari sini terkial mencari bas ke Volendam...
Tiba tersangatlah lewat di Volendam.sampai tuan punya hotel sedikit angin sebba kami tiba untuk check in 12 tghmalam..huhu..nasib baik alhamdulilah hotel /motel ini cantik dan bersih...kami berlima..so ambik 2 bilik...
18/4/2014
Volendam
adalah sebuah kawasan peranginan di tepi pantai dan macam perkampungan/perbandaran nelayan.....tapi sayang pantai tak boleh mandi..dan tak nampak plak pokok kelapa..yang ada hanyalah kapal kapal persendirian..dan deretan restoran restoran serta kedai cenderamata...kat sini cenderamata murah berbanding harga di AMsterdam city...memang berbaloi..
Seharian jugalah kami disini..sempat ke Musuem Cheese, kedai cenderamata dan juga breakfast dan makan tengahari disini..tapi makanan kat sini sedikit mahal berbanding di Jerman mahupun di spain...
Selepas itu kami menaiki bas untuk ke Zaandam..sebba kami booked hotel IBIS di sana untuk 3 malam berikutnya..so bye bye Volendam...
Tiba di HOtel dan check in..kami solat dan keluar ke AMsterdam City...naik bus 392...
Dan berjalanlah kami dilautan manusia di jalan utama di amsterdam tersebut..memang ramai sangat orang..dan janagn terkejut..sebba manusia, basikal, tram, kereta dan lain lain bersimpang siur di jalan yang sama...tapi xnampak plak any accdents..sebb dah menjadi kebiasaan mereka kan....everything dah alah tegal biasa...
Kat sini juga dipenuhi kedai cenderamata, kedai cheese, dan adults shops..memang adults sesangat....penuh objek anatomi pembiakan manusia yang dijadikan replika pelbagai barangan seperti mug, baju, salt and pepper canister...dll...memang huhuhuhuh...melihatnya...
Yang best anda boleh cuba cheese...sedap dan pelbagai perisa...
Dan di sini ada banyak restoran halal...senang je nak cari...memang tertera perkataan Halal..ada indian, indonesian, malaysian...Dan juga kedai steak halal....so pada malam tersebut kami makan di Indian Restaurant.
cheese dalam pelbagai perisa dan rasa...dan "umur". Makin berusia makin mahal...
19/4/2014
Zaandam Schaan.
Disinilah terdapat pelbagai kincir angin lama..dan masih digunakan sehingga sekarang..dan digunakan untuk memecahkan atau menggiling minyak kacang, memotong balak..dan lain lain...dan disini juga terdapat ruang pameran kasut atau terompah kayu..dan disetiap jam ada demo menghasilkan terompah...unik dan menarik...
Dan disini juga ada museum cheese...boleh rasa dan makan sampai puas...hehhehe..harga pon berbaloi...
Disini masuk free. Tapi toilet kene bayar 50sen euro.
Menyusuri sungai dan menikmati pemandangan indah rumah bersambungan dengan sungai..
Setelah menghabiskan hampir 5 jam disini kami kembali ke hotel dan kembali ke AMsterdam city...dan mencari Hard Rock Cafe dan menikmati makan malam di Halal Steak...Maximus...yang terletak di sebelah HRC jer...memang ramai orang..dan servis pon ok..harga Euro 20.00 sepinggan...
20/4/2014
Kami ke Kuekenhof...(LIhat entree Kuekenhof)
21/4/2014
Kami bersiap balik..kerana train saya 10.30 pagi DARI Amsterdam-Dusseldorf-Saarbruecken (meinfernbus)...
Si pengembara itu...
Kesimpulan:
-Transport agak mahal..sebab ada zon....
-Makanan banyak variety...halal pon banyak
-Bandar di mana seks adalah simbol utama
-public transport ok....dan sennag didapati..
-Ramai pelancong asing....
-Euro matawangnya
-Tiket bas boleh dibeli daripada pemandu..manakala utk zon lain kene beli di zon lain-lain..
Oklah itu sahaja..catatan perjalanan saya ke Holland..
Cheers,
Zia ANis
Nak ikotttt....
ReplyDelete