Monday, July 23, 2012

60 Petua Mendapat Pasangan oleh DMFK


60 PETUA MENDAPAT PASANGAN 
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Oleh: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
Perunding Utama
DMFK Inspirations Sdn. Bhd. 

Cheers,
Zia Anis

Medan Ikan Bakar Bagan Lalang

Assalamualikum,

Pos kali ini saya biarkan foto berbicara...
























Cheers,
Zia Anis

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum,

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut ramadhan Al Mubarak 1433H. Semoga ramadhan kali ini lebih banyak kita meraih pahala, mengurangkan dosa-dosa yang biasa dilakukan. Tingkatkan ilmu, tingkatkan amal.

Cheers,
Zia aNIS

Friday, July 13, 2012

Philips Island, Melbourne Australia.

Assalamualaikum dan hi,


Suka tak tengok penguin? Comel bukan. Semua orang suka tgk penguin maybe. Jadi saya nak kongsi mengenai tempat yang saya pergi untuk berjumpa dengan penguin iaitu di philip island melbourne australia. Ini bukan pertama kali kerana saya pernah tengok the small penguin di sebuah zoo di sydney. Saya mengikuti trip ke philip island anjuran sebuah kelab pelajar dari RMIT University. Jadi semua yang follow trip ini adalah international students termasuk Mr PRice dari Amerika syarikat yang bertindak sebagai ketua rombongan. Kami bertolak awal pagi menaiki sebuah bas yg memakan masa 3-4 jam dr bandar melbourne. Tempat pertama yang kami singgah ialah di sebuah zoo yang dipenuhi binatang eksotik Australia iaitu kanggaroo dan kaola. Kemudian kami ke The Nobbies  di untuk melihat seal atau singa laut yang berehat diatas batu batu di pinggir laut. Disini disediakan teropong nak teropong seal. Seal ini macam memerang tapi lebih besar, berkilat, kehitaman kulitnya dan lebih aktif malah comel . Ugly but adorable.

Kemudian kami lunch dan solat di Cowes sebuah pantai.di philip island.Disini dipenuhi hotel dan resort disepanjang pantai. Untuk makluman semua, philip island ialah sebuah pulau yang dihubungkan oleh sebuah jambatan. Kemudian menjelanh senja kami tiba di penguin punyer pantai. Selepas solat jamak maghrib isyak dan dinner kami bersedia ke tepi pANtai yang disediakan tempat mcm tempat duduk stadium untuk melihat keletah penguin kecil.

Penguin ini akan muncul atau naik.ke darat menjelang malam disebbkan itu tempat ini akan penuh dengan pelancong menjelang senja. Selain itu, semua pengunjung tidak dibenarkan memgambil gambar kerana akan menakutkan penguin tersebut. Jesteru itu hanya gamabr poskad disediakan di kedai cenderamata menjadi saksi foto anda pernah ke sini.Hampir 2 jam menikmati keindahan pantai angin sejuknya dan melihat telatah comel penguin kami berangkat pulang ke uni dan rumah masing masing. Memang tak rugi ke philip island. Untk yang berkunjung ke Melbourne book your trip to philip island at the tour agent. Memang berbaloi sebab boleh lihat penguin di habitat asalnya. So enjoy the old photos.

Image googled

Pemandangan tempat duduk ala stadium diwaktu menjelang senja.








Kaola yang teramatlah cute dan tak takut kat orang..mesra alam aja. Dan diorang ni hobinya tidur dan makan daun eucalyptus sahaja.  


The Nobbies

Berjalanlah di muka bumi Allah agar lebih menghargai siapa kita dan kebesaran Allah yang tiada tolok tandingnya.


Cheers.
Zia anis

Thursday, July 5, 2012

Mendengar ceramah Ilmu oleh Ustaz Don Sebentar tadi...

