Tuesday, February 26, 2013

Rawat Hati

Assalamualaikum,

Pos kali ini saya ini berkongsi mengenai merawat hati. Semoga hati kita terawat walaupun sedikit demi sedikit. Ini adalah perkongsian daripada Ustaz Dr. Zahazan.



Cara merawat hati ialah:

1) membaca alquran bersama tadabburnya. Khatam kan al-quran...tips 2 muka setiap kali solat untuk 5 hari seminggu atau 20hari sebulan....insyaAllah 3 bulan sudah khatam...

2) rajin bangkit qiyamullai...mengadulah masalah padaNya...ingatlah Allah Maha Mendengar!

3) Istifar 70x sehari atau 100x sehari..atau lebih

4) Makan secara besederhana dan banyakkan berpuasa sunat...

5) Duduk bersama dengan orang soleh...minta dia doakan kita...

p/s: Memang susah untuk buat...moga diberi hati yang kuat dan kukuh untuk lakukan semua itu.

Cheers,
Zia Anis

Wednesday, February 20, 2013

Ulasan Buku: Mengapa Rasululah Tidak Pernah Sakit

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya akan berkongsi mengenai buku Mengapa Rasululah Tidak Pernah Sakit yang menjadi "bestseller" dan amat menarik untuk dibaca karya Dr. Adi Hashman. Saya bagi 4.0/5 Bintang untuk buku ini...Ianya amat mudah untuk difahami dan banyak ilmu dan sunnah pemakanan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.


"Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit membincangkan perihal rahsia gaya hidup sihat Islami yang diamalkan oleh Rasulullah sepanjang kehidupan. Buku ini juga membicarakan secara terperinci, komponen pemeliharaan dan pemuliharaan kesihatan tubuh badan melalui pemakanan yang sihat, penjagaan rohani yang berkesan dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam melalui Quran dan hadis Rasulullah. Setiap individu mampu mempraktikkan panduan dan kaedah ini dengan mudah." daripada http://pts.com.my/buku/mengapa-rasulullah-tidak-pernah-sakit/

Selamat membaca.

Cheers,
Zia Anis

Thursday, February 14, 2013

Bila Diri Disayangi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Unik kan cinta Illahi..yang sememangnya tidak pernah bertepuk sebelah tangan...sentiasa berbalas dalam setiap keadaan...Cinta kepada manusia? Belum tentu...

“Apabila kita datang kepada-NYA dalam keadaan merangkak, DIA datang kepada kita seperti berjalan, apabila kita datang kepada Allah dalam keadaan berjalan, DIA datang kepada kita seperti berlari, apabila kita datang dekat kepada-NyA dalam keadaan berlari, DIA datang dekat kepada kita bagai sekilat dan sepantas cahaya... Ingatlah, ALLAH itu dekat, dan lebih dekat daripada urat leher kita.”


Tajuk/Lirik Lagu: Bila Diri Di Sayangi
Penyanyi: Ukays
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir
(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu
Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
(ulang korus)
keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
Indah sungguh lirik oleh Auntie Habsah Hassan..lama tak jumpa beliau...
Cheers,
Zia Anis

Perempuan Lalai Bercinta???

Assalamualaikum,
Ini adalah artikel copy and paste daripada Kereta Mayat yang saya edit mengikut kesesuaian bahasa...


( “Orang bercinta sebelum kahwin akan banyak membuat perkara "tidak betul", terutamanya orang  perempuan”)

Pepatah di atas apabila aku renung dan kaji, ternyata ada banyak kebenarannya, apatah lagi pepatah itu dipetik dari blogger terkenal iaitu Hamka keretamayat selaku pengarang buku Permata Yang Hilang versi sopan, eh?, adakah aku baru sahaja memetik pepatah aku sendiri?, kebenaran apakah ini? Sungguh perasan popular, adohai..

Sambung balik: Orang bercinta sebelum kahwin akan banyak membuat perkara sia-sia, terutamanya orang  perempuan. Aku setuju dengan statement ini, korang pulak bagaimana? Masih tak percaya bahawa cinta membuatkan manusia lalai terutama orang perempuan?

Baik, Cuba korang semak senarai x matang yang dibuat oleh orang bercinta sebelum kahwin dibawah:

1. Memegang Tangan Kekasih.

Orang perempuan bila bercinta, suka sangat Pakwe pimpin tangan, konon romantiklah tu, sikit sikit nak berpimpin, nak melitas jalan berpimpin, nak naik tangga berpimpin, nak lompat longkang berpimpin, eeee, geli aku sebab korang tu belum kahwin lagi, adalah lebih baik korang tolong pimpin babi melintas di jalan raya dari pimpin kekasih sebelum kahwin sebab walaupun babi haram, tak dosa pimpin si babi melintas jalan, mungkin boleh dapat pahala, tapi tolong awek melintas jalan, silap haribulan kena langgar lori, terus masuk neraka berpimpin tangan dengan firaun, Adohai..

Moral: Tengok Laki bini berjalan berpimpin tangan, nampak bijak dan romantik, tengok pakwe makwe berpimpin tangan, nampak seperti pegang babi!

