Monday, October 28, 2013

Perihal Saffron-Rempah termahal di dunia


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ketika pulang bercuti Aidilfitri lalu saya ada membawa ke jerman ni rempah Kuzi. Ayam masak kuzi adalah resepi signature my mom...yang enak dimakan bersama nasi minyak, acar mentah dan juga dalca daging. Jadi salah satu bahan untuk menu ayam kuzi ialah safron..jadi sebab tak ada safron tertangguhlah hasrat nak buat Ayam Kuzi...leceh nak membuatnya..tapi sedap sangat...

Ayam Kuzi Bonda Nafeesa

Dan last week saya ke kedai Turki membeli sayur dan daging halal..masa kat kaunter ternampak safron, apalagi sambar dan bayarlah...safron ni made in iran.

Harga untuk 0.5gram ialah RM18.00, Jadi untuk 1kg ialah RM36,000. Wah mahalnya..
dan semasa saya di mekah saya ada membeli sebotol safron dengan harga RM18...tapi portionnya lebih banyak...

Oklah kita lihat dulu apa itu safron:


Saffron adalah sejenis rempah yang banyak digunakan untuk masakan khas Timur Tengah dan India. Rempah yang terkenal dengan sebutan kuma – kuma ini merupakan pewarna alami sekaligus penyedap rasa yang bagus untuk kesihatan. Saffron mengandungi crocin sebagai salah satu bahan pewarna karotenoid. Zat ini membuat makanan menjadi berwarna kuning keemasan.

Saffron juga mengandungi banyak bahan anti-karsinogenik, anti-mutagenik, immunomodulasi, dan antioksidan. Biasanya digunakan pada masakan Asia seperti masakan India, Arab, atau Turki. Saffron juga sering digunakan untuk pewarna pada kuih-kuih, gula-gula, dan minuman keras. Kerana kualitinya yang tinggi, jangan terkejut bila harganya boleh mencapai hingga belasan ribu ringgit per kilogram nya. Info terkahir yang didapati, saat artikel ini ditulis, harga saffron mencapai sekitar 11 juta per kilogram nya.

Lantas mengapa bumbu rempah ini sangat mahal?

Ternyata saffron berasal dari tangkai putik bunga crocus sativu. Kerana jumlah Putiknya sedikit maka saffron termasuk rempah termahal di dunia. Bunga saffron sendiri berwarna ungu dan hanya mempunyai 3 tangkai putik dalam 1 bunga.



Tangkai Putiknya mempunyai tekstur yang halus seperti benang berukuran 2 – 4 cm. Putik bunga saffron berwarna oren terang seperti kunyit dan berkualiti tinggi. Biasanya saffron digunakan sebagai pewarna nasi kuning. Contohnya di India sebagai pewarna paela, makanan khas India. Saffron juga digunakan sebagai pewarna risotto di Milan.

Penasaran seperti apa rasa rempah termahal ini? 

Saffron mempunyai rasa sedikit pahit di lidah dan aromanya legit.
Tangkai putik bunga saffron juga mudah menjadi kering. Sehingga Putiknya harus disimpan di dalam bekas kedap udara atau botol. Bunga saffron akan tumbuh subur jika cukup mendapat air, ditanam di tanah yang gembur dan memilliki cerun tertentu sehingga banyak terkena sinar matahari.
Rempah-rempah ini ternyata telah ditanam sejak 3000 tahun yang lalu. Sebahagian besar bunga saffron ditanam di kawasan Mediterranean hingga ke timur wilayah Kashmir. Setiap tahun, para petani dapat menghasilkan sekitar 300 tan saffron dari seluruh dunia.

Beberapa negara pengeluar saffron di dunia adalah Iran, Sepanyol, India, Greece, Azerbaijan, Maghribi, dan Itali.



Dengan berbagai macam nutrisi yang terkandung di dalamnya, tanaman ini dapat berfungsi sebagai pencegah kanser, mempertajamkan penglihatan, memperbaiki sistem imunisasi tubuh, dan mengubati gejala kemurungan. Caranya cukup dengan mencampurkan saffron ke dalam teh hangat atau sebarkan saffron di atas tempat tidur.

Selain itu, saffron juga boleh digunakan untuk menurunkan berat badan, kerana boleh menimbulkan kesan merasa tidak lapar.
Selain khasiat-khasiat yang sudah disebutkan di atas, saffron juga boleh meredakan penyakit kerana asma, haid, serta imnosia.
Namun berhati-hatilah jika mengambilnya terlalu banyak. Jumlah pengambilan yang terlalu banyak boleh menimbulkan kesan keracunan. Jadi sebaiknya konsumsilah saffron dengan jumlah yang sewajarnya.