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Baru tadi, Saya selesai mendengar kuliah ilmu oleh ustaz don di tempat kerja saya ini. Alhamdulilah setelah hampir 1 tahun mengikuti kuliah beliau di TV mahupun YouTube, dan tadi telah diberikan kesempatan olehNya untuk mendengar dan menonton secara live tajuk "Ramadhan". Dan syukur juga kerana telah bersama-sama mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Don di penghujung kuliah Ilmu. Dan petang ini juga saya ada pembentangan kepada pihak atasan untuk biasiswa PhD untuk kali kedua.... Doakan saya dapat membentangkan dengan baik dan menjawab soalan dengan lancar.

Kepada semua pembaca ingatlah " Sebarkan Ilmu bermanfaat walaupun hanya sepotong ayat". Bersama cintai Ilmu dan cintai orang berilmu.

Update: x yah present. Alhamdulilah..kalu tak ketaq sangat...hehhehe

Cheers,
Zia Anis

Wednesday, July 4, 2012

Nisfu Syaaban



Assalamualaikum and Hi,

Sempena bulan syaaban ini, apakata kita soroti apa itu makna nisfu syaaban. Ingat tak pendekar bujang lapok...ada Ahmad Nisfu....itu ahmad nisfu ini nisfu syaaban. 
Dan kepada sesiapa yang ada buku yassin dan doa-doa amalan, ada terdapat doa nisfu syaaban. Mari sama-sama berdoa untuk kesejahteraan diri, keluarga dan rakan taulan, jiran tetangga. Sesungguhnya kita akan bersama dengan orang yang kita sayang di syurga kelak, jadi pilihlah orang yang baik akhlak dan mulia peribadi, tinggi ibadahnya untuk disayangi, agar kita bertemu semula dengannya di Syurga nanti.InsyaAllah.

Jom hayati artikel yang saya ambil daripada  http://r38life.blogspot.com . Semoga bermanfaat.
Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita. 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”



Nisfu Syaaban

Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.
  • Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
  • Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
  • Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.

Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:
“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)

Cheers,
Zia Anis

Friday, June 8, 2012

Ketahui 10 Cara Menjauhi Zina


Assalamualaikum dan Hai,

Pesanan untuk diri sendiri dan pembaca budiman.

[1]  Tidak berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim, baik di rumah, di pejabat atau di mana saja. Mengikut Sabda Rasulullah, "Tidaklah seorang laki-laki yang berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiganya adalah syaitan.".

Nota: trend remaja dan belia masa kini yang masih belajar yang mengamalkan couple, dating dengan alasan belajar atau bediskusi subjek-subjek tertentu. Apa kata kita tukar diskusi wanita-wanita, lelaki-lelaki kan lebih mudah tak payah pakai tutup aurat asalkan sopan dan tidak menjolok mata, dan tak perlu bimbang mana nak buat diskusi, di bilik masing-masing pun dah boleh bertemu bincang.

[2]  Bagi para wanita muslimah, hindarilah Tabarruj (berhias diri) dan Sufur
(tidak menutup aurat) ketika keluar rumah, kerana ini boleh menyebabkan fitnah dan menarik perhatian. Rasulullah bersabda, "Ada dua golongan penghuni neraka dan
disebutkan salah satu diantaranya- wanita yang berpakaian tapi telanjang dan
berjalan miring berlenggak-lenggok." Dan pakaian yang paling dianjurkan adalah
abaya yang sederhana (pakaian berwarna hitam yang menutupi seluruh tubuh),
menutup kedua tangan dan kaki, serta tidak menggunakan wangi-wangian. Hendaklah mencontoh Ummahatul Mu'minun dan Shahabiyat, bila keluar rumah mereka itu bagaikan burung gagak yang memakai pakaian hitam, tidak sesuatu pun dari tubuh mereka yang terlihat.

Nota: Apakata jika kita tidak ringan mulut untuk mengata orang dengan mengatakan bahawa baju dan tudung tak sepadan, tak trendy lah, tak update lah…sebab kata-kata macam ini menyebabkan terdorong wanita untuk lebih bergaya untuk mendapat penghargaan manusia bukan redha Allah. Dan apakata kita cuba pakai baju sopan seperti baju kurung, skirt sopan dan baju blouse labuh, kan lebih bagus dan manis…begitu juga bab bersolek dan bermekap cukup sekadar menutup cela dan memakai lip balm untuk memaniskan muka.

