Friday, February 17, 2012

Doa Jodoh yang Baik

Salam dan Hi,
Pos kali ini saya akan kongsikan Doa Jodoh yang Baik. Semoga kita beroleh Jodoh yang baik, setelah kita menyemai cinta pada-NYA, kerana janji Allah "wanita/lelaki yang baik untuk lelaki/wanita yang baik manakala lelaki/wanita yang jahat untuk wanita/lelaki yang jahat".


Ya Allah,
Ya Tuhanku yang Maha Memiliki Rahsia,
Tuhan yang Maha Memegang Kasih Sayang seluruh jiwa kami,
Tuhan yang Maha menyatukan jiwa-jiwa kami,
Ya Allah,
Hambamu ini merupakan hamba yang lemah,
Hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang yang memerlukan suami/isteri dan keluarga.

Ya Allah,
Hambamu ini tidak mampu menahan diriku daripada terjerumus ke dalam kemaksiatan,
Ya Allah,
Jika masanya telah tiba, jika  apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik di sisi Mu,
Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat.
Ya Allah, aku bermohon kepadaMu,
Ya Allah, agar dipertemukan jodoh yang terbaik disisi Mu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.

Namun Ya Allah, jika masanya untuk aku bertemu jodoh belum tiba,
Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untukku memiliki jodohku.
Ya Allah, aku bermohon agar kau tunjukkan aku tuntutanMu yang perlu aku lakukan untukku memiliki jodohku.

Ya Allah, aku bermohon padaMu Tuhan yang Maha Memakbulkan doa,
Tuhan yang Maha Penentu Jodoh,
Jauhilah aku daripada kemaksiatan dan perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat dan menyesatkan.
Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...