Friday, October 25, 2013

Bahasa Cinta yang Tidak Difahami

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos kali ini saya akan mengupas mengenai Bahasa Cinta yang Tidak Difahami dan bukannya Bahasa Cinta yang Tidak Sukar Difahami. Apa itu Bahasa Cinta yang Tidak Difahami???

Bunyi agak pelik kan...dan saya menemui jawapan ataupun klu kepada bahasa ini setelah 6 tahun berlalu..wah susahnya memahami bahasa cinta....lebih2 lagi ianya tidak terungkap dengan jelas...oklah mari mulakan sesi bercerita.

Tak perlu mengungkap perkara dengan berbahasa kias..kerana ramai yang tidak memahami bahasa kias sekarang ini...maklumlah zaman makin canggih..maklumat di hujung jari...

Ini analogi sebuah cerita sebenar:
Miss X mendapat tawaran melanjutkan master di USA..ini pertama kali beliau menjejak kaki ke USA..apalagi berbungalah hati bercampur takut..dan semasa mendarat di USA Airport beliau terasa lapar..tapi rasa takut untuk membuat pesanan di kedai kopi..aka cafe..so beliau beberapa kali memberanikan diri berjalan ke cafe tersebut sambil mengira-kira membuat pesanan...tapi beliau berpatah balik...dan ianya berlaku 3 kali...dan akhirnya keberanian sebenar timbul..dan beliau melangkah yakin ke arah cafe tersebut untuk membuat pesanan...namun mengecewakan kerana cafe tersebut sudah tutup kerana telah lewat malam...
ahhhh...bila saat keberanian datang semua peluang telah tertutup...

Wahai lelaki atau wanita diluar sana..ungkapkan bahasa cintamu agar jelas dan diketahui oleh pasanganmu..jika tidak ianya akan sia-sia..sebelum terlambat ungkapkan kata cinta..."Aku cinta padamu" atau "Aku suka padamu"...berbalas atau tidak itu bukan kerja kita...serahkan kepada Allah....

Jika tidak mampu..tulislah surat, nota, mesej, mesej FB...dan banyak cara untuk melafazkannya..gunakan orang tengah dan seperti ibubapa, teman rapat atau sesiapa yang rapat untuk menyatakan bagi pihak kita...seperti yang saya katakan masa tak menunggu kita...usia makin meningkat sedang kita masih takut mengungkapkan apa yang tersimpan di hati...

Cheers,
Zia Anis

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...