[3]  Hindari membaca majalah-majalah yang merosak dan menonton filem-filem yang
terdapat adegan porno, kerana ini akan membangkitkan nafsu seks . Janganlah merosak rumahmu, hatimu dan akalmu dengan hubungan-hubungan yang diharamkan.

Nota: Di pasaran sekarang terdapat banyak bahan bacaan ilmiah Islam seperti majalah solusi, Al ustaz dan buku-buku agama keluaran PTS, Telaga Biru, Mustread dan sebagainya. Apakata belanjakan RM10 sebulan untuk membeli majalah atau simpan RM1 sehari, dapat sebuah buku sebulan. Malahan di internet juga terdapat banyak lam sesawang dan blog bersifat penulisan islamik. Tepuk dada Tanya selera.

[4]  Allah berfirman, "Dan diantara manusia (ada) orang yang mempergunakan
perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa
pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu bahan olok-olokan. Mereka itu akan
memperoleh adzab yang menghinakan." (Lukman:6).Maka hindarilah mendengarkan lagu-lagu yang mengasyikkan, hiasilah pendengaranmu dengan lantunan ayat-ayat suci Al-Quran, selalulah membaca dzikir dan istighfar, perbanyaklah dzikrul maut (mengingat mati).

Nota: Seperti kata Prof. Dr. Muhaya, rancangan apa dan saluran tv/radio yang kita dengar seharian mencorakkan kita. Jadi pilihlah tv atau radio yang sesuai dan bermanfaat seperti Tv AL-Hijrah, Tanyalah Ustaz-Ustazah TV9, AFC (Masak-masak), Radio IKIM, Radio Salam.fm ataupun radio berbahasa inggeris untuk meningkatkan kefahaman dan kefasihan berbahasa inggeris. Sekarang juga terdapat lambakan CD alunan zikir, nasyed, bacaan Quran yang boleh dipasang di rumah atau di dalam kenderaan menuju tempat kerja sambil mengharungi kesesakan lalu lintas…jangan asyik terbuai lagu-lagu yang melalaikan…

[5]  Takutlah kepada Yang Maha Esa, Maha Kuasa dan Maha Mengetahui apa-apa yang tersembunyi. Ini adalah rasa takut yang paling tinggi yang menjauhkan seseorang dari perbuatan maksiat. Anggaplah bahawa ketika anda tergelincir pada perbuatan zina, maka bagaimana jika seandainya hal itu diketahui oleh bapamu,
ibumu, saudara-saudaramu?

[6]  Mencari teman yang baik dan hindarilah teman jelek, kerana ia akan datang kepada anda bagaikan seorang pencuri yang masuk secara sembunyi-sembunyi mencuri kesempatan hingga ia menggelincirkanmu pada sesuatu yang diharamkan.

[7]  Perbanyakkan berdoa.

Nota: Ingat tak pada drama Indonesia kisah seorang kanak-kanak malang Nabila yang disiarkan pada petang di TV9 “Mutiara Hati” . Saya suka akan jalan cerita yang memaparkan kanak-kanak tersebut sering berdoa dalam susah atau senang….Jika kita (termasuk saya..) cuma berdoa dalam kesusahan sahaja…

[8]  Tidak membiarkan waktu senggang berlalu kecuali dengan membaca al-Quran.
Berusaha menghafal apa yang mudah dari al-Quran. Jika diri anda tidak disibukkan dengan ketaatan dan ibadah, maka anda akan disibukka noleh kebathilan.

Nota: Moga Allah beri kekuatan untuk kita update dan buka Al-Quran sekerao kita update atau log in Facebook, dan harapnya selepas sekian lama jarang lah log in ke facebook lagi selepas itu setelah merasai manisnya membaca dan menghayati kenikmatan Al-Quran.

[9]  Ingatlah bahawa anda akan meninggalkan dunia ini pada bila-bila masa.  Allah berfirman, "Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan." (Maiyam: 39). Iaitu hari dibukanya segala hal yang tersembunyi, hari dimana seorang ibu yang menyusui melupakan anaknya yang sedang ia susui.