2. Bagi Gambar Tak Tutup Aurat Kepada Kekasih

Jaga aurat dah bagus, tapi bila bercinta, boleh pulak awek bodoh kongsi gambar tak tutup aurat kat Pakwe, maka pakwe bodoh pun share gambar awek bodoh tak tutup aurat di Facebook, lepas tu pakat pakat ‘like’ dan ‘share’? Hampeh!

Ada pulak kongsi gambar separuh bogel, bila putus, terus jadi hamba kekasih sebab takut kena ugut gambar di sebarkan, sedih sungguh!

3. Membazir Duit Dan Masa Layan Kekasih.

Maksiat bagi orang paling lemah iman, mencegah dengan hati, tapi si pakwe makwe ni siap laburkan duit dan gembira dengan maksiat sebelum kahwin.  Rugi  sungguh hidup korang, mana pergi iman? Malas nak tulis panjang panjang, sendiri mau fikir!

Moral: Belanja bini, dapat pahala sedekah, belanja awek? Lebih baik belanja mak korang makan sedap sedap, adohai..

4. Merajuk Rajuk Dengan Kekasih

Aku paling angin orang belum berkahwin tapi dah merajuk rajuk macam dah kahwin, tak matang langung, orang perempuan ler ni!

Moral: Pujuk bini itu tanda matang, pujuk awek itu tanda bangang!
*siap ada lagu melayu yg mengada-ngada...pleaselah.

5. Panggil Kekasih Dengan PAPA-MAMA

Belum kahwin dah berpapa-mama, meriahnya hidup.., serius korang nampak bodoh dan tak matang.

Moral: Suara tu aurat, Laki bini berpapa-mama boleh pahala, pakwe makwe berpapa-mama mendapat bala!
*budak perempuan berumur 14tahun berpapa mama di wall FB...oh sedih!

6. Tengok Wayang Bersama Kekasih.

Kerana pakwe makwe tengok wayanglah yang membuatkan aku di tuduh berdosa oleh ketua usrah sebab menonton wayang filem yang aku minat  arahan Quentin Tarantino's di pawagam, celaka sungguh, apahal pulak korang buat maksiat dalam panggung wayang?, aku dapat dosa? Habis tu jika korang buat maksiat dalam LRT, aku berdosalah naik LRT, hampeh!

7. Membeli Hadiah Kepada Kekasih

Apa punya bangang, jika ada duit, tak payah beli hadiah untuk kekasih, membazir jer, simpanlah duit tu untuk kahwin.., adohai..

Moral: Kepada bini, jika Laki tiba tiba tak beli hadiah dalam tempoh yang lama, mungkin itu petanda Laki nak kahwin lagi satu. Woha!

8. Bergaduh Dengan Ibu Bapa Kekasih.

Belum kahwin dah bergaduh dengan bakal bapak mertua?, jahil sungguh! Malas nak ulas.

Moral: Laki bini bila bergaduh, boleh lari rumah mak mertua, pakwe makwe? Lari bunuh dirilah nampaknya, bangang!

9. Derhaka Pada Orang Tua

Ramai betul orang perempuan yang lebih mendengar kata kata Pakwe dari mak bapak, listen listen listen! Ikan jerung pun ada masalah, tapi mereka tak derhaka pada mak bapak mereka!

Moral: Bini wajib taat suami, mak bapaknya dah terlepas tanggung jawab selepas anak perempuan mereka berkahwin, simple.

10. Lari Dari Rumah

Apa kejadah belum kahwin dan lari ikut pakwe? Bila putus dengan pakwe nak balik beraya di mana? Cubalah pakai otak sikit, orang perempuan ler ni, otak singkat!

Moral: Lepas kahwin, jika bergaduh dengan laki, boleh guna ayat: “Hantarkan saya ke rumah orang tua saya”-Woha!

11. Cacah Muka Dengan Tatoo Nama Kekasih

Inilah perbuatan pakwe makwe paling bangang dalam sejarah peradaban manusia, Bodoh sungguh!

Moral: Tak payah nak bertatoo bagai, Jika dah kahwin, nama laki bini mungkin terukir dipintu suhrga, amin..

12. Berzina.

Mana rotan aku nak sebat 100 sebatan tiap sorang.

Moral: Pakwe makwe berzina Syatan tepuk tangan. Laki bini "bersama", syaitan menangis.
-Drama melayu yang terbaharu, memaparkan keasyikan/keseronokan cinta lepas terlanjur...huhuhu..tolonglah bangsaku bangkitlah!

13. Mengandung Anak Zina

Best ke belum kahwin dah mengandung? 

Moral: Mengandung lepas kahwin, adalah nikmat yang besar bagi perempuan. Jika kamu mahu mengerti.

14. Buang Anak Dalam Tong Sampah

Argghhh, malas aku nak ulas lagi akan betapa singkatnya akal tindakan orang yang bercinta sebelum kahwin, mereka memilih sedap sekejap, tapi seksa berpanjangan, itu belum cerita nasib dalam kubur dan dalam neraka, hampeh!

Mari sini semua adik adik sekalian, sebelum kahwin tak payah nak bercinta, buang masa jer.., kerja buang masa semua tu. Ketahuilah, cinta memerlukan tenaga dan pengorbanan, sedangkan tenaga dan pengorbanan sebelum berumah tangga adalah sia-sia, buang current jerr, dan akan menjejaskan prestasi otak. Mulalah exam tak lulus sebab angau bercinta. Hampeh!

