Saturday, March 29, 2014

Homemade Nasi Lemak

Assalamualaikum and Hai,

Nasi Lemak is really famous...even people outside Malaysia also knew about Nasi Lemak.

I will share the recipe later..so enjoy the photos



Cheers,
Zia Anis

Step by Step: Homemade Burger

Assalamualaikum and Hi,

Today i will share with you the recipe and the step by step to make Homemade Burger.

The ingredients:

For patties:
300 grams of minced meat
All spices (peppers, blackpepper, oregano, paprika, basilikum dan serbuk bawang putih)
Salt
A teaspoon of flour

Mix together and put aside for an hour. Make a small size of patties... Then fried them both side until golden brown and cooked. Then place some fresh cheese on the patty..and put them on our ready bread.



Caremelize Onion
1 yellow onion, cut in small slice and fried with oil until golden brown.

Burger Bread
Put some butter on each side and let them "hot" on the pan...same pan we used for caramelize onion.

Vegetables
Slices of cucumber
Lettuce
Tomatoes

Then assemble all of them..until they come out as Burger....


Bon Apetite

Cheers,
Zia Anis

Thursday, March 27, 2014

Tempat Makan Best Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos kali ini saya akan berkongsi mengenai tempat makan best di Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur. Ini adalah berdasarkan penilaian saya sendiri...tanpa dipengaruhi sesiapa...semuanya  saya try, cuba, test...dulu..dan baru rekemen pada rakan, taulan dan saudara.
Oklah kita mulakan di Shah Alam dahulu.

1) Restoran Ani Sup Utara Seksyen 7 atau di Plaza Alam Sentral
Saya suka sangat makan nasi sup..set...iaitu yang dihidangkan nasi putih, beserta sup pilihan anda samaada sup ayam, sup tulang, sup daging, sup perut dan lain-lain. dan juga kombinasi timun yang dihiris, sebelah telur asin, dan cukup sambal cili yang sangat terbaik..hanya di Ani Sup sahaja ada sambal macam ni..memang unik dan nampak authentic...Harga juga amat berpatutan..nak cepat bolehlah kesana..kerana servis cepat  dan nak bungkus pon boleh.

Set nasi sup_image google

2) Restoran Ayam Kampung Seksyen 7
Restoran ni memang dekat jer ngan rumah saya...selalu sangat pergi, rasanya pekedai dan pekerja pun dah kenal saya..hehhe. Ayah saya pon suka makan kat sini. Pagi kebanyakkan menu adalah menu sarapan Kelantan..daripada nasi berlauk dan juga nasi kerabu biru. Dan tengahari banyak menu Kelantan dan signature menu adalah ayam kampung goreng. Ianya rangup dan fresh. Disini juga ada berbagai ikan bakar, ayam bakar, ayam percik, dan juga sambal cili, sambal belacan dan juga budu serta ulam-ulaman segar. Harga juga berpatutan tapi standard harga KL...Shah Alam.

3) Restoran Zai Seksyen 7
Nasi ayam Zai memang sedap..Hanya RM4.50 sepinggan/sebungkus. Selain itu ada juga menu lain...

4) D One Steak Seksyen 7
Untuk makanan barat, ini adalah restoran kegemaran saya..jike teringin pukul 10 malam pon saya pi lagi....Harga agak berbaloi dan sedap.

Terima kasih tuan punya foto ya...

5) Khulafa Bistro Seksyen 7
Roti canai sedap..teh ais terbaik....Servis cepat dan kedai bersih.

6) Restoran Nasi Arab Seksyen 7 (Depan Unisel @ di Giant Seksyen 7)
Nasi Arab sedap dan harga berpatutan..kena makan waktu sangat lapar..baru terasa nikmat....

7) Restoran Putera Ayu
Ini restoran yang pernah dikunjungi JJCM TV3....Jus mangga memang terbaik...Menu tomyam atau Thai..sedap....tapi amat berbaloi ambil set...sebab lebih murah dan jimat. Terletak di Jalan ke Padang Jawa dekat Alam Avenue.