[10]  Hati-hati menggunakan telefon, jangan sampai menjerumuskan ramai manusia, lelaki maupun wanita, dalam perbuatan zina. Maka janganlah anda menjadi salah satu dari mereka yang menjadi korban. 

Sumber : Dodod Almansyurin Almadiuni
Nota: Ilham sendiri..mohon maaf jika ada kesilapan…

Jom jauhi zina.

Cheers,
Zia Anis

Kewajipan Menghormati tetamu, Please treat and respectyour guest the way you want to be treated.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini saya ingin meluahkan dan memberikan pandangan mengenai menghormati tetamu. Terlebih dahulu.saya pohon ampun dan maaf kepada tetamu saya jika ada terasa hati, mengguris perasaan dengan layanan yang diterima tidak baik.

Saya tidak faham mengapa mesti melayan tetamu mengikut mood atau angin, malahan dalam islam dianjurkan menghormati tetamu malah tetamu juga ada hak yang perlu dijaga. Perlu diingatkan juga tetamu yang pulang dari rumah kita membawa bersama dosa dosa kita. Tidakkah itu membahagiakan? Saya rasa terkilan kerana tuan rumah mcm tidak sudi menerima kami. Bukan kami datang untuk makan dan minum selahapnya, adat melayu mestilah ada makanan dan kata kata manis. Tapi ketahui tetamu boleh merasai apa terbuku di hati tuan rumah melalui riak muka dan percakapan. Takpa lah saya telah belajar sesuatu, biar orang layan kita nak tak nak asalkan.dia berkunjung ke rumah kita, kita layan baik kerana Allah. Kita guna pendekatan reverse psychology. Dan ketahui jika orang yang sama tidak.lagi berkunjung ke rumah kita selepas first visit adalah sebabnya tu. Semoga apabila dikurniakan rumah sendiri kelak saya ingin menjadi tuan rumah yang baik, doakan yer.

Dua situasi berbeza di majlis perkahwinan teman.

Pernah saya menerima layanan ala kadar daripada kawan rapat (yang saya anggap rapat) semasa majlis perkahwinan beliau setahun yang lalu. Terlalu sedih kerana sanggup beliau membuat saya begitu dengan tidak menegur hai, atau berkata apa-apa pada saya semasa saya mendekati beliau dan psgnnya semasa selepas bersanding, beliau bergegas ke meja pengantin, sempat saya berkata untuk mengajak mengambil foto bersama. Beliau berhenti sekejap di depan tangga dan saya snap sekeping foto. Lalu beliau berlalu tanpa kata salam atau bertanya khabar. Saya terlalu emo atau ? Saya bersangka baik, mungkin beliau keletihan. Saya juga ingin berkongsi pengalaman bertandang ke satu majlis perkahwinan yang amat saya suka, mungkin kerana keberkatan dlam majlis tersebut telah membuatkan saya seronok. Layanan daripada pengantin perempuan iatu seorang teman pangkat adik yang saya kenali msa di Australia. Saya ke majlis beliau bersama seorang teman. Bila sampai saya bersalaman dengan ibunya dan dijemput ke dewan untuk makan, bila selesai makan kami menemui pengantin. Pengantin yang baik hati ini, bersalaman dan berpelukan dengan saya sebab agak.lama tidak berjumpa. Jadi terasa dihargai walaupun beliau bukanlah teman rapat saya. Beliau mengambil foto bersama saya dan teman saya tadi. Beliau juga bertanya kabar dan melayan juga tetamu lain. Dalam majlis tersebut beliau memakai pakaian sopan dengan solekan tipis dalam majlis yang sederhana tapi meriah. Mungkin keberkatan majlis menyebabkan tetamu terasa dihargai. Moga majlis kita nanti juga disinari barakah dan restu ILahi. Ok habis bab kenduri kahwin.

Antara 30 wasiat Imam Ghazali ialah "Islam mendidik kita menghormati tetamu kerana tetamu datang membawa rezeki dan apabila ia pulang membawa pergi dosa-dosa kita"
membawa rezeki dan apabila ia pulang menghapuskandosa-dosa kita
menghormati tetamu. Kerana tetamu datangmembawa rezeki dan apabila ia pulang menghapuskandosa-dosa kita.