Cuba tengok, abang keretamayat yang tak pernah ada awek waktu belajar. Bukan sebab beliau tak hensem (walaupun memang tak hensem) tapi waktu muda  beliau habiskan masa mengembara. Membaca  dan belajar sebanyak mungkin.

Bagaimana abang keretamayat boleh bertahan hidup waktu remaja tanpa cinta? Sebab abang keretamayat sudah ada gadis impian yang mempunyai seratus syarat, seperti muka cantik jelita macam artis yahudi, lokasi tahi lalat di tempat sekian sekian.., tinggi sekian sekian, lebar senyuman sekian sekian, yang mana selagi tak jumpa gadis macam ni, abang keretamayat tak akan bercinta, maka sibuklah abang keretamayat dengan belajar falsafah kehidupan, belajar ilmu dunia dan akhirat tanpa menoleh pada mana mana gadis sebab mereka tidak termasuk dalam 100 syarat wanita impian..

Tapi sebaik habis belajar, sebaik masuk alam pekerjaan, terus abang keretamayat buang 95 syarat wanita impian, lalu tinggal lah lima syarat sahaja, dan terus mengorat dengan niat berkahwin, lepas mengorat, tak lama lepas tu kahwin. (cerita detail kisah abang keretamayat mengorat dan berkahwin boleh rujuk buku Permata yang hilang kini dijumpai- pergh, sempat promote tu, hihihi)

Jadi waktu bujang, cuba habiskan masa membuat perkara yang tak boleh kongsi dengan bini, contohnya mengembara panjat gunung, pergi ke negara miskin macam india, duduk berjam jam membaca sejarah dunia di perpustakaan awam, memancing ikan sorang sorang dalam hutan, menonton 100 filem terbaik dunia yang bercorak berat, berdakwah masuk hutan jumpa orang asli, membaca kitab tafsir Al quran di masjid berjam jam, bergaul dengan ustaz ulamak dan sebagainya.., tempat peranginan seperti cameron higland, genting higland, unversal stadio, disneyland, pulau peranginan dan lain lain tempat romantik, tunggu lepas kahwin baru pergi dengan bini.

Ok, Lepas kahwin, barulah gunakan tenaga dan pengorbanan untuk bercinta dengan pasangan masing masing, nak bersetubuh puas puas, lepas kahwin, nak melancong puas puas, lepas kahwin,..

Tak payah abang keretamayat tulis panjang panjang bab lepas kahwin sebab tindakan laki bini lepas kahwin nampak bijak dan matang berbanding perbuatan pakwe makwe yang belum kahwin yang nampak x matang!

Terima kasih kereta mayat.

Cheers,
Zia Anis

Makanan “best” di Kelantan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Rasanya sudah banyak pos mengenai jalan jalan ke luar Negara, dan pos kali ini saya membawa anda nun jauh ke Kelantan…Kalau naik kenderaan seperti bas, kereta memakan masa 8 jam daripada Kuala Lumpur, tapi hanya 45minit sahaja menggunakan pesawat Mas, Air Asia atau Firefly. Banyak orang mengaitkan Kelantan dengan makanan yang pelik, manis dan “sedap/best”. Ya, memang kebanyakan makanan orang Kelantan pelik, manis dan sedap (mengikut selera saya). Mungkin ini dipengaruhi oleh factor kedudukannya yang berjiran dengan Thailand…dan juga factor kekreatifan orang Kelantan.

Kuih Muih
Kalau ke Kelantan dan tak singgah di Pasar Siti Khadijah memang tak sah. Dan saya setiap kali balik Kelantan memang akan ke pasar ini. Sebabnya ingin membeli aneka kuih muih. Disini anda boleh juga membeli pelbagai jenis kuih muih yang berbagai bentuk dan warna. Kuih Badak, Kuih Lompat Tikam, Kuih Serabe (Serabai), Kuih Mulong (buah Melaka), Tepong Boko (Talam Santan), Nekbat, Akok kedut (paling sedap), akak pandan, ambon, mihun talam, pulut manis, pulut bakar, Kuih Katon, Buah Tanjong, Tahi Itik, Pulut Seri Kaya, Cik Mek, aneka nasi bungkus dan lain-lain. Memang rasa nak beli semua…huhu..dan harganya adalah bermula daripada 50sen hingga RM2 sahaja…tiada yang lebih daripada harga tersebut. Murah bukan? Dan peniaga nya adalah semua wanita yang akan memulakan perniagaan seawal 8 pagi…jika dah petang macam tu banyak kuih dah habis…

Laksa dan Laksam,
Laksa Kelantan mungkin sedikit berbeza dengan laksa negeri lain…iaitu kuahnya pekat, bersantan, dan bahan utama ikan selayang…dan ianya dimakan dengan laksa khas Kelantan..laksa beras…Dan harga sekilo laksa Cuma RM2-RM3 sahaja. Ada kilang yang membuat laksa dan laksam ini di Beris Bachok. Ianya dimakan dengan belacan, sedikit garam, dan ulam-ulaman seperti bunga kantan, daun kesum, timun, kacang panjang dan daun serai pokok (bukan serai lemongrass yer). Memang sedap menjilat jari dan yang paling saya suka ialah Laksa Maheran Tingkat 1, Pasar Siti Khadijah. Dan laksa ini juga dijadikan hidangan untuk kenduri menyambut menantu, kenduri sambut YB,…dan lain-lain. Manakala  laksam pulak boleh juga dibuat sendiri selain dibeli, iaitu batter yang dikukus, digulung, sejukkan dan dipotong menggunakan gunting..Memang wallah..dan jangan tak tahu laksa dan laksam makanan orang Kelantan tak kira untuk sarapan, minum petang atau makan malam.

