Thursday, June 16, 2016

Resepi Puteri Ayu

Assalamualaikum
Hari ni saya nak kongsi dan save resepi untuk rujukan saya di masa depan. Dah lama nak buat sendiri....dan akhirnya terlaksana, alhamdulillah...saya gunakan pengukus yang saya bawak khas dari pengkalan kubur ke Germany..gigih x? hehhehe

Mudah cuma renyah skit...especially kalau acuan x banyak...

Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telor
1 1/2 cawan santan ( saya gunakan satu kotak santan segera)
1 sudu makan ovelette
1 sudu teh pewarna hijau

sedikit garam
 

Inti kelapa
1 biji kelapa parut putih sahaja (saya gunakan kelapa kering dan dikukus sekejap bersama sedikit air)
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepung gandum



Cara-cara membuatnya:
Ayak tepung,  ketepikan.
Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselang seli dengan santan sehingga habis.
Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan.
Kukus selama 10-19 minit atau sehingga masak. Saya balut sekeliling penutup pengukus dengan kitchen towel atau napkin supaya wap x keluar, lagi cepat proses masak.

Puteri ayu sedang dikukus


 Not bad for first trial...rasa pun sedap.

Selamat mencuba

Cheers,
ZIa Anis

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...