8) Restoran Ikan Bakar Seksyen 6
Ikan bakar fresh..sambal sedap...dan sos juga amat sedap. Time lunch memang penuh terutama students.

9) Restoran TTDI Jaya Shah Alam
Menu memang banyak...beratus-ratus menu makan tengahari..termasuk bubur..Memang rambang mata nak pilih yang mana satu. .Sedap..tapi harga standard... Landmark berdekatan pusat servis kereta Honda TTDI Jaya.

10) Restoran Hatini Seksyen 10 Shah Alam
Menu kelantan pure...Harga standard...

11) Restoran Soto Seksyen 8
Sotonya sangat sedap...bergedil pon sedap. JJCM recommended.

12) Pak Li Kopitiam
The only kopitiam yang saya suka...terutamanya set roti bakar..memang sangat sedap dan juga nasi lemaknya memang power. Tu sebab sentiasa penuh kopitiam ini..memang tak menang tangan..Oh ya pemiliknya cina. Harga standard...kalau seorang dalam RM10++ oklah kan.

                                          Nasi Lemak Rendang dan Ipoh Iced Coffee Pak Li

13. Restoran Temerloh, Seksyen 15 Shah Alam
IKan patin paling menawan...RM10sekeping..nak tempah pon boleh...bulan 12 haritu abang ipar saya tempah 40 keping ikan patin tempoyak...untuk tahlil di surau....Landmark dekat Public Bank Seksyen 15.

14. ABC Fradoo
ABC paling sedap dan memang berbaloi harganya...ada klasik dan ber ice cream. Terletak di medan makan seksyen 2, Shah Alam.
                                     Credit: misscha-cecite.blogspot.com

15. Nasi Lemak Ceria @ Restoran Ceria
Terletak di sekyen 2/3 Shah ALam...landmarknya dekat wisma Mais...hidangan nasi lemak, cakoi nya memang sedap dan terbaik....terutama sambal bilisnya. Harga standard dan boleh dikira berbaloi juga.

16. Mee ketam dan mee bandung seksyen 7
Dua kedai yang berbeza tetapi bersebelahan. Kalau teringin mee ketam bolehlah singgah di restoran mereka ini yang terletak berdekatan dengan unisel. Mee ketam yang sangat sedap...dan kuah pekat...dan ada aksesori seekor ketam. Harga standard...servis ok.

image google-terima kasih tuan blog


17. Rojak Pasembor sekyen 9.
Ini adalah rojak yang paling sedap pernah saya rasa dan keasliannya masih terserlah. Harga RM3.50 sebungkus..kuah pekat dan secukup rasa. Terletak dikawasan letak kereta di Seksyen 9 , shah alam..iaitu di kawasan restoran cili merah....(jika tidak silap). Mereka menjual di atas van dan diletakkan beberapa kerusi...ada juga air batu cendol.

image google-terima kasih tuan blog


18. Laksa Kedah/Penang Seksyen 7
Mereka menjual menggunakan van. Laksanya sedap dan kuahnya pekat..rasa ikan. Harga berbaloi...boleh bungkus atau makan cepat-cepat di kerusi yang disediakan. Landmarknya ialah berdekatan bangunan Worldwide Holding seksyen 7 Shah Alam.

image google-terima kasih tuan blog


19. Air batu cendol Mamak Seksyen 18, Shah Alam.
Sebelum ini mamak ini menjual di atas motor 3 tayar..sekarang sudah punya gerai sendiri berhampiran CIMB Seksyen 18, Shah Alam. air batu cendol sangat sedap dan lemak santannya memang terasa. Harga berbaloi.

image google-terima kasih tuan blog
20. Update
Ketika pulang beraya di Malaysia last julai, saya diperkenalkan oleh abang saya dengan nasi Kak Wok JJ yang terletak di TTDI Jaya Shah ALam dan ianya tidak jauh dari Masjid Al-Iltisam. Nasi ni memang sedap, sambal sedap..ayam goreng dipotong kecil2 dan digoreng rangup. pendek kata semua sedap...dan lagi satu Teh Ais nya sangat power.

Image google..terima kasih tuan blog.

