Wednesday, June 6, 2012

Berbicara tentang Jodoh


Jangan Risau tentang Jodoh…
Bunyinya macam senangkan?Hari ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai tajuk ini, kerana saya dihambat oleh persoalan tentang jodoh di kala dan ketika ini. Sehingga saat saya menulis ini saya belum ada, belum nampak “batang hidung” jodoh saya lagi, walhal usia makin bertambah. Demi mengusir perasaan mengenai jodoh saya sering mengingatkan diri sendiri bahawa “Jodoh, pertemuan, ajal maut di tangan Allah”. Dial ah yang berhak dan mutlak menentukan sesuatu dalam kehidupan seharian, malah rukun iman ke enam ialah Percaya pada Qada dan Qadar. Saya juga mengusir perasaan risau mengenai jodoh dengan tidak mengambil pusing dan menyibukkan diri dengan kerja dan hobi-hobi seperti membaca.  Sesungguhnya saya tidak faham akan sesetengah orang sekeliling yang mencebik, mengata dan bertanya mengenai jodoh saya. Tahukah mereka dengan bertanya soalan sebegitu sama saja dengan soalan “Bila kamu mahu mati/meninggal dunia?” Bukan? Sebab itu semua takdir Allah. Ceramah Ustaz Pahrol Muhamad Juoi mengatakan kita perlu pandai tadbir takdir Allah, jangan merungut, bersedih hati dengan ujian Allah kerana setiap manusia pasti akan diuji dengan ujian yang mampu digalasnya.

Doakan kami.

Mungkin ini ujian untuk saya, biarlah saya memikirkan apa yang pasti bukan yang belum pasti.  Jika bertemu dengan yang belum mendapat jodoh apa salahnya  kita doakan mereka dalam hati agar mereka diperjodohkan dengan lelaki yang terbaik untuk dia. Kan begitu lebih mulia dan baik…Begitu juga bila bertemu dengan orang bukan Islam, doakan Allah timbulkan rasa enak dan suka mereka kepada Islam, dan bukannya mengata yang bukan-bukan mengenai orang bukan Islam seperti “makan khinzir” dan sebagai. Peringatan untuk diri saya juga, semoga usaha dakwah kita walaupun sebesar zarah akan memberikan impak besar jika dilakukan secara istiqomah.  Siapa yang tidak cemburu tatkala melihat teman-teman sebaya sudah mempunyai suami/isteri dan anak-anak sedangkan kita berkeseorangan. Namun saya selalu mengingatkan diri sendiri biar saya tidak mendapat cinta pasangan lagi asalkan saya menuju cinta Ilahi, insyaAllah jika kita mencintai Allah, rasul cinta manusia akan menyusul. Semoga ini yang saya dapat.  Biarlah kita menjadi solehah walaupun belum bertemu yang soleh kerana  saya dan kalian semua akan dipertanggungjawabkan keatas setiap dosa sendiri….bukan dosa pasangan (untuk wanita sahaja-suami bertanggungjawab terhadap dosa isteri). Saya juga hairan mengapa ada ibu bapa yang suka melihat anak-anak perempuan mereka keluar berdating dengan lelaki, memaparkan atau “upload” foto di facebook masing-masing untuk tatapan bukan muhrim dan sebagainya tanpa rasa bersalah. 

Tak "trend"

Zaman sekarang jika tiada “pakwe/makwe” perempuan/lelaki itu tak laku atau amat memilih….sedangkan mereka tidak tahu yang golongan ini telah cuba sedaya upaya menjauhi zina kerana daripada zina kecil akan timbul zina besar. Tidak rasa membazirkah dengan bersms, berfacebook dengan lara, berdating dan sebagainya. Alangkah indahnya jika kita hiasi masa yang ada untuk belajar ilmu baru, mengembara melihat keindahan ciptaan Allah, membuat bisnes dan sebagainya. Tak salah untuk berfacebook…saya juga gemar berfacebook dengan membaca status ustaz dan ustazah yang membantu mentazkirahkan kita apabila membaca status mereka. Saya menyeru kepada pembaca “jauhilah maksiat seperti couple, bercakap dengan lelaki bukan muhrim (suami orang dan sbgainya- jika tiada perkara penting).” Ingatlah jika kaki ini tidak bisa membawa saya ke tikar solat, mana mungkin kaki ini bisa membawa saya ke Syurga Abadi”.  Saya percaya masih ada lelaki di luar sana yang akan menjadi jodoh saya yang baik dan terbaik untuk saya, Insya Allah…doakan saya yer pembaca.  Dan saya biarkan mereka yang bertanya tentang jodoh saya terus bertanya, semoga Allah bagi kekuatan untuk mereka mendoakan saudara seIslam mereka ini Berjaya dunia Akhirat.
Image Google. Allah love me.InsyaAllah


Untuk itu saya sertakan artikel entah karya siapa yang saya cari di internet, semoga bermanafaat. Ingatlah jangan tunggu jadi baik untuk berbuat baik atau menyebarkan perkara baik, kerana usaha sedikit kearah kebaikan akan membuahkan darjat naik menjadi lebih baik.

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. sebagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita.

Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk…
membina kecemerlangan akademik dan kerjaya. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa-doa lewat sembahyang. Allah mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebabkenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

P/S : Wahai Wanita Solehah Jangan risau akan jodohmu Kerana Muslimin yang bijaksana itu Tidak akan terpaut pada wanita Hanya kepada kecantikan , lirikan senyuman, Pada bicara manja yang menggodaAtau pada pujuk rayu seorang wanitaYang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanitaAndai belum sampai jodohmu Anggaplah bahawa lelaki yang engkau nantikan itu Sedang membina sahsiah kepimpinan Bagi memimpin dirimu Kerana pada wanita itu Pasti ada kekurangan danLelaki yang benar-benar layakPasti akan hadir untuk melengkapkan hidup anda.

Cheers,
Zia Anis

3 comments:

  1. Assalamualaikum wbt.

    Sister... good notes for me as well... thanx... btw, nice blog lah... a lot of traveling tips here... hehehe..jazakillah

    p/s: btw, dah ketemu jodohnya? semoga kita sama2 dipertemukan dengan jodoh yang baik2... insya Allah.

    btw, kongsi 2 artikel ne ya.... (*_*)

    http://hnr318.blogspot.com/2013/10/we-all-want-love-are-we.html

    http://www.suhaibwebb.com/personaldvlpt/hook-up-with-allah-allah-will-hook-you-up/

    ReplyDelete
  2. Thanks nhhas...semoga kita sama-sama bertemu jodoh yang terbaik dunia akhirat very soon...Ameen.

    ReplyDelete
  3. Ni ada laman cari jodoh.. Boleh cuba..

    https://bit.ly/2Miw53G

    ReplyDelete

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...