Image google

Ok..selamat mengenal safron...

Cheers,
Zia ANis



Friday, October 25, 2013

Bahasa Cinta yang Tidak Difahami

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos kali ini saya akan mengupas mengenai Bahasa Cinta yang Tidak Difahami dan bukannya Bahasa Cinta yang Tidak Sukar Difahami. Apa itu Bahasa Cinta yang Tidak Difahami???

Bunyi agak pelik kan...dan saya menemui jawapan ataupun klu kepada bahasa ini setelah 6 tahun berlalu..wah susahnya memahami bahasa cinta....lebih2 lagi ianya tidak terungkap dengan jelas...oklah mari mulakan sesi bercerita.

Tak perlu mengungkap perkara dengan berbahasa kias..kerana ramai yang tidak memahami bahasa kias sekarang ini...maklumlah zaman makin canggih..maklumat di hujung jari...

Ini analogi sebuah cerita sebenar:
Miss X mendapat tawaran melanjutkan master di USA..ini pertama kali beliau menjejak kaki ke USA..apalagi berbungalah hati bercampur takut..dan semasa mendarat di USA Airport beliau terasa lapar..tapi rasa takut untuk membuat pesanan di kedai kopi..aka cafe..so beliau beberapa kali memberanikan diri berjalan ke cafe tersebut sambil mengira-kira membuat pesanan...tapi beliau berpatah balik...dan ianya berlaku 3 kali...dan akhirnya keberanian sebenar timbul..dan beliau melangkah yakin ke arah cafe tersebut untuk membuat pesanan...namun mengecewakan kerana cafe tersebut sudah tutup kerana telah lewat malam...
ahhhh...bila saat keberanian datang semua peluang telah tertutup...

Wahai lelaki atau wanita diluar sana..ungkapkan bahasa cintamu agar jelas dan diketahui oleh pasanganmu..jika tidak ianya akan sia-sia..sebelum terlambat ungkapkan kata cinta..."Aku cinta padamu" atau "Aku suka padamu"...berbalas atau tidak itu bukan kerja kita...serahkan kepada Allah....

Jika tidak mampu..tulislah surat, nota, mesej, mesej FB...dan banyak cara untuk melafazkannya..gunakan orang tengah dan seperti ibubapa, teman rapat atau sesiapa yang rapat untuk menyatakan bagi pihak kita...seperti yang saya katakan masa tak menunggu kita...usia makin meningkat sedang kita masih takut mengungkapkan apa yang tersimpan di hati...

Cheers,
Zia Anis

Thursday, October 24, 2013

Heidelberg, Germany

Assalamualaikum dan Hai,

Heidelberg....kali ini saya akan bawa anda semua ke Heidelberg sebuah bandar tua di selatan german. dari tempat saya hampir 3 jam manakala dari Frankfurt hanya satu jam lebih. di sini terdapat bangunan lama lama dan istana serta gereja lama..saya rasa di setiap perkampungan di jerman mesti ada satu gereja lama..kalau kita satu kampung satu surau atau masjid kan..dan disini juga terdapat uni Heidelberg yang terkenal dan juga embl heidelberg yang popular itu.
jadi pada minggu lepas saya mendapat undangan rumah terbuka kakak dari Kelantan yang berkahwin dengan lelaki german..sudah 20tahun menetap di sini...rumahnya di Heidelberg..so apalagi..datang kami bererombongan cik kiah naik train sesama. tiba di Heidelberg kami menyusuri deretan kedai kedai di bandar heidelberg..banyak kedai dan kedai makan yang ekslusif dan menarik juga..kedai cute miut pon ada..manakala kat sini juga ada Tkmaxx.. pandora shop hard rock cafe non offociall.

Jadi kami singgah sekejap makan ice cream dan membeli souvenir aka fridge magnet...dan berjalan lagi ke stesen mcm bukit bendera ke schloss heidelberg..bayaran 6 euro return by train dan 4 euro utk pelajar..sila tunjuk kad pelajar. dan kami pon naiklah train menjunam naik ke schloss..dan bulan oktober memang sesuai utk bergambar kerana musim autumn daun mohabbatein pon banyak gugur dan menguning cantik sekali.

Selepas puas di schloss kami kembali ka banhof iaitu train stesen utk memenuhi undangan raya aidiladha tersebut. selepas puas makan rehat dan solat..kami berangkat pulang ke rumah masing2.  jadi inilah hasil bidikan kamera saya..
enjoys..dan selamat berjalan jalan..








