Assalamualaikum,
Disebabkan tahun ini saya beraya di perantauan, jadi jom kita lihat Juadah Raya Orang Kelantan...so orang yang nak kawen orang Kelantan atau nak berkunjung ke rumah orang Kelantan sempena raya boleh jangka apa yang akan dihidangkan...
Menu Popular
1) Kat mana-mana rumah ni menu paling popular...sebab sedap, senang nak masak iaitu Nasi Kerabu.
Ada macam-macam jenis lauk contohnya:
-Daging bakar
-Ayam Bakar
-Daging Goreng Kunyit Kelantan
-Ayam goreng
-Telur masin
-Keropok keping
-Solok Lada
-Bawang Putih jeruk
-Budu
-Ulaman (daun serai pokok itu wajib)
-Sambal kelapa
-Sambal cili
-Tumis budu
Ya Allah nyakut molek
2) Nasi dagang, menu no 2 popular...sebab lebih renyah nak buat dan kena kukus nasinya
Lauknya:
-Ayam gulai
-Gulai telur
-Gulai ikan tongkol
-Gulai udang
-Sambal kelapa
-Acar mentah timun carrot
-Sambal cili
3) Ketupat daun palas yang dimakan bersama nise nira kelapa ataupun nise kerek. Ada pelbagai inti dan rasa iaitu ketupat manis, ketupat tawar, ketupat isi kacang merah, serunding ayam atau daging.
4) Tape (Tapai) Pulut samaada yang dibungkus dengan daun getah atau daun pisang..saya tak makan tape tapi selalu jadi tukang bungkus tape daun getah.
Dan tak dilupakan menu-menu lain...tapi yang ini paling lejen...
Cheers
Zia ANis
*kredit kepada pemilik gambar2 diatas.
~Zia Anis~ “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.” Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati
Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog. Sepertimana tajuk di...
-
Assalamulaikum dan Hai, Last 3 weeks, external hard disk saya tidak dapat di detect oleh laptop..mulalah panik sebab banyak data dalam tu.....
-
Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog. Sepertimana tajuk di...
No comments:
Post a Comment