Friday, June 17, 2016

100 hari pemergianmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini 12 Ramadhan, genap 100 hari pemergian abang kandung saya (anak ke-5). Beliau menghembuskan nafas terakhir pada March lalu pada usia 37 tahun disebabkan denggi berdarah dan dikesan kurang daripada 24 jam dan meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki kecil berusia 4 dan 1 tahun setengah.....sedih dan kerinduan yang menggunung..tetapi saya selalu cakap pada hati dan diri sendiri, bahawa setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan cukuplah kematian menginsafkan yang hidup. Dan apa yang kita ada, miliki hanyalah pinjaman semata...kita tak punya apa..Allah punya segalanya.

Sudilah kiranya teman pembaca, bersedekah Alfatihah kepada arwah abang saya. Terima kasih saya ucapkan. Moga kita semua mendapat rahmat Allah.



Banyak kenangan manis..tapi semua hanya kenangan.

Moga Jannah tertinggi disediakan buatmu.

Zia Anis
12 Ramadhan
Saarbruecken
Germany.



No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...