Nasi kerabu
Sebut nasi kerabu siapa tak kenal kan..semua kenal terutama rakyat Kelantan yang sebati dengan nasi kerabu sejak kecil. Nasi kerabu juga boleh dimakan tak kira untuk sarapan, lunch atau dinner…memang boleh masuk. Dan nasi kerabu ada pelbagai jenis iaitu nasi kerabu tumis (biru atau kuning), nasi kerabu hitam (tanpa tumis, tapi warnanya biru) dan nasi kerabu siam (banyak cili). Dan dikelantan sememangnya rakyatnya suka makan nasik…nasik dan nasik…jesteru itu setiap 400 meter anda akan temui banyak gerai menjual nasi bungkus untuk sarapan pagi…di pondok2 kecil atau gerai kecil. Harga sebungkus nasi kerabu ialah bermula daripada RM1 hingga RM6 iaitu yang pakej cukup seperti ayam goreng panas, solok lada sebiji, sebiji bawang putih jeruk, kerepok goreng, dan bumbu pelengkapnya. Dan ianya dibungkus dengan kertas berwarna perang tu, sebab bungkus dengan polisterin tak “kick”.

Nasi Berlauk
Di Kelantan juga anda akan dihidangkan atau boleh membeli nasi berlauk pagi yang dijual di tepi jalan atau di warung kopi. Nasi berlauk memang kegemaran saya…memang boleh menambah tau terutama jika lauk ikan aye gulai lemak kuning..huhuhu…Selain itu ada juga lauk lain seperti gulai ayam, gulai serati. Di sini juga terdapat nasi Kak Wok, Nasi Tumpang dan Nasi Paku…jangan terkejut kerana nasik bungkus tidak disematkan getah urat tapi disematkan paku….Ya…”real nail” yang buat rumah tu…

Nasi Kukus
Ni satu lagi nasi yang boleh menghilang niat diet..nasi kukus ialah sejenis nasi menggunakan beras siam dan dikukus..tidak ditanak yer..dan dihidangkan bersama ayam goreng berempah panas-panas, kuah kari dan sambal belacan serta 2 hiris timun. Tadaa…memang sedap. Banyak restoran nasi kukus yang terkenal di Kelantan seperti Nasi Kukus Zeeman dan Nasi Kukus Rizal.

Nasi Ulam
Nasi kampong yang dihidangkan bersama ikan singgang, ikan keli goreng, ikan keli gulai daun kesom, budu dan pelbagai ulam-ulaman seperti pegaga, timun, selom, daun serai, terung rebus, dan dll. Memang fuhh…sedap…Alhamdulilah.

Colek
Colek memang terkenal dan makin menjadi-jadi di bulan Ramadhan..biasanya restoran atau warung yang menjual colek akan dipenuhi warga masjid yang pulang terawih dan berlanjutan ke pagi..atau sehingga colek habis…siapa cepat dia dapat. Colek ialah makanan sepeti seafood yang digoreng dan dimakan bersama ayam bakar , sos cili dan timun serta salad.

Rasanya itu sahaja…Melanconglah di dalam Negara, semua ada disini…tapi ingat makan jangan berlebihan…




Cheers,
Zia Anis

Wednesday, February 13, 2013

Ada apa pada nama?


Assalamualaikum,
Ada apa pada nama? Semua orang dilahirkan di dunia ini ada nama sebenar, nama timangan dan nama manja. Sampaikan ada orang yang ada 4 hingga 5 nama sekaligus. Dan kadangkala jika namanya berpangkal dengan nama famili, dahulukala guna telefon rumah “Nak cakap dengan Nik boleh?”…jawab “Nik yang mana satu ek, dalam rumah ni ada 7 Nik”…Dan di kebanyakan tempat dan negeri ada yang menggunakan pangkal nama famili seperti nama Nik, Wan, Che, Tuan, Syed, Syarifah, Meor dan tak terkecuali yang bermula dengan Tengku, Engku dan lain-lain. Masih teringat cikgu Sains saya dahulu pernah beritahu suaminya berkenan padanya kerana nama beliau iaitu “Balkis”…cantik bukan.  Dan nama saya juga tidak terkecuali dalam golongan nama yang jarang didengar dan sukar disebut. Dan masa sekolah rendah jika guru memanggil nama setiap orang dalam kelas dan sampai suatu ketika beliau tergagap atau lambat menyebutnya, saya akan segera bangun dan rakan sekelas akan menyebut ramai-ramai nama saya sebagai bantuan kepada guru tersebut. Dan semasa saya mula mendaftarkan diri di Jerman ada seorang pensyarah jabatan ini menanyakan saya adakah nama panggilan saya itu nama sebenar saya atau hanya nama yang direka semata…
 Dan semua orang juga ada sejarah kenapa nama tersebut diberikan/dinamakan kepadanya. Contohnya seorang ibu yang semasa mengandun suka melihat cerita jepun lalu diberikan nama anaknya “Ishida”…(kisah benar)… Ada juga yang menukar nama panggilan disebabkan  tiada keserasian yang menyebabkan bayi tersebut menangis tanpa henti dan sebagainya, contohnya Roziah kepada Ayu (juga kisah benar). Kadangkala ada bapa yang menggunakan kuasa veto menamakan anak tersebut. Tapi ada juga yang menimbangkan idea isteri, ibubapa (atuk nenek) bayi tersebut sebelum nama didaftarakan di JPN (itu yang jadi 3 atau 4 perkataan tuh…).
Dan di Negara Eropah dan barat lain banyak jenama antarabangsa yang terkenal dan mewah menggunakan nama pengasas jenama tersebut seperti Calvin Klein, Loius Vutton, Christian Laboutin, Vera Wang, Ford dan banyak lagi. Tidak kurang juga pengasas tempatan yang tersohor di peringkat antarabangsa iaitu Dato’ Jimmy Choo, Zang Toi dan di arena tempatan seperti Rizalman Ibrahim, Hatta Dolmat, Melinda Looi, Nurita Harith, Rizman Ruzaini, Ramly dan banyak lagi. Agak-agaklah jika guna nama kita pada sebarang produk, boleh laku tak??? Hehhehehhe….