Klang

1) Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan
Memang terbaik...sejak 17 tahun lalu, memang saya selalu ke sini untuk open table famili reunion..menu memang tidak berubah sejak dulu rasanya..sedap...Anda boleh pilih makanan laut yang suka..ditimbang dan dipilih cara nak masak...masak tom yam, tiga rasa, sweet sour dan lain-lain. Manakala sayur atau side dish kena order semasa anda di meja..servis cepat harga standard.

Kuala Lumpur

1) Restoran Rozita Pantai Dalam
Terbaik..sedap dan fresh....Menu makanan adalah pelbagai tetapi lebih kepada menu Kelantan. Malahan kalau yang teringin nak makan tapai goreng kat sini ada jual..rasa macam tape goreng di Kelantan. Landmarknya ialah berdekatan stesen Komuter Pantai Dalam...

2) Ayam Bakar 5 Bintang Kg. Kerinchi
Sedap dan harga berbaloi..RM19 Seekor ayam..Ayamnya dibakar segar. Memang sangat 5 bintang....
image google-terima kasih tuan blog

Oklah..itu sahaja.

Cheers,
Zia Anis
*tak pandai makan di restoran mewah....tapi suka tengok rancangan memasak di AFC dan you tube.


Wednesday, March 26, 2014

Mencari Keikhlasan_Just the Way I Am...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cuti sekolah datang lagi...Alhamdulilah kerana ibubapa berehat sebentar daripada rutin mengambil anak sekolah..dan anak sekolah juga berehat sebentar daripada rutin harian di sekolah....Fuhh lega...

Dan cuti sekolah juga akan menjadi tarikh keramat kerana ada yang dirisik, bertunang, mahupun naik pelamin. Memang cuti sekolah dan acara sebegini berpisah tiada.

Namun apa yang saya ingin bicarakan hari ini ialah mengenai KEIKHLASAN...sebenarnya dan benar-benarnya (macam serius bunyinya kan...hehhehe) saya memang mencari orang yang Ikhlas menjadi my Soulmate aka My other half...biarlah dia memandang saya Just the Way I Am...kerana biar dia cinta atau menerima saya seadanya..bukan kerana saya ada itu, pelajarannya begini, kerjanya begitu atau segalanya..biarlah dia menerima saya kerana ikhlas dan meletakkan Allah atas dasarnya...
Bak kata Ustazah Norhafizah Musa..Ucapkanlah pada pasanganmu yang halal "Saya sayang kamu kerana Allah"...dan si pasangan akan menjawab "Saya juga cinta kamu kerana Allah".
Kerana apa yang saya miliki atau ada sekarang akan hilang atau pinjaman Allah semata....

i) kerana ada yang memandang pada rupa paras..bentuk badan...oh..memang saya tidak sangat cantik...Biasa-biasa jer...(Biar tidak cantik pada pandangan manusia..tapi Bersyukur pada Allah..sempurna paras fizikal dan mental..itu sudah cukup). 

ii) ada yang memandang pada harta...saya memang tidak berharta....kalau adapun hartanya yang sikit itu adalah hutang semata..tak habis bayar pun lagi...hehheheheh. Kalau kerjaya pula..siapalah saya hanya seorang pendidik biasa..yang cuti belajar kerana ingin mendalami ilmu sebanyak mungkin agar layak menjadi pendidik anak bangsa peringkat undergraduate dan postgraduate..itu sahaja...

iii) keturunan? biasa sahaja...keturunan melayu..Alhamdulilah..yang berhidung tidak mancung dan tidak putih melepak..kerana gene melayu memang begitu..jika tengok atau jumpa melayu cantik..cuba selidik akar keturunannya..mesti ada mix di situ sini....betul tak? Macam Neelofa.

iv) agama. Alhamdulilah dan bersyukur dilahirkan dalam islam..bayangkan kita dilahirkan dalam keluarga bukan islam..mungkin kita tidak kenal Allah saat ini.....Allah hu Akbar..Ya Allah kurniakan aku iman yang kuat..agar aku bisa meraih cintaMu..dan cinta orang mencintaiMu...terpengaruh drama Aku Ada Wali..jom tengok ramai2...(walau sedikit slow..tapi banyak moral dapat dikutip dari drama ini).

