Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seperti yang telah dimaklumkan, alhamdulilah sudah sebulan saya berada di Jerman...bumi Hitler...untuk menimba ilmu dan menggapai impian bergelar Doktor Falsafah..InsyaAllah dalm 3 tahun lagi. Untuk pengetahuan semua juga, saya telah mengambil semula topi chef yang "tertinggal" di Melbourne, Australia sejak 4tahun lalu..hehhehe...kiasan je tuh..sebenarnya sejak pulang dari Melbourne saya jarang amat memasak...itupun kerana terpaksa...sebab di rumah akak saya, dia lagi terer masak...so yang terer masaklah kena masak kan. So sejak ke jerman, saya jadikan masak sebagai terapi setelah berpenat lelah menuntut ilmu (mengadap apple-Mac) 7 jam sehari, 5 kali seminngu...kat uni saya ni..rehat hanyalah untuk makan dan solat sahaja...no power nap...sebab orang jerman adalah workaholic.. jadi malu lah kita kan nak rehat atau tidur...
Jadi saya akan selalulah mengupload foto masakan air tangan saya yang tak seberapa...huhuhu...dalam hati setiap hari mengimpikan masak sesuatu yang complicated...tapi masa belum mengizinkan..jadi sebagai pelajar PhD saya rasa adalah sesuai untuk memasak yang simplE dan senang di masak...dan bahan-bahannya mudah didapati walau dimana kita berada. Semoga perkongsian resepi ini manfaatkan anda yang bergelar pelajar Phd, Master atau Ijazah tak kira di Korea, Jepun, Afrika, Mesir, Jerman dan sebagainya. Biasanya saya akan memasak apa yang saya suka...if tak tahu resepinya saya google atau call mak atau akak saya....macam last 3 weeks teringin makan nasi lemak..call my mom n sister cara nak masak nasi..lauk insyaAllah saya tahu...
Sebagai pembuka menu PhD...jom layan foto menu pertama..iaitu ayam masak merah...
Bahan-bahan:
Ayam Halal 0.5kg -saya guna bahagian paha: diperap seketika dengan garam dan serbuk kunyit
Tomato
Cili besar
Cili sos
Tomato sos
Kicap Manis
Sos Tiram
Kiub Ayam
Knorr Pasti Sedap
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng ayam
Bawang besar
Bawang putih
*sukatan adalah mengikut citarasa masing-masing...
Cara membuatnya:
Ayam digoreng dalam minyak yang sederhana banyak...sehingga 3/4 garing...ditoskan minyaknya
Tumis bawang putih sehingga wangi, masukkan bawang besar, kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis, kiub ayam, knorr pasti sedap, air dan kacau sehingga sebati, kemudian masukkan ayam, kacau dan masukkan tomato yang dipotong wedges, bawang besar yang dihiris bulan-bulat dan perisakan dengan garam dan gula...
Tadaa, sedia untuk dihidang...Alhamdulilah selesai menu Phd..
Semasa memasak disunatkan menutup kepala, dan banyak selawat agar masakan berkat dan membawa hati-hati yang memakan masakan kita bertaut menjadi akrab...dan jangan lupa untuk mengacau makanan lawan jam...
Selamat memasak dan berPhD..
Cheers,
ZiA Anis
Saarbrucken, Germany
~Zia Anis~ “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.” Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati
Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog. Sepertimana tajuk di...
-
Assalamulaikum dan Hai, Last 3 weeks, external hard disk saya tidak dapat di detect oleh laptop..mulalah panik sebab banyak data dalam tu.....
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Jom lihat senarai Tempat Menarik yang perlu dilawati di Jerman. Untuk rakyat Malaysia yang memegang ...
No comments:
Post a Comment