Pos kali saya akan bawa anda terbang ke Australia iaitu Gold Coast. Kini ada penerbangan direct to Gold Coast from LCCT by air asia x. Tempah awal tiket, dapat tambang murah. Gold coast adalah sebuah pantai peranginan yang tersohor di Australia. Saya ke sana bulan Dec beberapa tahun lalu, jadi saya akan kongsikan gambar lama tersebut yer (Saya tak punya kamera ketika itu, walaupun kamera cap ayam…heheheh). Untuk accomodation, anda boleh menempah melalui internet terlebih dahulu, sebab takut penuh. Harga hotel plak macam-macam ada daripada yang mahal kepada backpackers. Saya ke sana bertujuh iaitu kawan saya dan familinya seramai 5 orang. Dan kami memilih kondo 3bilik “The Wave” di Surfers Paradise untuk menginap. Kondo ini terletak di tingkat 10 kalau x silap. Pemandangan menarik dan ada balkoni dilengkapi dining table 8 seats. So kami buat western dinner menu di balkoni.
Setelah sampai di airport G.C yang kecik ajer tuh, kami terus ambil Toyota Estima yang ditempah terlebih dahulu melalui internet jugak menuju hotel.
Di gc ini banyak tempat yang boleh dilawati seperti Dreamworld, Sea World, White Water, Movieworld, surfer paradise untuk surfing, direct factory outlet dan dll. Untuk makanan halal pula, Nando`s halal ada di GC ni. Kedai halal butcher pun ada, so sempatlah saya pergi mendapatkan ayam, sosej dan daging halal untuk makan pagi dan dinner. Sepanjang duk di gc ni kami skip lunch coz nak spend byk masa diluar, lagipun makan kat luar kos memang tinggi. Yang mampu hanyalah nando's ajer. Saya memang frequent customer kt Nando's, sedap dan murah ler skit. Kitorang akan masak for breakfast and dinner. Masak ala western dan sometime masakan melayu.
Hari pertama kitaorang semua ke Seaworld, kat sini we enjoyed tgk persembahan dolphin, beruang kutub dan seal . Kami juga menaiki wheel yg mcm eye on malaysia tu, dan dpt tengok pantai dan laut di sekitar Seaworld. Sehari habis kat situ. Aktiviti malam adalah bersembang dan tengok tv ajer. Hari kedua kami ke Movieworld. Disini ada byk kedai dan bangunan ilham drpd movie dan kartun seperti Shrek, Superman, Tweety dan dll. Kami sempat naik ride rollercoaster superman yang tahap maksimum laju. Kami juga sempat naik ride batman. Pada waktu tghari plak ada parade iaitu perarakan watak-watak kartun dan superhero spt Batman, Shrek, Princess Fiona, Superman dan Looney. Masa ni seronok ambik gambar diorang. Hari ketiga kami habiskan masa ke Dreamworld yang banyak ride dan haiwan buas spt harimau dan dll. Kat sini ada byk water ride yang best dan kedai cenderahati. Sy ada beli t shirt koala, fridge magnets dan foto lucu naik ride. Diorang akan snap foto kita naik ride, then bila dah turun ride kita ke kwsn kedai dan pilih gambar kita. Hari ke4, kami ke wet n wild, main air dan naik ride yang teramatlah best. Kitorang jer berpakaian menutup aurat, tapi mat salleh ok ajer, cooool. Untuk dapat save banyak for the tickets masuk theme park kenalah beli tickect combo: 3 sekali. Hari ke-5 kami berangkat ke Brisbane untuk bercuti selama sehari di sana.
So u guys yang nak kesana ini sedikit tips:
- Booked tiket awal ke GC melalui air asia X,ataupun MAS ke Sydney dan Sydney GC by bus or domestic flight.
2. - Booked hotel/accomodation, kereta/van awal melalui internet
3. - Bawa perencah segera spt brahim, alif dan dll
4. - Bawa wang secukupnya kerana money changer di Aussie mahal
5. - Dapatkan daging halal di halal butcher
6. - Masak sendiri dan elakkan makan di luar sebab nak save bajet kan.
-
-
So enjoy the photos.
Melbourne to GC by Virginblue
Our Apartment "The Wave"
Living Room
Dapur
Our bilik air
Scenery from our balcony
Seaworld Entrance
Polar Bear
Seal Show
Sekarang kita ke Mowie World Plak...
Inilah rollercoster yang saya naik tuh..fuh takutnyer...
The Parade
Shrek House
Harry Potter House
Whitewater...
DreamWorld...banyak water ride
Cheers,
Zia Anis
waahhh bestnye.. bila la dpt sampai ke sana
ReplyDeleteInsyaAllah ada rezeki sampai juga canteq ke sana...Air Asia ada...sila book setahun awal...saya kat german sekarang, if nak tanya pasal german..silakan...
ReplyDeletebest....mmg best pun ....
ReplyDeleteSonoknya... insya Allah sy pun nk ke sana satu family tahun dpn... nnt kalau nk tanya apa2 bolehkan sis
ReplyDeleteInsyaAllah, tanya aja, saya akan jawab apa yang termampu. Have a nice trip ya. Guten Reise!.