Dan setiap hari saya berdoa saya diberikan hati yang Ikhlas juga menerima seseorang dalam hidup dan pasangan saya juga Ikhlas menerima saya seadanya..bukan kerana siapa saya, bukan kerana Apa, Bukan Kerana Sesiapa...Semuanya kerana Allah....Dan berani juga...berani ke depan dan memikul tanggungjawab sebagai my soulmate..Amin moga Allah merestui...InsyaAllah



Sebagai penutup kata, kita lihat bait lagu :

Just the way You Are..daripada Bruno Mars..


Oh, her eyes, her eyes make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair falls perfectly without her trying
She's so beautiful
And I tell her everyday.
Yeah, I know, I know when I compliment her, she won't believe me
And it's so, it's so sad to think that she doesn't see what I see
But every time she asks me do I look okay?
I say
When I see your face
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for a while
'Cause girl, you're amazing
Just the way you are
Her lips, her lips, I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh her laugh, she hates but I think it's so sexy
She's so beautiful
And I tell her everyday
Oh, you know, you know I'd never ask you to change
If perfect's what you're searching for, then just stay the same
So don't even bother asking if you look okay
You know I'll say
When I see your face
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for a while
'Cause girl, you're amazing
Just the way you are
The way you are
The way you are
Girl, you're amazing
Just the way you are
When I see your face
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for a while
'Cause girl, you're amazing
Just the way you are.
yeah yeah


Read more: Bruno Mars - Just The Way You Are Lyrics | MetroLyrics 


Cheers,
Zia Anis

* Jadilah insan yang lebih baik daripada sangkaan orang terhadap kita...

Saturday, March 22, 2014

Trip to Berlin, Germany_March 2014

Assalamualaikum and Hai,

Last week I went to a short trip to Berlin, Germany. It was a short notice plan..and I bought the tickets at the night and the next following  morning me and my Morrocon friend went there.
So let see whats happened. 

14/3/2014
At 11.10: I was on board on bus using Meinfernbus from Saarbruecken to Berlin. It took 10 hours to reach Berlin ZOB aka Berlin Main Bus Station. This bus stop at Mainz, Frankfurt Flughafen, Frankfurt Haupbanhof and rest for a while at the small restaurant otw to Berlin.

At 10.00: My friends arrived and took us to her house. We ate a supper and slept.

15/3/2014

Three of us bought a day ticket which cost us Euro6.70. Its really cheap and you can go around Berlin city with it..Worth it ya...

So this is the place we visited:
1) Pieces of Berlin Wall 

2) Holocaust Memorial: It is a series of blocks to remember the Holocaust. You can walk between the blocks and the ground starts to decline while walking, then it comes back up. This symbolizes how the Holocaust became increasingly severe and how it was finished by the end of the war. You can take great pictures there.

3) Brandenburg Gate (Brandenburger Tor)
It is one of the most famous monuments of Berlin. It was before a symbol of the division of Germany and now it is the symbol of unity. It really was built to commemorate the victory over Napoleon. The chariot with the Victory is beautiful and well worth the visit.


4. The Berliner Dom (Berlin Cathedral), completed in 1905, is Berlin's large largest and most important Protestant church as well as the sepulcher of the Prussian Hohenzollern dynasty. This outstanding high-renaissance baroque monument Has the Hohenzollerns linked to German Protestantism for centuries and under gone Renewed phases of architectural renovation since the Middle Ages.



5.Charlottenburg Castle (Charlottenburg)
It is the largest castle in Berlin and it is really worth the visit. Friedrich II ordered the construction of the castle for his wife Sophie Charlotte in 1695. It has a very nice picture gallery and the most beautiful belongs to Queen Luis. The ballroom is inspired by the nature with green walls. It also has an area where all the trappings of walls and ceilings are in silver color, instead of gold which was the most common, making it very nice and original. It is a shame you cannot take pictures inside. In the summer it is a very pleasant experience to walk through the gardens. It is better explored the castle helping by an audio guide in order to have more detailed information.
6. Museum Island
The five museums that comprise Berlin's famous Museum Island are located between the Spree River and the Kupfergraben.

