Tuesday, March 4, 2014

Perkahwinan Dulu vs Perkahwinan Sekarang

Assalamualaikum and Hai,

Entri kali ini saya akan menulis dan membincangkan mengenai majlis perkahwinan dahulu dan bezanya dengan majlis perkahwinan hari ini..iaitu dalam masayarakat wifi...dan smartphone.

Perkahwinan Sekarang

1) Majlis bertunang yang Gah dan meriah
Sekarang ini banyak majlis pertunangan dibuat secara besar-besaran dan dihadiri ramai orang malahan menelan belanja yang banyak dan mahal. Tidak menjadi masalah jika berkemampuan, tetapi adalah menjadi beban kepada fizikal dan mental orang sekeliling yang melihat dan memandang. Kerana saban minggu kita melihat pihak media massa dan media elektronik memaparkan sebuah majlis pertunangan gilang gemilang dan penuh adat yang jauh menyimpang dari syariat islam....iaitu bergambar pasangan laki dan perempuan seperti sudah berkahwin dan duduk berdua-duaan tanpa segan silu di atas pelamin ribuan ringgit....selain memakai pakaian sewa atau customade yang menelan belanja ribuan ringgit juga.... dan diikuti pula dengan sesi photografi yang selayaknya untuk pasangan halal...ianya bukan pilihan atau kehendak pasangan sahaja...malah ibubapa juga tak terlebih-lebih menyokong anak mereka membuat itu dan ini yang salah dari segi syariat....dimana konsep "berhemah dan bersederhana"? semuanya hilang dek arus mengejar glamor dan majlis siapa paling gah....

2) Pre Wedding Photosession...

Ini adalah pengaruh barat dan diasilimisasikan di dalam budaya Islam Melayu mutakhir ini....amatlah sedih melihat situasi ini..dan jika tiada perjanjian dengan pihak fotographer...maka segala gambar anda akan tersebar diinternet sebagai langkah mempromosikan syarikat fotographer tersebut...Bagi saya yang naif ini..ini semua tidak perlu....membazirkan wang dan masa....dan terlebih lebih lagi salah jika ianya melampaui batas dan tatasusila adat timur kita....

3) Shower Bridal dan Bachelorate Party
Ini satu lagi budaya masyarakat barat yang dibawa masuk oleh orang yang mengagungkannya...dan menganggap ianya "cool".....sungguh tidak cool...kerana ianya bertujuan menunjuk atau berseronok sahaja...tidak salah jika ingin meluangkan masa sebelum rakan atau saudara rapat kita akan bertukar status..tapi sekarang semuanya dimuatnaik ke IG,Twitter or facebook....biar semua orang tahu...dan disulami dengan tema....seperti tema leopard, masquerade, dan tema lain yang mengarut dan tidak sopan.......

4) Majlis Perkahwinan Gah dan "Wedding of the year"
Tidak kira majlis untuk orang kaya atau artis atau pun kenamaan...sekarang yang duduk di ceruk rantau pun sibuk membuat atau merancang sebuah perkahwinan gah...biar dikatakan orang sebagai "wedding of the year"....biar setahun tak habis lagi orang bercakap...itu belum lagi perihal hantaran kahwin....semua tanya "berapa hantaran anak si polan polan tu?"...."ooooo.....mahal ek..."..."kerja apa menantunya?....semua ini akan dikorek tanya oleh tetamu atau saudara mara....jika hantaran dan majlis tak seberapa akan dikutuk dan dikata...seperti dosa pula...alangkah malangnya jika ini terjadi....sebuah majlis perkahwinan telah dicemari dengan sifat menunjuk-nunjuk....mengumpat keji dan sebagainya...
dan saya juga melihat trend sekarang nak dua pelamin....wah..satu untuk akad nikah dan satu untuk bersanding.....banyaknya wang kan.
- itu belum lagi katering...tak sedap kena kutuk, sedap sampai tak cukup pun kena kutuk...isk2...jika kita berlapang dada mesti perkara ini tidak akan terjadi...
- manakala bab bridesmaid...berpakaian sedondon...dan jika di bandar besar...berpakaian seksi dan ketat...dimana bezanya kita dan barat? apa yang dapat diagungkan lagi budaya timur yang sopan dan penuh lemah gemalai....diiringi pulak dengan tarian....
-berkira-kira untuk menjemput saudara atau kenalan kerana charge untuk seorang tetamu di majlis di hotel RM70 sekepala....jadi memang terhad jemputannya...saudara mara yang "terpilih" sahaja dijemput.
-sebagai merealisasikan majlis gilang gemilang, ada yang terpaksa bergolok gadai dan meminjam daripada bank mahupun PAMA (papa-mama)...sehingga ada yang jatuh muflis disebabkan hutang dengan bank....tidak mampu dibayar...kesiankan.  Prof Muhaya pernah mengutarakan pendapat bahawa ramai yang merancang majlis perkahwinan tapi jarang yang merancang hidup selepas akad-nikah.

                                                          Image googled...

Dulu kala majlisnya meriah....rewang dan gotong royong bersama sama diadakan dan dihadiri oleh para sanak saudara jauh dekat. Mereka ringan tangan membantu apa yang termampu....dua hari sebelum majlis sudah berhimpun di rumah saudara untuk membuat persiapan memasak terutamanya. Manakala pelamin dan khemah adalah tugas mak andam dan tukang khemah. Majlisnya sederhana tapi meriah dan berkat....Malah ramai tetamu dijemput tanpa berkira-kira kosnya...Tidak terlalu mengeluarkan wang banyak...cukup untuk memberitahu anak perempuan atau anak lelaki si polan telah berkahwin dengan selamatnya. Itu sahaja....

                                                  Betul sangat...


Tepuk dada tanya selera...tanya iman...
Semoga majlis perkahwinan adalah berkat dan memikat.

Cheers,
Zia ANis


No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...