Gambar sekadar hiasan. Ehsan Google.

Fungsi nama bukan sekadar pengenalan kepada siapa kita, tapi kadangkala ia menggambarkan akhlak, tempat asal, bangsa dan agama kita. Oleh sebab itu, islam menganjurkan memberikan nama yang baik-baik dan indah serta mempunyai maksud yang baik juga. Terdapat 99 nama Allah (sertakan Abdul)…serta nama nabi, para sahabat dan nama insan mulia lain yang boleh dinamakan pada anak-anak kita. Walaubagaimanapun tidak semestinya dalam bahasa arab sahaja, boleh juga gunakan nama bahasa melayu seperti Bunga, Wangi, Budiman (ada ke?) yang mempunyai maksud menarik. Tetapi kadangkala  minda orang kita akan gelak atau sinis terhadap nama sebegini…Mari tukar “setting” minda kita..nama indah tidak seharusnya dalam bahasa arab…

Dan nama yang diberikan sudah cantik oleh ibubapa, tapi disingkatkan pula seperti Farhan menjadi Paan, Adam Mukhriz (Adam & Hawa…hehhe) jadi Am, Khadijah jadi Deja dan lain-lain lagi. Tapi pada pengamatan saya orang arab tidak menggunakan nama singkatan contohnya rakan-rakan seperjuangan saya yang suka nama mereka dipanggil dengan penuh seperti “Ahmad, Muhamad, Maryam, Zainab”…
Oleh itu rancanglah nama anak anda dengan sebaik mungkin agar akhlaknya sebaik namanya. Dengan nama orang jatuh cinta…

Cheers,
Zia Anis.

Tingkap Kereta Kena Pecah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada hari Jumaat yang lalu, pagi-pagi dah masuk mesej dalam Wassupdaripada my sister dan berbunyi begini " Tingkap kereta myvi aku kena pecah semalam"....Ya, kejadian berlaku di malam hari dan kereta tersebut dipark betul-betul depan rumah...sebab rumah teres, 2 buah parking kat dalam pagar dan satu lagi kena park diluar...(kereta saya pun menyibuk parking kat rumah my sister jugak)....dan kejadian tidak disedari sesiapa..dan barang yang hilang ialah 4 pasang kain pasang belum berjahit dan puluhan hanger yang baru dibeli...serta beg mekap yang ada bedak dan lipstik sahaja..alhamdulilah, semoga kejadian tersebut menjadi pengajaran. Takut juga ya, dengar pasal kejadian tersebut. Jadi lebih baik mencegah dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan...

Berikut adalah sebahagian panduan yang boleh diamalkan:
1.Memastikan kunci penghidup kenderaan tidak di tinggalkan.
2.Memastikan penggera kenderaan berfungsi dengan baik.
3.Mengunci stereng dan memastikan tingkap di tutup dengan rapat sebelum meninggalkan kereta.
4.Ambil semua barang berharga termasuk telefon bimbit dan laptop atau apa sahaja yang berharga walaupun berniat ingin simpan di bonet...
5.Penggunaan alat keselamatan mudah seperti pengunci stereng yang senang di lihat yang membantu menghalang kecurian. Beli yang padat dan kukuh.
6.Memasang kunci tambahan untuk stereng,gera,roda dan klac lebih baik.
7.Sentiasa letak kereta di tempat mudah di lihat dan pada waktu malam hendaklah di letak ditempat yang terang atau berlampu.
8.Berhati-hati semasa mengahantar kereta untuk di selenggara agar kunci tidak di tiru.
9.Jangan serahkan kunci kepada ‘jockey’ kereta.
10.Lebih baik mengukir nombor pendaftaran di cermin kenderaan seperti yang hadir bersama pakej tinted...kan ada letak no plat kenderaan kan...

