Wednesday, May 7, 2014

Kuekenhof, Holland 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sudah lama rasanya tiada entree terbaru...ini disebabkan kekangan masa dek kerana melyan tetamu datang ke rumah dan juga perasan sibuk membuat research...saya suka bila saya sibuk..ini bermakna saya ada kerja nak dibuat..kalau tak der kerja..jadi malas dan lemau..itu yang nak tidor sampai lebam...

Oklah entree kali ini saya akan berkongsi kisah dan travellog ke Pesta Tahunan Tulip terbesar di dunia iaitu Kuekenhof di Holland iaitu pada 19 April yang lalu...kami berlima keluar dari HOtel IBis pada jam 9.00 pagi dan menaiki bas 391 terus ke Amsterdam Central...dan didepan stesen keretapi ini terdapat beberapa kiosk yang menjual tiket bas+tiket entry ke Kuekenhof yang berharga Euro28 pergi balik..dan ianya bermula dari AIrport Schipol..so kena lah beli tiket ke Schipol plak...dari Amsterdam Central ke SChipol dalam 20 minit....dan kami beratur panjang untuk menaiki bas kesana...dan disebabkan cuaca elok...jalan jem..so driver bas gunakan jalan jauh nak ke KUekenhof so sejam lebih baru sampai..dah la kene berdiri...huhuhu.....tapi balik guna jalan short cut..kejap je dh smpai...

Dan tibalah kami di Kuekenhof..punyalah ramai manusia..berpuluh ribu..yang datang dari seluruh pelusuk dunia hanya nak tengok tulip..bayangkan di dunia manusia mengagumi bunga sebegitu...nantikan bunga di syurga pasti lebih menarik dan cantik bukan....

Jadi disebabkan keletihan..kami bercadang sewa basikal..sebb macam menarik dan lebih exciting..so beraturlah lagi..sejam sebb banyak basikal dah disewa..so kene tunggu orang return the bicycle back...so kami bayar euro10..untuk sebuah basikal yang kiut...selepas adjust ketinggian planar basikal dan ketatkan beg pada tempat duduk belakang..maka berkayuh lah kami sekeliling Kuekenhof...sambl mengambil gambar dan stop di beberapa tempat....
 

Inilah gambarnya...Selamat Berhibur...






Finally, my signature photo:
                                   

Fakta Mengenai Kuekenhof:
1) banyak field dan taman..
2) boleh berjalan kaki atau sewa basikal
3) tandas terletak di luar taman..
4) dilarang pijak rumput..tapi xder orang jaga..so pandai2 lah
5) pemandangan memang sangat cantik
6) lepas jam 5 semua taman2 kecil tutup..
7)taman besar juga ditutup selepas jam 7...

Oklah selamat Berlibur dan berjalan jalan.

Cheers,
Zia Anis

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...