Assalamualaikum dan salam
sejahtera,
Rasanya sudah banyak pos mengenai
jalan jalan ke luar Negara, dan pos kali ini saya membawa anda nun jauh ke
Kelantan…Kalau naik kenderaan seperti bas, kereta memakan masa 8 jam daripada
Kuala Lumpur, tapi hanya 45minit sahaja menggunakan pesawat Mas, Air Asia atau
Firefly. Banyak orang mengaitkan Kelantan dengan makanan yang pelik, manis dan
“sedap/best”. Ya, memang kebanyakan makanan orang Kelantan pelik, manis dan
sedap (mengikut selera saya). Mungkin ini dipengaruhi oleh factor kedudukannya
yang berjiran dengan Thailand…dan juga factor kekreatifan orang Kelantan.
Kuih Muih
Kalau ke Kelantan dan tak singgah
di Pasar Siti Khadijah memang tak sah. Dan saya setiap kali balik Kelantan
memang akan ke pasar ini. Sebabnya ingin membeli aneka kuih muih. Disini anda
boleh juga membeli pelbagai jenis kuih muih yang berbagai bentuk dan warna.
Kuih Badak, Kuih Lompat Tikam, Kuih Serabe (Serabai), Kuih Mulong (buah
Melaka), Tepong Boko (Talam Santan), Nekbat, Akok kedut (paling sedap), akak
pandan, ambon, mihun talam, pulut manis, pulut bakar, Kuih Katon, Buah Tanjong,
Tahi Itik, Pulut Seri Kaya, Cik Mek, aneka nasi bungkus dan lain-lain. Memang
rasa nak beli semua…huhu..dan harganya adalah bermula daripada 50sen hingga RM2
sahaja…tiada yang lebih daripada harga tersebut. Murah bukan? Dan peniaga nya
adalah semua wanita yang akan memulakan perniagaan seawal 8 pagi…jika dah
petang macam tu banyak kuih dah habis…
Laksa dan Laksam,
Laksa Kelantan mungkin sedikit
berbeza dengan laksa negeri lain…iaitu kuahnya pekat, bersantan, dan bahan
utama ikan selayang…dan ianya dimakan dengan laksa khas Kelantan..laksa
beras…Dan harga sekilo laksa Cuma RM2-RM3 sahaja. Ada kilang yang membuat laksa
dan laksam ini di Beris Bachok. Ianya dimakan dengan belacan, sedikit garam,
dan ulam-ulaman seperti bunga kantan, daun kesum, timun, kacang panjang dan
daun serai pokok (bukan serai lemongrass yer). Memang sedap menjilat jari dan
yang paling saya suka ialah Laksa Maheran Tingkat 1, Pasar Siti Khadijah. Dan
laksa ini juga dijadikan hidangan untuk kenduri menyambut menantu, kenduri
sambut YB,…dan lain-lain. Manakala
laksam pulak boleh juga dibuat sendiri selain dibeli, iaitu batter yang
dikukus, digulung, sejukkan dan dipotong menggunakan gunting..Memang
wallah..dan jangan tak tahu laksa dan laksam makanan orang Kelantan tak kira
untuk sarapan, minum petang atau makan malam.
Nasi kerabu
Sebut nasi kerabu siapa tak kenal
kan..semua kenal terutama rakyat Kelantan yang sebati dengan nasi kerabu sejak
kecil. Nasi kerabu juga boleh dimakan tak kira untuk sarapan, lunch atau
dinner…memang boleh masuk. Dan nasi kerabu ada pelbagai jenis iaitu nasi kerabu
tumis (biru atau kuning), nasi kerabu hitam (tanpa tumis, tapi warnanya biru)
dan nasi kerabu siam (banyak cili). Dan dikelantan sememangnya rakyatnya suka
makan nasik…nasik dan nasik…jesteru itu setiap 400 meter anda akan temui banyak
gerai menjual nasi bungkus untuk sarapan pagi…di pondok2 kecil atau gerai
kecil. Harga sebungkus nasi kerabu ialah bermula daripada RM1 hingga RM6 iaitu
yang pakej cukup seperti ayam goreng panas, solok lada sebiji, sebiji bawang
putih jeruk, kerepok goreng, dan bumbu pelengkapnya. Dan ianya dibungkus dengan
kertas berwarna perang tu, sebab bungkus dengan polisterin tak “kick”.
Nasi Berlauk
Di Kelantan juga anda akan
dihidangkan atau boleh membeli nasi berlauk pagi yang dijual di tepi jalan atau
di warung kopi. Nasi berlauk memang kegemaran saya…memang boleh menambah tau
terutama jika lauk ikan aye gulai lemak kuning..huhuhu…Selain itu ada juga lauk
lain seperti gulai ayam, gulai serati. Di sini juga terdapat nasi Kak Wok, Nasi
Tumpang dan Nasi Paku…jangan terkejut kerana nasik bungkus tidak disematkan
getah urat tapi disematkan paku….Ya…”real nail” yang buat rumah tu…
Nasi Kukus
Ni satu lagi nasi yang boleh
menghilang niat diet..nasi kukus ialah sejenis nasi menggunakan beras siam dan
dikukus..tidak ditanak yer..dan dihidangkan bersama ayam goreng berempah
panas-panas, kuah kari dan sambal belacan serta 2 hiris timun. Tadaa…memang
sedap. Banyak restoran nasi kukus yang terkenal di Kelantan seperti Nasi Kukus
Zeeman dan Nasi Kukus Rizal.
Nasi Ulam
Nasi kampong yang dihidangkan
bersama ikan singgang, ikan keli goreng, ikan keli gulai daun kesom, budu dan
pelbagai ulam-ulaman seperti pegaga, timun, selom, daun serai, terung rebus,
dan dll. Memang fuhh…sedap…Alhamdulilah.
Colek
Colek memang terkenal dan makin
menjadi-jadi di bulan Ramadhan..biasanya restoran atau warung yang menjual
colek akan dipenuhi warga masjid yang pulang terawih dan berlanjutan ke
pagi..atau sehingga colek habis…siapa cepat dia dapat. Colek ialah makanan
sepeti seafood yang digoreng dan dimakan bersama ayam bakar , sos cili dan
timun serta salad.
Rasanya itu sahaja…Melanconglah
di dalam Negara, semua ada disini…tapi ingat makan jangan berlebihan…
Cheers,
Zia Anis
Salam Tuan Tanah....
ReplyDeleteJust nak war-warkan...jika yang berminat untuk bercuti ke Kelantan..Hubungi kami. Kami ada menyediakan pakej2 yang menarik dan berbaloi...http://hzmarketing-bio.blogspot.com
salam en.hadi pakej ke pulau perhentian tu menarik sangat. insyaallah sy akan ke sana lps raya aidilfitri nanti. boleh dapat disksun ker ? hehehe.
Deletesalam en.hadi pakej ke pulau perhentian tu menarik sangat. insyaallah sy akan ke sana lps raya aidilfitri nanti. boleh dapat disksun ker ? hehehe.
Delete