Ini adalah resepi yang ke-4. Dan telah 3 minggu lamanya saya berehat daripada memasak kerana menumpang di rumah teman, jadi tuan rumah lebih selesa memasak daripada saya yang masak.
Jadi layan foto kari ayam saya...
Inilah kari ayam yang enak...Alhamdulilah...
Resepi:
Bahan-bahannya:
Ayam halal 300g
Serbuk kari babas seenak rasa
Tomato di potong wedges
Terung dipotong separa kecil
Cili besar
Kentang dipotong separa kecil
Santan pekat
Air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
Bawang besar dipotong wedges
Kiub ayam Knorr
Daun kari
Bawang merah
bawang putih
Seinci halia
Untuk memasamkannya bubuh sedikit pes asam jawa
Cara memasak:
*Saya ikut arahan dibelakang peket serbuk kari babas...hehehhe
*Untuk menumis, panaskan segala macam kakas, bawang putih, bawang merah dan halia...tumis sehingga wangi, masukkan ayam, dan kentang biarkan seketika. Masukkan daun kari, buah tomato, pes asam jawa, kiub knorr, air. Biarkan seketika. Kemudian masukkan santan, terung, cili besar, dan biarkan masak...
Tada...sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Cheers,
Zia Anis
No comments:
Post a Comment