Friday, June 8, 2012

Ketahui 10 Cara Menjauhi Zina


Assalamualaikum dan Hai,

Pesanan untuk diri sendiri dan pembaca budiman.

[1]  Tidak berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim, baik di rumah, di pejabat atau di mana saja. Mengikut Sabda Rasulullah, "Tidaklah seorang laki-laki yang berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiganya adalah syaitan.".

Nota: trend remaja dan belia masa kini yang masih belajar yang mengamalkan couple, dating dengan alasan belajar atau bediskusi subjek-subjek tertentu. Apa kata kita tukar diskusi wanita-wanita, lelaki-lelaki kan lebih mudah tak payah pakai tutup aurat asalkan sopan dan tidak menjolok mata, dan tak perlu bimbang mana nak buat diskusi, di bilik masing-masing pun dah boleh bertemu bincang.

[2]  Bagi para wanita muslimah, hindarilah Tabarruj (berhias diri) dan Sufur
(tidak menutup aurat) ketika keluar rumah, kerana ini boleh menyebabkan fitnah dan menarik perhatian. Rasulullah bersabda, "Ada dua golongan penghuni neraka dan
disebutkan salah satu diantaranya- wanita yang berpakaian tapi telanjang dan
berjalan miring berlenggak-lenggok." Dan pakaian yang paling dianjurkan adalah
abaya yang sederhana (pakaian berwarna hitam yang menutupi seluruh tubuh),
menutup kedua tangan dan kaki, serta tidak menggunakan wangi-wangian. Hendaklah mencontoh Ummahatul Mu'minun dan Shahabiyat, bila keluar rumah mereka itu bagaikan burung gagak yang memakai pakaian hitam, tidak sesuatu pun dari tubuh mereka yang terlihat.

Nota: Apakata jika kita tidak ringan mulut untuk mengata orang dengan mengatakan bahawa baju dan tudung tak sepadan, tak trendy lah, tak update lah…sebab kata-kata macam ini menyebabkan terdorong wanita untuk lebih bergaya untuk mendapat penghargaan manusia bukan redha Allah. Dan apakata kita cuba pakai baju sopan seperti baju kurung, skirt sopan dan baju blouse labuh, kan lebih bagus dan manis…begitu juga bab bersolek dan bermekap cukup sekadar menutup cela dan memakai lip balm untuk memaniskan muka.

[3]  Hindari membaca majalah-majalah yang merosak dan menonton filem-filem yang
terdapat adegan porno, kerana ini akan membangkitkan nafsu seks . Janganlah merosak rumahmu, hatimu dan akalmu dengan hubungan-hubungan yang diharamkan.

Nota: Di pasaran sekarang terdapat banyak bahan bacaan ilmiah Islam seperti majalah solusi, Al ustaz dan buku-buku agama keluaran PTS, Telaga Biru, Mustread dan sebagainya. Apakata belanjakan RM10 sebulan untuk membeli majalah atau simpan RM1 sehari, dapat sebuah buku sebulan. Malahan di internet juga terdapat banyak lam sesawang dan blog bersifat penulisan islamik. Tepuk dada Tanya selera.

[4]  Allah berfirman, "Dan diantara manusia (ada) orang yang mempergunakan
perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa
pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu bahan olok-olokan. Mereka itu akan
memperoleh adzab yang menghinakan." (Lukman:6).Maka hindarilah mendengarkan lagu-lagu yang mengasyikkan, hiasilah pendengaranmu dengan lantunan ayat-ayat suci Al-Quran, selalulah membaca dzikir dan istighfar, perbanyaklah dzikrul maut (mengingat mati).

Nota: Seperti kata Prof. Dr. Muhaya, rancangan apa dan saluran tv/radio yang kita dengar seharian mencorakkan kita. Jadi pilihlah tv atau radio yang sesuai dan bermanfaat seperti Tv AL-Hijrah, Tanyalah Ustaz-Ustazah TV9, AFC (Masak-masak), Radio IKIM, Radio Salam.fm ataupun radio berbahasa inggeris untuk meningkatkan kefahaman dan kefasihan berbahasa inggeris. Sekarang juga terdapat lambakan CD alunan zikir, nasyed, bacaan Quran yang boleh dipasang di rumah atau di dalam kenderaan menuju tempat kerja sambil mengharungi kesesakan lalu lintas…jangan asyik terbuai lagu-lagu yang melalaikan…

[5]  Takutlah kepada Yang Maha Esa, Maha Kuasa dan Maha Mengetahui apa-apa yang tersembunyi. Ini adalah rasa takut yang paling tinggi yang menjauhkan seseorang dari perbuatan maksiat. Anggaplah bahawa ketika anda tergelincir pada perbuatan zina, maka bagaimana jika seandainya hal itu diketahui oleh bapamu,
ibumu, saudara-saudaramu?

[6]  Mencari teman yang baik dan hindarilah teman jelek, kerana ia akan datang kepada anda bagaikan seorang pencuri yang masuk secara sembunyi-sembunyi mencuri kesempatan hingga ia menggelincirkanmu pada sesuatu yang diharamkan.

[7]  Perbanyakkan berdoa.

Nota: Ingat tak pada drama Indonesia kisah seorang kanak-kanak malang Nabila yang disiarkan pada petang di TV9 “Mutiara Hati” . Saya suka akan jalan cerita yang memaparkan kanak-kanak tersebut sering berdoa dalam susah atau senang….Jika kita (termasuk saya..) cuma berdoa dalam kesusahan sahaja…

[8]  Tidak membiarkan waktu senggang berlalu kecuali dengan membaca al-Quran.
Berusaha menghafal apa yang mudah dari al-Quran. Jika diri anda tidak disibukkan dengan ketaatan dan ibadah, maka anda akan disibukka noleh kebathilan.

Nota: Moga Allah beri kekuatan untuk kita update dan buka Al-Quran sekerao kita update atau log in Facebook, dan harapnya selepas sekian lama jarang lah log in ke facebook lagi selepas itu setelah merasai manisnya membaca dan menghayati kenikmatan Al-Quran.

[9]  Ingatlah bahawa anda akan meninggalkan dunia ini pada bila-bila masa.  Allah berfirman, "Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan." (Maiyam: 39). Iaitu hari dibukanya segala hal yang tersembunyi, hari dimana seorang ibu yang menyusui melupakan anaknya yang sedang ia susui.

[10]  Hati-hati menggunakan telefon, jangan sampai menjerumuskan ramai manusia, lelaki maupun wanita, dalam perbuatan zina. Maka janganlah anda menjadi salah satu dari mereka yang menjadi korban. 

Sumber : Dodod Almansyurin Almadiuni
Nota: Ilham sendiri..mohon maaf jika ada kesilapan…

Jom jauhi zina.

Cheers,
Zia Anis

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...