Thursday, February 23, 2012

Sahabat dalam Kehidupan

Salam dan Hai,
Saya sejak akhir-akhir ini selalu sensitif mengenai sahabat. Sesungguhnya fungsi sahabat adalah hebat dalam kehidupan seharian kita. Ya Allah kurniakan aku sahabat sejati yang boleh meningkatkan ketakwaanku kepada Mu, yang akan mendorong aku kearah kebaikan Dunia Akhirat, Jadikan aku sahabat yang setia dalam susah senang. Amin. Aku pernah dikecewakan sahabat dan yang paling menyedihkan ditinggalkan sahabat yang aku anggap akrab tanpa sebab konkrit, mungkin Allah mahu menguji. Doakan sahabat dan bekas sahabat tanpa diketahuinya adalah yang terbaik.


Image googled.

12 Sifat Sahabat Sejati
  1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
  3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
  5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
  11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...