11. Jangan pulang atau memandu kenderaan di waktu malam serta mengisi minyak pada waktu...ataupun mengeluarkan wang di atm pada waktu malam..if tak terdesak esok sahaja...dan kalau boleh ada internet banking..lebih selamat dan mudah.


12. Letak alarm kereta bersama dengan anda di waktu malam...iaitu bersebelahan katil...atau lebih tepat diatas bed table anda...


13. Sentiasa ingat nombor waris terdekat anda..dan jangan hanya simpan di handphone..mana tahu telefon anda tiada bateri..atau hilang..so letakkan nombor dalam buku no. telefon macam orang dulu-dulu.


14. Dan sentiasa berdoa diberikan keselamatan dan jangan lupa baca doa penggerak dan doa berkenderaan sebelum menggunakan kenderaan anda.




Beginilah keadaan kereta kene pecah!...

Cheeers,

Zia Anis

Saturday, February 9, 2013

Jalan-jalan ke Sydney Australia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pos kali ini saya akan sharekan mengenai travelog saya ke sydney beberapa tahun lalu...cerita basi...tapi nak share jugak. Disebabkan saya tiada jodoh dengan "Sydney" semua foto yang saya ambil disana telah hilang kerana laptop saya rosak dan tidak dapat retrieved semua foto tersebut...Sayangkan, tapi Alhamdulilah masih ada memori tersimpan di minda...Oleh itu semua foto adalah ehsan Google.

Anda boleh ke sydney menggunakan qantas, malaysia airlines, air asia n Singapore airlines. Penerbangan mungkin mengambil masa 9-10 jam dari klia. saya tak pasti kerana saya bertolak dari Melbourne iaitu 12jam mnggunakan bas atau 3jam menggunakan pesawat jet star.

Kami berlima dan rancangan ke Sydney dibuat tiba2...jadi kami merancang itenerary mengikut carian di google..dan tiket serta accomodation dibooked terlebih awal. Kami menaiki bus ke sydney dari melbourne yang diambil di spencer station seawal 7pagi...dan setelah stop 3 r&r kami selamat tiba di sydney...lalu kami mengambil train ke motel/backpackers di kingcross street. Sepanjang mencari jalan ke motel tersebut kami berjumpa byk bouncer yg menjaga pintu2 bar dan banyak perempuan cantik disekelling jalan...jeng-jeng-jeng barulah kami tahu bahawa kawasan tersebut ialah mcm "jalan taib" di kl tuh..tetapi lebih selamat dan terkawal..dan yang paling untung tempat ini,  ada restoran dibuka sampai lewat malam..kebiasaannya 5ptg sudah tutup ditempat lain...

So selepas check in di bilik 6 orang sebilik iaitu Backpackers di Kingcross Street..kami terus ke restoran india yang terletak berhampiran motel...motel ini bersih dan agak sempit...tapi berbaloi sebab murah dan ada breakfast yang boleh tahan lah..sebab semua layan diri...disediakan alat memasak dan barang mentah seperti roti, keju, susu dan dll...(sarapan mat salleh..).
Sepanjang 5hari di Sydney kami banyak menggunakan train untuk bergerak selain daripada berjalan kaki untuk jarak jauh....kami juga menggunakan khidmat travel tour untuk ke Sydeny Olympic Park, Blue Mountain, Tooronga zoo, menaiki bot persiaran menerusi laut di Sydney. dan ianya amat berbaloi kerana tour guide amat friendly dan tempat ini adalah tempat yang wajib dilawati jika ke Sydney...

Semasa perjalanan ke Blue Mountain dan kami menikmati makan tengahri dengan makanan yang kami masak di pantry motel...

Dan ada sekali kami ke restoren kasturi untuk merasa masakan melayu di restoren milik melayu Malaysia..sedap dan ada ramai malaysian termasuknpegawai kerajaan yang dalam rangka lawatan kerja ..dan mereka memberi kami maggi kerana esok mereka sudab mau pulang ke tanah air..rezeki...banyak...sampaikan kami buatngame teka bilangan megi yang dapatm.huhuhu....saya tercorot teka..naaib baik x kene basuh toilet...kami x keluar waktu malam dan hanya habiskan masa dibilik bermain indoor game seperti main teka teki n dll..masa untuk berehat selepas exercise jalan kaki teruk2...

Selain itu kami juga jalan jalan disekitar Sydney opera house dan darling harbour ..cantik dan bersih...
selain itu kami juga menikmati makanan lauy aegar di reatoran sudney fish market...memang segar dan harganyer boleh tahan mahal juga...anda boleh tengok macam2 jenis ikan segar dijual dan besar2...
kami juga berkesempatan berjalan kaki menyusuri Sydbey bridge..dan pulang menaiki train sebab keletihan....dan kami juga sempat ke pantai Manly ...sayang x smepat ke bondi beach yang mashsyur itu...dan kami menaiki feri untuk ke pantai tersebut...cantik dan bersih pantainya..kami ke sana musim sejuk so x der yang berjemur..fuh nasib baik kan..

Itulah serba sedikit cerita tentang jalan-jalan ke Sydney. Bagi pendapat saya kerajaan Australia memang pandai mempromosikan kawasan dan tempat-tempat menarik meraka sehingga ramai pelancong seluruh pelusuk dunia datang melawat. Moga kerajaan Malaysia juga boleh buat sebegitu "Malaysia Boleh".

