Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pos kali ini saya akan kongsikan tips, cara-cara, persiapan dan 
persediaan membuat Phd di Jerman. Teringat saya pada tahun 2007, seorang
 teman datang ke Australia untuk meninjau-ninjau Australia untuk membuat
 Phd...tetapi takdir menentukan beliau membuat Phd di negara lain..dan 
baru-baru ini beliau telah pulang dengan kejayaan. Alhamdulilah.
Seperti yang saya katakan dalam pos yang lalu, saya kini sedang 
menyambung pelajaran di Universitat des Saarlandes, di negeri Saarland 
di Germany. Sudah lebih dua tahun disini...Alhamdulilah semuanya 
ok..walaupun ada dugaan dan hal yang perlu ditangani dengan emosi 
positif. Bukan mudah ya untuk membuat keputusan memilih universiti, 
negara, penyelia dan bidang Phd anda. Semasa saya mula-mula sampai 
kesini ada juga rakan yang bertanya bagaimana ingin memohon menyambung 
pelajaran di Germany. Saya berpendapat, membuat Master/Phd di Jerman adalah 
digalakkan kerana:
1) semua komunikasi adalah dalam bahasa Inggeris. Namun ada juga 
borang-borang yang perlu diisi dalam bahasa german. Tapi minta tolong 
pada PA supervisor anda atau rakan-rakan senior anda..InsyaAllah ada 
yang ingin membantu.
2) German adalah sebuah negara yang memberikan pendidikan secara percuma
 kepada rakyatnya dan kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, kerajaan Malaysia
 amatlah menggalakan pelajarnya datang ke sini untuk melanjutkan 
pelajaran. Tiada yuran dikenakan kepada pelajarnya. Namun kos sebanyak 
EURO155 diperlukan dibayar kepada uni sebagai yuran pendaftaran semester
 untuk mendapatkan kad pelajar. Dan wang yuran ini boleh dituntut kepada
 pihak KPT Slab/Slai jika anda pemegang biasiswa KPT.
3) Kad pelajar yang anda dapat boleh digunakan untuk menaiki bas, tram 
dan train secara percuma di dalam negeri atau kawasan coverage kad anda tersebut. Free of charge..dengan syarat kena selalu bawa dan tunjukkan kad pelajar tersebut. Anda boleh menggunakan kad 
tersebut tanpa batasannya. Jika terlupa membawa kad tersebut anda 
diwajibkan membayar tambang di dalam bas, ataupun dibeli terlebih dahulu
 di kaunter atau mesin tiket.
4)Fasiliti yang disediakan oleh kerajaan german untuk setiap uni adalah 
memang "superb". Saya amat kagum dengan fasiliti yang disediakan seperti
 kemudahan makmal, perpustakaan dan komputer. Anda juga boleh meminta 
khidmat PA supervisor anda untuk khidmat faks, scanner dan sebagainya. Library memang sangat awesome...dan di fakulti saya librarynya sangat cantik, moden.
5) Di German ini semua pelajar Phd dan supervisor adalah super 
"workaholic". Jadi sikap mereka ini boleh berjangkit pada anda. Disini 
pelajarnya akan berhenti rehat untuk makan tengahari sahaja. Tapi mereka sangat berdisiplin, dan hanya akan bekerja pada kuantiti tertentu tapi kualiti tip top.
6) Selain itu, di Jerman juga kebanyakkan pelajar dan penduduknya 
mengamalkan cara hidup sihat iaitu dengan selalu berjogging, dan memakan
 makanan sihat. Air putih adalah air yang 90% dikonsum oleh 
pelajar-pelajarnya. Dan menu yang disediakan oleh pihak Mensa/kantin 
ialah kurang garam dan kurang gula. 
7) Di universiti juga anda boleh mengakses banyak jurnal jurnal antarabangsa dengan senang.
Itu adalah diantara kelebihannya.
Cheers,
Zia ANis 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment