Friday, September 9, 2016

Menu Raya AidilAdha di Kelantan

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak share menu di petang raya AidilAdha di Kelantan. Kenapa petang tak pagi? sebab lepas solat Raya, program korban akan dilaksanakan di masjid-masjid mahupun di rumah pemgembala lembu...orang yang expert je boleh sembelih lembu..sebab susah nak lembutkan lembu yang tahu dia akan dikorbankan..semuanya agresif..so hanya yang pakar boleh handle..

Bila dah selesai...kemudian daging dilapah...dan dibahagikan kepada tujuh bahagian...kemudian yang berkorban tu..bawa balik bahagian masing2..dan diadakan jamuan raya selepas itu..semua berasaskan daging.
JOm lihat menu yang istimewa ini.

1) Daging Goreng Kelantan.
Daging lembut, dimarinate dengan garam, kunyit dan sedikit bawang putih tumnuk. kemudian digoreng tanpa minyak sehingga air kering, masukkan minyak, dan goreng sehingga hampir garing, kemudian masukkan bawang besar yang dihiris, cili besar dihiris...goreng lagi sehingga garing...Sedap amat..


2) Sup tulang

3) Singgang daging Kelantan


4) Kerabu perut bersantan dan ikan rebus/bakar


5) Pedal dan hati goreng..resepi sama seperti Daging Goreng...cuma digoreng terus dengan minyak...


6) Daging Kicap Kelantan


7) dan disertakan dengan ulam-ulaman dan juga budu...yes budu...penambah selera...makan bertambah-tambah.
 
Dah terliur....u alls tak ke?

Selamat Hari Raya Aidiladha...jangan lupa puasa hari Arafah..

*Images: credit to owner..mostly from other blogs..thanks

Cheers,
Zia ANis

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...