- Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring atas ribaan. Biasanya buat selepas solat, lepas tu usap kepala pasangan.
- Cuba masak apa yang pasangan suka. Walaupun mungkin tak sedap, tapi tak salah kalau kita sentiasa mencuba kan?
- Temankan pasangan apabila dia melakukan kerja bersendirian pada waktu malam.
- Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
- Mengemas tempat tidur umpama baru kahwin. Buat suasana yang sentiasa romantis.
- Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.
- Bila pasangan tak sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan umpama baru kahwin.
- Beri tindak balas positif bila dengar pasangan bercerita atau membuat lawak.
- Salam/peluk/cium pasangan sebelum pasangan mula bertugas. Hantar ke muka pintu dengan wajah yang ceria dan comel gitu. Senyum.
- Jangan lokek mengucapkan terima kasih setiap kali pasangan membantu kita.
- Mohon maaf segera andai terasa kita melukakan hatinya dan segera memaafkan jika si dia terlupa akan sesuatu untuk anda.
- Ucapkan kata-kata rindu dan cinta setiap hati. Kalau boleh, puji pasangan sebaiknya.
- Doakan pasangan bahagia di dunia dan akhirat. [tanpa pengetahuannya]
- Cuba penuhi permintaan pasangan sebaiknya dengan perasaan ikhlas.
- Elakkan membebel yang berpanjangan kerana biasanya lelaki enggan mendengar bebelan yang mengarut. Harus diingat, bebel dan nasihat tidak sama.
- Bila berselisih faham, elakkan mengungkit perkara lalu, cuba fokus pada masalah itu sahaja.
- Percaya pada pasangan, jangan cemburu tidak bertempat.
- Sentiasa berhias untuk suami, kekalkan kecomelan di mata suami hatta ketika berbantang sekalipun !
- Didik anak dengan baik dan penuh kasih sayang dan terapkan didikan agama kepada mereka.
- Pastikan rumah sentiasa bersih agar suami tenang bila berada didalamnya. Jadikan rumah sebagai syurga dunia buat suami.
Cheers,
Zia Anis
No comments:
Post a Comment