Jadi saya menyeru diri saya sendiri mulai harini akan lebih menghormati tetamu dan menyambung silaturrahim kerana Islam adalah bersaudara. Jangan memilih untk melayan tetamu kaya atau berpangkat atau yang boleh memberikan manfaat pada kita sahaja, ingatlah siapa kita, banyak mana gaji, harta atau pangkat kita, bukan milik kita, Allah lah memiliki segalanya secara mutlak. Dunia hanya pinjaman menguji iman untk akhirat yang abadi.

Jom audit diri sendiri.

Cheeeers,

Zia Anis

Wednesday, June 6, 2012

Berbicara tentang Jodoh


Jangan Risau tentang Jodoh…
Bunyinya macam senangkan?Hari ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai tajuk ini, kerana saya dihambat oleh persoalan tentang jodoh di kala dan ketika ini. Sehingga saat saya menulis ini saya belum ada, belum nampak “batang hidung” jodoh saya lagi, walhal usia makin bertambah. Demi mengusir perasaan mengenai jodoh saya sering mengingatkan diri sendiri bahawa “Jodoh, pertemuan, ajal maut di tangan Allah”. Dial ah yang berhak dan mutlak menentukan sesuatu dalam kehidupan seharian, malah rukun iman ke enam ialah Percaya pada Qada dan Qadar. Saya juga mengusir perasaan risau mengenai jodoh dengan tidak mengambil pusing dan menyibukkan diri dengan kerja dan hobi-hobi seperti membaca.  Sesungguhnya saya tidak faham akan sesetengah orang sekeliling yang mencebik, mengata dan bertanya mengenai jodoh saya. Tahukah mereka dengan bertanya soalan sebegitu sama saja dengan soalan “Bila kamu mahu mati/meninggal dunia?” Bukan? Sebab itu semua takdir Allah. Ceramah Ustaz Pahrol Muhamad Juoi mengatakan kita perlu pandai tadbir takdir Allah, jangan merungut, bersedih hati dengan ujian Allah kerana setiap manusia pasti akan diuji dengan ujian yang mampu digalasnya.

Doakan kami.

Mungkin ini ujian untuk saya, biarlah saya memikirkan apa yang pasti bukan yang belum pasti.  Jika bertemu dengan yang belum mendapat jodoh apa salahnya  kita doakan mereka dalam hati agar mereka diperjodohkan dengan lelaki yang terbaik untuk dia. Kan begitu lebih mulia dan baik…Begitu juga bila bertemu dengan orang bukan Islam, doakan Allah timbulkan rasa enak dan suka mereka kepada Islam, dan bukannya mengata yang bukan-bukan mengenai orang bukan Islam seperti “makan khinzir” dan sebagai. Peringatan untuk diri saya juga, semoga usaha dakwah kita walaupun sebesar zarah akan memberikan impak besar jika dilakukan secara istiqomah.  Siapa yang tidak cemburu tatkala melihat teman-teman sebaya sudah mempunyai suami/isteri dan anak-anak sedangkan kita berkeseorangan. Namun saya selalu mengingatkan diri sendiri biar saya tidak mendapat cinta pasangan lagi asalkan saya menuju cinta Ilahi, insyaAllah jika kita mencintai Allah, rasul cinta manusia akan menyusul. Semoga ini yang saya dapat.  Biarlah kita menjadi solehah walaupun belum bertemu yang soleh kerana  saya dan kalian semua akan dipertanggungjawabkan keatas setiap dosa sendiri….bukan dosa pasangan (untuk wanita sahaja-suami bertanggungjawab terhadap dosa isteri). Saya juga hairan mengapa ada ibu bapa yang suka melihat anak-anak perempuan mereka keluar berdating dengan lelaki, memaparkan atau “upload” foto di facebook masing-masing untuk tatapan bukan muhrim dan sebagainya tanpa rasa bersalah. 