7.  Postdamer Platz: In the 1920s and 30s, the Potsdamer platz was the busiest and one of the liveliest squares in Europe. It was a major public transport hub and a popular entertainment district; the area contained numerous bars, cafés and cinemas.
8. Reichstag: After the founding of the German Empire in 1872, there was a need for a large parliamentary building in Berlin. It situated a few minutes walks from Berlin Gate.

9. Bosnian Mosque
10. Indian Restaurant, Amrit...Its Halal...(chicken only).
11. Turkei Mosque
12. Gelato Ice cream Cafe. The ice cream is really tempting and "Lecker".
13. Ritter Sport Restaurant and Shop


This is the famous brand of chocolate, and it is German Brand.
Before we went home, we took a tour with a double Decker bus no.200. So we can see Berlin at night. 




16/3/2014
We went to the famous Lebanese Restaurant to buy a packed lunch and we did our prayer at their restaurant as we a in hurry. In this street there are a lots of Halal restaurant and Muslim Shop. This is like a little Arab's Street. Then we arrived at the Berlin ZOB on time, so we can catched the bus to go home in Saarbruecken..We arrived home safely at 11.30 pm..Fuhh...how tired and long journey yeah.
As a summary, I would recommended all of you to visit Berlin because its so much fun, and many things to do and to eat too...For the architecture students, you should visit Berlin because they offered you many artistic buildings and historic architecture.They are multi culture city too.

Last but not least... Zia Anis The Traveller. 
Cheers,
Zia Anis

Wednesday, March 5, 2014

Phd oh Phd

Assalamualaikum dan hai,
Harini saya telah selamat mempresent hasil kerja research yang telah saya buat untuk beberapa bulan lalu...

dan hari ini juga saya dapat kerja baru sebagai tambahan kepada kerja sebelumnya...dan ini adalah datanya...MasyaALlah banyak sangat..naik juling dan pening CPU komputer saya...


15000 ribu data....dan didarab 2....wah...Rabbi Yassir Wala Tu assir...
Ya ALlah permudahkan urusanku dan juga sesiapa yang membaca blog ini...Ameen.

Cheers,
ZIa Anis


Tuesday, March 4, 2014

Perkahwinan Dulu vs Perkahwinan Sekarang

Assalamualaikum and Hai,

Entri kali ini saya akan menulis dan membincangkan mengenai majlis perkahwinan dahulu dan bezanya dengan majlis perkahwinan hari ini..iaitu dalam masayarakat wifi...dan smartphone.

Perkahwinan Sekarang

1) Majlis bertunang yang Gah dan meriah
Sekarang ini banyak majlis pertunangan dibuat secara besar-besaran dan dihadiri ramai orang malahan menelan belanja yang banyak dan mahal. Tidak menjadi masalah jika berkemampuan, tetapi adalah menjadi beban kepada fizikal dan mental orang sekeliling yang melihat dan memandang. Kerana saban minggu kita melihat pihak media massa dan media elektronik memaparkan sebuah majlis pertunangan gilang gemilang dan penuh adat yang jauh menyimpang dari syariat islam....iaitu bergambar pasangan laki dan perempuan seperti sudah berkahwin dan duduk berdua-duaan tanpa segan silu di atas pelamin ribuan ringgit....selain memakai pakaian sewa atau customade yang menelan belanja ribuan ringgit juga.... dan diikuti pula dengan sesi photografi yang selayaknya untuk pasangan halal...ianya bukan pilihan atau kehendak pasangan sahaja...malah ibubapa juga tak terlebih-lebih menyokong anak mereka membuat itu dan ini yang salah dari segi syariat....dimana konsep "berhemah dan bersederhana"? semuanya hilang dek arus mengejar glamor dan majlis siapa paling gah....

2) Pre Wedding Photosession...

