Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sekarang saya ingin berkongsi step by step memohon peluang melanjutkan pelajaran ke Germany.
i)    tahu bidang anda contohnya: Biochemistry, Mechanical Engineering, atau Statistics.
ii)    pilih bidang anda..dengan cara "search" di setiap universiti di german.
iii)   pilih supervisor yang sesuai dan terbaik. Baca profil dan publication nya yang terbaharu.
iv)   emel supervisor tersebut dengan menyatakan secara lengkap dan 
dikepilkan/attach cv, transkrip master, transkrip 
bachelor, dan IELTS.
v) tunggu reaksi tersebut daripada supervisor.
vi) jika respon positif, teruskan emel dan buat step yang disuruh oleh bakal sv anda...namun jika respon adalah negatif, jangan putus asa, teruskan mencari sv yang terbaik.
vii) dan jika dirasakan mendapat bakal sv yang terbaik, selalulah 
membuat solat istiharah..dan jika anda telah berkahwin, silalah 
berbincang dengan pasangan anda tentang keputusan anda untuk melanjutkan
 pelajaran ke Jerman. Bahkan jika anda masih solo, minta restu daripada 
ibubapa, semoga mereka menyokong usaha anda mahu ke Jerman. Jika ada 
pihak yang membantah....sila ke step (i) tetapi untuk negara lain 
ataupun dalam negara sahaja. Ketentuan Allah yang terbaik.
Maklumat lain mengenai Jerman:
a) masalah bahasa, iaitu yang melibatkan masyarakat 
sekeliling..disarankan agar anda tahu sedikit mengenai bahasa 
ini....mungkin ini memudahkan anda...
Tapi di uni disediakan kelas bahasa secara percuma manakala untuk kelas 
intensif kena bayar sedikit amount, sebab memang intensif dan diadakan 
semasa cuti semester. Belajar bahasa akan menjadi bonus dalam CV anda...
dan seorang fellow orang Malaysia di University Oxford boleh menguasai 6 bahasa termasuk bahasa German..hebat bukan.
b) masyarakat jerman adalah kurang peramah..tapi jangan ambil 
hati..biarkan mereka....tapi kalau yang baik..memang meraka sangat 
baik...
c) kemungkinan anda keseorangan dan kesunyian adalah perkara 
biasa...kerana masih kurang orang Malaysia yang tinggal atau belajar di 
negara ini...tapi kene betulkan niat sebab kita datang untuk belajar dan
 moga Allah permudahkan kita selesai dengan jayanya...dan penuh ilmu 
didada..ilmu hidup dan ilmu akademik. Tapi anda akan lebih mengadaptasi dengan orang sekeliling dan berkawan dengan bangsa lain dari negara lain.
d) Banyak prosedur dan rules and regulation yang perlu anda patuhi jika 
pertama kali datang kesini..terutamanya mengenai visa yang perlu di 
renew selepas 3 bulan anda disini...dan urusan visa boleh dilakukan di Konsulat German di Menara Tan & Tan . Maklumat lanjut (http://www.kuala-lumpur.diplo.de/Vertretung/kualalumpur/en/04/Legal__and__Consular.html)
e) kebanyakan universiti di Jerman adalah menitik beratkan soal kualiti dan sememangnya sangat tough..dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Tetapi kesemuanya tidak akan menjadi masalah besar, sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar...
f) Sebelum terlupa, anda boleh memohon biasiswa DAAD yang disediakan oleh 
kerajaan German untuk rakyat tempatan ataupun orang luar...http://www.daad.de/en/.
g) program
 master adalah diadakan didalam bahasa english dan anda dikehendaki 
membuat small research dan membentangkannya di hadapan lab mate dan 
komuniti/panel. tapi tidak semua uni menjalankan master dalam bahasa 
english...kena search dulu...dan tanya.  
Selamat Berjaya.
Cheers,
Zia ANis 
 
 
 
 
Boleh saya tahu universiti Mana yang sediakan program PhD dalam engineering
ReplyDeleteBanyak sangat university di Jerman offer PhD. Tapi pilih the best in Jerman lah kalau nak g. Engineering mmg mantap kat Jerman tak kurang dengan us or uk. Kalau civil specialising in tunnel mmg sangat disarankan untuk belajar kat Jerman. Banyak company construction di malaysia deal demga jerman. Contoh Gamuda dan MRT. Company besar tu. Gluck
DeleteAdakah uni di Jerman mementingkan kecekapan bahasa Inggeris. Kalau ya berapa keputusan minum yg ditetapkan utk Ielts?
ReplyDelete