ReplyDeleteboleh bawa brahim ya, tak silap,kat sana very strict bawa masuk..saya cadang jun ni 1 family, kalau boleh bawa makanan instant memamg save la, boleh advice?..
ReplyDeletesalam nurul, segala makanan segera seperti brahims, mak nyonya dan lain-lain boleh bawa, tapi declare dalam borang yang pramugari beri dalam flight siap-siap. dan milo tak boleh bawak sebab diorang kata ada tenusu dalam tu, kadang2 dirampas..if nasib baik lepas. Anyway selamat bercuti.
ReplyDeletesalam, susu baby boleh bawa masuk ke?
ReplyDeleteWassalam, Tuan, susu baby boleh di bawa masuk..jika baby ada sekali dan di declare dlm kad yang diberikan oleh pramugari sebelum mendarat. Guten Reise.
ReplyDeleteAssalam....saya nak tanya bagaimana dengan kadar sewa toyota estima disana. Saya rasa saya akan ada banyak soalan nak tanya sebab bercadang bercuti di Gold Cost pada Mac 2014 nanti. Bolehkah kalau saya boleh menghubungi Cik/Puan melalui email? Terima kasih atas maklumat yang diberikan...
ReplyDeleteSalam Puan Sabena...saya lupa lah berapa sewa kereta estima, tapi puan boleh semak di https://www.hertz.com.au/rentacar/reservation/home?defaultTab=1, http://www.avis.com.au/car-rental/html/Landing/sem/au/qld/coolangatta/ool.html. dan yang menariknya anda tak perlu hantar di tempat anda sewa..macam kami haritu sewa di airport gold coast hantar balik di airport Brisbane...(itu dulu, maybe now dah ada rules and regulation baru...)... ok selamat bercuti..nak tanya soalan boleh emel sy di orangee83@gmail.com...sy sedia membantu apa yang mampu, insyaAllah
ReplyDeleteSalam zia,
ReplyDeleteSaya cadang nak je sidney lg 3 mgu.cadang nak bawa baby dan anak 5 thn. Kalau nak jln2 kat sana diorang mmg kene naik stroller ke? Kalu baby bawak pkai boba boleh tak?
salam nieda, kat australia rasanya amat sesuai untuk.guna stroller. tapi kalau nak gendong takut penat jer. sy cdgkan bawa stroller yang ringan dan x terlalu berat. ok selamat berhibur. boleh juga tgk entry sy pasal Sydney
ReplyDeleteThank you for the info! Trus rasa nak pegi seaworld tu. btw kalau ada masa jemputlah singgah ke travel blog kami thetravelling3o.com :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. Nak masuk whiteworld tu tak strict kan dress code? Maksudnya boleh pakai tshirt lengan panjang?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteWslm Farahah, masa saya masuk dulu saya pakai tudung, baju tshirt lengan panjang dan seluar panjang. tak der masalah masa tu..tak tahu lah sekarang.
ReplyDeleteBoleh bagi saya cara utk membuat car rental?
ReplyDeleteBoleh bagi saya cara utk membuat car rental?
ReplyDeleteSalam Puan Azlina,
ReplyDeleteboleh google car rental in Gold Coast...boleh self pick up di GOld coast Airport ataupun Brisbane Airport. Last time, we picked up at Gold Coast Airport.
Ini contoh satu company:
https://www.thrifty.com.au/car-hire/coolangatta-airport.aspx
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehi. nak tanya berapa wang poket yg kena bawa @syarat p autralia ye? imegresen kat sana check ke dompet kita atau tgok kat form declare tu aje?
ReplyDeleteHI EDith Tittit, imigresen tidak akan bukak dompet kita..selagi kita tak declare yang wang kita bawak lebih daripada had yang ditentukan. Biasanya untuk hotel, card credit diterima...dan kebanyakkan kedai pon terima kad kredit...cuma sediakan cash untuk beli makanan, beli tiket pengangkutan dan shopping saja..Berapa? saya tak leh jangkakan...biasa kalau travel saya bawak kad kredit dan cash secukupnya.
ReplyDeleteassalam, kalau kita bawa perencah ikan bilis, makanan dalam tin dan ubat dari hospital kena declare ke kat kastam? Lama tak nak berbaris tunggu giliran. Makanan tu kena masuk kargo lah ye, blh hand carry tak
ReplyDeletewasalam Puan...biasanya makanan adalah tidak boleh dibawa masuk ke australia ialah barangan berasakan tenusu dan daging (ayam atau binatang lain2). Walaupun dideclare masih pihak kastam akan bukak beg (hand carry ataupun kargo). Biasanya mengambil sedikit masa...tapi tak lama. Saya rasa ubat hospital, dan makanan boleh dibawa asalkan ada nama ubat yg sah dan makanan plak bukan tenusu ataupun dr daging.ok selamat makan angin.
ReplyDeleteApartment penginapan yang zia tu nak cari/ booking macam mana?
ReplyDelete