Monday, October 28, 2013

Perihal Saffron-Rempah termahal di dunia


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ketika pulang bercuti Aidilfitri lalu saya ada membawa ke jerman ni rempah Kuzi. Ayam masak kuzi adalah resepi signature my mom...yang enak dimakan bersama nasi minyak, acar mentah dan juga dalca daging. Jadi salah satu bahan untuk menu ayam kuzi ialah safron..jadi sebab tak ada safron tertangguhlah hasrat nak buat Ayam Kuzi...leceh nak membuatnya..tapi sedap sangat...

Ayam Kuzi Bonda Nafeesa

Dan last week saya ke kedai Turki membeli sayur dan daging halal..masa kat kaunter ternampak safron, apalagi sambar dan bayarlah...safron ni made in iran.

Harga untuk 0.5gram ialah RM18.00, Jadi untuk 1kg ialah RM36,000. Wah mahalnya..
dan semasa saya di mekah saya ada membeli sebotol safron dengan harga RM18...tapi portionnya lebih banyak...

Oklah kita lihat dulu apa itu safron:


Saffron adalah sejenis rempah yang banyak digunakan untuk masakan khas Timur Tengah dan India. Rempah yang terkenal dengan sebutan kuma – kuma ini merupakan pewarna alami sekaligus penyedap rasa yang bagus untuk kesihatan. Saffron mengandungi crocin sebagai salah satu bahan pewarna karotenoid. Zat ini membuat makanan menjadi berwarna kuning keemasan.

Saffron juga mengandungi banyak bahan anti-karsinogenik, anti-mutagenik, immunomodulasi, dan antioksidan. Biasanya digunakan pada masakan Asia seperti masakan India, Arab, atau Turki. Saffron juga sering digunakan untuk pewarna pada kuih-kuih, gula-gula, dan minuman keras. Kerana kualitinya yang tinggi, jangan terkejut bila harganya boleh mencapai hingga belasan ribu ringgit per kilogram nya. Info terkahir yang didapati, saat artikel ini ditulis, harga saffron mencapai sekitar 11 juta per kilogram nya.

Lantas mengapa bumbu rempah ini sangat mahal?

Ternyata saffron berasal dari tangkai putik bunga crocus sativu. Kerana jumlah Putiknya sedikit maka saffron termasuk rempah termahal di dunia. Bunga saffron sendiri berwarna ungu dan hanya mempunyai 3 tangkai putik dalam 1 bunga.



Tangkai Putiknya mempunyai tekstur yang halus seperti benang berukuran 2 – 4 cm. Putik bunga saffron berwarna oren terang seperti kunyit dan berkualiti tinggi. Biasanya saffron digunakan sebagai pewarna nasi kuning. Contohnya di India sebagai pewarna paela, makanan khas India. Saffron juga digunakan sebagai pewarna risotto di Milan.

Penasaran seperti apa rasa rempah termahal ini? 

Saffron mempunyai rasa sedikit pahit di lidah dan aromanya legit.
Tangkai putik bunga saffron juga mudah menjadi kering. Sehingga Putiknya harus disimpan di dalam bekas kedap udara atau botol. Bunga saffron akan tumbuh subur jika cukup mendapat air, ditanam di tanah yang gembur dan memilliki cerun tertentu sehingga banyak terkena sinar matahari.
Rempah-rempah ini ternyata telah ditanam sejak 3000 tahun yang lalu. Sebahagian besar bunga saffron ditanam di kawasan Mediterranean hingga ke timur wilayah Kashmir. Setiap tahun, para petani dapat menghasilkan sekitar 300 tan saffron dari seluruh dunia.

Beberapa negara pengeluar saffron di dunia adalah Iran, Sepanyol, India, Greece, Azerbaijan, Maghribi, dan Itali.



Dengan berbagai macam nutrisi yang terkandung di dalamnya, tanaman ini dapat berfungsi sebagai pencegah kanser, mempertajamkan penglihatan, memperbaiki sistem imunisasi tubuh, dan mengubati gejala kemurungan. Caranya cukup dengan mencampurkan saffron ke dalam teh hangat atau sebarkan saffron di atas tempat tidur.

Selain itu, saffron juga boleh digunakan untuk menurunkan berat badan, kerana boleh menimbulkan kesan merasa tidak lapar.
Selain khasiat-khasiat yang sudah disebutkan di atas, saffron juga boleh meredakan penyakit kerana asma, haid, serta imnosia.
Namun berhati-hatilah jika mengambilnya terlalu banyak. Jumlah pengambilan yang terlalu banyak boleh menimbulkan kesan keracunan. Jadi sebaiknya konsumsilah saffron dengan jumlah yang sewajarnya.

Image google

Ok..selamat mengenal safron...

Cheers,
Zia ANis



3 comments:

  1. Betul tu Anis! Saffron mmg la rempah yg paling mahal kat dunia. Even bila kat kitchen nak order saffron utk function pun asyik argue je dgn chef nak pilih brand paling murah..haha kelakar betol~

    syok jgk ur blog ni (^__^)// keep on writing dear~

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih sudi membaca....

    ReplyDelete
  3. I love the saffron and it has been 300 years since we are cultivating it in Kashmir(India) thanks for sharing a wonderful article
    http://jerryjournal.com/using-saffron-as-acne-home-cure-among-the-best-non-chemical-fix-for-acne-that-wo/#comment-2457

    ReplyDelete

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...