Tak "trend"

Zaman sekarang jika tiada “pakwe/makwe” perempuan/lelaki itu tak laku atau amat memilih….sedangkan mereka tidak tahu yang golongan ini telah cuba sedaya upaya menjauhi zina kerana daripada zina kecil akan timbul zina besar. Tidak rasa membazirkah dengan bersms, berfacebook dengan lara, berdating dan sebagainya. Alangkah indahnya jika kita hiasi masa yang ada untuk belajar ilmu baru, mengembara melihat keindahan ciptaan Allah, membuat bisnes dan sebagainya. Tak salah untuk berfacebook…saya juga gemar berfacebook dengan membaca status ustaz dan ustazah yang membantu mentazkirahkan kita apabila membaca status mereka. Saya menyeru kepada pembaca “jauhilah maksiat seperti couple, bercakap dengan lelaki bukan muhrim (suami orang dan sbgainya- jika tiada perkara penting).” Ingatlah jika kaki ini tidak bisa membawa saya ke tikar solat, mana mungkin kaki ini bisa membawa saya ke Syurga Abadi”.  Saya percaya masih ada lelaki di luar sana yang akan menjadi jodoh saya yang baik dan terbaik untuk saya, Insya Allah…doakan saya yer pembaca.  Dan saya biarkan mereka yang bertanya tentang jodoh saya terus bertanya, semoga Allah bagi kekuatan untuk mereka mendoakan saudara seIslam mereka ini Berjaya dunia Akhirat.
Image Google. Allah love me.InsyaAllah


Untuk itu saya sertakan artikel entah karya siapa yang saya cari di internet, semoga bermanafaat. Ingatlah jangan tunggu jadi baik untuk berbuat baik atau menyebarkan perkara baik, kerana usaha sedikit kearah kebaikan akan membuahkan darjat naik menjadi lebih baik.

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. sebagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita.

Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk…
membina kecemerlangan akademik dan kerjaya. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa-doa lewat sembahyang. Allah mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebabkenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

P/S : Wahai Wanita Solehah Jangan risau akan jodohmu Kerana Muslimin yang bijaksana itu Tidak akan terpaut pada wanita Hanya kepada kecantikan , lirikan senyuman, Pada bicara manja yang menggodaAtau pada pujuk rayu seorang wanitaYang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanitaAndai belum sampai jodohmu Anggaplah bahawa lelaki yang engkau nantikan itu Sedang membina sahsiah kepimpinan Bagi memimpin dirimu Kerana pada wanita itu Pasti ada kekurangan danLelaki yang benar-benar layakPasti akan hadir untuk melengkapkan hidup anda.

Cheers,
Zia Anis

Monday, June 4, 2012

Ku pohon kemaafan, please forgive me.

Assalamualaikum dan hai,
Pernah dengar tak Dato Dr Fadzilah Kamsah selalu kata untuk bahagia kita kena selalu memaafkan orang sebelum tidur setiap malam." Petua bahagia dan membahagiakan ialah maafkan semua orang" Prof. Dr. Muhaya Mohamad.

Ya Allah aku pohon padamu setulus hati, ampunkan dosa-dosaku,sesungguhnya dosa terlalu banyak seperti buih-buih di lautanMu. TAk tertanggung untuk ku pikul dosa itu. JEsteru itu saya pohon pada pembaca, kawan-kawan,saudara mara, sepupu sepapat, guru dan pensyarah, jiran tetangga dan sesiapa yang telah saya kenali, ampunkan segala kesilapan, kesalahan, kesombongan, kemarahan dan segala yang buruk.daripada saya mahupun famili saya. Sesungguhnya saya.mahu bahagia.

Terkesan dengan ceramah dato dr fadzilah menyebabkan saya sebak mengenang segala dosa, sesungguh ALlah mengetahui segala kata kata, niat dan dendam jahat yang kita ucapan, fikirkan di hati.dan di fikiran kerana Allah maha mengetahui yang tersirat dan tersurat.

Saya juga turut terkesan dengan ceramah yang saya tonton di youtube oleh Saudari Wardina, beliau memberikan biji sawi kepada semua peserta ceramahnya sebgai analogi 'sebesar zarah' keburukan dan kebaikan akan dibalas dan diberikan ganjaran dosa atau pahala olehNya.
Please forgive me dear.

Cheers,
Zia Anis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...