Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Solat Sunat Tahajjud adalah solat sunat yang baik diamalkan...jangan tunggu ada masalah atau sudah berusia mahu melakukannya...Masih teringat bos saya semasa saya membuat latihan praktikal di Institut Kesihatan Umum. Semasa hari terakhir praktikal disitu, bos iaitu seorang doktor pakar memberikan motivasi dan menyuruh saya dan teman saya untuk sentiasa solat tahajud...
Tips:
-tidur sekejap di waktu tengahari atau disebut "Qailulah"...if tak salah eja..iaitu power nap untuk membuatkan diri bertenaga bangun malam hari
-sebelum tidur niat untuk bangun malam tahajjud
-alarm diset...kalau susah sangat suruh mak/ayah/pasangan/teman kejutkan...
-untuk lebih bermotivasi bangun malam sila ke http://www.youtube.com/watch?v=xmIra84mSKo
Firman Allah SWT:
“Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud,sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukkan yang baik.” (al-Isra’:79)
Erti Solat Tahajjud:
Solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, sedikit 2 rakaatnya, 4 rakaat 6 rakaat sehingga 8 rakaat banyaknya. Selepas 2 rakaat beri salam.
Waktu dikerjakan Solat sunat Tahajjud ini sesudah waktu isyak sampai terbit fajar.
Tetapi dengan syarat barangsiapa yang ingin melakukannya perlulah tidur dahulu. Walaupun tidurnya itu sebentar sahaja. Bangun daripada tidur itu barulah boleh melakukannya.
Jika kita bangun hendak pergi kerja dalam pukul 5.00 pagi bolehlah kita melakukan Solat Sunat Tahajjud itu. Sekejap sahaja. Lakukan sebelum masukknya waktu Subuh.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam.” (riwayat Muslim)
Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajud. Ini kerana tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hany dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud.
Lafaz Niat:
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar
”Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala"
Bacaan ketika solat sunat tahajjud itu:
1. Pada rakaat pertama baca Surah Fatihah dan Surah Al-Kafirun atau Surah Al-Baqarah: ayat 284-286. Surah-surah lain yang anda tahu kerana iainya tidak ditetapkan.
2. Pada rakaat kedua selepas Surah Fatihah bacalah Surah Al-Ikhlas atau Surah Ali-Imran :ayat 18,19,26,27.
Selepas selesai solat bacalah doa yang khusus jika kita tidak tahu kita bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau mintalah apa sahaja hajat atau permintaan dalam bahasa kita sendiri.
3. Selepas solat dan memberi salam. Baca doa ini jika dapat. Atau doa sendiri minta keampunan dan hidayatnya.
Maksudnya:
“Ya Allah, Ya Tuhan, bagi Mu segala puji dan pujian. Engkau Raja di Raja. Seluruh langit, bumi, dan segenap isi dan penghuninya, kepunyaan Mu semata. Engkau mengatur semuanya dengan sempurna, tiada suatu pun yang ketinggalan. Engkau Haq dan nyata. Janji Mu tepat. Pasti kita bertemu dengan Engkau. Kata-kata Mu benar. Kenyataan syurga dan neraka, kesejahteraan dan kesengsaraan tidak dapat disanggah. Kebenaran para Nabi dan Muhammad S.A.W tidak dapat pula dibantah. Tuntutan tanggung jawab, perhitungan neraca dan hari pembalasan, pasti tiba saatnya. Ya Allah, Ya Tuhan, aku meyerah dan tunduk pada Mu, beriman dan yakin akan Engkau. Bertawakkal pada Mu. Di pihak Mu aku berdiri dan pada Mu aku bertahkim. Maka ampunilah kelalaian ku dan tutupilah kelemahan ku, baik yang lampau, mahupun yang kini dan yang mendatang, yang lahir dan batin serta yang Engkau lebih tahu daripadaku. Engkau yang memajukan dan Engkau pula yang memundurkan. Dan tiada Tuhan selain Engkau. Serta tiada helah mahupun kekuatan kecuali dengan Mu jua.”
4. Istighfar sekurangnya 10x atau lebih.
Maksudnya:
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
5. Baca Penghulu Istighfar jika dapat.
Sementara tunggu subuh bolehlah zikir. Dan jika mahu tidur balik bacalah ayat-ayat berikut:
1. Ayat Qursi.
2. Surah Al-Ikhlas.
3. Surah Al-Falaq.
4. Surah An-Nas.
Fadillat atau faedah mengamalkannya:
1. Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
2. Orang yang melakukannya termasuk dalam golongan orang yang berzikir.
3. Orang yg mengerjakannya akan diberi ganjaran syurga InsyaAllah.
4. Solat ini juga sebagai penebus kejahatan (dosa2) yang lalu.
5. Ianya juga dapat menghindarkan dari penyakit.
credit to: http://www.resepirahsiaku.com/2010/12/solat-sunat-tahajjud-mendekatkan-diri.html
Untuk pesanan diri sendiri dan rakan pembaca
Cheers,
Zia Anis