3 Sisters @ Blue Mountain

Cable car...

Semua cermin...ada berani?

Feri yang kami naiki ke Manly Beach

Manly Beach

Sydney Olympic Park



Itu jambatan yang kami lalui berjalan kaki hujung ke hujung...

Kami juga menaiki bot untuk kembali ke Darling Harbour...



Sydney Fish Market

*Kalau nak beli souvenirs beli di Paddys Market...murah dan berbaloi...


Cheers,
Zia Anis

Thursday, February 7, 2013

Pengajaran Surah Almukminun 1-11

Assalamualaikum dan salam jumaat,

Cubalah menghayati video ini: http://www.youtube.com/watch?v=lOAhMdYdQ-c

Dan hayati pula petikan ini:


Firman Allah dalam surah Al Mukminun yang bermaksud:
"1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya,
3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki [budak-budak belian yang didapat dalam peperangan dengan orang kafir]; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa.
7. Barangsiapa mencari yang di balik itu [zina, homoseksual, dan sebagainya] Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9. Dan orang-orang yang memelihara solatnya.
10. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya."
Surah Al Mukminin dimulakan dengan menyatakan sifat-sifat para mukminin yang merupakan golongan manusia yang beruntung.
Ia adalah janji yang benar dan pengakuan yang tegas terhadap keberuntungan yang akan dicapai oleh para mukminin. Itulah janji Allah dan Allah tidak pernah menyalahi janjiNya.
Itulah keberuntungan di dunia dan akhirat untuk individu muslim dan kelompok muslimin. Itulah keberuntungan yang dirasai orang yang beriman di dalam hatinya dan mendapat bukti kebenaran dalam kenyataan hidupnya, iaitu keberuntungan yang diketahui dan tidak diketahui oleh manusia yang disimpan oleh Allah untuk para hamba-Nya yang mukmin.
Siapakah para mukminin yang dituliskan untuk mereka segala kebajikan, kebahagiaan taufiq dan kenikmatan hidup yang baik di muka bumi ini?
Siapakah para mukmin yang ditulis untuk mereka segala kemenangan, keselamatan, pahala keredhaan Allah di akhirat? Dan lain-lain balasan yang baik di dunia dan akhirat yang tidak diketahui sesiapa kecuali Allah?
Merekalah orang-orang yang dijelaskan sifat-sifat mereka selepas ayat pembukaan surah ini iaitu mulai ayat 2 hingga 9.
Sifat-sifat ini menggambarkan syaksiah seorang muslim pada parasnya yang paling tinggi iaitu paras Nabi Muhammad s.a.w selaku Rasulullah dan sebaik-baik makhluk Allah yang diasuh Allah dengan sebaik-baik didikan. Allah sendiri memuji di dalam firmanNya yang bermaksud:
“Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang agung.”(Surah al Qalam ayat 4)
Ketika ditanya kepada Siti Aisyah r.a. tentang akhlak Rasulullah s.a.w. jawab beliau, “Akhlaknya ialah Al Quran” kemudian beliau membaca ayat 1 hingga ayat 9 dari Surah Al Mukminun dan berkata: “Demikianlah akhlak Rasulullah s.a.w.”. (HR al- Nasa'i)
Apakah nilai sifat-sifat tersebut dalam kehidupan individu muslim, kehidupan kelompok muslimin dan kehidupan umat manusia?
1. Orang yang khusyuk dalam solat mereka.
Allah telah mengkategorikan khusyuk dalam solat itu sebagai tingkat yang paling tinggi sekali dari tingkat-tingkat kejayaan. ini adalah sebagai suatu peringatan kepada orang yang tidak khusyuk dan lalai dalam solatnya, bahawa mereka berada paling bawah sekali dari tingkat kemenangan dan kejayaan (falah).
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Sesungguhnya solat itu adalah ketenangan hati dan kerendahan diri dan permohonan jiwa dan kamu mengangkat kedua belah tanganmu dan berkata: "Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Barangsiapa tiada melakukan serupa itu, maka solatnya tidak sempurna (kurang syarat-syaratnya)."
Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang solat, padahal solatnya itu tiada dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tiada akan bertambah sesuatu dari Allah melainkan jauh daripadaNya."
Mereka yang khusyuk dalam solat merasa gementar ketika berdiri mengadap Allah. Hati mereka tenang dan khusyuk hingga menjalar ke seluruh tubuh badan, wajah dan gerak geri mereka. Jiwa mereka diselubungi dengan kebesaran Allah. Segala ingatan yang lain hilang dari fikiran mereka.
Mereka tidak teringat kepada yang lain dari Allah dan seluruh perasaan mereka tertumpu kepada-Nya dan berbicara denganNya. Apabila berdepan dengan Allah yang Maha Suci maka lenyaplah segala yang ada disekeliling mereka dan sesuatu yang lain yang ada di dalam hati mereka. Hati mereka bersih dari segala kekotoran. Mereka tidak menyimpan dalam hati mereka sedikitpun dari kekotoran ini bersama dengan kebesaran Allah. Pada ketika itu manusia itu berhubung dengan penciptanya dan rohnya bertemu jalannya dan hati yang sepi menemui tempatnya dan pada ketika itu juga kecillah segala nilai-nilai, segala benda dan sekelian tokoh kecuali sesuatu yang mempunyai hubungan dengan Allah.
2. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang sia-sia
Segala yang sia-sia termasuklah perkataan, perbuatan, perhatian dan perasaan yang sia-sia. Hati yang mukmin itu sentiasa dipenuhi dengan kegiatan-kegiatannya. Ia tidak mempunyai ruang untuk perkara yang sia-sia, main-main dan saja-saja. Ia dipenuhi dengan zikrullah, memikirkan kebesaran Allah dan merenungi tanda-tanda kekuasaan dan kebijaksanaan-Nya pada kejadian diri manusia dan makhluk-makhluk yang lain.
Hati orang mukmin sentiasa dipenuhi dengan tugas-tugas akidah yang membersihkan hati, mencuci jiwa dan dhamir. Tugas-tugas yang mengawal tingkahlaku dan menegakkan pendirian pada tahap yang tinggi yang dituntut oleh iman. Tugas melakukan makruf dan melarang melakukan mungkar dan memelihara kehidupan masyarakat Islam dari kerosakan dan penyelewangan. Tugas-tugas jihad untuk melindungi, menolong dan memperkukuhkan akidah. Mengawal dan menjaga akidah dari tipu daya musuh.
Semuanya merupakan tugas yang tidak berakhir, yang tidak boleh diabaikan oleh orang yang beriman dan tidak boleh dihindarkan dari dirinya.
Seluruh tugas-tugas ini merupakan tugas yang difardhukan Allah sebagai fardhu ‘ain atau fardhu kifayah di samping merupakan tugas yang cukup untuk menghabiskan tenaga dan usia seseorang manusia.
Daya tenaga manusia itu adalah terbatas sama ada daya tenaga itu dihabiskan dalam tugas mengislah, membangun dan memajukan kehidupan atau dihabiskan dalam kegiatan-kegiatan yang sia-sia, tiada faedah atau main-main. Tetapi orang beriman tetap didorong oleh akidahnya supaya menghabiskan daya tenaganya dalam kegiatan yang membangun, meng’imarah dan mengislah.
Walaupun begitu orang yang beriman itu boleh menghiburkan hatinya dari satu masa ke satu masa, kerana hiburan yang seperti ini merupakan suatu perkara yang berlainan dari kegiatan main-main, sia-sia dan kosong itu.
Rujukan:
1. Asy Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, Tafsir Fi Zilalil Quran – Di Bawah Bayangan Al Quran Jilid 11, terjemahan Yusoff Zaky Haji Yacob, Pustaka Aman Press, Kota Bharu, 2002.
2. Imam Ghazali, Bimbingan Mu'minin, disesuaikan oleh Sheikh Muhammad Jamaluddin Al Qasimi, terjemahan Syed Ahmad Semait, Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura, 1990.
Blog Sabri.