Ini adalah pengaruh barat dan diasilimisasikan di dalam budaya Islam Melayu mutakhir ini....amatlah sedih melihat situasi ini..dan jika tiada perjanjian dengan pihak fotographer...maka segala gambar anda akan tersebar diinternet sebagai langkah mempromosikan syarikat fotographer tersebut...Bagi saya yang naif ini..ini semua tidak perlu....membazirkan wang dan masa....dan terlebih lebih lagi salah jika ianya melampaui batas dan tatasusila adat timur kita....

3) Shower Bridal dan Bachelorate Party
Ini satu lagi budaya masyarakat barat yang dibawa masuk oleh orang yang mengagungkannya...dan menganggap ianya "cool".....sungguh tidak cool...kerana ianya bertujuan menunjuk atau berseronok sahaja...tidak salah jika ingin meluangkan masa sebelum rakan atau saudara rapat kita akan bertukar status..tapi sekarang semuanya dimuatnaik ke IG,Twitter or facebook....biar semua orang tahu...dan disulami dengan tema....seperti tema leopard, masquerade, dan tema lain yang mengarut dan tidak sopan.......

4) Majlis Perkahwinan Gah dan "Wedding of the year"
Tidak kira majlis untuk orang kaya atau artis atau pun kenamaan...sekarang yang duduk di ceruk rantau pun sibuk membuat atau merancang sebuah perkahwinan gah...biar dikatakan orang sebagai "wedding of the year"....biar setahun tak habis lagi orang bercakap...itu belum lagi perihal hantaran kahwin....semua tanya "berapa hantaran anak si polan polan tu?"...."ooooo.....mahal ek..."..."kerja apa menantunya?....semua ini akan dikorek tanya oleh tetamu atau saudara mara....jika hantaran dan majlis tak seberapa akan dikutuk dan dikata...seperti dosa pula...alangkah malangnya jika ini terjadi....sebuah majlis perkahwinan telah dicemari dengan sifat menunjuk-nunjuk....mengumpat keji dan sebagainya...
dan saya juga melihat trend sekarang nak dua pelamin....wah..satu untuk akad nikah dan satu untuk bersanding.....banyaknya wang kan.
- itu belum lagi katering...tak sedap kena kutuk, sedap sampai tak cukup pun kena kutuk...isk2...jika kita berlapang dada mesti perkara ini tidak akan terjadi...
- manakala bab bridesmaid...berpakaian sedondon...dan jika di bandar besar...berpakaian seksi dan ketat...dimana bezanya kita dan barat? apa yang dapat diagungkan lagi budaya timur yang sopan dan penuh lemah gemalai....diiringi pulak dengan tarian....
-berkira-kira untuk menjemput saudara atau kenalan kerana charge untuk seorang tetamu di majlis di hotel RM70 sekepala....jadi memang terhad jemputannya...saudara mara yang "terpilih" sahaja dijemput.
-sebagai merealisasikan majlis gilang gemilang, ada yang terpaksa bergolok gadai dan meminjam daripada bank mahupun PAMA (papa-mama)...sehingga ada yang jatuh muflis disebabkan hutang dengan bank....tidak mampu dibayar...kesiankan.  Prof Muhaya pernah mengutarakan pendapat bahawa ramai yang merancang majlis perkahwinan tapi jarang yang merancang hidup selepas akad-nikah.

                                                          Image googled...

Dulu kala majlisnya meriah....rewang dan gotong royong bersama sama diadakan dan dihadiri oleh para sanak saudara jauh dekat. Mereka ringan tangan membantu apa yang termampu....dua hari sebelum majlis sudah berhimpun di rumah saudara untuk membuat persiapan memasak terutamanya. Manakala pelamin dan khemah adalah tugas mak andam dan tukang khemah. Majlisnya sederhana tapi meriah dan berkat....Malah ramai tetamu dijemput tanpa berkira-kira kosnya...Tidak terlalu mengeluarkan wang banyak...cukup untuk memberitahu anak perempuan atau anak lelaki si polan telah berkahwin dengan selamatnya. Itu sahaja....

                                                  Betul sangat...


Tepuk dada tanya selera...tanya iman...
Semoga majlis perkahwinan adalah berkat dan memikat.

Cheers,
Zia ANis


Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...