Bandar Heidelberg...dan bridge
















cheers,
Zia Anis

Tuesday, October 22, 2013

Berhibur dengan menangis



Assalamualaikum,

Apabila mendengar lagu nasheed...hati saya amat tersentuh kerana ianya menuntun saya keluar dari fikir indah dunia..kerana jika dengar lagu cinta, lagu melayu, hindustan dan lagu inggeris semua mengarahkan ke dunia...

Ustaz Azhar pernah berceramah jika kita berada di rumah apa yang kita cari....bukan rumah...begitu juga dunia jika sudah berada di dunia apa lagi yang perlu dicari...carilah akhirat...tanpa mengabaikan dunia...

Abu Darda r.a. meriwayatkan sabda Rasulullah saw., “Jika kamu dapat mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis dan dunia akan menjadi hina dalam pandanganmu dan kamu akan mengutamakan akhirat.”

Dan lagu yang saya dengar ini amat meruntun jiwa...
Hayati bait bait nya...

Debu - Debu Dosa

Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Moga sampai mesej yang ingin disampaikan..mencari hiburan biarlah membuatkan kita lebih dekat padaNya..
dan amatlah menghairankan jika kita takut pada seseorang jika pasti akan menjauhkan dirinya...atau nampak bayang pon takmo kan..tapi jika takut pada ALlah...makin hampir lah kita kepadaNya...

                         sucinya air mata jika untukNya yang Maha Agung

Semoga kita semua mendapat rahmatNya.

Cheers,
ZIa Anis

Monday, October 21, 2013

Aidiladha di Kelantan_Kelantan Style

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat hari raya aidiladha..walaupun telah berlalu seminggu lalu...dan seperti kebanyakan tahu kelantan memang terkenal sebagai negeri yang meriah bila bab sambut raya haji...sememangnya sejak kecil saya dah diajar sama sahaja diantara raya haji mahupun raya puasa..yang beza raya haji ada daging korban dan acara korban raya puasa ada duit raya
bab meriah dua dua meriah dan semua pakai baju baru...dan kat kelantan juga time ni lah jugak nak wat kenduri kendara sebab ramai duduk jauhkan..so sekali arung lah kenduri dan raya..tak macam orang kl.
weekend jer ada orang kawen..tu sebb raya memang jem teruk di kelantan
masa raya haji..
 
selepas mandi sunat hari raya.
maka semua akan berduyun ke surau atau masjid utk acara solat hariraya..biasanya solat lebih awal kerana nak pi sembelih lembu plak pastu.
kemudian semua pakat balik tukar baju basahan dan bawak pisau parang dan baldi atau "jelok" ke tempat korban lembu biasanya di kawasan sekitar rumah tuan punya lembu...dan yang berkorban (sesiapa yang niat korban)
akan turut serta..dan mengadakan akad niat korban dengan memegang tali lembu dan akd jual beli dilakukan..kemudian akan stay sehingga lihat darah mengalir dari leher lembu yang disembelih.....dan pihak orang lelaki akan melapah lembu tersebut beramai..dan selaku tuan lembu sedikit dari bahagian lembu akan terus diasing siap2 utk terus di masak utk dijamu kepada pekerja yang melapah lembu tadi sebagai santapan tengahari...menu plak simple macam singgang atau sup sebab nak makan lunch dan cepat...dan bahagian lembu akan dibahagi rata utk 7 bahagian..contoh daging 5kg seorang...tulang 5 kg seorang dan sebagainya.

selepas itu bermulalah jamuan utk yang terdaya memasak dimana setiap rumah yg berkorban lembu akan mengajak tetamu dtang ke rumah menikmati jamuan korban seperti hidangan smeua dari daging lembu sperti sup daging, singgang daging, daging goreng kunyit...dan budu...serta nasi putih. dan ada juga daging diagihkan kepada penduduk kampung dan saudara mara....
memang tak menang tangan nak hadir jemputan makan daging
di rumah jiran jiran. terutama org lelaki..sebab diorg yang selalunya akan memenuhi undangan...

oklah iti sahaja mengenai raya haji di kelantan.
dan inilah gambar lama raya haji saya beberapa tahun lepas
..dan now started last year raya haji saya di jerman sahaja..lah..


cheers, Zia Anis

Tuesday, October 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H diucapkan kepada semua pembaca blog saya...semoga kita terus diberikan kekuatan untuk berkorban demi agama, bangsa dan negara..

dan sememangnya saya juga berkorban di negara Jerman mencari setitis ilmu dariNya..yang amat menuntut kesabaran, menguji emosi, kesihatan fizikal dan mental..semoga terus tabah.

Cheers,
Zia ANis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...