Cheers,
ZIA ANIS

Monday, February 4, 2013

Biarkan ia berlalu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tajuk syahdu sungguhkan...Biarkan ia berlalu. Sesungguhnya di dalam hidup kita siapa yang tidak pernah kecewa. Mungkin setiap orang pernah melaluinya dan terutama-tamanya dalam percintaan dan berhubung perasaan. Nasihat si cerdik pandai, bahawa biarkan yang lalu terus berlalu dan jangan diperjudikan hari ini dan masa depan dengan melihat, mengingati dan memendam rasa tentang masa lalu. Hidup mesti diteruskan. Sepertimana lirik lagu Shahir Pendam yang amat menarik melodi, alunan piano dan liriknya. Sesungguhnya luahkan apa yang terbuku jangan dipendam kerana Allah yang Maha mengetahui apa yang ada dalam  hati kita juga sering dan inginkan kita meluahkan dan merintih padaNya inikan pula pada manusia biasa...Dan terimalah keputusan samaada berbalas atau tidak. Jika dipendam siapa yang tahu. Dan saya pernah bertemu seorang kawan yang kecewa amat dengan percintaannya yang gagal..beliau kecewa yang amat walaubagaimanapun beliau seorang yang "smart" kerana berjaya mengawal perasaannya walaupun mengambil masa tiga tahun dan sekarang dengan izin Allah bertemu cinta baru dan halal. 

Manakala begitu juga lirik lagu Anuar Zain Cinta Harus Memiliki..memang syahdu lagu dan liriknya. Doaku buatmu semoga teruskan berusaha kerana syaitan juga tidak pernah kenal jemu dan putus asa untuk menyesatkan manusia. Marilah kita teruskan semangat dan terus asa berjuang dan terus berjuang kerana cinta milik semua.

Lirik Lagu Pendam -Shahir

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

Anuar Zain Cinta Harus Memiliki


Sejauh ku berlari
Meninggalkan dirimu
Masih bayangmu yang menawan

Sekuat ku mencoba
Melupakanmu kasih
Lalu mengapa ku tak sanggup

Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Selamanya

Chorus
Ku tak percaya kita
Terpisah karena berbeda
Lalu ke mana kan ku cari
Ku tak percaya kata
Cinta tak harus memiliki
Lalu mengapa
Hati terasa sakit

Sekeras ku berfikir
Mencari alasannya
Semakin jatuh ku terluka

Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah


Cheers,
Zia Anis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...